Sedar tidak sedar sudah meningkat dewasa
rupanya diri kita.. bermakna, sudah lama kita hidup di bumi ini.. tapi,
sedarkah kita siapa insan yang telah berkorban untuk kita selama ini?? Siapakan
insan yang tidak pernah lelah mencurahkan keringatnya semata-mata untuk
keselesaan kita?? Merekalah kedua ibubapa kita.. sering kita kaitkan
pengorbanan menjaga anak dengan ibu tetapi, kita sering terlepas pandang bahawa
ayah juga merupakan insan yang besar pengorbanannya buat kita..
Sejujurnya, penulis amat sensitif
bila dikaitkan seorang ayah menjadi punca rosaknya keluarga, hilangnya tarbiah
dalam keluarga dan sebagainya… sememangnya ayah adalah individu yang menjadi
tonggak kepada sesebuah keluarga… tapi, salahkah bilamana seorang ayah itu diuji
dengan kejahilan?? Salahkan dia bila dia jahil tentang agama?? Siapa patut
dipersalahkan??
Sedarlah wahai diri, dia juga insan
biasa yang punya khilaf diri.. kadang-kadang ia merupakan ujian buat diri kita
apabila mempunyai seorang ayah seperti itu yang kurang didikan agamanya berbanding
kita… tapi, ia tidak pernah menjadi penyebab buat kita untuk menyalahkannya
bilamana kita jahil tentang agama… anggaplah dia ujian dari-NYA buat diri kita…
sebagai anak, sedarlah kita bahawa bila lahirnya kita di dunia ini, pasti
kedatangan kita ditunggu-tunggu oleh insan mulia iaitu kedua ibubapa kita…
sesungguhnya anak yang baik itu adalah penyejuk hati bagi ayah dan ibu… kitalah
yang dididik dengan tarbiah agama bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesilapan ibu bapa
kita tapi biarlah dengan cara yang terbaik…bersyukurlah kita walau siapapn ayah kita
dan bagaimana sekalipun keadaannya..
Kembara diri penulis pernah merasai
secalit pengalaman yang menjadi ingatan buat diri penulis sehingga ke hari
ini.. sejujurnya, bila seorang anak itu meningkat dewasa, dia pasti segan untuk
memeluk atau mencium ayahnya… benarkah anda begitu?? Tepuk dada, jawablah
dengan hati yang kudus…termasuklah penulis pernah merasai perkara sedemikian..
hinggalah suatu hari penulis ditanya oleh seorang sahabat mengenai perkara
tersebut dan dengan bangganya, penulis menjawab yang penulis sudah lama tidak
memeluk ayah penulis… dengan jawapan yang ringkas sahabat penulis membalas,
“ciumlah ayahmu selagi mana ia masih bernyawa dan jangan sampai dia sudah tidak
bernyawa kelak, barulah engkau handak menciumnya…” amat bersahaja jawapannya tetapi
kata-kata tersebut umpama pisau yang menikam kalbu penulis dan menyedarkan diri
penulis akan khilaf diri ini..
Abah,
Tatkala ku terpandang
wajahmu,
Jelas terpancar redup
kasihmu buat diriku,
Tatkala ku manjadi
makmummu,
Susah payah ku lihat
pergerakanmu dalam menjalankan amanah Ilahi,
Menandakan betapa
engkau bekerja keras seharian membanting keringatmu demi mencari sesuap nasi
dalam membesarkanku menjadi insan berguna…
Abah,
Besarnya
pengorbananmu,
Kadang-kadang aku
terleka dalam menghabiskan wang yang telah kau berikan kepadaku,
Kadang-kadang engkau
sanggup menjamah hanya sepotong roti mengikat perut utk berjimat demi membiayai
pendidikanku tanpa pengetahuanku…
Abah,
Ku sedar kau terlalu
menyayangiku,
Engkau sentiasa cuba
memberikan yang terbaik buatku…
Apa buktinya??
Kau berikanku
sebaik-baik nama tatkala lahirnya diriku ini…
Agar diriku menjadi
seperti maksud nama tersebut…
Menandakan betapa
besarnya visimu setelah diriku lahir dibumi ini…
Abah,
Menitis air mataku
tatkala melihat pengorbananmu yang telah kau berikan,
Besarnya hadiah
dari-NYA buatku,
Kerana dikurniakanmu
dalam hidupku….
Kaulah cinta hatiku…
.:T.E.R.I.M.A.
K.A.S.I.H. A.B.A.H.…:
Sayangilah kedua ibu bapa kita.. curahkanlah
kudrat kita untuk membantu mereka… pesanan penulis buat diri penulis dan semua,
“pandanglah wajah mereka selagi ada…berikanlah pandangan mata dengan penuh
kasih sayang… sesungguhnya betapa besar hati mereka melihat kita menyayangi
mereka dengan sepenuh hati…” sayangilah mereka selagi mereka ada.. usahlah
bergelar “si tanggang moden’.. SELAMAT BERFIKIR…wallahua’lam..;-)
No comments:
Post a Comment