Bismillahirrahmanirrahim,
Salam
mahabbah buat semua yang penulis kasihi kerana-Nya.. moga-moga tatkala ini
masih terpelihara dalam diri kita semua
nikmat Iman dan Islam yang
menjadikan diri kita sangat beruntung berbanding makhluk ciptaan-Nya yang lain..alhamdulillah..
sememangnya kita sebagai insan biasa pasti suka berkawan dengan seseorang
yang bersih dan sukakan kebersihan… benar bukan?? Bersih bukan sahaja dilihat
dari segi penampilan kita dalam seharian tetapi juga termasuklah dengan semua
perkara yang berkaitan disekeliling kita sama ada almari, kamar tidur, tandas
kita dan sebagainya…
InsyaAllah
pada entry kali ini, ingin penulis kongsikan beberapa tips yang amat
mudah dan boleh dicuba dirumah masing-masing… tipsnya iaitu “CARA MUDAH
UNTUK MEWANGIKAN ALMARI ANDA…^_^ ” tips ini bukanlah penulis ingin mengajak
pembaca sekelian menghabiskan duit kalian dengan membeli produk wangian almari
sama ada febreze, ambi pur dan sebagainya kerana penulis akui terlalu
banyak wang yang lebih kita perlukan untuk berbelanja dalam hal lain berbanding
menghabiskan duit semata-mata kerana hal yang agak remeh ini…
1.CARA PERTAMA
Bahan-bahannya,
- Satu bekas sederhana kecil
-Tisu (sebaiknya tisu yg tidak mudah bercerai
spt tisu untuk lapik masakan utk lebih tahan)
- Pelembut pakaian (seperti downy, soflan dan
sebagainya)
Caranya;
1.masukkan
cecair pelembut pakaian ke dalam bekas.
2.lipatkan
tisu kemudian celupkan ia ke dalam bekas yang mengandungi pelembut pakaian
tadi.
3.letakkan
dalam almari anda insyaAllah dalam beberapa jam atau dalam sehari almari anda
akan berbau segar.
4.tukarnya
sekiranya sudah tiada bau.
Mudah kan
(^__^)
2. CARA KEDUA
Cara
lain yang mudah dan menjimatkan juga ialah dengan menggunakan kulit limau.
1.letakkan ia didalam uncang yang diperbuat daripada kain nipis atau kain kasa seperti biasa yang kita lihat contohnya seperti cenderahati atau pewangi yang terdapat dalam bentuk uncang di jual di kedai.
2.tukarkan jika telah hilang baunya.
3. CARA KETIGA
1.letakkan ia didalam uncang yang diperbuat daripada kain nipis atau kain kasa seperti biasa yang kita lihat contohnya seperti cenderahati atau pewangi yang terdapat dalam bentuk uncang di jual di kedai.
2.tukarkan jika telah hilang baunya.
3. CARA KETIGA
Petua
orang lama katanya, boleh juga letakkan beberapa helai daun pandan ke dalam
almari kita. Dan tukarkan andai kata sudah hilang baunya. Cara ini juga katanya mampu
untuk menghalau lipas. ^_^
p/s: cara yang kedua dan ketiga penulis perolehi dalam sebuah blog.. sekadar berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama..;-)
-------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------
Dari
penulis, entry kali
ini sebenarnya ingin penulis sampaikan bahawa banyak alternatif atau cara yang
dapat kita ambil untuk melakukan sesuatu kebaikan dan pada masa yang sama kita
masih mampu untuk berjimat dan bersederhana… sebenarnya Allah suka pada
hamba-Nya yang bersederhana dalam semua perkara sama ada dalam kita berpakaian,
makan, minum, tidur, berbelanja dan sebagainya…
Dan Allah amat
sukakan kecantikan kerana bak kata pepatah Arab, “Allah itu cantik dan DIA
sukakan kecantikan” … siapa kata kita tidak boleh berhias?? Boleh adik2 dan
sahabat2 sekelian cuma bersederhanalah dan tidak berlebihan…
dan sedikit
pesanan buat adik2 perempuan yang penulis kasihi, tidak mengapa sekiranya kita
ingin memakai minyak wangi ketika ingin keluar rumah kerana jika kita tidak memakainya, siapa lagi yang ingin membeli produk itu yang dijual di pasaran kan?? Cumanya kalau boleh usah berlebihan sangat bila
kita pakainya ya.. bukan apa, takut bila kita melintas disebelah lelaki, mereka
akan terbaunya… dan hukumnya kalau lelaki bau minyak wangi yang kita pakai akan
membawa dosa ZINA..takut kan?? Andai kata adik2 dan sahabat2 yg penulis
kasihi ada melakukannya secara tidak
sengaja atau sebelum ini kalian tidak tahu pun akan dosanya, tidak mengapa…
lepas ini cubalah berazam pada diri untuk kurangkan dalam penggunaan ya…
Jadinya,cukuplah
memakainya sekadar untuk hilangkan bau
badan atau untuk membolehkan kita rasa selesa apabila berhadapan dengan
kawan-kawan perempuan kita.. Nampak kan yang Islam itu ajarannya mudah sangat
cuma kita yang kadangkala salah faham dengannya…
Akhir
kalam, “sesungguhnya
kebersihan itu sebahagian daripada Iman”… moga2 entry kali ini bermanfaat
buat semua sama ada yang bergelar lelaki mahupun perempuan kerana dalam soal
kebersihan, setiap dari kita punya tanggungjawab untuk menjaganya…
“Manusia
yang memandang dengan pandanga akhirat akan sentiasa berjaga-jaga dalam setiap
yang dilakukannya.. hatta berpakaian dia akan berpakaian dengan cara pakaian
yang Allah redha… apabila berbicara, dia akan berusaha mengungkapkan perkataan
yang Allah redha dengannya…”
“Jiwa
mereka yang hangat cintanya mencari akhirat laksana anak-anak akhirat; melihat
dunia dari jendela akhirat…”
Salam
semarakkan amalan demi meraih cinta-Nya…
Wallahua’lam…;-)