Jam
menunjukkan 7.10 malam.
Pintu
surau dibuka.
Suram.
Sepi. Hambar. Dingin.
“Mungkin
ramai yang telah pulang agaknya sebab ramai dah habis final exam kan”, getus
hati kecilnya bilamana suasana surau dilihatnya teramat sunyi seolah-olah ia
bukan sebuah tempat ibadah.
“Hmm..”,
keluhnya kecil.
Sambil
menunggu azan, ingatannya kembali teringat akan seorang sahabat kosnya yang
pernah bertanya padanya beberapa hari lepas persoalan berkaitan dengan surau.
“Kenapa
perlu pergi surau yang jauh tu ya Syahadah? Bukan ke surau tu ada dekat dengan
penginapan asrama perempuan ke? Masjid lagi dekat kan kalau budak-budak lelaki
ni nak pegi, dan tak rase ke macam nak menunjuk kalau sengaja pergi solat dekat
surau yang dekat dengan penginapan perempuan tu??”, bertubi-tubi persoalan
ditanya rakan lelaki kosnya seolah-olah umpama senapang yang penuh isi
pelurunya diguna untuk ditembak-tembak ke arahnya.
"……………………………………….."
Tiada
jawapan. Hanya diam jawapan yang mampu diberinya saat itu.
Hatinya
kecilnya terkejut, terpana, terkesima dengan persoalan dan pemikiran sebegitu.
Sungguh, tidak tersangka jauh disudut
hatinya rakan lelakinya itu akan bertanya persoalan begitu.
“Mungkin
engkau belum mengerti wahai sahabat... Ketahuilah hebat mereka yang hatinya sememangnya
terikat dengan rumah Allah yakni masjid namun dikorbankannya rasa mahabbah itu
dengan pergi mengimarahkan rumah-rumah Allah yang dilihatnya gelap tanpa adanya
azan oleh mana-mana muazzin. Mereka jauh lebih patut untuk dibanggakan bukan
kerana hebatnya alunan suara mereka, atau rajinnya mereka datang ke surau
tetapi kerana hebatnya pengorbanan mereka untuk membantu membolehkan
insan-insan lain agar turut dapat
bersama-sama menunaikan perintah Allah ini secara berjemaah. Ya, merekalah daie
ummah, yang membawa sinar biah Islam buat ummah...” Suara hatinya berkata.
“Mungkin,
dia belum memahaminya…”, cuba berbaik sangka.
"Allahuakhbar Allahu Akhbar...", azan berkumandang.
"MasyaAllah, Syahadah2 lama mengelamun ya...", geleng kepalanya.
Tersenyum.
"Mungkin bila sampai masanya engkau menemui cinta DIA pasti akan kau tarik balik semula setiap apa yang engkau ucapkan itu sahabat..".
-------------------------------------------------------------------------------------
Dari penulis, hidup ini kita semestinya akan berhadapan dengan 1001 persoalan dan ragam dengan mereka-mereka yang namanya Insan. Beginilah kehidupan hakikatnya. Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini segalanya bergantung dengan bagaimana suasana hati kita melihat sesuatu perkara itu dan in simple word bagaimana niat kita.
Sebagai analoginya, beberapa pihak menonton satu video nasyid didalam Youtube. Satu pihak yang berjiwa seni akan melihat bagaimana indahnya setiap bait kata nasyid itu dilafazkan; manakala satu pihak yang meminati hal2 photographer pula akan melihat bagaimana gambar2 yang berada dalam youtube itu; manakala bagi mereka yang meminati bahagian editing video pula akan melihat bagaimana kreatifnya penghasilan video itu dengan menggunakan software apa dan sebagainya. Nah, benar bukan, hanya dengan satu video youtube namun pentafsiran yang berbeza diberikan oleh setiap mata-mata yang menontonya. Kerana apa ya agak2?
Dalaman menentukan luaran. Begitu juga keadaan cerita atas ini. Andaikata yang dipilih kita datang ke surau adalah untuk mendapat pujian, maka pujianlah yang akan kita perolehi kelak sedangkan ke mana sangat pujian itu akan membawa kita? Tidak ke mana bukan melainkan ia hanya merugikan amalan kita. Begitulah, andai ketenangan dan hijrah diri kita cari disurau, maka itulah yang akan kita perolehi. Pilihan ditangan kita untuk memilih apa yang ingin kita perolehi dari rumahNya itu.
Akhir kalam, suka penulis kongsikan nasihat yang penulis perolehi 2 tahun lepas daripada seorang senior penulis katanya, "Adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk pastikan bilamana masuk sahaja waktu maghrib dan
isyak, pastikan tiada satupun surau di tempat pengajian kita ini gelap.
Berusahalah untuk imarahkan surau kita
dengan sebaik mungkin...". Kepada para pemuda agama, imarahkanlah surau dan rumahNya kerana kalianlah bakal generasi al-Fateh hari ini yang akan meneruskan legasi perjuangan Islam. TAKBIR!
Bagaimana
kita mahu memberi andai jiwa insan itu sendiri tak dipersiapkan untuk menerima. Kerana
percayalah “Untuk membina jiwa pastinya ia bermula dari dalam rumahNya”.
No comments:
Post a Comment