Bismillahirrahmanirrahim,
Salam
mujahadah diri penulis ucapkan buat semua para hati yang ketika dan saat ini sedang berusaha
membaiki hati demi mencapai cinta Ilahi…bila kita bercakap tentang hati, pasti
sedikit sebanyak akan dikaitkan dengan N.A.F.S.U… Benar bukan??
sepertimana yang kita sedia maklum, kebanyakan alim ulama dan ahli agama
berpendapat, nafsu adalah batu
penghalang bagi memastikan perlakuan hati untuk tidak sampai kepada Allah.
Selagi hawa nafsu masih bermaharajalela didalam hati, Allah tidak memasukinya
kecuali nafsu itu dimatikan..
sekiranya
kita sedar, dalam kehidupan seharian kita pasti kadang-kadang kita rajin untuk
melakukan sesuatu ibadah itu dan kadang-kadang teramat malas sekali… benar
bukan?? Sebenarnya, itulah keadaan nafsu
kita yang sedang dikuasai sama ada oleh malaikat atau syaitan…
Pelbagai
cara yang dapat kita ambil dalam usaha kita untuk mengawal nafsu kita demi
mencapai cinta-NYA… penulis percaya, tatkala ini pasti semua semakin yakin
dalam diri mereka bahawa hanya cinta-Nya lah yang amat kita perlukan dalam
hidup ini bukan?? Tapi kadangkala kita sering tewas dalam mengawal nafsu kita
untuk mengajaknya melakukan amalan yang
dapat mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.. tidak mengapa, yang penting
teruskanlah mujahadah diri…
sejujurnya,
kita tidak mampu mematikan nafsu yang terdapat dalam diri kita kerana nafsu
juga ada yang sukakan kebaikan sekiranya kita bijak mengawalnya… jadinya, mari
kita sama-sama berusaha mengawal nafsu
dalam diri kita agar sentiasa berada dalam kondisi cinta untuk melakukan
kebaikan…
insyaAllah
pada entri kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu yang penulis perolehi dalam
sebuah buku “Dasyatnya Energi Syukur, Istighfar dan Muhasabah” karya
Muhammad Azhar iaitu mengenai
:: ENAM
TAHAP MUHASABAH NAFSU ::
.: TAHAP
PERTAMA :. Musyarathah (Mengajukan Syarat)
Jika kita
ingin berubah, cubalah kita bermula setiap pagi… tetapkan matlamat untuk
berubah itu bermula dari pagi lagi agar ia dapat dijadikan kayu ukur kita
sepanjang hari. Jika seseorang hamba selesai mengerjakan solat subuh,
selayaknya dia mengosongkan hatinya untuk mengajukan beberapa syarat.
Contohnya, hari ini seseorang itu berazam untuk solat awal dan berjemaah..Dia katakan kepada jiwanya, “Aku sudah tidak punya masa lagi untuk berubah.. Bermula hari ini aku perlu ubah diriku jadi lebih baik.., “Wahai jiwaku, seriuslah hari ini untuk memenuhi pundi-pundi amalmu dan jangan engkau biarkan ia kosong. Jangan engkau berputus asa, bersantai-santai dan berbuat sesuka hatimu, sehingga engkau kehilangan darjat ‘iliyyin, sementara orang lain mendapatkannya…hari ni kau kena pastikan yang solat fardhu 5 waktu engkau berjaya solat awal
dan
secara berjemaah…”
.: TAHAP
KEDUA :. Muraqabah (Merasa Diri Dipantau Allah)
Jika
seseorang telah mewasiatkan dirinya dan memberikan beberapa syarat, tidak
tersisa pada dirinya selain Muraqabah (merasa diawasi) dan merasa dirinya
dipantau (Mulahazhah). Tersebut dalam hadith sahih mengenai tafsiran ihsan,
ketika Rasulullah SAW ditanya
tentangnya. Baginda menjawab, “Ihsan iaitu engkau beribadah kepada Allah
seakan-akan engkau melihat-Nya, sekalipun engkau tidak melihat-Nya, yakinlah
Allah pasti melihatmu..”
Muraqabah
seorang hamba ketika menjalankan ketaatan ialah dia melakukannya dengan ikhlas
dan muraqabahnya ketika melakukan kemaksiatan adalah dengan bertaubat,
istighfar, menyesal dan bertekad meninggalkannya. Muraqabahnya terhadap masalah
yang mubah (masalah neutral antara yang dilarang dan yang diperintah) adalah
dengan memperhatikan adab dan kesyukuran atas kenikmatan yang dikurniakan …
kesemua itu tidak kosong daripada muraqabah.
Jadinya,
bila kita nak berubah dan pada masa yang sama syaitan sentiasa cuba mencucuk
jarum dalam hati kita untuk kembali mengikut hawa nafsu, kita ingat balik yang
Allah lihat apa yang kita sedang lakukan dan Allah dengar segala syarat yang
kita telah buat itu… cubalah hadirkan rasa ihsan dalam diri kita ya…
.: TAHAP
KETIGA :. Muhasabah (Mengaudit selepas Beramal)
Sebagaimana
seorang hamba sebaiknya mempunyai waktu pagi untuk mengajukan syarat-syarat
terhadap dirinya, selayaknya dia juga mempunyai waktu untuk mengaudit dan
menilai dirinya atas semua yang telah dilakukannya, sebagaimana yang dilakukan
seorang peniaga di dunia bersama rakan kongsinya di akhir setiap tahun, bulan
atau hari…
Sebelum
tidur, cuba kita refleksi balik sama ada apa yang kita syaratkan itu sudah
berjaya dicapai untuk hari ini atau sebaliknya.. jika tidak, azamkan pada diri
untuk kita lakukan yang lebih baik pada keesokan hari agar kita berjaya
mengawal nafsu yang ada dalam diri kita ini…
.: TAHAP
KEEMPAT :. Mu’aqabah (Menghukum diri sendiri kerana melakukan suatu kesalahan
atau berbuat kebaikan yang sedikit)
Jika kita
refleksi diri kita dan mendapati masih sama sahaja keadaan kita tidak mampu
untuk mengawal hawa nafsu dalam diri kita, cubalah kita menghukumnya dengan
sesuatu agar sedikit sebanyak dapat memberi
peringatan kepada diri kita untuk tidak melakukannya lagi… contohnya,
jika kita berazam untuk solat berjemaah di masjid tetapi oleh kerana kita tidak
sempat disebabkan oleh terleka melayari laman mukabuku (facebook), jadi kita
hukumnya dengan cara membatalkan terus penggunaan internet di rumah… Nampak
mudah tetapi pasti sukar untuk kita laksanakannya kan??
Sebagaimana
diriwayatkan daripada Umar al-Khattab, suatu hari dia berangkat ke sebuah kebun
dan kemudian dia kembali. Ketika itu orang Islam sedang menunaikan solat Asar.
Dia lalu tersedar dan berkata, “Tadi aku berangkat ke kebun, dan ketika pulang
ternyata semua orang telahpun solat Asar (beliau terlambat mengerjakannya).
Sebagai gantinya, maka kebunku ini aku sedekahkan untuk manfaat orang-orang
miskin…”
.: TAHAP
KELIMA :. Mujahadah (Memaksimumkan)
Jika
seseorang telah menilai dirinya sendiri dan masih melakukan kemaksiatan,
sebaiknya dia menghukumnya kerana kesilapannya itu. Dan jika dia mendapati
dirinya malas melakukan kebaikan atau malas berwirid, hendaklah dia
menggantikannya dengan wirid lain. Sebagaimana yang dilakukan Ibnu Umar, jika
dia tertinggal solat berjemaah, dia akan menghidupkan keseluruhan malamnya
(dengan mengerjakan solat sepanjang malam). Ini sama ertinya dia menggunakan
sepenuhnya jiwa dan memaksanya semaksimum mungkin..
Contoh
mudah seperti kita berazam untuk sentiasa solat awal… oleh kerana kita selalu
terleka kerana menonton televisyen, kita wajibkan diri kita untuk berada di atas
sejadah 10 minit sebelum masuknya waktu solat… insyaAllah hasrat kita untuk
solat awal pasti tercapai juga setelah mujahadah keempat tadi kita telah
membatalkan penggunaan internet...sudah tiada ganngguan lagi dalam nafsu kita
untuk melaksanakan apa yang kita azamkan dalam diri itu…
.: TAHAP
KEENAM :.Mu’atabah (Mencela dan Mengkritik Jiwa)
Kata Anas:
Aku pernah mendengar Umar al-Khattab yang ketika itu masuk ke dalam sebuah
kebun, aku dan dia dipisahkan oleh tembok. Dia berkata : “Hi, Umar al-Khattab
amirul mukminin, wahai Umar, engkau bertakwa kepada Allah atau Allah
menyeksamu!”
Contohnya,
walaupun kita telah membatalkan penggunaan internet, berada di atas sejadah 10
minit lebih awal, tetapi belum berjaya mengawal nafsu, cubalah kita kritik jiwa
kita agar kembali beringat semula apa yang kita inginkan sebenarnya… contohnya,
“hi khairi, kata tadi nak berubah jadi lebih baik untuk kawal nafsu kau
dengan solat awal dan berjemaah
tapi nampak macam sama ja kau macam
dulu… malu la khairi pada Pencipta kau…!!”
Akhir
kalam, semoga kita
semua berjaya dalam mujahadah nafsu ini… sama-samalah kita berusaha menjaga
hati kita dengan sebaiknya… sebenarnya, percayalah bila kita nak capai cinta
Ilahi, mujahadahnya amatlah perit kerana kita pasti tidak akan terlepas dengan
ujian darinya-Nya sama ada ujian kesihatan, ujian hati, keluarga atau
sebagainya… semua itu adalah kayu ukur sejauh mana sabarnya kita menghadapi
ujian dari-Nya demi cinta-Nya yang teramat mulia itu…ingatlah selalu bahawa “mujahadah
itu pahit kerana syurga itu manis… ”
Kata
khalifah Umar al-Khattab: “Nilailah dirimu ketika berada dalam kelapangan
sebelum kesusahan. Sesungguhnya sesiapa yang menilai dirinya sendiri, ia redha
dan senang hati apabila datang kesusahan. Barangsiapa yang selalu lalai didalam
hidupnya kerana sibuk dikuasai nafsu, ia menyebabkan penyesalan dan kerugian..”
Sinarilah
hatimu dengan cahaya kecintaan kepada-Nya… wallahua’lam..;-)
No comments:
Post a Comment