Sesungguhnya setiap kejadian ciptaan-NYA pasti
ada hikmah yang terselit disebaliknya… semoga kita tergolong dalam kalangan
hamba-hamba yang dibukakan pintu hati untuk melihat hikmah disebalik setiap apa
yang berlaku.. untuk entri kali ini, penulis amat tertarik untuk berkongsi ilmu baru yang penulis dapati hasil pembacaan
dalam sebuah majalah iaitu berkenaan dengan “rahsia solat pada awal waktu”.
Lazimnya kita sering terbaca entri
berkenaan rahsia pergerakan dalam solat, rahsia ambil wudhuk dan sebagainya dan
jarang sekali kita dengar kan rahsia solat diawal waktu?? jadinya, ayuh kita sama2 ketahui apa rahsianya
ya Allah galakkan umatnya menunaikan solat di awal waktu…
Sesungguhnya setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui
perubahan warna alam. Walaupun pelbagai kaedah meditasi dicipta seperti taichi
dan qi-gong, tetapi kita perlu bersyukur kerana telah di ‘kurniakan’ syariat
solat oleh Allah swt tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga ini… hmmm, apa ya maksud sebenarnya??
- WAKTU SUBUH
Pada waktu subuh, alam berada dalam
spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh. Jadi, warna
biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau
rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada
awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada
tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep
resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
- WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohor
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan mengalami masalah di perut dan hilang
sifat cerianya.
- WAKTU ASAR
Kemudian, warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang merangkumi fungsi
reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal
Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ini, jasad dan roh seseorang itu dalam
keadaan terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini
amat-amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Oleh itu, elakkan ya
daripada tidur pada waktu asar kerana ada kata ilmuan ia mewarisi kegilaan.
Cuba anda bayangkan peristiwa apabila anda pernah terjaga daripada tidur pada waktu asar?? Apa
terjadi pada anda?? Fikirkan..
- WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna
merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar
tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infrared) dan ini bermakna jin dan
iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana resonan dengan alam.
Mereka yang
sedang dalam perjalanan seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini untuk mengerjakan solat dahulu
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
- WAKTU ISYA’
Apabila masuknya waktu isya’, alam berubah ke
warna indigo dan memasuki fasa kegelapan.
Waktu isya’ ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan isya’ kerap berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada
waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ia
bersamaan dengan frekuensi pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Konklusinya, subhanallah hebat kan hikmah
kejadian ciptaan-NYA?? Penulis menyeru pada diri penulis dan pembaca semua
marilah kita sama-sama berusaha mendirikan solat di awal waktu.. apa salahnya
kita berusaha menyahut seruan kecintaan hati kita tatkala ia memanggil.. apa
rasanya andai kita memanggil kekasih kita, tetapi sejam kemudian barulah ia
menyahut dan datang kepada kita?? Tapuk dada tanyalah iman… penulis sudahi
entri kali ini dengan satu pertanyaan, siapa yang patut kita cintai sama ada
hadiah yang kita perolehi ataupun tuan empunya hadiah yang memberi kepada kita
itu??selamat berfikir.. wallahua’lam..;-)
No comments:
Post a Comment