Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

Monday, 24 June 2013

Kemuncup Dalam Perjuangan..



Kulayari bahtera perjuangan
Kutempuhi onak persimpangan
Kusisipi cahaya keikhlasan
Dalam menempuh kemuncup perjuangan

Ku menahan segala kesusahan
Perit jerih satu kemestian
Pasrahku, akurku
Menempuh liku-lliku perjuangan

Oh Tuhan! Kepadamu tempatku mengadu
Hamba mu ini dalam kedukaan
Tak tertahan menanggung penderitaan
Bagai ditusuk sembilu bisa

Namun takkan ku berhenti
Mendongak Kebelakang
Menanti saat yang berlanjutan

Akanku terus berjuang
Walau akan terkorban
Kerna janji mu itu satu kemestian

Oh Tuhan! Kepadamu Tempat ku berserah
Mengadu duka, mengubat luka,mencari permata
Keranamu ku tabah menghadapinya
Kerana dia Kemuncup dalam perjuangan 2x

P/s: Terus berjuang wahai mujahidah pilihan agama Allah... Kita mulia bila mana kita beriltizam dengan Islam.. Hijrah Rasullah saw suatu ketika dahulu yang dibantu oleh Saidatina Asma tatkala memberi bantuan makanan, menjadi bukti teragung betapa kita muslimah hari ini juga punya peranan dalam perjuangan untuk menegakkan kembali syiar Islam. TAKBIR!!


Post ini diambil daripada seorang sahabat. Perkongsian buat kita semua.

Wallahua'lam.

Tuesday, 2 April 2013

Latifah As-Shuli, Pendamping Sang Suami Di Medan Perjuangan



:: L.A.T.I.F.A.H.  A.S.-S.H.U.L.I.::

Seindah nama diberi…

Setabah itu insan ini…

Lahirnya tidak minta menjadi disegani,

Jauh sekali disanjung tinggi,

Namun, dipilihNya menjadi pendamping disisi insan yang gagah berdiri,

Yakni Imam As-Syahid Hassan Al-Banna  menjadi pendamping diri,

Dalam era perjuangan kini..


Benarlah disebalik pemuda yang hebat, pasti akan ada wanita yang mengagumkan..

Beliaulah kekuatan hati sang suami,

Tatkala fitnah ditabur disana sini,

Mendidik si anak Wafa, Saiful Islam, Sana, Roja, Wafa, Halah dan Istisyhad  dengan seikhlas hati,

Hingga tatkala kini, lahirlah mereka si soleh dan solehah yang sangat disegani,

Dalam dunia  Islam hari ini,

Tanggal 36 tahun usia masjid dibina bersama sang suami,

Akhirnya, pergilah insan ini,

Meninggalkan dunia yang fana ini…

Moga2 Islam akan terus gagah berdiri,

Dek sumbangan insan hebat ini..

Ameen..

………………………………………

Mutiara dalam diri insan mulia, zaujah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna…

·        Kepercayaan yang tinggi kepada sang suami

·        Rela berkorban akan kepentingan diri demi kerja dakwah suami

·        Pendamping setia amanah dakwah suami

·        Menjadikan rumah istana buat sang suami

·        Menjadikan semua kader-kader dakwah sang suami umpama anak sendiri

·        Menjalankan kerja dakwah suami tatkala setelah kewafatannya


Kata-kata Imam As-Syahid Hasan Al-Banna:

“Perempuan itu sebahagian daripada sebuah bangsa. Bahkan bahagian yang paling mempengaruhi dan memberi peranan besar bagi HIDUP nya suatu bangsa…”


Konklusinya, wanita juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam gerak kerja dakwah Islam.. hal ini jelas terbukti tatkala Asma turut terlibat dalam perancangan hijrah Nabi. Menunjukkan kepada kita bahawa muslimat/wanita juga turut memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi dalam menyumbangkan idea dan sebagainya… teruslah berjuang wahai insan yang bergelar wanita… kita adalah sayap kiri dalam perjuangan agama Allah..TAKBIR!!







Wednesday, 28 March 2012

Boleh Nak Letak Gambar di Laman Muka Buku tapi....


bismillahirahmanirrahim,
bertemu kembali dalam ruangan ilmu ini… serba ringkas untuk entri kali ini khas penulis tujukan buat yang bergelar adik-adik remaja, wanita, perempuan dan semua yang bergelar kaum hawa…

pertama sekali, tahniah penulis ucapkan kerana anda berjaya merangkul gelaran “perhiasan dunia”.. kenapa?? Kerana anugerah gelaran ini hanya al-khalid kita anugerahkan teristimewa buat yang bergelar wanita sahaja.. tapinya,  mesti kita ingin merangkul gelaran sebaik-baik perhiasan dunia berbanding perhiasan dunia yang lain kan?? Tapi bagaimana caranya??
 Mudah sahaja iaitu jadilah wanita solehah kerana dengan menjadi wanita solehah umpama sebaik-baik  perhiasan dunia sepertimana  Rasulullah saw ada bersabda dalam hadisnya yang mafhumnya berbunyi : “sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..” (Hadith Riwayat Muslim).. mudah kan?? Sama-sama kita mencubanya ..
wanita dan perhiasan tidak dapat dipisahkan dan dengan perhiasan yang dimilikilah kita ingin berkongsi dengan mereka yang disekeliling kita sama ada melalui bercerita, bergambar dan sebagainya.. tapi, fenomena hari ini sering kita lihat laman  muka buku (facebook) menjadi saluran bagi kita berkongsi apa yang kita miliki… benarkan?? Untuk entri  kali ini, ingin penulis fokuskan dalam konsep berkongsi   G.A.M.B.A.R…

Sebenarnya, tidak salah untuk kita berkongsi gambar di laman muka buku dengan tujuan tertentu contohnya untuk berkongsi dengan sahabat2  perempuan tapi,  ada tapinya… sudilah penulis berkongsi sebuah pengalaman yang mana menjadi peringatan buat diri penulis setelah mengetahui kisah ini… semoga ia juga berguna buat kalian semua..sekadar berkongsi dan  adik-adiklah yang berhak menilai mana yang terbaik buat diri… 
Pengalaman ini berlaku pada seorang bekas  pelajar perempuan  disalah sebuah sekolah agama yang terkenal di negeri Kedah yang merupakan seorang yang amat dikenali di sekolahnya…  setelah  keluarnya pelajar tersebut dari sekolah itu untuk menyambung pelajaran ke sekolah lain, kebanyakan  adik-adik sama ada lelaki atau perempuan tetap menjadikan beliau sebagai tempat rujukan nasihat sama dari segi pelajaran mahupun peribadi…  dan salah satunya saluran yang menjadi medan perkongsian adalah laman muka buku…
Nak dijadikan cerita, suatu malam tatkala pelajar ini sedang melayari laman muka buku, ada seorang pelajar lelaki di sekolah lamanya yang mana usia umurnya lebih muda daripada pelajar perempuan itu dan ingin ber ‘chat’  dengan tujuan untuk meminta nasihat pelajaran… atas dasar menganggap lelaki tersebut umpama seorang adik, jadi pelajar tersebut berkongsilah ilmu dan nasihat yang dimiliki…
Di akhir perkongsian ilmu itu, adik lelaki tersebut memohon untuk melihat gambar pelajar perempuan itu atas alasan sudah lupa wajah sebenar pelajar perempuan itu yang katanya dianggap seperti kakak sendiri… berat dihati pelajar itu kerana sememangnya sebelum ini, pelajar itu hanya mempamerkan gambarnya di laman muka buku yang khas untuk tatapan kawan-kawan perempuannya sahaja… dengan beranggapan baik bahawa adik itu hanyalah seorang adik dan terlalu muda usianya, jadi pelajar tersebut memberi  peluang buat adik itu melihat gambarnya… apa yang berlaku??
wanita yang baik adalah yang pandai jaga dirinya walau
dimana saja dia berada

Selepas melihatnya, berkatalah adik itu: “akak cantik la.. sekarang barulah lena tidur saya…terima kasih akak..”
Mengucap panjang pelajar tersebut tatkala membaca kata-kata adik lelaki tersebut terutama bagi kata-kata “barulah lena tidur saya”… merasakan dirinya terlalu murah dan umpama hidangan murah untuk tatapan semua… kesannya, pelajar tersebut terus meng `hide` gambarnya daripada tatapan umum sama ada lelaki atau perempuan…
Konklusi dari kisah ini, adik-adik dan pembaca sekelian bolehlah membuat penilaian sendiri sama ada untuk terus meletakkan gambar kalian bagi tatapan umum atau meng ‘hide’kannya… mungkin ada yang akan mengatakan “ala, budak lelaki tu bergurau sahaja..” dan pelbagai lagi tanggapan…
Tapi semua,  apapun tanggapan anda, sedarkanlah diri kita semua yang semua lelaki punya nafsu dalam diri hatta belasan tahun sekalipun… penulis tidak menyalahkan  semua pihak lelaki kerana penulis sedar dan percaya masih ada dalam kalangan lelaki diluar sana yang masih kuat keimanan dalam dirinya untuk menjaga dirinya daripada godaan nafsu… tahniah penulis ucapkan..
Sebenarnya adik-adik remaja sayang, seperti kata-kata dalam majalah ilmiah Solusi, “sesungguhnya kalian memiliki kecantikan tersendiri…. Syukurilah ia dengan cara menjaganya dan tahanlah diri daripada meletakkan terlalu banyak gambar lebih-lebih lagi pula jika gambar itu dalam pose berisi jelingan manja atau senyuman yang mampu meluruhkan sukma lelaki di luar sana…gambar kita adalah tanggungjawab kita”…. peliharalah ia dengan sebaiknya kerana gambar kita mampu diperlakukan apa sahaja oleh manusia yang punya niat jahat dek kerana canggihnya teknologi hari ini..


jadinya adik-adik remaja yang penulis kasihi, sama-sama kita berusaha menjaga diri kita dengan sebaiknya…tidak mengapa, walaupun tatkala ini kalian tidak memakai stoking, tidak bertudung labuh, tidak memakai sarung lengan, bukan dari sekolah agama dan sebagainya, bukan bermakna kalian jahat ya… usaha dari sekarang baiki diri ke arah itu sebabnya, mak ayah kita mesti suka kan andai lihat anaknya pakai pakaian yang baik-baik… dan sebenarnya, bilamana ada rasa malu dalam diri, kita akan malu buat sesuatu yang Allah tak suka…
akhir kalam, moga perkongsian kali ini bermanfaat buat semua. Semoga ia juga menjadi  peringatan buat diri penulis andai suatu saat nanti, penulis juga diuji dengan ujian sebegini…  sudilah penulis berkongsi kata-kata Umar al-Khattab buat renungan diri kita bersama :
 “orang yang berilmu itu bukan hanya mampu membezakan perkara yang baik daripada yang buruk, tetapi mampu mengetahui mana yang lebih baik antara dua keburukan…”.. 

sesungguhnya agama itu nasihat..(^_^).. wallahua’lam..;-)  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^