Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum
WBT penulis ucapkan buat semua yang dimuliakan dalam dirinya dengan Iman dan Islam…
Alhamdulillah, sama-sama kita ucapkan
kalimah mulia ini kerana ketika dan saat ini DIA masih sudi memberi kita ruang dan peluang untuk bernafas di
bumi-NYA ini..(^__^)
Alhamdulillah
dengan izin-NYA, penulis terbuka hati
untuk membuka sebuah ruangan perkongsian ilmu “ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI
MENJAWABNYA..” kerana penulis tahu dalam diri kita yang bergelar manusia
terutamanya REMAJA, pasti banyak persoalan yang bermain-main difikiran kalian
tidak kira apa sekalipun hatta perkara yang kecil. Seperti yang kita ketahui,
zaman remaja adalah satu zaman yang sangat mencabar. Pembelajaran, persahabatan
dan percintaan menghasilkan sebuah dunia yang menarik dan eksklusif. Namun,
jika acuan sahaja yang eksklusif tetapi
adunannya tidak menarik dan tidak sesuai dengan cara Islam, natijahnya akan menyebabkan
identiti kita tidak seimbang..
Untuk
ruangan ini, bukan penulis yang menjawabnya kerana penulis sendiri masih
belajar untuk memperbaiki diri.. jadi ruangan ini, penulis kongsikan ilmu yang
penulis perolehi hasil pembacaan buku-buku, majalah-majalah dan sumber yang
boleh dipercayai dengan tujuan moga kita sama-sama dapat menuntut ilmu dan
berkongsi… insyaAllah, penulis akan cuba
sampaikan ilmu dalam bentuk yang mudah dan sesuai dengan semua….
untuk siri
kali ini, sudilah penulis kongsikan ilmu yang penulis perolehi dalam sebuah
majalah ilmiah keluaran TERBARU iaitu “MUSLIM TEENS” yang merupakan
salah sebuah majalah ilmiah yang direka khas pengisiannya untuk golongan REMAJA seperti kita…bagi
penulis, pengisian ilmunya sangat mudah
difahami dan sesuai dengan kehendak kita sebagai remaja Islam… jangan lupa
dapatkannya di pasaran untuk membolehkan
anda melombong mutiara-mutiara
ilmu yang ada didalamnya..(^_^)
berapalah sangat nilaian wang yang akan kita keluarkan jika dibandingkan dgn nilaian ilmu yang terdapat didalamnya... |
Untuk
perkongsian ilmu kali ini, ia berkisar tentang pertanyaan seorang remaja
perempuan bagi masalahnya iaitu “MALU
DENGAN MEREKA YANG BERGELAR LELAKI”
dalam ruangan “Bersama Ustaz Cinta” halaman 41..
SOALAN:
“saya merupakan seorang gadis yang sangat pemalu, tetapi mempunyai
keinginan untuk bercinta sekaligus mempunyai teman hidup. Tetapi kerana sifat
malu dan perasaan rendah diri dalam diri saya mengehadkan saya untuk
berhubungan. Tambahan pula, kadang-kala saya terfikir dan takut tersasar jauh
dalam landasan cinta sebenar. Harap Ustaz dapat beri pandangan”
JAWAPAN
USTAZ: Terima
kasih saudari yang sudi bertanya. Apa yang saudari rasakan itu adalah suatu
perkara yang normal. Perasaan malu untuk bergaul dengan lelaki yang bukan
mahram adalah sesuatu yang wajar. Apatah lagi kerana bimbang hubungan itu
tersasar jauh. Ini menunjukkan saudari memiliki kesedaran beragama dan cuba
mematuhi syariat Islam. Malah rasa malu itu berputik atas sebab wujudnya iman.
Ianya adalah sikap yang patut dipuji.
Allah SWT
sengaja membekalkan malu ke dalam jiwa manusia untuk membatasi perilaku
seseorang daripada melakukan dosa atau maksiat. Malu akan membataskan bentuk
pergaulan seseorang dengan orang tertentu. Maka sudah pasti mempunyai rasa malu
itu adalah sangat baik, tidak kira malu itu berada dalam diri lelaki atau
perempuan. Dengan adanya rasa malu, maka banyak perkara buruk dapat dicegah.
Dalam
sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Terdapat 99 bahagian
tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka
sifat malu…” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Wanita,
apapun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika dia berbuat baik,
dikagumi. Jika berbuat jahat, diminati. Apabila dia memakai pakaian menutup
aurat, dilihat menawan. Apabila berpakaian tidak menutup aurat dilihat menggoda
dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.
Oleh sebab
itu Allah SWT mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu
mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Apatah lagi
dalam dunia sekarang, wanita banyak menjadi mangsa keganasan seksual dan mangsa
perbuatan jahat. Dengan adanya malu, ia akan melindungi wanita daripada ancaman
tersebut.
Oleh yang demikian, memiliki sifat malu adalah
sangat dituntut. Kerana ia tidak akan memberi apa-apa kerugian. Sekiranya ada
lelaki soleh yang ingin berkenalan dengan saudari, masih boleh. Dengan syarat
mengikut batas-batas syariat. Iaitu tidak perlu terlebih mesra atau terlalu
akrab. Jagalah nada suara, jangan terlalu mendayu-dayu. Jagalah pandangan mata,
jangan suka memandang bahagian tubuh. Jangan bersentuhan kulit kerana ia adalah
haram. Paling utama, jagalah lisan daripada terlalu banyak berbicara perkara
yang sia-sia. Kerana ia akan merosakkan
iman, menghilangkan rasa malu dan menjerumuskan ke dalam dosa.
Ustaz
mendoakan agar saudari menjadi muslimah solehah, yang menjaga kesucian diri
serta meletakkan perasaan malu sesuai
pada tempatnya. InsyaAllah.
Dari
penulis : untuk
entri kali ini, bukan penulis ingin menggalakkan anak-anak remaja hari ini bercinta
sebaliknya ingin penulis mengajak remaja-remaja semua yang penulis kasihi, sama-sama kita berusaha perbaiki sifat malu
dalam diri kita.. ada sebuah kisah yang ingin penulis kongsikan buat semua
pembaca yang penulis kasihi kerana-NYA.. moga ia dapat jadi kayu ukur sejauh
mana rasa malu dalam diri kita sebenarnya..
Didalam
sebuah kampung, terdapat seorang wanita yang sangat cantik, berakhlak mulia,
sopan, dan sangat menjaga auratnya… boleh kata wanita ini amat sempurna dimata
semua..wanita ini menjadi kegilaan
remaja lelaki dikampungnya… suatu hari,
terlintas niat jahat dihati seorang lelaki yang juga turut mempunyai perasaan
padanya.. lelaki tersebut berniat jahat untuk mengambil gambar wanita itu ketika beliau sedang mandi..
tetapi, sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku. tatkala lelaki tersebut
ingin “mengendapnya”, lelaki tersebut amat terkejut kerana walaupun ketika
mandi, wanita tersebut tetap memelihara auratnya dengan sebaiknya… lahirlah
keinsafan didalam diri lelaki tersebut untuk tinggalkan perkara yang tidak baik
dalam dirinya… subhanallah, hebat kan sifat malu yang ada dalam diri wanita
tersebut… bagaimana keadaan sifat malu dalam diri kita?? Tepuk dada, tanyalah
imanmu wahai diri..
akhir
kalam, pesanan buat diri penulis dan khas kepada remaja-remaja yang penulis
kasihi, usahlah bercinta lagi.. kejarlah ilmu dan baikilah diri..kasihi kedua
ibu bapamu.. sibukkan diri dengan perkara berfaedah, insyaAllah tak akan
ada masa untukmu berfikir tentang
perkara yang belum masanya untuk kau fikirkan… "First think first".. penulis sudahi entri kali ini
dengan kata-kata mutiara hati buat renungan kita bersama…
“remaja yang berakal akan sentiasa memikirkan apa yang Allah inginkan sebelum
melakukan sesuatu. Nilaian Allah menjadi kayu ukur dan pemutus. Tiada nilaian
yamg lebih penting daripada nilaian-Nya…”
kata-kata Ibn Qayyim al-Jawziyyah : “Allah
SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut
kepada-NYA dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain DIA…”. Dua cinta
yang diagungkan tak akan boleh berada
dalam satu hati yang kudus… jagalah cinta kita kepada-Nya sahaja….
Moga-moga
ia bermanfaat buat semua.. salam semarakkan amal.. wallahua’lam..;-)