Wednesday 30 May 2012

Cerpen: Sebuah Harapan


“kenape la susah sangat aku nak tidur ni..”, keluh Arman.

Tidak lena dibuatnya tidur Arman tatkala terbayang-bayang wajah Armina, sepupunya yang ditemuinya pagi tadi setelah 5 tahun mereka berpisah membawa diri dalam medan menuntut ilmu.


Armina, gadis yang menjadi pujaannya sejak mereka kecil lagi. Namun, beliau akui malu untuk menyatakan hasratnya itu. Mereka terpisah setelah berumur 13 tahun. Masing-masing dihantar oleh kedua ibubapa mereka ke sekolah agama demi melihat roh jihad terus mekar mengalir dalam diri anak-anak mereka.

“SubhanAllah, hebatnya dia menjaga penampilan dirinya…”, teruja Arman tatkala terpandang wajah Armina, temannya sejak kecil. Armina yang dikenalinya suatu ketika dahulu seorang yang periang dan ‘ranggi’ dalam penampilannya, sudah teramat jauh berbeza dengan yang dilihatnya tatkala ini. Kini, tudung yang tidak menampakkan bentuk badannya  dan berbaju longgar mula menjadi pelindung dirinya tatkala beliau keluar dari rumah.

“Arman, kenapa sampai tak berkelip akak tengok kamu pandang Armina tu..”, usik Kak Basyirah, kakaknya Arman. Merah wajah Arman tatkala itu dek kerana malu disakat oleh kakaknya.

“Alhamdulillah, bangga diriku mempunyai sepupu sepertimu wahai Muhammad Arman...”, getus hati kecil Armina tatkala tanpa sengaja beliau terpandang Arman yang segak berpakaian umpama seorang ustaz. Hatinya bahagia bilamana percaya Arman mampu menjadi seorang pemuda Islam yang akan menggoncangkan pemerintahan kufar pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki dalam dirinya.

SETELAH 3 MINGGU BERLALU…

“Ya Allah, rindu aku pada dia..”, keluh hati Arman yang tidak dapat melupakan wajah insan yang telah mencuri hatinya itu.

“Lebih baik aku cuba dapatkan nombor telefon Armina daripada kakak aku. Tentu kak Basyirah ada nombor telefon Armina..”, getus hati jahat Arman. Segala ilmu agama yang dipelajarinya tatkala beliau di sekolah agama dahulu umpama sia-sia belaka bilamana syaitan mula merajai hatinya.

Akhirnya, Arman berjaya mendapatkan nombor telefon Armina tanpa pengetahuan dari kakaknya tatkala beliau secara sembunyi memasuki bilik akaknya yang tidak berpenghuni itu.

“tit..tit...”, satu mesej diterima.

Armina bergegas mendapatkan telefon bimbitnya setelah mendengar bunyi satu mesej telah diterimanya. Bimbing hatinya sekiranya lambat meng ‘reply’ mesej sahabat-sahabatnya kerana pada beliau, merekalah jantung hatinya dalam mesej untuk menyebarkan dakwah Islam. Ukhwah dalam diri Armina, amatlah penting kerana beliau yakin dengan hadis Baginda yang mafhumnya “antara mereka yang akan memasuki syurga-Nya kelak; antara salah satunya ialah mereka yang berkasih sayang kerana-Nya..”







“Salam ya ukhti Armina,
Sudah lama kita tidak bertemu.. moga2 anti sentiasa baik2. Kaifa halaki??
[Arman]

“Ya Allah…”, terduduk Armina tatkala terbaca mesej yang baru diperolehinya itu. Terkejut dirinya tatkala insan yang teramat dikaguminya kerana penampilan agama dan ilmu agama yang dimiliki pada dirinya menghantar mesej sedemikian. 

Armina cuba bersangka baik, mungkin Arman tiada maksud untuk berbuat sedemikian. Mungkin kerana merasakan mereka umpama adik-beradik, kerana itulah dia bertindak begitu. Akhirnya Armina membalasnya demi sebuah pertalian ‘adik-beradik’ yang dianggapnya.

Hari demi hari, sudah menjadi kebiasaan yang wajib bagi Arman untuk menghantar mesej kepada Armina bertanyakan hal-hal yang kurang penting. Beliau merasakan beliau telah berjaya menakluki hati insan yang suci itu.

Tetapi, tidak bagi Armina. Hatinya semakin resah bilamana hal ini berlaku…

“Bukan ini yang aku inginkan…Kenapa dia sudah berubah..??, Ya Allah, salah akukah dia menjadi begini..?? Dimana pegangan agamanya selama ini…?? ”, hatinya merintih tatkala melihat Arman semakin berani untuk terus menghantar mesej kepadanya bertanyakan soal peribadi. 

“serulah manusia kepada jalan tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk…”(Surah an-Nahl ayat 125)

Air matanya jatuh berguguran tatkala membaca tafsir kalam-nya yang indah itu…

“Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk melihat dia menjadi semula pemuda harapan Agama-Mu… biarlah diriku menjadi peniup roh jihad dalam diri setiap pemuda hari ini agar mereka sedar, merekalah bakal-bakal bergelar pemuda yang akan memperjuangkan agama Islam…itulah sumbangan yang mampu ku berikan sebelum menghadapnya aku kepada-Mu wahai pemilik hatiku…”, munajat Armina dalam sujud malamnya setiap hari. Itulah suara hati seorang muslimah yang merasakan dirinya berdosa kerana menyebabkan hati seorang pemuda harapan agama telah dicuri daripada kecintaan kepada agama disebabkan oleh dia.
















“Salam Armina, ana bakal menduduki imtihan minggu ini.. tolong doakan ana dan jangan lupa bagi hadiah ya sekiranya ana perolehi Mumtaz..”
[Arman]

 “wassalam Arman, biltaufik wal najah. Moga dapat buat yang terbaik.. moga kecemerlangan anta dapat menggemilangkan Islam kelak..”,
 balas Armina yang sentiasa berusaha meniupkan roh pemuda Islam dalam diri sepupunya itu.









“Salam, mabruk alaik atas kejayaan Mumtaz yang nta perolehi dalam imtihan lepas. Ayah nta yang menghubungi keluarga ana semalam dan ana percaya nta pasti akan menuntut hadiah yang nta minta daripada ana. Buat sepupu yang ana hormati, Alhamdulillah selesai sudah tugas ana sebagai sahabat dan sepupu yang sentiasa meniupkan semangat hingga anta berjaya tatkala ini.. ana mohon maaf, sampai disini sahaja kita bermesej.. hijrahlah nta kelak ke bumi Anbia’ dengan sebuah keazaman untuk menjadi pemuda harapan agama-Nya bilamana nta pulang suatu hari nanti... percayalah, ana bukanlah tempat untuk nta meluahkan masalah sampai bila-bila kerana kita masing-masing akan punya kehidupan sendiri. Carilah identiti jati diri dalam dirimu semula. Ya, kita sepupu tapi bukan bermakna kita bebas dalam melakukan apa sahaja kerana kita masih bukan muhrim. Mungkin nta telah ketahui yang hasrat kedua ibu dan ayah kita untuk mempersatukan kita bukan?? Dan jawapan mewakili diri ana, yang cinta ana sudah pun dimiliki… anggaplah ini hadiah buat kejayaan nta itu..harapan ana, jadilah nta pemuda harapan Islam… sekian..”

Menitis air mata lelaki Arman tatkala itu.. hancur hatinya bagai disiat-siat oleh pisau yang berjenama Armina. Mesej yang baru dikirim olehnya meruntuhkan sebuah harapan mahligai masjid yang sedang Arman bayangkan bersama Armina. Kini, sedarlah dia bahawa sehebat manapun ilmu yang dimilikinya, dia tidak mampu untuk memiliki cinta manusia selagi DIA tidak mengizinkannya. Sedarlah dia betapa lalainya dia dalam mengejar cinta seorang manusia tanpa disedarinya dia telah lupa sang penciptanya.


“berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui…( Surah at-Taubah ayat 41)

Hari yang dinantikan telah tiba…

Terbanglah Arman ke Bumi Anbia’ demi meneruskan perjuangannya dalam jihad menuntut ilmu. Tekadnya kini hanya satu untuk berjuang dalam jihad ilmu demi bergelar pemuda harapan Islam yang berilmu pengetahuan didada. Tinggallah harapan dalam dirinya buat insan solehah bernama Armina. Yakin dihatinya sekiranya ada jodoh antara mereka, pasti mereka akan dipertemukan suatu hari nanti.

3 TAHUN BERLALU…

Tibalah saat Arman pulang ke Bumi Malaysia yang ditinggalkannya hampir 3 dekad yang lalu. Pulangnya ia dengan segunung harapan untuk membantu ummah dibumi kelahirannya agar lahirnya masyarakat yang cintakan ilmu dan jihad untuk agama-Nya. Tekad Arman didalam hatinya.

“Armina, akhirnya ku pulang jua untuk bergelar pemuda harapan Islam seperti yang dikau harapkan… moga kehadiranku ini kelak diterima olehmu wahai srikandi Islamku..”, bisik hati kecil Arman tatkala itu. Kasihnya sejak kecil buat insan bernama Armina tidak pernah luntur walaupun Armina menyatakan cintanya telah dimiliki. Beliau belajar erti tawakkal kepada-Nya tatkala itu seandainya telah tercatat di Luh Mahfuz dia buatnya, pasti mereka akan disatukan. 

Setelah beliau tiba di Lapangan Besar Kuala Lumpur (KLIA)…

“Dimana yang lain..??”, hatinya bertanya tatkala hanya kelihatan ayahnya keseorangan  sahaja yang sedang menanti kepulangannya dengan wajah yang seumpama dipaksa senyum.

“Alhamdulillah pulang juga engkau ya nak… yuk kita pergi ke hospital sekarang…semuanya ada di sana”, balas ayahnya seumpama memahami apa yang sedang menari-nari difikiran anak terunanya tatkala itu.

Tatkala tibanya Arman dihospital, wajah suram kelihatan disetiap insan-insan yang dipandangnya. 

“Ya Allah, ARMINA!!”, jerit Arman tatkala pandangannya terarah pada satu jasad yang terbujur kaku di atas katil tatkala itu.

“Apa sudah jadi pada insan yang teramat ku rindui ini.. ??,” soal hatinya…

 semenjak 3 tahun yang lalu dia berusaha melawan kehendak nafsunya untuk bermesej dengan Armina kerana hormatnya ia pada kehendak dan prinsip Armina tatkala itu. Tetapi sebaliknya yang berlaku beliau tidak lagi dapat bermesej dengan insan yang teramat dirinduinya itu.

“Arman, Armina menderita seorang diri menghidap penyakit leukemia sejak 3 tahun yang lalu tanpa pengetahuan kita semua.. tadi, masa mina menunggu untuk menyambut kepulanganmu di KLIA, dia jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Kami segera bawanya ke hospital tapi kata doktor yang mina sudah tidak dapat diselamatkan kerana penyakitnya sudah berada ditahap yang kronik…”, jelas Pak Engku, ayah Armina dengan setabah mungkin agar kesedihannya kehilangan anak yang tersayang tidak diketahui oleh semua.

“Ya Allah, akhirnya pergi jua srikandi Islam pejuang untuk agama-Mu ini ya Rabbiku.. baruku tahu ya Armina, rupanya dirimu menyatakan bahawa cintamu sudah dimiliki untuk cinta hanya kepada jihad dijalan-Nya dan cinta buat-Nya sahaja hinggalah engkau menghembuskan nafasmu yang terakhir duhai Armina… dimana lagi harus ku temui insan sepertimu yang tidak pernah penat meniupkan semangat jihad dalam diriku agar aku sedar bahawa diriku punya amanah dalam agama ini… perginya dirimu umpama hilangnya mutiara srikandi agama  di abad ini Armina…”, rintih hati kecil Arman yang amat sedih atas pemergian Armina.

“Aku redha akan pemergianmu Armina… pemergianmu itu membakar semangat jihad dalam diriku agar aku jua turut menjadi sepertimu yang hingga ke akhir hayatmu terus berjuang untuk agama-Nya… TAKBIR!!..”, lahir kata-kata semangat dari pemuda harapan Islam ini agar beliau juga dapat menjadi seperti para sahabat yang terdahulu yang hatinya terikat untuk jihad hanya dijalan-Nya…

AKULAH PEMUDA HARAPAN ISLAM HARI INI…!!
…………………………….

Buat semua para mujahid, gunakanlah kudratmu untuk Islam… manfaatkanlah setiap ruang waktumu untuk memikirkan apa yang boleh disumbangkan untuk bantu Islam… sememangnya berkata-kata itu lebih mudah daripada melakukannya… semoga kita semua terus kuat dalam menjadi mata rantai perjuangan umat terdahulu…

Dalam diari seorang pejuang Islam..
tiada MASALAH yang merumitkan,
tiada UJIAN yang melemahkan,
tiada jua DUGAAN yang menyusahkan,
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih Thabat di jalan PERJUANGAN..
mereka tepu dengan dugaan,                        
cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hamba,
berdepan dengan BELAIAN Pencipta yang Maha Esa sebagai tanda ingatanNya,
terus tersenyum wahai mujahid dan mujahidah kesayangan Allah,
ingatlah kamu mulia jika kamu beriltizam dengan Islam...

Syahadah,
30 Mei 2012
8.10 pm.











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^