Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah bersua
kembali buat shbt2 seperjuangan dalam dunia alam maya ini.. Alhamdulillah,
diizinkanNya lagi untuk jari jemari ini
menaip buat perkongsian sebuah pengalaman.
insyaAllah hari ini,
sudilah syahadah berkongsi dengan semua berkenaan hari bahagia seorang akak
yang amat syahadah kagumi sejak dahulu lagi dengan keindahan akhlak, ketinggian
ilmu dan kemuliaan budi pekerti yang menghiasi mujahidah mukminah ini.
Mabruk alaik syahadah
ucapkan buat permata islam kak Basyirah yahaya dan zaujnya yang baru mendirikan
masjid pada 10 Februari baru-baru ini. alhamdulillah berjalan lancar walimahnya. Melihat qanaahnya persiapan majlis ini,
menjadikan hati ini sangat kagum dengan baitul muslim yang dibina. insyaAllah,
yakin di hati syahadah, pastinya keberkatan akan mengiringi bersama buat
mereka. Kata seorang sahabat; “alang-alang berjuang, biar sampai ke anak
cucu..”
Harapan syahadah,
moga-moga terbinanya baitul muslim ini dapat meramaikan lagi umat-umat Nabi
Muhammad saw yang kental berjuang untuk agamaNya..
Kadangkala, sahabat2
berkongsi kata-kata bahawa “untuk mendapatkan yang terbaik/soleh, kita perlu
menjadi solehah dahulu”.. benar ya?? Kiranya, andai kata kita sudah perolehi
yang soleh, kita sudah tidak perlu la ya menjadi yang solehah?? Pada syahadah,
bukan itu yang kita idamkan kerana anggaplah kita ingin menjadi solehah untuk mendapat
redhaNya.. mendirikan masjid bukanlah satu-satunya matlamat kita hidup didunia
ini kerana ia hanyalah sebahagian sahaja bagi mendapatkan saham kita buat bekal
bertemuNYA kelak; seorang isteri berbuat baik kepada suaminya untuk mendapat
redha suami bagi memasuki jannahNya kelak, begitu juga suami menjaga keperluan
isteri dan anak-anaknya demi memperolehi keredhaan daripada Allah agar tidak
ditanya di hari Akhirat kelak akan amanah yang telah dipertanggungjawabkannya…
Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum....Aamii n ya Rabbal'alamin.
Akhir kalam, tidak dilupakan ucapan tahniah buat sahabat2 syahadah ketika sama-sama menuntut di KISAS dulu BATCH 55, Aini dan zaujnya serta Sufi dan zaujahnya yang selamat diijabkabulkan pada 2 Februari baru-baru ini.. moga-moga kalian bahagia ke anak cucu... buat ainisyahirah, tahniah ya menjadi muslimat batch kita yg ke-3 mendirikan masjid ^_^.. mohon beribu kemaafan kerana tidak dapat menghadirkan diri.. insyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya di Ipoh kelak ^_^..
Sejujurnya, segan dihati untuk berbicara mengenai perkara-perkara sebegini tatkala merasakan diri ini sangat-sangat tidak layak untuk memikirkannya lagi...teringat pesanan seorang murabbi syahadah katanya, "perlu ada dalam hati setiap muslimat itu peringatan buat dirinya 'ma fi qalbi ghairul Allah (tiada di hatiku melainkan Allah)'...". terima kasih ustaz atas peringatan yang diberi buat muhasabah kepada diri ini..allahuarabbi..
Sejujurnya, segan dihati untuk berbicara mengenai perkara-perkara sebegini tatkala merasakan diri ini sangat-sangat tidak layak untuk memikirkannya lagi...teringat pesanan seorang murabbi syahadah katanya, "perlu ada dalam hati setiap muslimat itu peringatan buat dirinya 'ma fi qalbi ghairul Allah (tiada di hatiku melainkan Allah)'...". terima kasih ustaz atas peringatan yang diberi buat muhasabah kepada diri ini..allahuarabbi..
sufi dan zaujahnya |
aini syahirah dan zaujnya |
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment