Showing posts with label Rahsia Indahnya Islam. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Indahnya Islam. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Langkah Ke Arah Hijrah Diri : Because You're Special


                  Dalam fasa sebuah kehidupan, bukanlah sunnatullah selamanya kita yang menjadi jahat akan terus menjadi jahat dan begitulah sebaliknya selamanya kita yang menjadi baik akan terus menjadi baik. Hakikatnya segalanya bermula dalam diri andai adanya iman. Baiknya Allah kerana sebanyak manapun dosa yang telah kita lakukan, pintu taubatNya sentiasa ada buat kita hambaNya yang serba khilaf ini. Banyak cara untuk kita berubah menjadi lebih baik sebenarnya bilamana titik KESEDARAN itu telah mula hadir dalam diri kita. Kenali 10 cara untuk membentuk diri kita menjadi seseorang yang benar-benar mengamalkan cara hidup Islam.


Ciri yang Pertama
1. Memiliki SALIMUL AQIDAH (Aqidah yang Sejahtera) dalam diri.

Langkah untuk menjadinya,

1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam
1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
1.3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
1.4. Mentauhidkan Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah
1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada asma’,sifat dan af’alnya
1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan masalah asma’ dan sifat di samping berpegang dengan mazhab salaf.
1.7. Tahu sempadan muwalat (sokong) & mu’adat (memusuhi)
1.8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah.
1.9. Yakin bhw penghapusan dosa hanya dgn taubat nasuha
1.10.Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa
1.11.Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
1.12.Merasai kemanisan iman
1.13.Merasai kemanisan ubudiyyah
1.14.Merasai kewujudan malaikat Hafazah

Ciri yang kedua
2. Mengamalkan SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)
Langkah untuk menjadinya,

2.1. Khusyuk dalam solat

2.2. Qiam 1x seminggu
2.3. Bersedekah
2.4. Puasa sunat 2x sebulan
2.5. Memelihara anggota
2.6. Mengerjakan haji jika mampu
2.7. Khusyuk ketika membaca al-Quran
2.8. Khatam al Quran 1x setiap 2 bulan
2.9. Banyak mengingati Allah & hafal mana yang mampu
2.10.Banyak berdoa dgn mengambilkira syarat & adab
2.11.Banyak bertaubat
2.12.Sentiasa memperbaharui niat & memperbetulkannya
2.13.Menyuruh yang makruf
2.14.Mencegah yang mungkar


Ciri yang ketiga
3. Memiliki MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap)
Langkah untuk menjadinya,

3.1. Tidak membantah

3.2. Tidak banyak mulut
3.3. Sedikit senda gurau
3.4. Tidak berbisik perkara kebatilan
3.5. Tidak berdengki
3.6. Tidak berhasad
3.7. Rasa malu melakukan kesalahan
3.8. Menyayangi jiran
3.9. Tawadhu’ tetapi bukan hina
3.10.Berani
3.11.Lembut
3.12.Menziarahi orang sakit
3.13.Iltizam dengan adab Isti’zan
3.14.Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan


Ciri yang keempat
4. Menjadi seorang yang QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)
Langkah untuk menjadinya,

4.1. Bekerja dan berusaha

4.2. Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan
4.3. Utamakan pengkhususan yang penting dan utama
4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan
4.5. Sederhana dalam berbelanja
4.6. Utamakan produk syarikat-syarikat Islam
4.7. Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam
4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan


Ciri yang kelima
5. Menjadi seorang yang MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)
Langkah untuk menjadinya,

5.1. Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk al-Quran

5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al-Quran
5.3. Menghubungkan antara al-Quran dan realiti semasa
5.4. Menghafal 40 hadith dari Matan Arba’ien
5.5. Menghafal 50 hadith dari Riyadhus Solihin
5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya
5.7. Mengenal 20 orang syuhada’ dari kalangan sahabat
5.8. Tahu hukum- hukum mengenai zakat
5.9. Tahu fiqh mengenai haji
5.10.Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang pengkhususan
5.11.Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
5.12.Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara
5.13.Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam
5.14.Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan Muslimin


Ciri yang keenam
6. Memiliki QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)
Langkah untuk menjadinya,

6.1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum

6.2. Membasuh peralatan makan dan minum
6.3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
6.4. Mengatur jadual makan
6.5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6.6. Kurangkan pengambilan lemak
6.7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
6.8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
6.9. Memilih syarikat pengeluar makanan
6.10.Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
6.11.Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
6.12.Bersenam 10-15 minit sehari
6.13.Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
6.14.Merawat diri jika sakit


Ciri yang ketujuh
7. Menjadi seorang yang MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)
Langkah untuk menjadinya,

7.1. Lawan dorongan nafsu

7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus
7.3. Sentiasa niat berjihad
7.4. Sentiasa bersama pendokong kebaikan
7.5. Makan apa sahaja yang disaji dengan redha
7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam
7.7. Sabar di atas bala
7.8. Perbuatannya menyamai perkataannya
7.9. Bersedia menanggung bebanan dakwah


Ciri yang kelapan
8. Menjadi seorang yang MUNAZHZHOM FI SYUUNIHI (Berdisiplin)
Langkah untuk menjadinya,

8.1. Sembahyang menyusun waktunya

8.2. Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya
8.3. Menyusun idea-ideanya
8.4. Menjaga waktu kerja
8.5. Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku


Ciri yang kesembilan
9. Menjadi seorang yang HARISHUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)
Langkah untuk menjadinya,

9.1.Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas ketika menunaikan keperluannya

9.2.Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus
9.3.Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat


Ciri yang kesepuluh
10. Menjadi seorang yang NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)
Langkah untuk menjadinya,

10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah

10.2. Menunaikan tanggungjawab suami
10.3. Membantu isteri
10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
10.5. Memberi hadiah kepada jiran
10.6. Memberi khidmat umum kerana Allah
10.7. Memberi apa yang dimiliki
10.8. Sentiasa bercampur dengan orang ramai
10.9. Menggalakkan kebaikan
10.10.Membantu mereka yang memerlukan
10.11.Menolong orang dalam kesusahan
10.12.Menenangkan orang yang ditimpa bencana
10.13.Menolong orang yang dizalimi
10.14.Cuba memenuhi keperluan orang lain



"Sekiranya kabur pada kamu dua perkara, perhatikan yang mana terasa berat bagi nafsu, lalu ikutilah kerana tidak ada yang terasa berat bagi nafsu kecuali perkara itu BENAR.."-Ibnu Athillah



Izinkan diri untuk berubah. Dengan lafaz BISMILLAH, jom berubah ^_^..


Friday, 23 March 2012

Bagus Sangat Ke Solat Awal ??



Sesungguhnya setiap kejadian ciptaan-NYA pasti ada hikmah yang terselit disebaliknya… semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang dibukakan pintu hati untuk melihat hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.. untuk entri kali ini, penulis amat tertarik untuk berkongsi  ilmu baru yang penulis dapati hasil pembacaan dalam sebuah majalah iaitu berkenaan dengan “rahsia solat pada awal waktu”. Lazimnya kita sering  terbaca entri berkenaan rahsia pergerakan dalam solat, rahsia ambil wudhuk dan sebagainya dan jarang sekali kita dengar kan rahsia solat diawal waktu?? jadinya, ayuh kita sama2 ketahui apa rahsianya ya Allah galakkan umatnya menunaikan solat di awal waktu…


Sesungguhnya setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Walaupun pelbagai kaedah meditasi dicipta seperti taichi dan qi-gong, tetapi kita perlu bersyukur kerana telah di ‘kurniakan’ syariat solat oleh Allah swt tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga ini… hmmm, apa ya maksud sebenarnya??

  •       WAKTU SUBUH
Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum  warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh. Jadi, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal  waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

  •       WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini  bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohor berulang-ulang kali dalam hidupnya akan mengalami masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

  •       WAKTU ASAR
Kemudian, warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang merangkumi fungsi reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal  Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ini, jasad dan roh seseorang itu dalam keadaan terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat-amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Oleh itu, elakkan ya daripada tidur pada waktu asar kerana ada kata ilmuan ia mewarisi kegilaan. Cuba anda bayangkan peristiwa apabila anda pernah  terjaga daripada tidur pada waktu asar?? Apa terjadi pada anda?? Fikirkan..

  •       WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infrared) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana resonan dengan alam.
Mereka yang  sedang dalam perjalanan seelok-eloknya berhenti dahulu  pada waktu ini untuk mengerjakan solat dahulu kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  •       WAKTU ISYA’
Apabila masuknya waktu isya’, alam berubah ke warna indigo dan memasuki fasa kegelapan.  Waktu isya’ ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan isya’ kerap berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ia bersamaan dengan frekuensi pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Konklusinya, subhanallah hebat kan hikmah kejadian ciptaan-NYA?? Penulis menyeru pada diri penulis dan pembaca semua marilah kita sama-sama berusaha mendirikan solat di awal waktu.. apa salahnya kita berusaha menyahut seruan kecintaan hati kita tatkala ia memanggil.. apa rasanya andai kita memanggil kekasih kita, tetapi sejam kemudian barulah ia menyahut dan datang kepada kita?? Tapuk dada tanyalah iman… penulis sudahi entri kali ini dengan satu pertanyaan, siapa yang patut kita cintai sama ada hadiah yang kita perolehi ataupun tuan empunya hadiah yang memberi kepada kita itu??selamat berfikir.. wallahua’lam..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^