"Apa matlamat hidup anda kini?", tanya seorang wartawan kepada seorang artis daripada luar negara yang baru selesai majlis perkahwinan mereka.
"Kini matlamat saya berbeza daripada sebelum ini. Dahulu sebelum berkahwin, saya berhasrat untuk menjadi seorang yang terbaik untuk anak-anak saya, namun kini tidak lagi..", Jawabnya dengan bersemangat.
Terkejut wartawan tersebut dengan jawapannya, lalu ditanya pula, "Kenapa sampai begitu sekali matlamatnya berubah. Jadinya apa matlamat anda kini?", soal wartawan dengan penuh minat menantikan jawapan daripada artis itu.
"Saya tidak mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak saya kerana saat ini saya ingin jadi yang terbaik kepada isteri saya yang saya miliki sekarang ini, bukan lagi anak-anak saya yang masih belum ada lagi ini di atas muka bumi ini...", jawabnya ringkas.
------------------------------------------------
Temubual ini penulis lihat semasa menonton bersama adik-adik penulis di rumah. Hikmah itu ada di mana-mana, maka carilah ia.
Begitulah hikmah yang dapat penulis perolehi daripada rancangan tersebut, lesson from this situasion.; "be the best dan jadikan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidupmu sebagai king dan princess saat dia berada disampingmu"...
Begitulah yang Islam ajar kepada kita, hablul mina Allah dan hablul mina annas (jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia). Indahnya yang Islam ajar kepada kita sebagai hambaNya. Setiap insan yang hadir dalam hidup kita, dia punya HAK nya yang perlu kita tunaikan iaitu menghargai kehadiran nya melalui pelbagai cara dan situasi; apabila ibu memasak untuk kita, hargainya dengan memakan masakannya dan memujinya walau tidak sedap sekalipun, apabila adik memberi kita hadiah zahirkan rasa gembira hatta hadiahnya hanyalah kertas yang melukis gambar kita kerana adik kita baru pandai menggunakan pen, apabila guru memberi nota hargainya dengan cara meletakkan ia ditempat yang dihormati, apabila kawan meluahkan masalah hargainya dengan cara memberikan perhatian penuh minat tanda kita prihatin kepadanya dan pelbagai lagi situasi...
Pelbagai cara bukan dapat kita gunakan untuk menghargai insan-insan di sekeliling kita? Maka kreatifkan cara kita. Kata Prof. Muhaya, "Erti hidup adalah memberi". Jangan pernah mengharapkan penerimaan dan pembalasan, kerana kelak hati kita akan sakit. Sebaliknya memberi dan terus memberi kerana sesungguhnya yakinlah dalam hati bahawa Allah itu sebaik-baik memberi balasan dan DIA Maha Melihat setiap kebaikan yang kita lakukan..:-).
"Hargailah mereka yang berada disamping kita saat ini sebelum tiba masanya DIA akan mengambil semula mereka daripada kita..kerana penyesalan setelah itu jauh menyakitkan. Percayalah.."
Hidup kita tidak lama, dekat dah kita akan berjumpa dengan sang Pencipta kita, maka buatlah sebanyak mungkin amalan dan kebaikan kerana kita tidak akan pernah tahu dimana letaknya redhaNya dalam setiap kebaikan yang kita lakukan :-)
Salam semarakkan amal dan salam bahagia :-)
Daripada penulis yang masih belajar dan akan terus belajar untuk memberi :-)
"Orang yang berSYUKUR sentiasa malu untuk 'dimiliki' selain oleh Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.." Ya Allah, sudilah kiranya Engkau memandang kami dengan pandangan rahmat-MU.. Allahurabbi pimpinlah diriku..
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Tuesday, 25 April 2017
Tuesday, 24 June 2014
Langkah Ke Arah Hijrah Diri : Because You're Special
Dalam fasa sebuah kehidupan, bukanlah sunnatullah selamanya kita yang menjadi jahat akan terus menjadi jahat dan begitulah sebaliknya selamanya kita yang menjadi baik akan terus menjadi baik. Hakikatnya segalanya bermula dalam diri andai adanya iman. Baiknya Allah kerana sebanyak manapun dosa yang telah kita lakukan, pintu taubatNya sentiasa ada buat kita hambaNya yang serba khilaf ini. Banyak cara untuk kita berubah menjadi lebih baik sebenarnya bilamana titik KESEDARAN itu telah mula hadir dalam diri kita. Kenali 10 cara untuk membentuk diri kita menjadi seseorang yang benar-benar mengamalkan cara hidup Islam.
Ciri yang Pertama
1. Memiliki SALIMUL AQIDAH (Aqidah yang Sejahtera) dalam diri.
Langkah untuk menjadinya,
1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam
1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
1.3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
1.4. Mentauhidkan Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah
1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada asma’,sifat dan af’alnya
1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan masalah asma’ dan sifat di samping berpegang dengan mazhab salaf.
1.7. Tahu sempadan muwalat (sokong) & mu’adat (memusuhi)
1.8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah.
1.9. Yakin bhw penghapusan dosa hanya dgn taubat nasuha
1.10.Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa
1.11.Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
1.12.Merasai kemanisan iman
1.13.Merasai kemanisan ubudiyyah
1.14.Merasai kewujudan malaikat Hafazah
Ciri yang kedua
2. Mengamalkan SHAHIHUL IBADAH (Ibadah yang Betul)
Langkah untuk menjadinya,
2.1. Khusyuk dalam solat
2.2. Qiam 1x seminggu
2.3. Bersedekah
2.4. Puasa sunat 2x sebulan
2.5. Memelihara anggota
2.6. Mengerjakan haji jika mampu
2.7. Khusyuk ketika membaca al-Quran
2.8. Khatam al Quran 1x setiap 2 bulan
2.9. Banyak mengingati Allah & hafal mana yang mampu
2.10.Banyak berdoa dgn mengambilkira syarat & adab
2.11.Banyak bertaubat
2.12.Sentiasa memperbaharui niat & memperbetulkannya
2.13.Menyuruh yang makruf
2.14.Mencegah yang mungkar
Ciri yang ketiga
3. Memiliki MATIINUL KHULUQ (Akhlaq yang Mantap)
Langkah untuk menjadinya,
3.1. Tidak membantah
3.2. Tidak banyak mulut
3.3. Sedikit senda gurau
3.4. Tidak berbisik perkara kebatilan
3.5. Tidak berdengki
3.6. Tidak berhasad
3.7. Rasa malu melakukan kesalahan
3.8. Menyayangi jiran
3.9. Tawadhu’ tetapi bukan hina
3.10.Berani
3.11.Lembut
3.12.Menziarahi orang sakit
3.13.Iltizam dengan adab Isti’zan
3.14.Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan
Ciri yang keempat
4. Menjadi seorang yang QADIRUN 'ALAL KASBI (Mampu Berdikari)
Langkah untuk menjadinya,
4.1. Bekerja dan berusaha
4.2. Tidak terlalu bergantung dengan kerja kerajaan
4.3. Utamakan pengkhususan yang penting dan utama
4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan
4.5. Sederhana dalam berbelanja
4.6. Utamakan produk syarikat-syarikat Islam
4.7. Duitnya tidak pergi kepada orang bukan Islam
4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang berpatutan
Ciri yang kelima
5. Menjadi seorang yang MUTSAQQAFUL FIKRI (Luas Pengetahuan)
Langkah untuk menjadinya,
5.1. Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk al-Quran
5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk al-Quran
5.3. Menghubungkan antara al-Quran dan realiti semasa
5.4. Menghafal 40 hadith dari Matan Arba’ien
5.5. Menghafal 50 hadith dari Riyadhus Solihin
5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya
5.7. Mengenal 20 orang syuhada’ dari kalangan sahabat
5.8. Tahu hukum- hukum mengenai zakat
5.9. Tahu fiqh mengenai haji
5.10.Membaca 7 jam seminggu bahan di luar bidang pengkhususan
5.11.Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
5.12.Mengetahui isu-isu umat Islam dalam dan luar negara
5.13.Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam
5.14.Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan Muslimin
Ciri yang keenam
6. Memiliki QAWIYYUL JISMI (Tubuh Badan yang Kuat)
Langkah untuk menjadinya,
6.1. Patuhi nasihat kesihatan dalam makan dan minum
6.2. Membasuh peralatan makan dan minum
6.3. Jauhi makanan yang diawet dan utamakan minuman yang sihat
6.4. Mengatur jadual makan
6.5. Mampu menyediakan makanan (masak)
6.6. Kurangkan pengambilan lemak
6.7. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
6.8. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
6.9. Memilih syarikat pengeluar makanan
6.10.Patuhi nasihat kesihatan dalam masalah tidur dan jaga
6.11.Tidur 6-7 jam sehari dan bangun sebelum fajar
6.12.Bersenam 10-15 minit sehari
6.13.Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
6.14.Merawat diri jika sakit
Ciri yang ketujuh
7. Menjadi seorang yang MUJAHIDUN LINAFSIHI (Bermujahadah)
Langkah untuk menjadinya,
7.1. Lawan dorongan nafsu
7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang harus
7.3. Sentiasa niat berjihad
7.4. Sentiasa bersama pendokong kebaikan
7.5. Makan apa sahaja yang disaji dengan redha
7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk Islam
7.7. Sabar di atas bala
7.8. Perbuatannya menyamai perkataannya
7.9. Bersedia menanggung bebanan dakwah
Ciri yang kelapan
8. Menjadi seorang yang MUNAZHZHOM FI SYUUNIHI (Berdisiplin)
Langkah untuk menjadinya,
8.1. Sembahyang menyusun waktunya
8.2. Tersusun di dalam rumahnya dan kerjanya
8.3. Menyusun idea-ideanya
8.4. Menjaga waktu kerja
8.5. Memaklumkan gurunya segala masalah yang berlaku
Ciri yang kesembilan
9. Menjadi seorang yang HARISHUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)
Langkah untuk menjadinya,
9.1.Memelihara adab Islam ketika berziarah dan ringkas ketika menunaikan keperluannya
9.2.Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus
9.3.Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat
Ciri yang kesepuluh
10. Menjadi seorang yang NAFIUN LI GHOIRIHI (Bermanfaat)
Langkah untuk menjadinya,
10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah
10.2. Menunaikan tanggungjawab suami
10.3. Membantu isteri
10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
10.5. Memberi hadiah kepada jiran
10.6. Memberi khidmat umum kerana Allah
10.7. Memberi apa yang dimiliki
10.8. Sentiasa bercampur dengan orang ramai
10.9. Menggalakkan kebaikan
10.10.Membantu mereka yang memerlukan
10.11.Menolong orang dalam kesusahan
10.12.Menenangkan orang yang ditimpa bencana
10.13.Menolong orang yang dizalimi
10.14.Cuba memenuhi keperluan orang lain
"Sekiranya kabur pada kamu dua perkara, perhatikan yang mana terasa berat bagi nafsu, lalu ikutilah kerana tidak ada yang terasa berat bagi nafsu kecuali perkara itu BENAR.."-Ibnu Athillah
Izinkan diri untuk berubah. Dengan lafaz BISMILLAH, jom berubah ^_^..
Tuesday, 21 January 2014
Jika Diberi Pilihan..
Jika diberi pilihan,
Sesebuah universiti itu hanya menerima pelajar perempuan,
Ingin sahaja diri ini
mendaftarkan diri ke sana.
Jika diberi pilihan,
Sesebuah kelas itu
diasingkan lelaki dan perempuan,
Pasti diri ini
tersenyum tenang.
Jika diberi pilihan,
Dalam sesebuah
organisasi itu hanya terdiri daripada wanita,
Ingin sahaja diri ini
menyokong 100%.
Kerana,
Menjaga ‘ikhtilat’ itu
amat menyukarkan,
Menjaga diri itu amat
menyesakkan,
Kerana muslimat itu
fitnah belaka bagi setiap apa yang ada padanya.
Namun,
DIA Maha Tahu,
Setiap apa yang
berlaku,
Ia berada dalam
pengetahuanNYA,
Dia Maha Tahu baik
buruknya,
Moga Allah sentiasa
pimpin kita.
"Inginkn husnul khatimah di penghujung akhirmu, hendaklah berbaik sangka sesamamu...kenikmtan syurga yang pasti akan dirasai wanita solehah mestilah mengenal kepahitan hidup dan mngharungi tipu daya musuh terlebih dahulu.."
"Inginkn husnul khatimah di penghujung akhirmu, hendaklah berbaik sangka sesamamu...kenikmtan syurga yang pasti akan dirasai wanita solehah mestilah mengenal kepahitan hidup dan mngharungi tipu daya musuh terlebih dahulu.."
Nota kaki: Jagalah, peliharalah dan mohonlah keampunan padaNya seandainya ada khilaf yang pernah dirimu lakukan tatkala memegang amanah sebagai contoh "wanita Muslim" untuk insan-insan diluar sana. Redhakanlah perjalanan hidup kami ini ya Allah, semakin ingin mendekatiMu makin besar ujian mendatang..kami masih punya amanah utk agama ini. Allahurabbuna..:-(
Jangan pernah hilang harapan selagi kita ada DIA dalam hati.. TAKBIR!!
Jangan pernah hilang harapan selagi kita ada DIA dalam hati.. TAKBIR!!
Sunday, 4 August 2013
Ramadhan Terakhir Sesi Diploma..
Bismillhirrahmanirrahim,
Alhamdulillah ketika dan saat ini, DIA sudi lagi memberi kekuatan buat diri ini untuk melakar kata, menyusun bicara. Masuk hari ini, lagi 3 hari syawal bakal menjelma bermakna lagi 3 hari ramadhan bakal meninggalkan kita.. Allahurabbi, pantas masa berlalu..
Ramadhan Terakhir Sesi Diploma..
Benar, disebaliknya tercacat 1001 memori..
pahit, manis, suka dan duka..
semuanya menjadi satu sejarah..
sejarah yang akan terus terpahat jauh disudut hati ini..
sejarah yang mengajar erti ketabahan,
kesabaran,
kebergantungan kepadaNya,
kekuatan ukhwah..
dan segalanya..
Andaikata DIA tidak izinkan lagi diri ini untuk menyambung pembelajaran di bumi tarbiah ini, akan sekali ku ingati setiap detik tatkala bergelar warga kampus ini..
-sahabat2 seperjuangan Itech
-ajk2 musolla Habibah, Saodah dan Farabi
-sahabat seperjuangan dari kos lain
-murabbi di kampus
Benar, jika takut bermain ombak, jangan berumah ditepi pantai dan jika takut akan sebuah perpisahan, jangan berani mendekati sebuah perkenalan..
Bila terlalu disibukkan dengan hal keduniaan, kadangkala terdetik dalam hati ini untuk meng'off'kan segala bentuk perhubungan dengan insan sekeliling; henset, laman muka buku dan segalanya..namun, sedari diri ini tidak mampu berbuat demikian tatkala mengenangkan amanah dan tanggungjawab yang memerlukan untuk menggunakannya.. Moga bernilai ibadah dalam setiap apa yang dilakukan.. Satu persatu memori tatkala berada dirumahNya, Tanah Haram datang menyapa; terasa betapa rindunya untuk beribadah tanpa gangguan, menghabiskan masa hanya bersamaNya dan sunyi akal dari memikirkan masalah dunia.. Ya Rabbi, izinkan ku mengunjungi rumahMu lagi..Ameen.
Lakaran hati ini..
wallahua'lam..:-)
Thursday, 14 February 2013
Mutiara Dalam Sebuah Permusafiran Ke Baitullah
Bismillahirrahmanirrahim,
“Sesungguhnya DIA menyeru hambaNya sebanyak tiga kali yakni:
“Sesungguhnya DIA menyeru hambaNya sebanyak tiga kali yakni:
1)
Seruan Azan
2)
Seruan Haji/Umrah
3)
Seruan Maut
Sahutlah seruan pertama dan ketiga itu, manakala seruan kedua sahutlah
ia bilamana kita berkemampuan…”
Alhamdulillah,
diizinkanNya buat diri ini mengunjungi rumahNya yang menjadi idaman dan impian
bagi setiap mereka yang beriktikad dengan iman kepadaNya.. kata bijak pandai, “Orang
yang rugi itu bercakap mengenai masalah, orang yang sederhana itu bercakap
mengenai peristiwa manakala orang yang bijak itu bercakap mengenai penyelesaian
bagi sesuatu masalah..”
(wallahua’lam.. mohon maaf jika ada kesalahan pada apa yang disampaikan ini)
namun, hadirnya entri kali ini bukanlah penulis ingin bergelar mereka yang suka
bercerita mengenai peristiwa, tetapi anggaplah ia perkongsian hati buat semua
agar dapat mengambil sedikit sebanyak mutiara hikmah yang dapat dijadikan
pedoman.. kata orang, “ ambillah pengalaman orang lain dan tapislah ia apa
yang baik daripadanya dan amalkanlah ia..”.
insyaAllah, pada entri
kali ini sudilah penulis berkongsi pengajaran/pengalaman/pedoman yang penulis
perolehi tatkala mengunjungi Tanah Haram dan Madinah pada 19-31 Januari
baru-baru ini bersama keluarga yang disayangi. Benarlah, jauh perjalanan,
luas pemandangan..
Mutiara Hikmah 1 (Carilah
Dirimu Wahai Diri)
Kadang kala, kita
selalu dengar kata orang, untuk kita nak
kenali diri kita, kita tanya sahabat-sahabat rapat kita bukan?? Namun, pada
penulis di kota mekah lah satu-satu nya tempat kita dapat lihat sikap diri kita
yang sebenar kerana kemuliaan dan barakah yang ada pada tempat yang mulia ini.
Di tempat ini, Allah tunjukkan sebenar-benarnya sikap kita. Jika kita seorang
yang tidak sabar, Allah pasti tunjukkan kepada kita betapa kita sebenarnya
seorang yang sangat tidak sabar… jika kita seorang yang panas baran, pasti
Allah akan serlahkan jua.. takut bukan?? Namun, janganlah risau wahai diri
kerana di sinilah kita belajar baiki diri kita bila mana DIA telah tunjukkan
kepada kita betapa banyakknya khilaf(kekurangan) dalam diri kita yang perlu
kita perbaiki…gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya..allahurabbuna..
Mutiara Hikmah 2 (Tundukkanlah
Pandanganmu)
Kata pujangga cinta: “Dari
mata turun ke hati, dari hati akan membuahnya rasa ingin mencintai..”. hebatnya kuasa mata itu bukan?? sejak
sekolah, penulis tertanya-tanya juga apa pentingnya kita perlu tundukkan
pandangan sebabnya sama sahaja penulis rasakan.. belajarlah dari sekarang untuk
tundukkan pandanganmu wahai diri..yakinlah, dari itu kita akan temui nilai
kekusyukan dalam diri kita hanya kepadaNya sahaja dan pastinya kita akan rasai
ketenangan yang amat sangat. Bila mana kita tidak menjaga mata kita yang
sepasang ini, pasti akan dicemari dengan pandangan melihat ajnabi kerana memang
fitrah kita begitu. Namun, belajarlah untuk
menundukkan pandangan kita demi menjaga hati kita hanya untukNya sahaja.
Berada di tanah haram, pastinya kita tidak terlepas untuk memandang para Jemaah
lain yang datang dari segenap pelosok dunia. Nasihat penulis, sepanjang
perjalanan untuk ke masjidil haram, belajarlah untuk jaga mata kita dan
gunakanlah kesempatan yang ada untuk lidah kita menyebut namaNya…
“Manusia yang memandang dengan pandangan
akhirat akan sentiasa berjaga. Hatta berpakaian dia akan berpakaian dengan cara
pakaian yang Allah redha.. apabila berbicara, dia akan berusaha mengungkapkan
perkataan yang Allah redha..”
Mutiara Hikmah 3 (Hiduplah
Dalam Berjemaah)
Dalam hidup kita, kita
tak akan mampu hidup bersendirian dan pastinya kita memerlukan bantuan mereka
yang berada disekeliling kita. Tatkala berada di bumi Allah Baitullah, penulis
belajar yang kita perlu ingat orang lain. Andaikata kita ingin masuk
syurga, pastinya kita tidak mahu masuk seorang diri dan ingin bersama-sama
orang yang kita sayangi bukan?? Jadinya, ingatlah bila mana kita ingin
melakukan kebaikan sebesar zarah sekalipun, ajaklah bersama mereka-mereka yang
berada disamping kita. Tiada yang rugi bilamana sesuatu kebaikan itu disebarkan
sebaliknya pasti ganjarannya digandakan. Contohnya bilamana kita ingin pergi
masjid awal pagi, belajarlah untuk kejutkan jiran-jiran sebelah kita kerana
mungkin tatkala itu mereka masih belum terjaga…
![]() |
| waktu solat di Makkah |
Mutiara Hikmah 4 (Tanah
Haram Bukanlah Tempat Permulaan Untuk Beramal)
Mutiara kali ini amat
penulis hargai.. disana, barulah penulis sedar dan belajar yang sikap malas itu
wujud dalam diri kita walau sebaik mana sekalipun tempat yang kita berada
tatkala itu. Kata orang, di Tanah Haram
kita belajar buat perkara-perkara baik bukan?? Tetapi tidak bagi penulis,
sebaliknya tanah haram itu adalah tempat kita mengaplikasikan amalan yang telah
kita lakukan tatkala berada di negara kita. Di sana, dapat penulis melihat
muslimin yang hatinya terikat dengan masjid dan sebaliknya.. Andai kata tatkala
berada di Malaysia, kita malas untuk datang ke surau/masjid, pastinya di tanah
haram juga kita akan merasa berat untuk datang ke masjidil haram. Jadinya,
rajin-rajinkan diri kita mulai sekarang ya untuk datang ke rumah Allah sama ada
surau mahupun masjid untuk menunaikan solat berjemaah..^_^
Mutiara Hikmah 5 (Letakkan
Cinta DIA Yang Tertinggi Dihatimu)
Benar sekali, bila
mana cinta Allah yang kita kejar, kita pasti akan diuji dengan cinta manusia…
Berusahalah untuk letakkan cinta Allah yang tertinggi dalam hati
kita…gunakanlah kesempatan yang ada disana untuk kita rebut peluang cinta DIA dengan sebaiknya..Untuk menyebut
“Aku cintakan Allah”, semua orang boleh, tetapi siapakah yang benar-benar
meletakkan Allah di tempat yang tertinggi dalam hatinya??..muhasabah buat diri
kita.. allahurabbi.. dan yakinlah bahawa jodoh itu rahsia Allah dan sebaiknya
carilah yang sama ‘fikrah’nya dengan kita agar sama-sama dapat meneruskan
perjuangan yang sama untuk agama Allah ini.
“Apabila bercinta kerana Allah, Allah akan
mempertemukan kita dengan semua cinta yang membahagiakan. Kita akan dicintai
dan mencintai orang yang mencintai Allah. Dan pastinya tergerak hati kecil kita
untuk melakukan sesuatu amalan yang Allah cintai yang membawa kita kepada
cinta-Nya..”
“Orang yang soleh akan mencari cinta hakiki
yakni cinta Sang Pencipta kerana apabila mendapat cinta hakiki, akan datangnya
cinta sementara. Orang ‘asi sering tersasar daripada cinta hakiki, lalu
mengejar cinta nafsu yang sering membawa kepada kepada kesengsaraan. Orang
soleh meletakkan sifat benci kepada perkara yang dibenci oleh Allah dan
Rasul-nya tetapi orang ‘asi akan membenci sesuatu menurut hati dan
perasaannya..” (Ust Muhidin Moktar, Pengarah KUIS)
Mutiara Hikmah 6
(Islam Itu Ajarannya Mudah)
Kadangkala kita
tersedar dan terpana tatkala ada dalam kalangan kita yang terlalu memberatkan
apa yang Islam datangkan kepada kita.. adakalanya Islam itu tak didekati bukan
kerana ia tidak cantik tetapi kerana sikap mereka yang membawa Islam itu yang
tak cantik caranya… tatkala berada di sana, DIA tunjukkan satu persatu kepada
diri ini bahawa ajaran Islam itu teramatlah mudah untuk kita amalkan dalam
kehidupan seharian; solatlah dimana sahaja asalkan ia bersih (penjaga
kedai-kedai tunaikan sahaja solat mereka dihadapan kedai tanpa menghiraukan
manusia-manusia yang lalu lalang dihadapannya) dan kebanyakan muslimat yang
mengambil wudhuk menggunakan air zamzam di dalam masjid, mereka hanya mengambil
satu kali sahaja tanpa perlu menggunakan air yang banyak (melalui itu kita
diajar untuk tidak membazir) dan banyak lagi peristiwa…
Mutiara Hikmah 7
(Lembutkanlah Hatimu Dengan KalamNYA)
Hati kita kadang kala
amat sukar untuk menangis.. mengapa?? Mungkin kerana hati kita yang satu ini
banyak dosanya dan makin gelap warnanya.. astaghfirullah.. tatkala berada di
sana, mudah sahaja mata ini mengalirkan air mata tatkala berlakunya apa
sahaja.. mungkin kerana tatkala berada di tempat kita, hidup kita seharian
terlalu disibukkan dengan urusan dunia tanpa berkesempatan untuk kita menyentuh
kalamNya.. namun, tatkala berada di tanah haram, masa kita hanya terisi dengan
membaca dan menghayati kalamNya tanpa perlu memikirkan apa-apa urusan dunia..
andai berpeluang, gunakanlah masa dan kesempatan yang ada untuk menyelak
helaian-helaian cintaNya buat pedoman dan peringatan kepada hati kita agar
kelak hati kita yang satu ini disuburkan dengan kalamNya dan ingatan
kepadaNya...
“Membaca al-Quran umpama membaca surat cinta
yang tiada noktah asyiknya... Walau belum bersua dengan Pemilik “kata-kata”
ini, namun kehadirannya sentiasa dirasai dan dirindui.. subhanAllah..”
Mutiara Hikmah 8 (Jadilah
HambaNYA Yang Bersyukur)
Benarlah, ditempat
yang barakah ini, mudah sahaja apa yang kita hajati dimakbulkan olehNya..
pernah suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh, penulis terasa amat
lapar.. kemudiannya, tanpa diduga, ada seorang wanita arab datang dan
memberikan sebiji kurma.. Alhamdulillah.. namun, lumrah kita manusia tidak akan
bersyukur dengan yang sedikit.. apa yang diidamkan melebihi apa yang diperolehi
ketika itu.. tatkala penulis menoleh ke belakang, DIA izinkan diri ini
menyaksikan suatu kejadian buat muhasabah pada diri.. menitis air mata ini
tatkala melihat seorang wanita arab menitiskan air matanya sambil menikmati
kurma yang diperolehinya.. subhanAllah, hebatnya rasa syukur wanita itu dengan
apa yang dimilikinya…
“Rahsia
ketenangan dan kejayaan adalah dengan berpegang kepada prinsip : ‘Hitung
kesyukuranmu, bukan kesukaranmu..”
“Syukur itu letaknya dalam hati..hati tidak
boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rasa rela hati. Orang yang
tidak bersyukur hakikatnya buta ‘mata hati’.. lihatlah segala nikmat yang ada
dihadapan kita dengan pandangan mata hati agar kelak terbitnya rasa syukur
kepadaNya..”
Mutiara Hikmah 9
(Bina Kekuatan Dalammu Melalui Solat Berjemaah)
Tatkala berada di
sana, suatu kekaguman lahir dalam hati
ini kepada pekerja-pekerja buruh yang bekerja di sana. Mulanya, penulis berasa
aneh mengapa sangat pantas gerak kerja pekerja-pekerja buruh ini membina
bangunan yang serba canggih dan tinggi melangit ini.. bayangkan, dalam masa 6
bulan sahaja mereka berjaya membina terowong-terowong bawah tanah dan
bangunan-bangunan yang sangat banyak.. pelik bukan?? Tetapi tiada yang mustahil
bilamana kekuatan dalaman itu DIA yang beri.. terjawablah rahsia ini tatkala
mana, kedengaran azan berkumandang di masjidil haram, semua manusia-manusia
yang berada di sekitar tanah haram termasuk pekerja-pekerja buruh,
wanita-wanita arab, penjaga kedai dan sebagainya meninggalkan segala pekerjaan
yang mereka lakukan tatkala itu dan berpusu-pusu umpama mengejar sesuatu yang
amat mereka cintai yakni seruanNya dengan menunaikan solat berjemaah..
subhanAllah, hebat bukan rahsia mereka?? Bandingkanlah ia dengan negara kita
ini…allahurabbi..
Mutiara Hikmah 10
(Gunakanlah Kepakaranmu Buat Sumbangan Kepada Agama)
Setiap kita
dikurniakan kelebihan dan kepakaran masing-masing dan yang lebih bermakna jika
kelebihan yang ada digunakan buat sumbangan untuk Islam..Alhamdulillah, hebat
penulis rasakan tatkala diberi kesempatan menyaksikan bumbung yang terbuka di
Masjid Nabawi tatkala selepas solat zohor.. tidak dilupakan peristiwa indah
tatkala menyaksikan juga payung yang berada di luar masjid nabawi yang akan
terbuka dan tertutup mengikut masa yang telah ditetapkan.. subhanAllah, hebat
mereka-mereka yang menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan ini dengan
sebaiknya.. moga Allah permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat…moga-moga
penulis juga dapat menjadi seperti mereka suatu saat nanti untuk sumbangkan sesuatu
buat agamaNya melalui pengkhususan ilmu yang penulis pelajari tatkala ini
insyaAllah..
![]() |
| Masjid Nabawi |
![]() |
| Payung Di Hadapan Masjid Nabawi |
![]() |
| Suasana Di Madinah Al-Munawwarah |
------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,
cukuplah sekadar 10 mutiara hikmah yang dapat penulis lakarkan dalam pena
penulisan kali ini… banyak lagi mutiaranya namun rasanya sudah memadai setakat ini..
harapan kecil hati ini, setiap dari kita punya impian masing-masing untuk menjelajahi dunia ini.. namun, pastikan
tempat pertama sekali yang bakal kita kunjungi adalah rumahNya, Baitullah dan Madinah
al-munawwarah kerana terdapat 1001 kelebihan di tempat ini.. kita semua manusia biasa yang tidak lari
daripada melakukan kesilapan.. moga-moga DIA sudi memandang kita kelak dengan
pandangan RahmatNya walaupun hanya secebis cuma.. tanpa redhaNya siapalah kita
ini… “Ya Allah, izinkan diri ini sentisa berpeluang untuk berada dekat dengan
rumahMu hingga ke akhir hayatku ini.. amen”
Nota cinta buat umi
dan abah penulis, Siti Hajar Mustafa dan Azuddin@Adzli Hamzah, “ Terima kasih
anakmu ucapkan kerana menghabiskan duit kalian membawa anakmu yang banyak khilaf
diri ini mengunjungi rumahNya.. terima kasih jua atas hadiah hari lahir anakmu
yang ke-20 tahun ini, inilah hadiah yang terbaik pernah anakmu perolehi…moga
Allah redha umi dan abah dunia dan akhirat..ameen”
Akhir kalam, ambillah
mana yang baik melalui penulisan ini dan tinggallah mana yang sebaliknya..
mulut yang bercakap lebih dekat dengan telinga yang mendengar.. moga-moga
penulis melaksanakan apa yang penulis kongsikan dan ingatkanlah penulis jika
terlalai kerana penulis jua manusia biasa seperti kalian..ayuh menjadi
remaja Islam yang berguna untuk agama!! TAKBIR!!
Wallahua’lam ;-)
Sunday, 30 December 2012
Mutiara Kata Buat Mereka yang Disayangi..
Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah,
Di jalan ini ku temui pelbagai duri,
belum pernah ku temui bunga yang mekar mewangi,
buat penyeri diri ini..
namun, ku berusaha mencari disebalik duri yang berduri,
agar kelak ku mampu jua tersenyum sendiri,
benar, jalan ini tak semudah yang ku ingini,
tetapkanlah aku dijalan ini,
ingin sekali ku sumbangkan sesuatu untuk agama ini,
agar kelak agamamu ini dipandang tinggi...
takbir!! allahurabbi...
Tatkala sahabat2 seusia sibuk dengan dunia remaja yang anggapannya rugi andai disiakan kerana datangnya hanya sekali, namun hati kecil ini semakin menjadi-jadi rasa bersalah yang tidak pernah dipinta untuk melewati hidup ini...
Ya Allah, ingin sekali ku bersama-sama dengan sahabat2 yang disayangi untuk melewati hari-hari dengan gelak tawa agar kelak dapat dijadikan kenangan tatkala melangkahnya kelak kami bergelar graduan nanti. namun, pasti ada sahaja yang menjadi penghalang buat diri untuk bersama-sama turut serta... ya Allah, mungkinkah ada hikmah disebaliknya?? mungkinkah ini caranya Engkau ingin menjagaku tatkala usiaku ini dizaman penuh dugaan dan cabaran ini??
Antara dua; menerima dan merasa tidak mampu melaksanakannya atau menolak dan merasakan tidak redha dengan ketentuanNya.. ya Allah, sekali lagi diuji.. aku sedar akan kekuatan yang ada dalam diri ini; selagi mampu, selagi itu juga ku usahakan untuk menyumbangkan sesuatu buat agamaMu.. namun, keduanya adalah untuk agamaMu dan ku perlu memilih satu daripada dua..
Buat sahabat seperjuangan dibumi Kusza, kalian mutiara hati ini... kalian jantung hati ini,,, diri ini memohon ribuan kemaafan kerana terlalu banyak program yang kita rancang bersama, pasti ada sahaja yang menghalang diri ini untuk pergi... bukan tidak pergi kerana tanpa sebab... namun, semua itu perancanganNya..percayalah, kalian sentiasa dihati ini.. syukran lillah atas ukhwah yang terbina ini..
Buat sahabat seperjuangan dibumi Waqafan, terlalu rasa kerdilnya diri ini berhadapan dengan kalian.. terlalu hebat merasai hebatnya pengorbanan kalian dalam kita menegakkan tarbiah Islam ini... diri ini memohon berjuta kemaafan atas segalanya. jangan khuatir, diri ini akan sentiasa menyokong kalian dari belakang dan akan sentiasa bersama dengan kalian walau susah dan senang.. percayalah, rencana DIA buat kita lebih baik dari segalanya.. Syukran lillah sahabat2 kerana memahami diri ini.. kita berukhwah bukan kerana "5 Unique things in Kisas" tetapi kerana berpaksikan DIA..
Buat sahabat seperjuangan dibumi Maahad, sekali lagi juga diri ini menyusun jari memohon maaf atas apa yang berlaku... setiap apa yang kita rancang, Allah lebih mengetahuinya bukan?? bersabarlah atas segala yang berlaku kepada kita dan yakinlah mungkin ada hikmah disebaliknya.. dan jangan risau, pelbagai cara lagi yang dapat kita lakukan demi menjaga kelangsungan tarbiah dibumi maahad bukan?? sama-sama kita kuatkan semangat ya..
Akhir kalam, syukran lillah atas segalanya.. segala yang dilakarkan hanyalah kata-kata dari hati insan yang serba kekurangan ini...
"Ya Allah, peganglah hati kami dan thabatkanlah kami dalam perjuangan agamaMu ini.. jadikanlah kami pejuang agamaMu.."
wallhua'lam...
Ya Allah,
Di jalan ini ku temui pelbagai duri,
belum pernah ku temui bunga yang mekar mewangi,
buat penyeri diri ini..
namun, ku berusaha mencari disebalik duri yang berduri,
agar kelak ku mampu jua tersenyum sendiri,
benar, jalan ini tak semudah yang ku ingini,
tetapkanlah aku dijalan ini,
ingin sekali ku sumbangkan sesuatu untuk agama ini,
agar kelak agamamu ini dipandang tinggi...
takbir!! allahurabbi...
Tatkala sahabat2 seusia sibuk dengan dunia remaja yang anggapannya rugi andai disiakan kerana datangnya hanya sekali, namun hati kecil ini semakin menjadi-jadi rasa bersalah yang tidak pernah dipinta untuk melewati hidup ini...
Ya Allah, ingin sekali ku bersama-sama dengan sahabat2 yang disayangi untuk melewati hari-hari dengan gelak tawa agar kelak dapat dijadikan kenangan tatkala melangkahnya kelak kami bergelar graduan nanti. namun, pasti ada sahaja yang menjadi penghalang buat diri untuk bersama-sama turut serta... ya Allah, mungkinkah ada hikmah disebaliknya?? mungkinkah ini caranya Engkau ingin menjagaku tatkala usiaku ini dizaman penuh dugaan dan cabaran ini??
Antara dua; menerima dan merasa tidak mampu melaksanakannya atau menolak dan merasakan tidak redha dengan ketentuanNya.. ya Allah, sekali lagi diuji.. aku sedar akan kekuatan yang ada dalam diri ini; selagi mampu, selagi itu juga ku usahakan untuk menyumbangkan sesuatu buat agamaMu.. namun, keduanya adalah untuk agamaMu dan ku perlu memilih satu daripada dua..
Buat sahabat seperjuangan dibumi Maahad, sekali lagi juga diri ini menyusun jari memohon maaf atas apa yang berlaku... setiap apa yang kita rancang, Allah lebih mengetahuinya bukan?? bersabarlah atas segala yang berlaku kepada kita dan yakinlah mungkin ada hikmah disebaliknya.. dan jangan risau, pelbagai cara lagi yang dapat kita lakukan demi menjaga kelangsungan tarbiah dibumi maahad bukan?? sama-sama kita kuatkan semangat ya..
Akhir kalam, syukran lillah atas segalanya.. segala yang dilakarkan hanyalah kata-kata dari hati insan yang serba kekurangan ini...
"Ya Allah, peganglah hati kami dan thabatkanlah kami dalam perjuangan agamaMu ini.. jadikanlah kami pejuang agamaMu.."
wallhua'lam...
Wednesday, 22 August 2012
Cerpen: Ia Tak Sama!!
“kami
memang tak puas hati betol la dengan kawan kita wafa tu!!,” rungut anuar
tatkala bersama teman-temannya. Penggunaan bahasa ‘kami’ mewakili dirinya sudah
sebati dek kerana negeri jelapang padi tempat kelahirannya. Mujurlah semua
temannya memahami kerana jika tidak pasti akan beranggapan ‘kami’ itu mewakili
ramai.
“hang tak
puas hati apa kat dia nuar?? Aku tengok dia baik ja tak kacau hidup kita pun..”,
balas aiman.
“kami bukan
apa, ada ka patut time ramai2 kita berkumpul hari tu, masa dia nak jumpa kami
sebab ada urusan kerja, dia bukannya nak panggil nama kami tapi asyik duk sebut
muslimin ja.. dia ingat mak ayah kami
tak bagi kami nama ka.. tengok la esok kami buat teguran kat dia punya!! Dah lama
pendam kat hati nie..”, balas anuar yang masih tidak puas hati dengan apa yang
berlaku.
………………………………
Keesokan harinya
[ketika di dewan kuliah]
“Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah memandangkan lecturer kita tak masuk hari nie, sudilah kami nak
bercakap sesuatu pada semua. Untuk kali ini, kami terus terang ja pada semua
sebab kita umpama satu keluarga kan”, bermadah anuar tatkala berada dihadapan
kelas sebelum memulakan bicara.
“sebenarnya
macam kita tahu yang semua mak ayah kita bagi kita nama sedap ja dan baik ja
maksudnya. Jadinya, kalau boleh panggil la nama tu bukannya asyik duk sebut nama
muslimin atau muslimat, tak best la kami rasa. Minta maaf la ya pada sahabat
kita nurul wafa atas teguran nie. Bukan apa, kami kurang selesa ja. Sekian terima
kasih”, puas di hati anuar tatkala mengenakan wafa. Rasa lega dihatinya
akhirnya berjaya menegur wafa dihadapan semua.
Semua mata
tatkala itu memandang ke arah insan bernama nurul wafa itu…. Teringin untuk
melihat respon yang akan diberikan oleh insan yang bertudung labuh itu sama ada
ingin marah atau sebaliknya.
…………………………..
hanya membisu jawapan yang terbaik wafa
berikan tatkala itu. Tiada jawapan tepat yang harus diberikannya. Tatkala itu,
muncul satu persatu memori tatkala beliau berada di sekolah menengahnya yang
umpama medan tarbiah baginya untuk merubah mencari identiti diri.
“ajwad, nak
jumpe kejap”, panggil wafa dengan selambanya kepada raisnya (ketua kelas) untuk membincangkan
berkenaan hal kelas. Itulah diri wafa tatkala pertama kali memasuki sekolah agama. Padanya, memanggil nama sesiapa sahaja adalah lumrah. Manakala sememangnya pula ajwad merupakan seorang yang dikagumi ramai sejak dari kecil lagi dek kerana
hebatnya beliau menjaga akhlaknya dan pergaulannya dengan ajnabi walaupun
ketika berurusan.
[ketika di dalam kelas]
“Bismillhirrahmanirrahim,
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana masih memberi kita peluang
masa lapang untuk kita menadah ilmu di dada buat panduan diri.” Kata aluan oleh
ajwad, selaku pentazkirah kelas sementara menunggu kehadiran guru. Sememangnya “tazkirah
kulli min” yang diwajibkan setiap hari di dalam kelas menjadi sebati umpama isi
dengan kuku dalam jiwa setiap warga sekolah agama yayasan khairiah ini demi
memastikan biah solehah yang dipelihara oleh generasi terdahulu masih terus
dikekalkan hingga ke hari ini.
“insyaAllah
pada hari ini ana ingin sampaikan berkenaan dengan ilmu. …………………………”, dan
akhir kata sedikit teguran yang ingin ana sampaikan mewakili para muslimin semua
buat muslimat yang kami hormati, sekiranya kalian ingin memanggil kami atas urusan
apa sekalipun, kami berharap, panggillah dengan nama panggilan kami, “muslimin”
dan kalau kami dalam kelompok, panggil ja muslimin kemudian pointkan muslimin
itu sama ada berpakaian apa, atau berkaca mata atau apa sahaja yang bawa maksud ditujukan kepada
muslimin yang kalian ingin jumpa. Kalian tak perlu panggil nama penuh kami. Bukan
apa, sejujurnya ana katakan yang wanita itu fitnah bagi seorang lelaki. Ana sendiri
jujurnya takut bila mana kalian panggil nama ana, risau hati ana yang rasa lain
walaupun pada kalian ia biasa. Ana dan muslimin yang lain memohon maaf andai
muslimat semua terasa hati. Maafkan kami. Kita sama-sama dalam proses
tarbiah..wallhua’lam.” kata-kata teguran yang penuh keikhlasan dari seorang
sahabat kepada sahabatnya.
…………………………………………………………
“Macam mana
keadaannya sekarang??”, tanda tanya tanpa jawapan dalam diri wafa.
IA TIDAK
AKAN SAMA WAFA!! “ya, setiap dari kita tarbiahnya berbeza wafa… terimalah
teguran yang diberikan dan bersangka baiklah. Mungkin dia tidak tahu dan
ajarilah ia sehingga ia tahu…”, pujuk hati kecilnya.
………………………………………………………………………………………
p/s : ambillah
mana yang baik daripada kisah ringkas ini. Sekadar pesanan dari penulis buat
para hati yang membaca entry kali ini terutamanya bagi kita yang bergelar ‘wanita’
dan termasuklah diri penulis sendiri . Kadangkala, walaupun kita memakai
pakaian yang pada luarannya menjaga syariat, bukan bermakna segalanya kita
baik. Namun, jagalah jua hati kita kerana itulah mujahadah paling hebat buat
kita. Berusahalah untuk tidak menyebut nama insan yang ajnabi (boleh kita
kahwini) bagi kita. Mungkin ada yang
akan kata, “tak apa, tu perkara biasa ja”.. ya, betul tu sahabat2 sekalian tapi yakinlah,
bila mana kita sebut nama mereka, pasti akan timbulnya titik hitam dalam hati
kita yang sememangnya penuh dengan noda ini. Sebabnya, bila kita sebut nama
mereka, pasti akan teringat juga wajahnya. Bahaya bukan?? Agaknya betul tak?? Kalau
tak, tak ape, setiap dari kita lain caranya.. ^_^
Namun,
bukan bermakna kita tidak boleh langsung sebut nama mereka ya terutamanya bila
kita terlibat dalam organisasi yang melibatkan gerak kerja antara lelaki dan
perempuan. Boleh tapi dengan caranya mudah sahaja, kita cubalah biasakan dengan
menyebut jawatan mereka sahaja bila kita bersembang dengan sahabat-sahabat kita
yang lain.
Contoh mudah,
muslimin yang kerja dengan kita dia pegang jawatan sebagai ketua (Yang
Di-pertua). Jadinya bila kita bersembang, sebut sahaja; “semalam Ydp bagitahu
minta sampaikan pada muslimat yang lain bahawa…..”, mudah bukan?? Disamping hati
kita terjaga, hati sahabat-sahabat kita yang lain jua terjaga.
Buat buat semua
yang dimuliakan dalam dirinya menjadi seorang wanita, hargailah dirimu dengan
sebaiknya. Kita semua sangat istimewa Allah ciptakan atas muka bumi ini. Dengan
tangan kitalah, akan lahirnya ummat yang hancur atau ummat yang terbilang. Fikirkanlah..
Dan pada
mereka yang bergelar lelaki, hargai jua dirimu menjadi seorang lelaki dan
yakinlah kalianlah bakal menjadi imam suatu hari nanti. Sibukkanlah diri kalian
dengan memikirkan apa sumbangan yang dapat kalian lakukan untuk Islam. Kudrat kalian
amatlah diperlukan tatkala ini. TAKBIR!!
~teguran jua buat diri yang menulis ini yang sememangnya masih banyak lagi kekurangannya.. sama-sama kita baiki diri.. dakwah itu indah..;-)
Wallahua’lam..
Tuesday, 1 May 2012
Apabila Keimanan Kita Dipertikaikan...
bila kita
merasai rasa itu, bersyukurlah kerana bukan semua makhluk ciptaan-Nya di beri
peluang untuk merasainya… agak2, apa ya yang anda lakukan sekiranya anda rasa
sedih?? Makan?? Tidur?? Atau apa?? Yang pastinya,penulis percaya kita semua punya cara tersendiri untuk
merawatnya bukan?? Cuma harapan penulis usah pilih jalan mudah dengan
menamatkan riwayat hidup anda kerana ia BERDOSA BESAR…
kali ini,
penulis ingin berkongsi salah satu terapi yang dapat kita gunakan bagi merawat
duka dihati.. sedar tidak siapa yang memberi kita rasa sedih itu?? Pasti DIA
yang mencipta kita bukan?? Jadinya, penawarnya pasti dari-Nya juga iaitu
semestinya Al-Quran…
penulis ingin mengajak kalian, cubalah dapatkan al-Quran yang mempunyai tafsir… terlalu banyak yang dijual dikedai.. carilah.. dan cuba dapatkan penanda buku lutsinar yang berwarna juga… kenapa?? Ada sebabnya..tatkala anda membaca al-Quran dan membaca tafsirnya, cubalah “highlight” kan makna atau tafsir ayat al-Quran yang amat menyentuh hati atau memberi inspirasi dalam diri kita dengan menggunakan penanda buku itu ya… pasti al-Quran anda akan kelihatan sangat berwarna- warni nanti…menarik bukan..?? ^__^
------------------------------------------------------------------
Dari
penulis, bukan
tanpa sebab kita menjadikan al-Quran kita kelihatan cantik dengan penanda buku
yang berwarna-warni itu…
Tapiii,
bilamana diri kita rasa sedih, sekali-sekala cubalah selak kembali segala
tafsir al-Quran yang kita highlighkan
itu atau salah satu daripadanya… pasti kita akan terjumpa “sesuatu”.. kadang
kala, apabila kita terbaca salah satu yang kita highlighkan itu, ia seolah-olah
jalan penyelasaian bagi ujian yang sedang kita hadapi… ia umpama Allah sedang
berkata-kata dengan kita... subhanallah,
hebat bukan?? Percayalah, pasti ketika dan saat itu menitis air mata jernih
kita kerana penawarnya telah kita temui…
Al-Quran itu sememangnya kalam darinya bukan?? Jadi,
gunakanlah ia dengan sebaiknya dan bertadabburlah dengan maknanya… sayu hati kita
tatkala menghayati kalam dari-Nya yang umpama kata-kata penuh kasih sayang buat
kita yang sedang diuji dengan kesedihan… percayalah…
Tiada terapi ketenangan yang lebih baik melainkan kalam dari-Nya… hidup kita tidaklah seindah pelangi petang, kadang kala akan datang jua ribut mahupun mendung… namun, hadapilah ia dengan penuh ketenangan dan ketabahan… ujian dari-Nya tanda kasih sayang buat kita… rawatlah ia dengan kalam dari-Nya..
Akhir
kalam, rawatlah
hati kita dengan sebaiknya… usah tersalah pilih caranya, kelak akan rosak hati
yang satu itu.. buat yang sedang diuji dan merasakan “Allah tidak adil pada
diriku!!”, bersabarlah duhai dirimu dan percayalah kita hanya merancang,
tetapi perancangan dari-Nya jauh lebih baik buat kita…. Dan bersabarlah.. pasti
akan kita temui pelangi dikemudian hari… pandanglah sesuatu perkara yang
berlaku kepada kita dengan positif… perjalanan hidup ini pasti penuh dengan liku-liku dan banyak rintangan yang harus dilepasi. cabaran dan dugaan tidak pernah berakhir, ini hanya kerana Dia tahu kita mampu menempuhinya untuk kekuatan iman. ingatlah selalu kehidupan tidak semuanya untuk difahami tetapi adalah untuk kita diterima...anggaplah semua bebanan masalah itu adalah sebahagian daripada hadiah Tuhan untuk menjadikan kita manusia yang lebih dewasa...
“harapan
harus ditumbuhkan ketika seseorang itu berada dalam kekecewaan.. kekecewaan
hati harus disemai dengan pengharapan…. Ketika kekecewaan tidak diubati dengan
awan harapan, sejarah kelabu menjadi semakin kelabu dan menghitam…”
“senyumlah
dikala beroleh kegembiraan tanda kesyukuran menerima nikmat-Nya dan senyumlah
dikala beroleh kedukaan tanda keredhaan hati menerima ujian-Nya…”
Moga-moga
entry kali ini memberi sedikit hembusan inspirasi semangat buat hati-hati yang
tatkala ini sedang diuji dengan apa jua ujian… ingatlah jika kita mengaku kita
beriman, keimanan kita pasti akan diuji sebagai taruhan sejauh mana cinta kita kepada-Nya… keimanan kita pasti akan dipertikaikan melalui ujian-Nya untuk dilihat sejauh mana persediaan kita dalam mengorbankan diri demi meraih kedudukan disisi-Nya...adakah sekadar keimanan itu hanya terucap di lidah mahupun ianya lahir dari hati yang kudus cinta-Nya semata-mata kepada-Nya... salam kasih sayang kerana-Nya…
Wallahua’lam…;-)
Sunday, 15 April 2012
6 Langkah Muhasabah En. Nafsu...
Bismillahirrahmanirrahim,
Salam
mujahadah diri penulis ucapkan buat semua para hati yang ketika dan saat ini sedang berusaha
membaiki hati demi mencapai cinta Ilahi…bila kita bercakap tentang hati, pasti
sedikit sebanyak akan dikaitkan dengan N.A.F.S.U… Benar bukan??
sepertimana yang kita sedia maklum, kebanyakan alim ulama dan ahli agama
berpendapat, nafsu adalah batu
penghalang bagi memastikan perlakuan hati untuk tidak sampai kepada Allah.
Selagi hawa nafsu masih bermaharajalela didalam hati, Allah tidak memasukinya
kecuali nafsu itu dimatikan..
sekiranya
kita sedar, dalam kehidupan seharian kita pasti kadang-kadang kita rajin untuk
melakukan sesuatu ibadah itu dan kadang-kadang teramat malas sekali… benar
bukan?? Sebenarnya, itulah keadaan nafsu
kita yang sedang dikuasai sama ada oleh malaikat atau syaitan…
Pelbagai
cara yang dapat kita ambil dalam usaha kita untuk mengawal nafsu kita demi
mencapai cinta-NYA… penulis percaya, tatkala ini pasti semua semakin yakin
dalam diri mereka bahawa hanya cinta-Nya lah yang amat kita perlukan dalam
hidup ini bukan?? Tapi kadangkala kita sering tewas dalam mengawal nafsu kita
untuk mengajaknya melakukan amalan yang
dapat mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.. tidak mengapa, yang penting
teruskanlah mujahadah diri…
sejujurnya,
kita tidak mampu mematikan nafsu yang terdapat dalam diri kita kerana nafsu
juga ada yang sukakan kebaikan sekiranya kita bijak mengawalnya… jadinya, mari
kita sama-sama berusaha mengawal nafsu
dalam diri kita agar sentiasa berada dalam kondisi cinta untuk melakukan
kebaikan…
insyaAllah
pada entri kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu yang penulis perolehi dalam
sebuah buku “Dasyatnya Energi Syukur, Istighfar dan Muhasabah” karya
Muhammad Azhar iaitu mengenai
:: ENAM
TAHAP MUHASABAH NAFSU ::
.: TAHAP
PERTAMA :. Musyarathah (Mengajukan Syarat)
Jika kita
ingin berubah, cubalah kita bermula setiap pagi… tetapkan matlamat untuk
berubah itu bermula dari pagi lagi agar ia dapat dijadikan kayu ukur kita
sepanjang hari. Jika seseorang hamba selesai mengerjakan solat subuh,
selayaknya dia mengosongkan hatinya untuk mengajukan beberapa syarat.
Contohnya, hari ini seseorang itu berazam untuk solat awal dan berjemaah..Dia katakan kepada jiwanya, “Aku sudah tidak punya masa lagi untuk berubah.. Bermula hari ini aku perlu ubah diriku jadi lebih baik.., “Wahai jiwaku, seriuslah hari ini untuk memenuhi pundi-pundi amalmu dan jangan engkau biarkan ia kosong. Jangan engkau berputus asa, bersantai-santai dan berbuat sesuka hatimu, sehingga engkau kehilangan darjat ‘iliyyin, sementara orang lain mendapatkannya…hari ni kau kena pastikan yang solat fardhu 5 waktu engkau berjaya solat awal
dan
secara berjemaah…”
.: TAHAP
KEDUA :. Muraqabah (Merasa Diri Dipantau Allah)
Jika
seseorang telah mewasiatkan dirinya dan memberikan beberapa syarat, tidak
tersisa pada dirinya selain Muraqabah (merasa diawasi) dan merasa dirinya
dipantau (Mulahazhah). Tersebut dalam hadith sahih mengenai tafsiran ihsan,
ketika Rasulullah SAW ditanya
tentangnya. Baginda menjawab, “Ihsan iaitu engkau beribadah kepada Allah
seakan-akan engkau melihat-Nya, sekalipun engkau tidak melihat-Nya, yakinlah
Allah pasti melihatmu..”
Muraqabah
seorang hamba ketika menjalankan ketaatan ialah dia melakukannya dengan ikhlas
dan muraqabahnya ketika melakukan kemaksiatan adalah dengan bertaubat,
istighfar, menyesal dan bertekad meninggalkannya. Muraqabahnya terhadap masalah
yang mubah (masalah neutral antara yang dilarang dan yang diperintah) adalah
dengan memperhatikan adab dan kesyukuran atas kenikmatan yang dikurniakan …
kesemua itu tidak kosong daripada muraqabah.
Jadinya,
bila kita nak berubah dan pada masa yang sama syaitan sentiasa cuba mencucuk
jarum dalam hati kita untuk kembali mengikut hawa nafsu, kita ingat balik yang
Allah lihat apa yang kita sedang lakukan dan Allah dengar segala syarat yang
kita telah buat itu… cubalah hadirkan rasa ihsan dalam diri kita ya…
.: TAHAP
KETIGA :. Muhasabah (Mengaudit selepas Beramal)
Sebagaimana
seorang hamba sebaiknya mempunyai waktu pagi untuk mengajukan syarat-syarat
terhadap dirinya, selayaknya dia juga mempunyai waktu untuk mengaudit dan
menilai dirinya atas semua yang telah dilakukannya, sebagaimana yang dilakukan
seorang peniaga di dunia bersama rakan kongsinya di akhir setiap tahun, bulan
atau hari…
Sebelum
tidur, cuba kita refleksi balik sama ada apa yang kita syaratkan itu sudah
berjaya dicapai untuk hari ini atau sebaliknya.. jika tidak, azamkan pada diri
untuk kita lakukan yang lebih baik pada keesokan hari agar kita berjaya
mengawal nafsu yang ada dalam diri kita ini…
.: TAHAP
KEEMPAT :. Mu’aqabah (Menghukum diri sendiri kerana melakukan suatu kesalahan
atau berbuat kebaikan yang sedikit)
Jika kita
refleksi diri kita dan mendapati masih sama sahaja keadaan kita tidak mampu
untuk mengawal hawa nafsu dalam diri kita, cubalah kita menghukumnya dengan
sesuatu agar sedikit sebanyak dapat memberi
peringatan kepada diri kita untuk tidak melakukannya lagi… contohnya,
jika kita berazam untuk solat berjemaah di masjid tetapi oleh kerana kita tidak
sempat disebabkan oleh terleka melayari laman mukabuku (facebook), jadi kita
hukumnya dengan cara membatalkan terus penggunaan internet di rumah… Nampak
mudah tetapi pasti sukar untuk kita laksanakannya kan??
Sebagaimana
diriwayatkan daripada Umar al-Khattab, suatu hari dia berangkat ke sebuah kebun
dan kemudian dia kembali. Ketika itu orang Islam sedang menunaikan solat Asar.
Dia lalu tersedar dan berkata, “Tadi aku berangkat ke kebun, dan ketika pulang
ternyata semua orang telahpun solat Asar (beliau terlambat mengerjakannya).
Sebagai gantinya, maka kebunku ini aku sedekahkan untuk manfaat orang-orang
miskin…”
.: TAHAP
KELIMA :. Mujahadah (Memaksimumkan)
Jika
seseorang telah menilai dirinya sendiri dan masih melakukan kemaksiatan,
sebaiknya dia menghukumnya kerana kesilapannya itu. Dan jika dia mendapati
dirinya malas melakukan kebaikan atau malas berwirid, hendaklah dia
menggantikannya dengan wirid lain. Sebagaimana yang dilakukan Ibnu Umar, jika
dia tertinggal solat berjemaah, dia akan menghidupkan keseluruhan malamnya
(dengan mengerjakan solat sepanjang malam). Ini sama ertinya dia menggunakan
sepenuhnya jiwa dan memaksanya semaksimum mungkin..
Contoh
mudah seperti kita berazam untuk sentiasa solat awal… oleh kerana kita selalu
terleka kerana menonton televisyen, kita wajibkan diri kita untuk berada di atas
sejadah 10 minit sebelum masuknya waktu solat… insyaAllah hasrat kita untuk
solat awal pasti tercapai juga setelah mujahadah keempat tadi kita telah
membatalkan penggunaan internet...sudah tiada ganngguan lagi dalam nafsu kita
untuk melaksanakan apa yang kita azamkan dalam diri itu…
.: TAHAP
KEENAM :.Mu’atabah (Mencela dan Mengkritik Jiwa)
Kata Anas:
Aku pernah mendengar Umar al-Khattab yang ketika itu masuk ke dalam sebuah
kebun, aku dan dia dipisahkan oleh tembok. Dia berkata : “Hi, Umar al-Khattab
amirul mukminin, wahai Umar, engkau bertakwa kepada Allah atau Allah
menyeksamu!”
Contohnya,
walaupun kita telah membatalkan penggunaan internet, berada di atas sejadah 10
minit lebih awal, tetapi belum berjaya mengawal nafsu, cubalah kita kritik jiwa
kita agar kembali beringat semula apa yang kita inginkan sebenarnya… contohnya,
“hi khairi, kata tadi nak berubah jadi lebih baik untuk kawal nafsu kau
dengan solat awal dan berjemaah
tapi nampak macam sama ja kau macam
dulu… malu la khairi pada Pencipta kau…!!”
Akhir
kalam, semoga kita
semua berjaya dalam mujahadah nafsu ini… sama-samalah kita berusaha menjaga
hati kita dengan sebaiknya… sebenarnya, percayalah bila kita nak capai cinta
Ilahi, mujahadahnya amatlah perit kerana kita pasti tidak akan terlepas dengan
ujian darinya-Nya sama ada ujian kesihatan, ujian hati, keluarga atau
sebagainya… semua itu adalah kayu ukur sejauh mana sabarnya kita menghadapi
ujian dari-Nya demi cinta-Nya yang teramat mulia itu…ingatlah selalu bahawa “mujahadah
itu pahit kerana syurga itu manis… ”
Kata
khalifah Umar al-Khattab: “Nilailah dirimu ketika berada dalam kelapangan
sebelum kesusahan. Sesungguhnya sesiapa yang menilai dirinya sendiri, ia redha
dan senang hati apabila datang kesusahan. Barangsiapa yang selalu lalai didalam
hidupnya kerana sibuk dikuasai nafsu, ia menyebabkan penyesalan dan kerugian..”
Sinarilah
hatimu dengan cahaya kecintaan kepada-Nya… wallahua’lam..;-)





























