Bismillahirrahmanirrahim,
Salam mahabbah
dari penulis buat semua yang penulis
kasihi kerana-Nya… Alhamdulillah bertemu kembali dalam ruangan blogger ilmu kali ini… hari ini,
sudilah penulis ingin menjadi Dr./Prof./ Murabbi Cinta walaupun tidak diiktiraf dari segi
pengalaman yang penulis miliki, namun cukuplah pengalaman insan2 di sekeliling penulis dapat penulis kongsikan
bersama dan setidaknya menjadikan diri penulis sedikit matang dalam hal
ini… ^_^
jujurnya,
apa yang kita nukilkan melalui penulisan atau apa sahaja, ia sebenarnya
menggambarkan apa yang kita fikirkan.. setuju dengan hujah penulis?? Bukan
kerana terlalu memikirkan hal ini tetapi
kerana saban hari tatkala penulis membuka laman mukabuku (facebook), pasti
dipenuhi post dengan perkara sebegini
yang seperti mengajak penulis untuk turut
serta memikirkannya… tidak
mengapa selagi mana ia tidak mengganggu matlamat asal kita... moga-moga ia
bermanfaat buat semua.. ambillah yang mana baik darinya untuk kegunaan diri…
Melihat
kepada tajuk ini, pasti semua para hati yang sedang membaca entri kali ini
tatkala ini hatinya sedang berbunga
riang bukan?? Sekiranya tatkala
ini anda yang sedang membaca entri ini dalam keadaan tersenyum, tahniah penulis
ucapkan kerana anda NORMAL tetapi sekiranya anda dalam keadaan masam mencuka
atau dalam keadaan “berkerut-kerut” wajah anda tatkala membaca entri ini, cuba
check kembali diri anda kerana agak bahaya penulis rasakan…. (^_^)
sejujurnya,
cinta merupakan sesuatu yang fitrah disukai oleh setiap insan bernama makhluk-Nya di bumi ini… jujur
penulis katakan, bila mana kita hampir menjangkaui usia awal 20-an, ia pasti sesuatu yang menakutkan
kerana soal cinta dan pembinaan “masjid” (perkahwinan) akan mula dipersoalkan walau dimana sahaja
kita berada hatta di rumah sekalipun pasti kedua ayah bonda kita mula bercerita
si pemuda yang alim anak sahabat karibnya mahupun si gadis manis yang cantik di
kampungnya… benar bukan?? Tepuk dada,
tanyalah pengalaman yang pernah anda alami…
jadinya,
kita sebagai insan biasa yang mempunyai
fitrah anugerah dari-Nya, perlukah kita mencari insan yang bakal menjadi ibu
kepada anak2 kita kelak?? atau mencari insan yang bakal menjadi pelindung buat
kita kelak?? Atau perlukah kita hanya terus menunggu dan menunggu ia datang
bergolek didepan mata kita??
insyaAllah
pada siri “Anda Bertanya, Cerdik Pandai Menjawabnya” kali ini, sudilah
penulis berkongsi ilmu yang penulis
dapati dalam majalah ilmiah Anis edisi 128 halaman 62 mengenai soal
jawab “Perlukah Mencari Pasangan
Hidup Sendiri??” dalam ruangan soal jawab agama bersama Ustaz Wan Akashah
yang merupakan zauj (suami) kepada Ustazah Bahiyah… sama-sama cuba untuk
dapatkan majalah ilmiah ini dipasaran kerana terdapat pelbagai mutiara ilmu
yang dapat kita perolehi didalamnya buat menyinari kehidupan kita dengan cahaya Islam kelak insyaAllah..
Soalan: saya ada satu soalan mengenai jodoh.
Seperti yang kita tahu bahawa jodoh itu Tuhan yang tentukan, jadi perlukah kita
berusaha untuk mencari pasangan hidup kita??
Jawapan : Antara rukun Iman yang ke-6 adalah
percaya kepada qada’ dan qadar. Tidak berlaku sesuatu itu melainkan dengan
berdasarkan kepada sebab musababnya. Misalnya gagal seseorang itu dalam
peperiksaan disebabkan tidak mentelaah atau terlupa ketika menjawab soalan dan
sebagainya. Maka dengan sebab inilah Allah SWT menentukan qada’ dan qadarnya,
bererti penentuan qada’ dan qadarnya berpunca dari manusia itu sendiri, bukan
Allah yang menentukan sewenang-wenangnya.
Dengan ini,
samalah halnya dengan masalah ini. Walaupun jodoh itu ditangan Tuhan, yakni
sebelum anda berkahwin, Allah SWT telah dahulu mengetahui siapa bakal suami
atau isteri anda tetapi kita manusia tidak mengetahui melainkan setelah
berlaku. Anda tidak kenal siapa suami
atau isteri anda. Melainkan setelah diijab kabul, tetapi Allah Maha Mengetahui.
Dan penentuan jodoh ini (qada’ dan qadar) adalah disebabkan dari pihak anda
atau keluarga anda seperti menerima lamarannya, berkenalan melalui sahabat
handai dan sebagainya. Maka dari situ, anda diperjodohkan adalah disebabkan
dari manusia (anda dan keluarga), dan perkara ini telah pun termaktub di luh
mahfuz yang dianggap sebagai qada’ dan qadar Tuhan. Kita sebagai menusia tetap perlu belajar menerimanya dan
mempercayainya kerana ia tergolong dalam rukun Iman. Jadinya, berusahalah
mencari disamping berdoa memohon yang terbaik. Moga jawapan ini menjawab
persoalan saudara. Wallaua’lam.
Dari
penulis, entri kali
ini penulis khaskan buat mereka yang telah bersedia untuk membina “masjid”
(berkahwin)... Buat adik2 yang penulis
kasihi tatkala ini yang sedang dalam medan menuntut ilmu seperti bakal
menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, fokuslah dengan belajar terlebih
dahulu… ingat ya bahawa pelajaran itu juga AMANAH dari kedua orang
tuamu untukmu laksanakannya dengan sebaik mungkin..
1.Buat
pasangan yang sedang bercouple, pilihlah jalan terbaik yang Allah redha
denganmu. Cubalah berbincang baik-baik hal ini dengan kedua ibubapamu, insyaAllah
mereka pasti memahami dan akan cuba
memberikan jalan penyelesaian yang terbaik dalam hal ini buatmu. Apapun,
pastikan setiap apa yang dirimu lakukan, diredhai oleh ibu bapamu kerana redha Allah terletak pada mereka.. mungkin
saat ini dirimu diuji dengan ujian cinta sebegini… jadi, jangan cemarinya lagi
dengan perkara yang boleh membawa maksiat kepada hati ya.. penulis yakin, anda
tahu apa yang terbaik kan…??
2.Buat yang belum
mempunyai insan istimewa dalam hidupnya,
usahlah dirimu khuatir.. apa yang penting, teruslah memperbaiki dirimu dan
belajarlah mencapai cinta-Nya, cinta kepada agama-Nya dan cinta kepada amalan
yang mendekatkan lagi dirimu pada-Nya… tak mengapa, sebenarnya engkau masih punya insan2 yang menyayangi dirimu seperti keluargamu,
sahabatmu dan makhluk ciptaan-Nya yang lain… yakinlah, tidak memiliki bukan
bermakna dirimu tidak hebat… biarlah dirimu tidak menjadi bualan mereka
didunia, namun namamu menjadi bualan hangat seisi penduduk langit
dengan hebatnya amalanmu disisi-Nya…
3.buat yang
telah dimiliki, jagalah dirimu dengan sebaiknya … dekatilah Pencipta dengan
lebih dekat agar kelak keredhaan dari-Nya anda perolehi dalam hidup ini…
carilah kekuatan diri sebelum dirimu memasuki ke alam yang sesungguhnya lebih mencabar iman dan sabar dalam diri….
.....................................................................................................................................................................
sejujurnya,
penulis setuju dengan kata-kata Hilal
Asyraf dalam buku karyanya, “Fanzuru”, bahawa untuk membina sebuah
Baitul Muslim (keluarga yang mengamalkan cara hidup Islam), kita perlulah
memikirkannya sejak dari zaman persekolahan lagi… tapi bukan bermakna beliau
tekankan kepada kita saranan untuk mencari pasangan tetapi maksud beliau kita
perlulah bermula untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu dengan melazimkan
diri kita melakukan amalan fardhu dan
sunat sepanjang masa, memiliki sifat2 mahmudah (sifat baik) dalam diri, dan
sebagainya… insyaAllah bila dua insan yang memiliki fardhu muslim (yang
memiliki kekuatan dalaman dalam melaksanakan ibadah kepada-nya) yang hebat,
pasti sebuah “masjid” (perkahwinan) yang dibina akan membentuk sebuah Baitul Muslim (keluarga) yang kukuh asas pegangan Islamnya dan mampu melahirkan
anak-anak Islam kelak yang bakal menjadi penyambung dalam perjuangan kita untuk tegakkan agama Islam…
akhir
kalam, hormatilah
setiap pendirian dan pendapat seseorang itu mengenai isu ini selagi pendapat
dan prinsip yang ia pegang tidak lari
dari syariat Islam…yakinlah jodoh itu sebenarnya tidak pernah kita duga kerana
tanpa kita sedar kadang-kadang sahabat sepermainan kita sejak kecil itulah yang
merupakan jodoh kita atau seseorang yang teramat kita benci suatu ketika dahulu
yang rupanya menjadi pasangan hidup kita.. yang pasti, bukan bermakna apabila
kita pernah digandingkan dengan seseorang kerana pada pandangan sahabat
sahabiah kita mereka merasakan nampak
sepadan, ia adalah jodoh kita kerana bukan bermakna nampak sepadan dimata
manusia bererti sepadan dan sesuai pada pandangan-NYA… sesungguhnya pandangan DIA
lah yang kita harapkan… berdoalah moga2 insan yang DIA redhai agama dan akhlak
yang ada padanya yang akan menjadi pendamping kita kelak…
“ sesungguhnya
satu jari kita tudingkan kepada orang lain, pasti empat jari akan kembali
kepada kita…”. setiap kita akan diuji dengan apa yang kita
perkatakan..nauzubillah, semoga apabila penulis diuji dengan ujian sebegini,
masih ada peringatan dari-Nya buat penulis kerana ketika dan saat ini penulis
ada mengingatkan orang lain...
apapun, kejarlah
cinta-NYA terlebih dahulu wahai diri…
salam mahabbah demi cinta Ilahi, wallahua'lam...-)
3 comments:
ya sygku i'm agree with you...perasan itu fitrah ianya bergantung pada individu tersebut dalam menangani masalah ini..bukan mereka yg sibuk tidak memikirkanny..tetapi sebaik2ny fikirlah kehadapan dan kesannya..terimalh pndpt2 mereka kerana warna warni pendapat yg pelbagai membuatkn jwpn itu lengkap dan terjawab..I.Allah percaya dgn kententuaaNYA di samping berdoa yg terbaik ^^.
setuju dgnmu shbtku... sejujurnya untuk membina baitul muslim yg diredhai-Nya bukanlah semudah memetik ibu jari kerana ia memerlukan mujahadah yg begitu hebat... andai semua insan punya matlamat ini, insyaAllah akan lahir pewaris Islam yg hebat umpama salehuddin al-Ayubi yg berjaya menawan konstankinopal, Umar al-Khattab yg hebat dlm pertahankan Islam, Sultan al-Fateh dan ramai lagi para mujahid Islam sejati...
sejuk hati membaca~^^
teruskan usaha ya shbatku!
Post a Comment