Bismillahirahmanirrahim,
“Bilaku
kenang kembali,
Perjalanan
hidupku sebagai musafir-NYA,
Dibumi
nyata ini,
Ku menangis
sendiri…
Dulu ku
gembira dengan kejahilan yang ku lakukan,
Kini ku
menangis kerana DIA sudi membawaku pulang ke jalan-NYA….
Tidak ku duga
jilbab labuh menjadi pilihanku kini….
Tidak
pernah ku terfikir di kalbuku,
Tapi DIA
telah merancang segalanya buatku,
Subhanallah…perancangan-NYA
begitu rapi sekali…
Memberikan tarbiah agama dalam diriku…
Agar ku
mampu mengejar gelaran
“MUSLIMAH
MUKMINAH”
Baruku
sedar bahawa diriku cukup berharga dalam perjuangan ini…
Akan ku
islah diriku buat mu ISLAM,
Akan ku
tekad menjadi sayap kiri dalam perjuangan agama-NYA…
Walaupun ku
tidak mampu bergelar SRIKANDI UMAR,
Cukuplah
gelaran SRIKANDI ABU BAKAR ku kecapi,
Yang pasti ku
punya caraku tersendiri dlm perjuangan agama ini…
Satu ucapan
yang meniti dibibirku,
TERIMA
KASIH buatmu wahai PEMILIK HATIKU…
TERIMA
KASIH atas nikmat IMAN dan ISLAM yang telah Engkau anugerahkan buatku…”
Dari Penulis: buat para hati yang yang ingin berubah, berubahlah selagi punya peluang... beriilah dirimu peluang... kasihanilah dirimu yang ingin berubah...
janganlah jadikan kesilapan masa lalu sebagai penghalang untukmu berubah ke arah kebaikan... anggaplah kesilapan lalu sebagai tarbiah peringatan buat-NYA kepadamu... setiap dari kita pernah melakukan kesilapan hatta diri penulis sekalipun... jadii, sematkanlah tekad dalam dirimu... dan buat para hati2 yg sedang membaca entri ini juga, usahlah kita berubah kerana seseorang tapi berubahlah kerana-NYA sebab berubah kerana sesuatu yang tidak pasti, ia tidak akan berkekalan tetapi andai kita berubah kerana Allah, insyaAllah ketenangan akan kita perolehi kerana DIA lah matlamat hidup kita sebenarnya.... berusahalah ya wahai diri.. salam tarbiah memperbaiki diri...
"Pandangan hati selalunya lebih tepat berbanding pandangan mata kasar.. mata hati yang dipandu oleh cahaya Ilahi akan menyuluh kehidupan ini..."
wallahua'lam..;-)
No comments:
Post a Comment