Bismillhirahmanirrahim,
Salam perkongsian ilmu buat semua… dalam kita meniti hari-hari mendatang, tidak
akan bermakna hidup ini sekiranya tanpa gelak tawa insan tersayang… tatkala
ini, penulis amat merindui sahabat sahabiah penulis yang sedang bercuti di desa
tercinta…. bermakna bukan hidup ini jika dikelilingi insan-insan yang
tersayang.. siapa ya insan yang sedang
anda fikirkan tatkala ini?? Hmmm (senyum sopan), tak kisah siapapun tapi itulah dia insan yang berjaya mengetuk
pintu kebahagiaan dalam hidup anda… penulis?? Insan yang penulis sayangi selain ibu bapa,
sahabat-sahabat, pendidik-pendidik, semestinya adik-adik atau saudara kandung
penulis… insan istimewa?? Belum lagi rasanya… sama-sama
doakan buat penulis ya.. cukuplah andai dia punya iman dan akhlak
baik dalam diri…(^_^)..
Tahniah penulis ucapkan buat semua yang
mempunyai adik kerana adik juga adalah anugerah yang tidak terhingga dari-NYA
buat kita syukuri.. buat yang tiada, usah bersedih kerana pasti ada hikmah
disebaliknya..… apapun, berusahalah membahagiakan mereka kerana merekalah yang
akan bersama-sama kita kelak dalam meniti usia apabila perginya kedua ibu bapa
kita… cuba tanya pada diri, bilakah kali terakhir anda membahagiakan adik-adik
anda?? Tepuk dada tanyalah iman…
Sebenarnya,
untuk entri kali ini, sukalah penulis berkongsi satu resepi yang mudah dan pada
masa yang sama ia amat digemari oleh kanak-kanak atau adik kita yang masih
kecil… apa ya??
..::
K.E.N.T.A.N.G W.E.D.G.E.S ::..
Kenapa
makanan barat yang menjadi pilihan penulis?? Sebenarnya, dalam kita berusaha
memberi kasih sayang kepada seseorang, perlulah kita memberi apa yang menjadi kesukaannya asalkan kesukaan
itu perkara yang baik… seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak amat gemar
akan makanan segera yang dibeli di Mcdonald atau KFC atau sebagainya termasuklah adik-adik
penulis.. sedangkan kandungan garam di dalam masakan tersebut amat tinggi dan
membahayakan kesihatan mereka… jadi,
konklusi bagi tidak menyekat kesukaan mereka untuk terus merasai nikmat makanan
tersebut, marilah sama-sama kita mencuba resepi ini ya khusus buat adik-adik
kesayangan kita…
BAHAN-BAHAN:
-
-Kentang (dibuang kulit)
-
1 cawan tepung serbaguna (digalakkan beli yang
spicy)
-
1 sudu teh serbuk lada sulah (untuk lebih
sedap, masukkan lebih tidak menjadi masalah)
-
Air secukupnya
-
Minyak masak
-
Garam secukup rasa
CARA
MEMBUAT:
- Potong kentang dan rebuskan dengan sedikit garam. Masakkan ia separuh lembut kemudian toskan.
- Masukkan tepung serbaguna dan serbuk lada sulah ke dalam mangkuk.
- Campurkan sedikit air ke dalam bahan tadi. Kacau sehingga sebati (tidak terlalu pekat atau cair).
- Masukkan kentang tadi dan kacau rata.
- Panaskan minyak dan goring sehingga keperangan .
- Sedia dihidangkan.
cara ke-4 |
cara ke-5 |
P/S : Untuk menjadikan masakan kita lebih
sedap, mulakanlah ia dengan kalimah agung (bismillahirahmanirrahim), kemudian
masaklah ia dengan penuh kasih sayang dan dengan tujuan untuk memberi bukan untuk menerima balasan pujian dan
sebagainya… sambil mengacau masakan, berselawatlah… (syukran kepada sahabat
penulis, ASRAR NISA yang mengingatkan
diri penulis tentang ilmu ini..)
Akhir
kalam dari penulis, ingatlah selalu 2 perkara;
“ bahagiakan dirimu dan berkongsilah rasa bahagia itu… insya’Allah,
kebahagiaan dan ketenangan akan sentiasa memayungi kerana bahagia sebenar
adalah daripada “jiwa kehambaan” yang sejati….”. Selamat mencuba membahagiakan insan yang anda sayangi… salam kasih sayang
kerana-NYA… wallahua’lam…;-)
No comments:
Post a Comment