Bismillahirrahmanirrahim,
Bertemu kembali buat semua yang
penulis kasihi. InsyaAllah pada entri kali
ini, ingin sekali penulis berkongsi mengenai masakan pula. Masakan ini hanyalah
masakan yang ringkas.
Jika ingat lagi untuk entri yang lepas, penulis ada
berkongsi tentang cara2 untuk membuat kentang wedges umpama KFC bukan?? ^_^
jadinya, hari ini penulis ingin berkongsi pula cara untuk membuat kentang putar atau nama lainnya;
KENTANG LECEK (MASHED POTATO) ala2 yang dijual di KFC…^_^
Bahan-bahan:
·
4 biji kentang (dibelah 4 bahagian setiap satu)
·
Garam secukup rasa
·
2 sudu besar mentega atau margerin
·
½ cawan susu penuh krim panas (sama ada jenama
fernerleaf, dutch lady, dan sebagainya)
·
Sedikit lada sulah
Cara
Membuatnya:
1.masukkan
kentang yang sudah dipotong ke dalam bekas besar dan curahkan air separas
dengan kentang. Kemudian,masukkan sedikit garam dan biarkan hingga mendidih.
2.perlahankan
api, tutup periuk dan biarkan selama 15-20 minit atau sehingga kentang empuk.
(untuk tahu sama ada ia telah empuk atau tidak, cucuk dibahagian tengahnya).
3.sementara
itu panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih (boleh juga terus gunakan air
panas bila ingin membancuh air tersebut). Keluarkan mentega agar lembut dalam
suhu bilik atau panaskan sebentar didalam ketuhar. p/s: jangan gunakan susu
sejuk atau mentega sejuk.
4.apabila
kentang telah empuk, angkat dan curahkan airnya. Tuskan kentang serta merta.
Biarkan sehingga kentang benar-benar kering selama 15 minit.
5.Naikkan
periuk kembali ke atas dapur dan kacau kentang sehingga airnya kering. Ini
untuk mengelakkan agar kentang lecek tak berair. Gunakan api perlahan.
6. bila
sudah kering, lecekkan kentang hingga lumat dengan menggunakan sudu atau
senduk. Kemudian, naikkan semula periuk ke atas dapur.
7.masukkan
mentega suam, susu panas, sedikit garam, dan lada sulah.
8. gaul
rata hingga kentang memekat dengan api perlahan.
9. angkat
dan masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan. (hidangan untuk 4-5 orang)
p/s:untuk
sosnya, InsyaAllah dilain hari penulis berkongsi ya ^^
kentang putar tanpa sosnya |
………………………………………..
Buat mereka
yang sedang merantau di negara orang, bolehlah mencuba resepi ini kerana
sememangnya kita tahu rahsia disebalik kentang itu, ia umpama gantian kepada beras
yang merupakan makanan ruji masyarakat negara kita. Kandungannya mempunyai
karbohidrat yang tinggi mampu untuk membekalkan tenaga dalam diri kita… masakan
ini juga boleh dihidangkan ketika kita minum petang bersama keluarga tersayang.
Untuk menyedapkan lagi, anda juga bolehlah menghidangkannya bersama-sama dengan
roti.
Nasihat
penulis, sekali sekala anda ingin memasak masakan ini tidak mengapa. Jangan
selalu ya kerana khuatir kita yang menyebabkan obesiti berlaku dalam ahli
keluarga kita dek kerana terdapat pelbagai jenis nutrisi dalam kandungan
masakan kita ini ^_^..
Moga2
bermanfaat buat semua.
Wallahua’lam;-)
Syahadah,
27 Mei 2012
7.10 pm
No comments:
Post a Comment