.: Alhamdulillah selaut kesyukuran NYA
cahaya cinta buat penulis kerana memberi nikmat lapang untuk diri
penulis membina sebuah medan perkongsian ilmu buat semua makhluk-NYA...
"
untuk membina perkara yang besar, perlulah bermula dengan perkara yang
kecil, untuk hebat perkara yang besar, perlulah hebat perkara yang
kecil.." untuk entri pertama ini, sukalah penulis berkongsi ilmu yang
paling asas bagi setiap diri kita bergelar insan yang perlu diperbaiki
dan persiapkan diri sebelum cahaya ilmu menyinari diri kita agar ilmu
tersebut dapatlah kita amalkan dibawah redha-Nya.. tentang apa??
:: H.A.T.I. ::
kadang-kadang bilamana kita belajar,
amat sukar bagi kita untuk fahami sesuatu ilmu kan? walaupun kita cuba
dan cuba, tapi tetap tak mampu.. kenapa ya?? cuba tanya hati kita,
"adakah engkau bersih dari maksiat wahai hati?" sedar tidak sedar,
sebenarnya hati kita teramat penting kerana ia lah umpama nakhoda untuk
jasad kita.. cuba bayangkan hati kita yang kecil itulah kita bahagikan
sebahagiannya kecintaan kita untuk Pencipta kita, untuk nafsu kita,
untuk manusia, untuk barangan, dan untuk segala-galanya... hebat kan
hati kita?? sebab itu ada pepatah kata "Baik hati, baiklah segalanya.."
pesanan penulis buat diri penulis
dan para hati yang sedang membaca entri ini, "didiklah hatimu dengan
cahaya Rabbani dan Nabawi... Didiklah dirimu menjadi hamba Tuhan Yang
Maha Latif. coraklah kehidupanmu dengan dengan panduan al-Quran dan
Sunnah... coretkanlah kitab amalanmu dengan catatan amal soleh.. semoga
dirimu bertemu dengan khusnul khatimah...insya'allah.."
buat
para hati yang sedang membaca entri ini dan merasakan yang "Aku jahat
dan tak layak berubah!!".. jangan berkata begitu.. berilah sedikit
peluang buat dirimu untuk berubah menjadi baik.. tak mengapa, berubah
sedikit pun tak apa asalkan kita cuba sebab Allah itu adil... DIA tahu
kita nak berubah, dan DIA pasti akan bantu kita..percayalah...
akhir kalam, sukalah penulis berkongsi salah satu wasiat dari insan mulia, Hasan al-Banna, katanya:
"Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang
muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin,
dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang
dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa
masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan
menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan
yang kuat tidak akan selamanya kuat.." (dari sebuah buku "Bagaimana
Menyentuh Hati karya Abbas as-Sissi) wallahua'lam..
2 comments:
Huhu.. mengimbau kembali saat2 diri ini di sapa oleh hidayah ALLAH. Bermujahadah bukan mudah....
Alhamdulillah...
alhamdulillah.. tahniah ya amal berjaya dlm mujahadah ini..,teruskanlah istiqamah menjaga diri kerana syaitan itu licik dan pelbagai jarum yg akan digunakannya utk menyesatkan kita kembali... jadilah srikandi harapan Islam ya.. "terdidik wanita terdidik generasi..."
Post a Comment