Bismillahirrahmanirrahim,
Salam
kebahagian dari penulis buat semua…alhamdulillah dengan izin-NYA dapat lagi
jari jemari ini menari-nari di atas papan kekunci untuk berkongsi sesuatu yang mungkin
berharga buat semua yang penulis kasihi… sudah mencuba tips minggu lepas mengenai
cara untuk membuat kentang vedges ? jangan lupa ya mencubanya…
Adakah anda
mempunyai adik di rumah yang berusia dalam lingkungan 5-9 tahun?? Sekiranya ada,
cuba fikir sejenak, bagaimana rasanya tatkala anda ingin menyuruhnya solat?? Adakah
perlu lari berkejaran umpama di padang
trek?? Atau perlu menyediakan sebaldi air supaya dapat membangunkannya untuk
tunaikan solat?? Atau perlu menjerit sekuat hati umpama pemenang anugerah vokal
terbaik??
Hmm (senyum
sopan), hebat kan kalian yang bergelar kakak atau abang kerana sangat kreatif
dapat melakukan perkara2 sebegitu semata-mata ingin mengajak adik kalian menunaikan
solat yang merupakan tiang agama dalam Islam.. apapun, penulis amat berbangga
sekiranya mempunyai abang atau kakak seperti kalian…^_^
insyaAllah
pada perkongsian kali ini, sudilah penulis berkongsi satu cara yang kreatif dan
agak menarik sebagai alternatif untuk kita membiasakan adik-adik kita
menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam…penulis yakin dan percaya
setiap insan yang bergelar abang atau kakak pasti mahukan yang terbaik untuk
adik-adiknya bukan?? Agar apabila mereka besar kelak akan menjadi insan yang
berguna… jadinya, perlulah didikan tersebut mengikut acuan Islam sejak dari kecil
lagi kerana pepatah Melayu ada mengatakan “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya…”.
mungkin pada mereka yang tidak punya adik akan menganggap perkara
ini mudah bukan?? Tetapi ia tidak sama sekali kerana untuk mendidik seseorang
supaya rajin melakukan sesuatu perkara yang bukan menjadi kebiasaannya,
bukanlah sesuatu perkara yang mudah…jadi, sama-sama kita ketahui caranya...
sebenarnya,
seperti yang kita sedia fahami, kanak-kanak amat menggemari KESERONOKAN sama
ada bermain, mendengar muzik sambil menari, mewarna dan sebagainya… jadinya, cubalah
kita memahami keadaan mereka dan pada masa yang sama kita ambil kebaikan
disebalik itu… itulah salah satu metodologi dakwah.. tapi bagaimana ya??begini
caranya,
BAHAN-BAHAN:
-kertas
putih
-pensel
warna
-soletip
CARANYA:
1.lukiskan sepohon
pokok yang mempunyai;
-ranting: 7
(mewakili 7 hari dalam seminggu)
-daun :
setiap ranting harus mempunyai 5 helai daun (mewakili 5 solat fardu dalam
sehari)
-buah:
setiap ranting harus mempunyai 1 buah (mewakili bacaan al-Quran/iqra’/muqaddam)
2. kemudian
disetiap ranting, letakkan hari dan disetiap helaian daun, letakkan waktu
(subuh, zohor, asar, maghrib da isya’)
cara ke-2 |
3. letakkan
arahan kepada adik2 untuk warnakan;
-daun:
(warna hijau sekiranya solat/ warna kuning sekiranya tidak solat)
-buah:( warna
merah sekiranya baca al-quran/ warna hitam sekiranya tidak membacanya dalam
sehari)
cara ke-3 |
4.lekatkan
gambar tersebut ditempat yang boleh dilihat seperti di bilik
tidur/almari/cermin atau tempat2 yang sesuai..
cara ke-4 |
Sebaiknya,
permainan ini dimainkan oleh mereka yang mempunyai adik-adik yang lebih daripada dua
orang agar membolehkan mereka bersaing kerana apabila mereka bersaing, ia akan memberi satu perangsang semangat
dalam diri mereka untuk melakukan sesuatu perkara itu… insyaAllah, lama-kelamaan adik-adik kita akan jadi terbiasa untuk tunaikan solat tanpa perlukan pokok ini lagi...
jangan lupa sebagai
ganjarannya, hadiahkan kepada adik kita yang menang dalam permainan ini sesuatu yang disukainya sama
ada kerana mereka berjaya untuk tidak meninggalkan solat atau berjaya mengurangkan
kadar tinggal solat dalam seminggu berbanding minggu sebelumnya… hal ini
demikian kerana kanak-kanak amat menggemari sebuah penghargaan sama ada berbentuk
hadiah, pujian dan sebagainya…
memang
benar kita tidak boleh selalu menjadikan hadiah atau ganjaran sebagai syarat
dalam mengajar adik2 kita menunaikan perintah-NYA tetapi percayalah, untuk
mendidik keikhlasan dalam diri itu bukan suatu perkara yang mudah
terutamanya bagi seorang kanak2 yang
baru meningkat usianya…
penulis
terasa amat bahagia tatkala melihat adik2 penulis berkejar-kejar ke almari
masing-masing selepas solat semata-mata untuk mewarnakan pokok kepunyaan
mereka… percayalah, itulah kegembiraan yang amat bermakna bagi seorang kakak
atau abang tatkala melihat insan yang disayanginya menunaikan perintah-NYA walaupun usia mereka
tatkala itu amat mentah…
dan pesanan
penulis buat mereka yang telah dewasa tetapi masih sukar untuk konsisten dalam
menunaikan ibadah, cubalah kalian belajar untuk konsisten dalam tunaikan
perintah-Nya… apa salahnya, anda menghadiahkan diri anda sesuatu yang istimewa sekiranya anda
berjaya tunaikan solat dalam seminggu tanpa tinggal sama ada memberi ganjaran
dengan pergi makan atau membeli belah atau sebagainya…
ataupun, cuba lekatkan kata-kata semangat dicermin atau sebagainya sebagai
galakan dan peringatan buat diri kalian untuk tidak tinggalkan solat lagi…
berdoalah selalu kerana DIA Maha Mendengar suara hati hamba-NYA yang bermunajat
kepada-NYA… insyaAllah, Allah pasti bantu kita kalau kita berusaha dengan
bersungguh-sungguh.. yakinlah..
cubalah dan
rasailah kegembiraannya..^_^
Akhir kalam,
moga perkongsian ilmu kali ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham dalam diri
kita dalam usaha menjaga adik-adik kita yang masih kanak-kanak… didiklah
adik-adik kita sejak kecil lagi dengan cara hidup Islam…jika bukan kita yang
menjaga ahli keluarga kita, siapa lagi yang akan menjaganya?? Tepuk dada
tanyalah iman… penulis sudahi dengan kata-kata muhasabah diri;
"Jika dalam
diri seseorang tertanam keyakinan bahawa yang mengecewakan tidak selamanya ada
atau ia pasti akan berakhir, pasti ia akan menghasilkan tenaga dan mendorong
fikiran yang positif… pasti dia akan bersemangat dan terdorong untuk memaafkan
masa lalu dan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik bukannya menjadi
trauma dengan peristiwa masa lalu yang menyebabkan dia berputus harapan…
pastikan DIA itu adalah kita…"
Salam muhasabah
diri kearah kebaikan.. wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment