Bismillahirrahmanirrahim,
Salam mahabbah buat semua
pencinta ilmu yang penulis muliakan… Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam
ruangan ilmu “ANDA BERTANYA,CERDIK PANDAI MENJAWABNYA..”. untuk entri kali ini,
sudilah penulis berkongsi ilmu dengan semua berkaitan hukum aurat kaki seorang wanita yang sering kita sebagai wanita
hari ini terlepas pandang….
Sesungguhnya,
kaki merupakan anggota yang membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat
kita pijak, beralas atau tidak dengan menggunakan kaki.... sedar tidak sedar, kakilah
juga yang merupakan salah satu anggota badan kita
yang akan bersuara mewakili kita kelak tatkala kita disoal di hari pembalasan
nanti.. subhanAllah, hebat kan peranan kaki kita?? Jadinya, hargailah ia dengan
mengarahkannya pergi ke tempat-tempat yang berfaedah…
Ayuh kita
sama-sama ketahui hukum aurat kaki
berdasarkan pembacaan yang penulis perolehi dalam sebuah majalah ilmiah Solusi
isu No. 38 ( Syurga Itu Benar) di halaman 63… sama-sama kita berkongsi ilmu…
Berdasarkan
pendapat mazhab yang telah kita ketahui, jumhur ulama berpendapat kaki
wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam
solat. Hanya pendapat mazhab Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki itu
bukan aurat.
Ini dan Ini
Aurat
Apakah yang
dimaksudkan dengan “yang biasa nampak daripadanya??” Sa’id bin Jubir meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud
ayat tersebut ialah wajah dan kedua-dua tapak tangan (Tafsir al-Quran
al-Azim).
Pendapat yang
sama turut dikongsi oleh al-Dahhak dan al-Auza’i, namun ada beberapa sahabat
seperti Ibn Mas’ud yang berpendapat ia bermaksud pakaian…
CABARAN
MENUTUP KAKI DAN PENYELESAIANNYA ^__^
Penulis percaya,
ada wanita yang mengalami masyaqqah(kesulitan) menutup kaki sama ada dengan
berstoking, memakai kasut bertutup atau dengan melabuhkan pakaian mereka
sehingga menutup kaki. Apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang terkenal
sebagai negara yang menerima taburan hujan yang lebat, pasti agak menyukarkan.
1. wanita
harus faham disini, konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stoking
sahaja. Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai wanita Arab mempunyai
maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga meleret, namun
tidak sampai ke tahap berbangga-bangga dengan pakaian labuh.
2. memakai
kasut bertutup pada waktu hujan tanpa perlu memakai stoking juga boleh diterima
dari segi praktis, asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai. Oleh itu, tiada
istilah stoking basah berkali-kali dalam sehari lagi ya…^_^
3. jika
berada di rumah pula terutamanya di kampung, kadangkala susah hendak kita
menutup aurat kaki dengan kehadiran
ipar-duai, sepupu dan sebagainya. Dalam situasi seperti ini, mujahadahlah
sedikit dengan meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi beberapa kelonggaran
jika berada didalam rumah.
Akhir kalam
dari penulis, sama-samalah kita berusaha melaksanakan perintah Pencipta kita ini… yakinlah wahai wanita
sekalian, setiap apa yang Allah perintahkan kepada kita untuk melakukan
sesuatu, pasti ia terselit hikmah kebaikan buat diri kita…
Sesungguhnya
Islam itu ajarannya mudah Cuma kita kadangkala memberatkannya… sematkanlah
dalam diri kita perkataan “CUBALAH DAHULU” dalam apa sahaja suruhan yang DIA
perintahkan kepada kita untuk lakukan…usahlah menolak terus tanpa belajar
dahulu mengetahui kebaikan disebaliknya.. tidak mengapa andai ia memerlukan
tempoh masa yang lama untuk kita biasakan diri kita memakainya.. lama-kelamaan,
insyaAllah pasti akan lahir satu
perasaan andai diri kita istiqamah menjaga batas aurat kita…
hayatilah firman
Allah s.w.t yang bermaksud : “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat…” (Surah al-A’raf 7:26)
“takwalah
yang memotivasikan seseorang wanita itu sama ada patuh atau angkuh dengan
suruhan Pencipta kita…”tepuk dada, tanyalah imanmu wahai diri… jika masih malap, terangkan hati
dengan ilmu dan amal…
"tatkala langkahmu ingin keluar dari rumah, tanyalah dirimu terlebih dahulu; 'adakah Allah redha dgn apa yang aku pakaikan tatkala ini dan adakah pakaianku ini mampu meruntuhkan iman para pemuda harapan Islam diluar sana..??.."...
ingatlah duhai wanita “Sesungguhnya menjadi SOLEHAH itu bukanlah satu pencapaian tetapi ia merupakan satu proses yang penuh dengan onak dan duri bagi memperolehinya… mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis…” salam mujahadah diri dari penulis buat semua… wallahua’lam…;-)
ingatlah duhai wanita “Sesungguhnya menjadi SOLEHAH itu bukanlah satu pencapaian tetapi ia merupakan satu proses yang penuh dengan onak dan duri bagi memperolehinya… mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis…” salam mujahadah diri dari penulis buat semua… wallahua’lam…;-)
No comments:
Post a Comment