bismillahirahmanirrahim,
bertemu kembali dalam ruangan ilmu ini… serba ringkas untuk entri kali
ini khas penulis tujukan buat yang bergelar adik-adik remaja, wanita, perempuan
dan semua yang bergelar kaum hawa…
pertama sekali, tahniah penulis ucapkan kerana anda berjaya merangkul
gelaran “perhiasan dunia”.. kenapa?? Kerana anugerah gelaran ini hanya al-khalid
kita anugerahkan teristimewa buat yang bergelar wanita sahaja.. tapinya, mesti kita ingin merangkul gelaran sebaik-baik
perhiasan dunia berbanding perhiasan dunia yang lain kan?? Tapi bagaimana
caranya??
Mudah sahaja iaitu jadilah wanita
solehah kerana dengan menjadi wanita solehah umpama sebaik-baik perhiasan dunia sepertimana Rasulullah saw ada bersabda dalam hadisnya
yang mafhumnya berbunyi : “sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..” (Hadith Riwayat Muslim).. mudah
kan?? Sama-sama kita mencubanya ..
wanita dan perhiasan tidak dapat dipisahkan dan dengan perhiasan yang
dimilikilah kita ingin berkongsi dengan mereka yang disekeliling kita sama ada
melalui bercerita, bergambar dan sebagainya.. tapi, fenomena hari ini sering
kita lihat laman muka buku (facebook)
menjadi saluran bagi kita berkongsi apa yang kita miliki… benarkan?? Untuk
entri kali ini, ingin penulis fokuskan dalam
konsep berkongsi G.A.M.B.A.R…
Sebenarnya, tidak salah untuk kita berkongsi gambar di laman muka buku dengan
tujuan tertentu contohnya untuk berkongsi dengan sahabat2 perempuan tapi, ada tapinya… sudilah penulis berkongsi sebuah
pengalaman yang mana menjadi peringatan buat diri penulis setelah mengetahui
kisah ini… semoga ia juga berguna buat kalian semua..sekadar berkongsi dan adik-adiklah yang berhak menilai mana yang
terbaik buat diri…
Pengalaman ini berlaku pada seorang bekas pelajar perempuan disalah sebuah sekolah agama yang terkenal di
negeri Kedah yang merupakan seorang yang amat dikenali di sekolahnya… setelah
keluarnya pelajar tersebut dari sekolah itu untuk menyambung pelajaran
ke sekolah lain, kebanyakan adik-adik
sama ada lelaki atau perempuan tetap menjadikan beliau sebagai tempat rujukan
nasihat sama dari segi pelajaran mahupun peribadi… dan salah satunya saluran yang menjadi medan
perkongsian adalah laman muka buku…
Nak dijadikan cerita, suatu malam tatkala pelajar ini sedang melayari
laman muka buku, ada seorang pelajar lelaki di sekolah lamanya yang mana usia
umurnya lebih muda daripada pelajar perempuan itu dan ingin ber ‘chat’ dengan tujuan untuk meminta nasihat pelajaran…
atas dasar menganggap lelaki tersebut umpama seorang adik, jadi pelajar
tersebut berkongsilah ilmu dan nasihat yang dimiliki…
Di akhir perkongsian ilmu itu, adik lelaki tersebut memohon untuk melihat
gambar pelajar perempuan itu atas alasan sudah lupa wajah sebenar pelajar
perempuan itu yang katanya dianggap seperti kakak sendiri… berat dihati pelajar
itu kerana sememangnya sebelum ini, pelajar itu hanya mempamerkan gambarnya di
laman muka buku yang khas untuk tatapan kawan-kawan perempuannya sahaja… dengan
beranggapan baik bahawa adik itu hanyalah seorang adik dan terlalu muda
usianya, jadi pelajar tersebut memberi peluang buat adik itu melihat gambarnya… apa
yang berlaku??
wanita yang baik adalah yang pandai jaga dirinya walau dimana saja dia berada |
Selepas melihatnya, berkatalah adik itu: “akak cantik la.. sekarang
barulah lena tidur saya…terima kasih akak..”
Mengucap panjang pelajar tersebut tatkala membaca kata-kata adik lelaki
tersebut terutama bagi kata-kata “barulah lena tidur saya”… merasakan dirinya
terlalu murah dan umpama hidangan murah untuk tatapan semua… kesannya, pelajar
tersebut terus meng `hide` gambarnya daripada tatapan umum sama ada lelaki atau
perempuan…
Konklusi dari kisah ini, adik-adik dan pembaca sekelian bolehlah membuat
penilaian sendiri sama ada untuk terus meletakkan gambar kalian bagi tatapan
umum atau meng ‘hide’kannya… mungkin ada yang akan mengatakan “ala, budak
lelaki tu bergurau sahaja..” dan pelbagai lagi tanggapan…
Tapi semua, apapun tanggapan anda,
sedarkanlah diri kita semua yang semua lelaki punya nafsu dalam diri hatta
belasan tahun sekalipun… penulis tidak menyalahkan semua pihak lelaki kerana penulis sedar dan
percaya masih ada dalam kalangan lelaki diluar sana yang masih kuat keimanan
dalam dirinya untuk menjaga dirinya daripada godaan nafsu… tahniah penulis
ucapkan..
Sebenarnya adik-adik remaja sayang, seperti kata-kata dalam majalah
ilmiah Solusi, “sesungguhnya kalian memiliki kecantikan tersendiri…. Syukurilah
ia dengan cara menjaganya dan tahanlah diri
daripada meletakkan terlalu banyak gambar lebih-lebih lagi pula jika gambar
itu dalam pose berisi jelingan manja atau senyuman yang mampu meluruhkan sukma
lelaki di luar sana…gambar kita adalah tanggungjawab kita”…. peliharalah ia
dengan sebaiknya kerana gambar kita mampu diperlakukan apa sahaja oleh manusia yang
punya niat jahat dek kerana canggihnya teknologi hari ini..
jadinya adik-adik remaja yang penulis kasihi, sama-sama kita berusaha
menjaga diri kita dengan sebaiknya…tidak mengapa, walaupun tatkala ini kalian
tidak memakai stoking, tidak bertudung labuh, tidak memakai sarung lengan,
bukan dari sekolah agama dan sebagainya, bukan bermakna kalian jahat ya… usaha
dari sekarang baiki diri ke arah itu sebabnya, mak ayah kita mesti suka kan
andai lihat anaknya pakai pakaian yang baik-baik… dan sebenarnya, bilamana ada
rasa malu dalam diri, kita akan malu buat sesuatu yang Allah tak suka…
akhir kalam, moga perkongsian kali ini bermanfaat buat semua. Semoga ia
juga menjadi peringatan buat diri
penulis andai suatu saat nanti, penulis juga diuji dengan ujian sebegini… sudilah penulis berkongsi kata-kata Umar
al-Khattab buat renungan diri kita bersama :
“orang
yang berilmu itu bukan hanya mampu membezakan perkara yang baik daripada yang
buruk, tetapi mampu mengetahui mana yang lebih baik antara dua keburukan…”..
sesungguhnya agama itu nasihat..(^_^).. wallahua’lam..;-)
sesungguhnya agama itu nasihat..(^_^).. wallahua’lam..;-)
2 comments:
nice entry..
panjang jugak nasihat tu..
thanks
kak fira alhamdulillah ,,akhirnya terjawab segala persoalan yg bermain di fikiran pika ,,syukran ukhti manis
Post a Comment