Saturday 26 May 2012

Cerpen: Akhirnya Ku Temui Jawapan Itu..


“adah, cepat la! Nanti akak2 marah pulak kalau lambat”, jerit Izzati kepada sahabatnya Syahadah.

Setelah 15 minit berlalu latihan bola tampar…

“amboi, baru mai nah!! Suka hati ja ya nak mai lambat zati dengan adah!! Pi keliling padang 5 kali!!”, tegas kak Jannah selaku kapten bagi pasukan bola tampar puteri.

Setelah selesai denda yang diberikan, kak Jannah terpandang sesuatu yang dirasakannya agak aneh…

“adah, awat hang pakai stoking bila mai latihan nie??” semua pakai selipar ja akak tengok. Nampak hodoh la hang pakai lagu 2”, ngomel kak Jannah kepada anak buahnya Syahadah yang kelihatan ganjil berbanding yang lain apabila dia mengenakan stoking coklat bersama selipar. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan warga aspuri hanya memilih untuk memakai selipar semasa latihan sukan berbanding kasut sukan.

“……………………………..…”, hanya berdiam diri jawapan yang mampu Syahadah berikan tatkala itu. Hatinya tertanya-tanya “salahkah apa yang aku buat ni??”

Jiwanya berbelah bahagi antara yang mana benar dan sebaliknya. Kata-kata kak Nabihah, selaku ketua asrama yang memberi penerangan awal mengenai peraturan asrama ketika beliau mula menjejakkan kaki ditempat ini  mula menari-nari dibenak fikirannya tatkala itu.

“buat adik-adik yang baru masuk, akak harap adik-adik dapat ikut peraturan asrama ini ya. Pastikan kalian semua tutup aurat sebelum keluar dari asrama. Jangan lupa pakai stoking bila nak ke kelas prep, ke kantin dan ke sekolah…”

Maksudnya, kena pakai stoking bila nak pegi kelas prep, ke kantin dan sekolah ja ya??”, Tanya hatinya tatkala itu….

Akhirnya, persoalan itu terus menjadi persoalan tanpa ada jawapannya….

Sememangnya datangnya Syahadah ke sekolah agama ini setelah selesai menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah atas kehendak kedua ibu bapanya. Enggan dikatakan anak yang suka melawan kata orang tuanya, akhirnya beliau turuti jua walaupun pada ketika itu syahadah tahu dia hanyalah seorang yang amat cetek pengetahuan agama dalam dirinya.

 “adah, kenapa awak pakai stoking masa nak pegi buang sampah kat luar asrama?? Nanti kotor la stoking awak tu…”, Tanya sahabatnya, Anis kepada adah….

“x ape, adah masih ada stoking lebih..”, jawabnya acuh tak acuh dek kerana dia tidak tahu jawapan apa yang harus dia berikan.. sememangnya dia berasa malu untuk pergi membuang sampah di luar asrama itu kerana dia harus melalui asrama aspura terlebih dahulu… “aku malu la kalau budak laki nampak kaki aku..”, kata hatinya…

“tapi kenapa aku kena pakai stoking ya?? Kata kak bihah sebab kena tutup aurat tapi kenapa aku lihat akak-akak pakai ikut tempat tertentu ja?? Islam tu ajarannya kena praktikkan ikut tempat ja ka?? Jadinya, Islam tu tak sesuai untuk semua keadaan la ya??

Persoalan itu terus bermain di benak hatinya… enggan bertanya kepada sesiapa kerana beliau sememangnya seorang yang suka mencari kebenaran melalui penglihatan dan pengalamannya sendiri berbanding terus bertanya jawapannya…

…………………………………………….


……………………………………………..


……………………………………………..

3 TAHUN BERLALU…


“TAHNIAH!! ANDA TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA…..”

Alhamdulillah, berkat rezekinya mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), akhirnya Syahadah mendapat tawaran untuk menyambung pelajarannya di sekolah agama yang lain pula…

Tetapi, hatinya berat untuk meninggalkan sekolah yang pernah menjadi tempatnya merasai suka dan duka, tawa dan ceria bersama sahabat-sahabat yang teramat disayanginya…

“cikgu redha kamu pergi Syahadah. Cikgu yakin kamu akan menjumpai sesuatu yang belum pernah kamu temui tatkala kamu belajar di sekolah ini. Memang sama sahaja sekolahnya kerana kedua-duanya sekolah agama, tapi yakinlah Syahadah, sistem tarbiahnya pasti berbeza…”, ujar cikgu Zaharah, selaku guru mata pelajaran Matematik yang amat rapat dengan Syahadah.

“mungkin aku akan temui jawapan bagi persoalan aku yang masih belum terjawab oleh sesiapa walaupun sudah 3 tahun berlalu..” tekad Syahadah didalam hatinya.

Akhirnya, berhijrah jua beliau ke tempat yang baru itu.


Hari ini bermulanya minggu orentasi di sekolah yang baru dijejakinya…

Pelbagai pengetahuan baru yang dijumpainya tatkala berada disekolah ini… barulah dia belajar apa itu Islam yang sebenarnya…. Sistem tarbiahnya, penjagaan ikhtilat (perhubungan) antara lelaki dan perempuan, adab2 yang Islam ajar daripada sebesar-besar perkara hingga ke sekecil-kecil perkara  semuanya telah dipelajarinya.

Menjadi kebiasaan setiap malam akan diadakan Tazkirah Maghrib di surau aspuri yang mana akan disampaikan oleh akak-akak yang berpengalaman.  Pada malam itu tibalah giliran kak Nurul, seorang akak yang amat dikagumi Syahadah dek kerana hebatnya akhlak yang beliau miliki.

“bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah dengan izin-Nya dapat lagi kita berhimpun pada hari ini  dan tidak lupa selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. kerana berkat pengorbanan Baginda dalam mempertahankan Islam, kita masih lagi pada hari ini merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam… Alhamdulillah.

InsyaAllah pada hari ini, sudilah akak berkongsi dengan adik2 yang akak sayangi berkenaan dengan AURAT KAKI… akak yakin, adik2 semua pasti tertanya-tanya kenapa kita perlu memakai stoking bukan?? Sebenarnya untuk pengetahuan adik2 semua, kajian sains ada membuktikan bahawa ditelapak kaki kita dan bahagian2 kaki kita sebenarnya memberi petunjuk atau penanda aras bagaimana keadaan dalaman kita bagi seorang wanita… malu bukan jika kaum muslimin tahu bagaimana diri kita yang sebenarnya??

 Jadinya adik2, pakailah stoking atau tutuplah aurat kaki kalian sama ada dengan memakai stoking mahupun memakai kasut bertutup… ingat ya, islam itu mudah ajarannya dan peganglah selalu prinsip dalam diri; “walau dimana sekalipun aku berada, ajaran Islam tetap aku kena laksanakan!!”, ucap kak Nurul mengakhiri ucapan tazkirahnya pada malam itu dengan lantang berkata-kata demi melihat adik-adiknya terus bersemangat dalam  melaksanakan suruhan Agama demi Islam yang dicintainya.

Ya, inilah jawapan yang selama 3 tahun ku cari… akhirnya ku temui ia disini… “walau dimana sekalipun aku berada, ajaran Islam tetap aku kena laksanakan!!” akan ku semat prinsip ini didalam diriku selalu…

Prinsip kak Nurul merungkai segala kekusutan persoalan yang dialami oleh Syahadah selama ini…  “terima kasih ya Allah biarkan aku menunggu selama 3 tahun untuk memperolehi jawapan yang amat aku harapkan ini… barulah kurasai hebatnya perancangan-Mu itu agar ku menjadi hamba-Mu yang lebih bersyukur.. Alhamdulillah..”, munajat Syahadah didalam hatinya.

…………………………………………………………

~kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah lah yang jauh lebih baik buat kita..
~fahamilah setiap ajaran Islam yang kita laksanakan. Usah menjadi muslim ikutan namun jadilah muslim  yang benar-benar memahami setiap  apa yang kita laksanakan sebagai tanda cinta kita kepada-Nya.. kelak, dimana sahaja kita berada, kita pasti mampu melaksanakannya.
~berhijrahlah… pasti kita akan temui sesuatu yang lebih baik..
~pastikan redha kedua orang tua kita perolehi dalam setiap apa jua keadaan kerana redha Allah terletak pada redha mereka.

Wallahua’lam..;-)

Syahadah,
26 Mei 2012
12.45 pm

3 comments:

Qaseh said...

mohon share.. >_^

Qaseh said...
This comment has been removed by the author.
Syahadatulhaq said...

silakan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^