Alhamdulillah
selaut kesyukuran buat-NYA kerana masih memberi
kekuatan buat penulis untuk terus bernafas pada hari ini…. Bilamana kita
berfikir dan terus berfikir, barulah kita sedar sebenarnya masih punya silap
dalam diri kita tanpa kita sedari… kadang-kadang setelah diketuk barulah
terjaga dari khanyalan hidup ini yang sentiasa merasakan “akulah yang terbaik”.
Kadang-kadang Allah datangkan kepada kita seseorang itu untuk menegur kesilapan
kita, mungkin ia adalah teguran dari-NYA buat kita… ya Allah, sayangnya DIA
pada kita kan agar kita tidak terus tersasar dari landasan yang
selayaknya… moga diri kita akan terus berada dibawah bimbingan-NYA dalam setiap
apa yang kita lakukan… untuk entri kali ini, tergerak di hati penulis untuk
berkongsi sebuah kisah yang berlaku pada salah seorang sahabat penulis ketika
penulis dan dia sama-sama menuntut disalah sebuah sekolah agama yang terdapat
di tanah air ini… moga ia menjadi didikan tarbiah dalam diri kita..
Ceritanya
bermula bila mana sahabat penulis ni seorang yang kurang tarbiah dalam dirinya
tapi bukan bermakna dia jahat ya. Cuma dia kurang memperaktikkan apa yang telah
dipelajari.. sarung lengan atau bahasa mudahnya “armsock”, bukanlah pilihan
pemakaiannya setiap hari.. alasannya panas..
Nak jadikan
cerita suatu hari didalam kelas, tanpa disedarinya seorang sahabat lelakinya
terpandang lengan sahabat ini akibat tidak memakai armsock… bukan lelaki itu
sengaja untuk melihat dan bukan kerana sahabat penulis sengaja untuk
menampakkannya tapi semuanya berlaku secara tidak sengaja.. tapi, amat
mengejutkan apa yang berlaku… apa ya??
Macam nie,
lepas sahaja habis sesi persekolahan, lelaki tersebut memanggil sahabat penulis
untuk berjumpa dipintu belakang kelas secara personal tetapi dalam keadaan yang
tidak menimbulkan fitnah. Maksud penulis lelaki tersebut berada diluar dan
sahabat penulis berada didalam kelas dan mereka bercakap dalam keadaan pintu
kelas sebagai tabirnya… agak terkejut pada sahabat penulis bilamana lelaki tersebut mohon maaf
pada sahabat penulis atas sebab dia telah terlihat aurat sahabat penulis tanpa
sengaja… menangis sahabat penulis bila
mana hebatnya cara tarbiah dan teguran lelaki tersebut yang amat lembut…dan
kata-kata ringkasnya berharap sahabat
penulis menjaga auratnya akhirnya membuka
pintu hatinya untuk berubah kerana
sememangnya dia terkenal dengan
seorang yang “keras kepala” . tapi dalam konteks ini, agak-agak siapa yang
patut dipersalahkan?? Yang melihat atau yang tidak menjaga aurat??
Fikir-fikirkan..
Subhanallah,
hebatnya tarbiah dan keluhuran akhlak lelaki tersebut, akhirnya sahabat penulis
terus mengekalkan pemakaian armsock sehingga hari ini dan menjadi seseorang
yang jauh lebih baik dari sebelumnya…
Dalam
cerita ni sebenarnya, banyak konklusi yang dapat kita ambil sebenarnya.. dalam
dua aspek yang pertama lelaki tersebut dan kedua sahabat penulis..
1. untuk
lelaki tersebut, sedarkah kita bahawa lelaki tersebut berjaya mengamalkan apa
yang telah diajar oleh Rasulullah saw dalam konteks mentarbiah orang
disekeliling kita.. ?? sebenarnya itulah yang wajar kita sebagai dai’e pada
hari ini terapkan dalam diri dengan mentarbiah cara yang lembut… ada kalian
pernah lihat Rasulullah saw mentarbiah dengan cara yang kasar?? Hatta dengan
musuh Islam sekalipun Baginda menggunakan pendekatan yang bijak tanpa perlukan
kekerasan… jika difikirkan kembali, kita sendiri termasuk diri penulis lebih
mudah untuk terima suatu teguran itu dengan cara yang lembut.. benar kan?? Jadi
pesanan penulis buat diri penulis dan semua yang bergelar dai’e,
“tatkala anda ingin memikat hati
mad’u (orang yang yang didakwah), anda harus ingat bahawa anda adalah seorang
dai’e, bukan seorang ulama’ atau fuqaha’. Tatkala anda berdakwah, anda harus
ingat bahawa anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka anda harus
mempertimbangkan hadiah apa yang patut anda berikan dan bagaimana cara
memberikannya. Jangan kerana cara anda memberikan hadiah tersebut salah,
menjadikan mad’u anda membenci hadiah tersebut…sesungguhnya kelembutan air
mampu menghakis tebing yang kukuh dan
juga melekukkan batu yang pejal. Tenaga padu yang dihasilkan oleh air itu mampu
memecahkan empangan yang kebal. Begitu juga hati manusia yang keras mampu
dilenturkan dengan kelembutan budi pekerti…"
Kita
sebagai daie, jangan pernah putus asa bila mana mad’u atau orang yang kita
ingin ajak kepada kebaikan itu menjauhi kita… teruskanlah berdakwah disamping
berdoa.. jauhilah menjadi “dai’e yang mengharapkan hasil yang cepat”
tapi terus dan teruslah berusaha .. insya’allah, Allah pasti akan membuka pintu
hati mad’u kita sama ada hari ini atau 10 tahun akan datang.. yang pastinya,
bersabarlah… dan jauhilah menegur secara sindirin atau terbuka untuk
mengelakkan seseorang itu terasa… lihatlah cara lelaki tadi, menegur dalam
keadaan personal kan?? Kerana sejujurnya seseorang wanita itu malunya amat
tinggi jika dibandingkan dengan lelaki.. dia akan rasa terhina bilamana dirinya
ditegur di khalayak ramai kerana dia akan rasa dirinya seperti dimalukan
walaupun bukan niat sebenar orang yang
menegur itu untuk memalukannya… tapi, dalam konteks ini akan membawa kesan
lebih parah bila mana wanita itu akan terus mambenci dan tidak akan menerima
teguran tersebut kesan daripada berdendam… hebatkan kesannya ya..
2. yang
keduanya ialah sahabat penulis atau dalam konteks tarbiah, ia adalah mad’u
(orang yang diajak ke arah kebaikan).. kita sebagai orang yang pernah ditegur,
usahlah sombong untuk menerima silap diri kita.. ya, yang menegur kita itu pun
manusia dan dia ada salah diri tapi jangan kerana dia menegur kita, kita berusaha
mencari salah dia dan kita tegur dia semula… bukanlah itu caranya wahai diri..
tapi, terimalah dengan hati yang terbuka dan bersangka baiklah.. kita ambil
kata-kata teguran tersebut dan berubahlah…
kemudian, bila kita telah baiki kesilapan diri kita, kita tegur dia juga
dengan berhikmah bukan atas alasan untuk membalas tetapi kerana nilaian ukhwah
kita bersaudara sesama Islam kerana agama itu nasihat kan??
Sesungguhnya tidak ada orang yang sempurna di permukaan bumi ini melainkan penghulu sekalian Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW.. oleh itu, wajarlah kita wahai diri untuk menerima nasihat dan teguran.. orang yang dapat menerima nasihat dan teguran dikategorikan sebagai manusia yang beruntung dan bertuah..
Sesungguhnya tidak ada orang yang sempurna di permukaan bumi ini melainkan penghulu sekalian Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW.. oleh itu, wajarlah kita wahai diri untuk menerima nasihat dan teguran.. orang yang dapat menerima nasihat dan teguran dikategorikan sebagai manusia yang beruntung dan bertuah..
3. sekadar
tambahan dari cerita tadi, menggunakan pintu sebagai tabir bagi mengelakkan
fitnah… mungkin nampak kelakar kan??
Sebenarnya tidak sahabat2 sekalian… sebenarnya itulah yang diamalkan
sejak zaman Baginda lagi bila mana Saidatina Aisyah ingin mengajarkan hadith
pada para sahabat, beliau menyampaikan disebalik tabir… tapi, dalam keadaan
hari ini macam mana nak buat tabir?? Takkan nak bawa kain kemana-mana sahaja??
Itulah persoalan yang bermain diminda kalian kan??
Jawapannya mudah dari penulis iaitu kalian bayangkan tabir itu wujud dengan cara menjaga pandangan dan jarak kalian… mudah kan?? Bila mana kita berurusan dengan yang berlainan jantina, berusahalah menjaga pandangan kita kerana pandangan itu panahan syaitan… tak perlu hingga menundukkan kepala tapi cukup menjaga pandangan mata kita daripada liar memandang segalanya… ya, pandangan pertama itu adalah nikmat tapi usah diikuti pandangan yang kedua kerana ianya daripada syaitan…
Jawapannya mudah dari penulis iaitu kalian bayangkan tabir itu wujud dengan cara menjaga pandangan dan jarak kalian… mudah kan?? Bila mana kita berurusan dengan yang berlainan jantina, berusahalah menjaga pandangan kita kerana pandangan itu panahan syaitan… tak perlu hingga menundukkan kepala tapi cukup menjaga pandangan mata kita daripada liar memandang segalanya… ya, pandangan pertama itu adalah nikmat tapi usah diikuti pandangan yang kedua kerana ianya daripada syaitan…
Akhir kalam, semoga perkongsian ilmu yang kita perolehi untuk entri kali ini dapat kita amalkan dalam kehidupan kita seharian…penulis akhiri entri kali ini dengan kata-kata muhasabah diri daripada Ibn al-Qayyim katanya:
“Perjalanan manusia menuju Allah
itu seperti seekor burung. Kepalanya adalah cinta kepada Allah. Dua sayapnya
adalah perasaan khuatir dan pengharapan… tanpa kepala burung akan mati dan
tanpa sayap, mustahil burung dapat terbang…”
No comments:
Post a Comment