:: L.A.T.I.F.A.H. A.S.-S.H.U.L.I.::
Seindah
nama diberi…
Setabah
itu insan ini…
Lahirnya
tidak minta menjadi disegani,
Jauh
sekali disanjung tinggi,
Namun,
dipilihNya menjadi pendamping disisi insan yang gagah berdiri,
Yakni Imam As-Syahid Hassan Al-Banna menjadi pendamping diri,
Dalam era
perjuangan kini..
Benarlah
disebalik pemuda yang hebat, pasti akan ada wanita yang mengagumkan..
Beliaulah
kekuatan hati sang suami,
Tatkala
fitnah ditabur disana sini,
Mendidik
si anak Wafa, Saiful Islam,
Sana, Roja, Wafa, Halah dan Istisyhad dengan seikhlas hati,
Hingga
tatkala kini, lahirlah mereka si soleh dan solehah yang sangat disegani,
Dalam
dunia Islam hari ini,
Tanggal
36 tahun usia masjid dibina bersama sang suami,
Akhirnya,
pergilah insan ini,
Meninggalkan
dunia yang fana ini…
Moga2
Islam akan terus gagah berdiri,
Dek
sumbangan insan hebat ini..
Ameen..
………………………………………
Mutiara
dalam diri insan mulia, zaujah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna…
· Kepercayaan
yang tinggi kepada sang suami
· Rela
berkorban akan kepentingan diri demi kerja dakwah suami
· Pendamping
setia amanah dakwah suami
· Menjadikan
rumah istana buat sang suami
· Menjadikan
semua kader-kader dakwah sang suami umpama anak sendiri
· Menjalankan
kerja dakwah suami tatkala setelah kewafatannya
Kata-kata
Imam As-Syahid Hasan Al-Banna:
“Perempuan itu sebahagian daripada sebuah bangsa. Bahkan
bahagian yang paling mempengaruhi dan memberi peranan besar bagi HIDUP nya
suatu bangsa…”
Konklusinya,
wanita juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam gerak kerja dakwah
Islam.. hal ini jelas terbukti tatkala Asma turut terlibat dalam perancangan
hijrah Nabi. Menunjukkan kepada kita bahawa muslimat/wanita juga turut
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi dalam menyumbangkan
idea dan sebagainya… teruslah berjuang wahai insan yang bergelar wanita… kita
adalah sayap kiri dalam perjuangan agama Allah..TAKBIR!!
No comments:
Post a Comment