Tuesday 11 October 2016

Untukmu Palestin.


"Istiqamah dalam usaha itu perlu kerana Allah lebih melihat usaha berbanding hasilnya.. usaha memboikot barangan Yahudi itu juga satu usaha kecil yang turut dipandangNya.." 

Mereka jauh daripada kita kerana jarak yang memisahkan namun tautan jiwa melalui doa tidak akan pernah jauh.  Doakan mereka, saudara kita.. Mereka adalah kita dan kita adalah mereka, saudara seIslam kita.

Untukmu Palestin.



FATWA DR YUSUF QARDHAWI: WAJIB MEMBANTU PERJUANGAN UMAT ISLAM PALESTIN
(Ini adalah pesanan Dr Khalil Al Haya yang mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 -17 Mei 2006 untuk siri kempen “Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS”. Pesanan ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Ustaz Maszlee Malik di atas permintaan beliau)
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia.
Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
Sehinggalah di pertengahan 80’an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya pengorbanan.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahan itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir
dibatalkan kerana kekurangan kertas.
Mengapa ini semua? Ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.
Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekalian!
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.
Umat Islam di Malaysia!
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini…
Allahu Akbar!!!
Saudaramu,
KHALIL ISMAIL AL HAYA
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.

Sunday 5 June 2016

“Kerana ayahku juga sepertinya…”


Gambar Hiasan

Hujung minggu kembali lagi.

Semestinya menjadi seorang wanita adalah menjadi suatu kenikmatan apabila berpeluang keluar bersama sahabat-sahabat rapat yang menjadi kesayangan hati…

“Mira nak beli jubah esok sebabnya banyak dah jubah-jubah mira singkat”, ujar Mira akan hasrat hatinya..

“Ye2 samela kite pun nak beli ye sebabnya jubah kite dah tak muat la..”, ngomel Sara sambil memicit pipinya yang sememangnya sudah kelihatan seperti belon sahaja.

Suasana sunyi di rumah sewa mereka pecah dengan gelak tawa ahli rumahnya yang lucu dengan sikap keanak-anakan Sara yang sering mengomel keadan fizikal dirinya.

“Kalau macam tu esok pastikan siap jam 10 pagi kita gerak ke Pasar Payang ya sebabnya banyak jubah area sana,” Ujar Halimah yang sejak dahulu seperti seorang kakak dalam persahabatan mereka.

“Bereh !!”, Sahut Sara dan Mira serentak. Walaupun mereka bertiga datang daripada negeri yang berlainan, namun persahabatan yang terjalin tatkala di universiti di Terengganu ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka berukhwah.

Keesokan harinya ketika di Pasar Payang.

“Mira, Halimah jom kita beli dengan pak cik ni sebabnya pak cik ni baik sangat suka bagi murah…”, ajak Sara. Mereka pun bergegas ke arah kedai pakcik yang dimaksudkan oleh Sara.

“Pak cik kami nak beli dua pasang jubah ni, berapa semua pak cik?”, Tanya Sara.

Benar pakaian yang dijual oleh pak cik ini sememangnya sangat bermutu tinggi jenis kainnya dan sangat berpuas hati serta harganya juga sesuai dengan kualiti kainnya.

“Semua sekali RM180 nak ya,” Jawab pak cik dengan senyuman yag terukir diwajahnya.

Wajah pak cik tersebut sememangnya menunjukkan usianya yang hampir 50 an. “Pastinya pak cik ini bekerja keras mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya..”, monolog Halimah didalam hatinya.

“Ala pakcik bagi la RM140 je kami ni pelajar lagi,” ngomel Sara untuk memujuk pakcik memberi murah.

Wajah pakcik tersebut mulai berubah namun beliau cuba untuk kelihatan tenang. Halimah menyedari perubahan diwajah pakcik tersebut.  Dan sememangnya dia juga memahami keadaan pakcik itu.

“Kesian kat pak cik nak hari ni pak cik belum dapat rezeki apa-apa lagi untuk bagi kepada keluarga pak cik..”, pujuk pak cik tersebut mengharapkan pengertian.

“Awak bayar je la RM180, lagipun bukannya mahal sangat la Sara”, nasihat Halimah.

“Ala awak ni kenapa Halimah nak sangat sokong pak cik ni lagipun mana tahu sebenarnya pak cik ni untung banyak je tapi dia sengaja berpura-pura menagih simpati dengan kita..”, hujah Mira yang menyokong Sara.

“Kerana ayahku juga sepertinya..”, perlahan Halimah menjawab pertanyaan Mira itu.

Ayahku juga seorang peniaga seperti pak cik ini dan aku menyaksikan setiap hari sebelum subuh ayahku telah keluar ke Pulau Pinang kerana jaraknya dengan rumahku memakan masa 2 jam. Ayahku ke sana semata-mata untuk mencari barang-barang perniagaan perabot terpakai untuk dijual. Kemalangan jalan raya, luka dan bengkak di kaki serta pulang hingga ke lewat malam adalah perkara biasa yang ku lihat setiap hari. Pun begitu ramai pelanggan meminta harga yang sangat murah melebihi harga modal tanpa mengetahui kepenatan yang ayahku alami. Sedangkan apa salahnya kita membayar sahaja apa yang harga ditetapkan oleh setiap peniaga kerana itu rezeki mereka.. Sayu Halimah menutur kata sambil air matanya mula mengalir.

Terkelu lidah Sara dan Mira tatkala mendengar setiap apa yang dituturkan oleh Halimah. Mereka tidak pernah tahu tentang kesusahkan sahabat mereka itu kerana mereka berdua lahir dalam keluarga yang serba lengkap dan Halimah juga tidak pernah berkongsi kesusahkan dengan mereka.

“Kami minta maaf Halimah..”, Serba salah mereka berdua kepada sahabat baik mereka itu.

Halimah tersenyum kembali memandang mereka.

“Eh kalian tiada salah dengan saya ya, setiap yang berlaku ni Allah nak datangkan sesuatu hikmah sebenarnya.. hargailah sesiapun dalam hidup kita walau bagaimana sekalipun darjat mereka..dah-dah pergilah bayar kepada pak cik tu ya..”, Nasihat Halimah tenang memujuk sahabat-sahabatnya.

“Pak cik ni kami beli dengan harga RM180 ya pak cik tak perlu kurangkan harga dah..,” Ujar Sara kepada pak cik tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih nak ya pak cik jual ya”, balas pak cik tersebut tersenyum kembali.

Mereka pun pulang setelah itu dengan membawa 1001 hikmah buat masing-masing.

----------------------------------------------------------------------------------------

Beginilah kehidupan yang sering kita saksikan dalam sehari-hari. Kita mudah sahaja ingin meminta turunnya harga apabila berjual beli dengan para peniaga yang pada anggapan kita mereka berkemampuan namun tidak pula ketika mendapatkan perkhidmatan di hospital dan sebagainya. Sedangkan pekerjaan itu sama sahaja di sisi Islam dan tiada beza dari segi darjat dan kemuliaan. 

Islam juga hadir menyariatkan zakat kerana ingin membersihkan apa yang bukan menjadi hak kita. Begitulah indahnya penyariatan hukum Islam. Dalam konsep rezeki, hakikatnya setiap yang menjadi milik kita bukanlah apa yang sedang kita miliki tetapi adalah apa yang kita infakkan kerana itulah saham di akhirat kita kelak. Oeh itu, ayuh kita memberi dan terus memberi terutama dibulan yang mulia ini kerana persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja sebelum kita punya kehidupan di negeri akhirat yang kekal abadi. Sebarkan kasih sayang. 

RAMADHAN KAREEM :-)





Saturday 21 May 2016

Kisah sang pipit kecil yang masih menjadi pipit hingga ke saat ini….



Boleh clicknya

Sang pipit ini melewati hari-harinya, seperti yang lain..
Hari ini ia menyaksikan lagi, pipit-pipit di sekelilingnya semuanya telah menjadi sang helang,
Terbang tangkas di langit biru,
Ada yang telah pun punya taring yang tajam,
Ada juga yang telah pun punya cengkaman kuku yang kuat,
Ada juga yang memiliki kecerdasan yang hebat dalam menangkap sang mangsa..

Namun Ia?
Masih tetap sama seperti 6 tahun yang lain..
Masih menjadi pipit yang sama,
Memiliki ketakutan dalaman untuk terbang tinggi,
Memiliki kefobiaan untuk menangkap sang mangsa,
Memiliki kegentaran untuk melebarkan sayapnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Doakan, pipit ini mampu untuk melihat sisi yang lain dalam dirinya…

“In the others eye, you have everythings, but in your eye sorry you are nothing…”


Sometimes we need to be humble but in the other time, we need avoid to become very too humble person because to avoid us from being ungrateful person… He had created us the best creator as a slave, so accept that you a special.. Alhamdulillah :)

Thursday 14 April 2016

"Wah dah nak kahwin rupanya ya..", Sakat Mai..





Teringat kepada satu perbualan..

Mai : Mira, hujung minggu ni awak buat ape ye?

Mira : Owh, sy pegi kursus KAHWIN ya sebab tak ambil lagi.

Mai : "Wah dah nak KAHWIN rupanya ya..", Sakat Mai ketawa.

Mira : Eh (Terdiam..)

------------------------------------------

Pernah tak kita terfikir wujudnya perbualan seperti bawah ini..

Mai : Mira, hujung minggu ni awak buat ape ye?

Mira : Owh, sy pegi kursus JENAZAH ya sebab tak ambil lagi.

Mai : "Wah dah nak MATI rupanya ya..", Sakat Mai.

Mira : Eh (Terdiam..)

--------------------------------------------

Agaknya, wujud tak ya perbualan macam atas ni. Semestinya tidak bukan bahkan mustahil sama sekali.. begitulah realiti MENTALITI insan-insan dalam kehidupan hari ini.

Kadangkala tidak semestinya seseorang itu menghadiri kursus kahwin adalah bermaksud dia akan berkahwin kerana boleh jadi telah tercatat dalam Qada dan Qadarnya jodohnya tiada dan tidak semestinya seseorang itu menghadiri ceramah berkenaan kematian bermaksud dia tahu ajalnya bila akan tiba, namun semua itu adalah sebagai bekalan dan persiapan. 

Didalam kehidupan, perlunya kita merancang kehidupan kita dengan sebaik mungkin. Segalanya bermula daripada SEDAR. Namun, kesedaran itu hanya akan lahir bila adanya FAHAM dan semestinya faham akan lahir sekiranya adanya ILMU

Dengan adanya ilmu, maka akan timbulnya kesedaran. Hebatnya penangan sebuah kesedaran.

Melalui kesedaran diri sebagai seorang hambaNYA maka seseorang itu sentiasa bangun malam bermunajat memohon ampun kepadaNya.

Melalui kesedaran diri bahawa dia bakal menjadi seorang Ibu atau Bapa itu menjadikan dia sentiasa menuntut ilmu sebagai persiapan supaya kelak generasinya menjadi generasi yang terbaik untuk agama.

Melalui kesedaran besarnya tanggungjawab seorang pendidik menjadikan seseorang guru itu mendidik anak muridnya sebaik mungkin supaya kelak ia menjadi manusia.

Jadinya, selagi kita diberi kelapangan waktu olehNya tuntutlah apa sahaja
ilmu selagi mana ilmu itu menjadikan kita semakin dekat denganNya.. itulah yang namanya bekalan dan persiapan kan :-)




إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (QS. Muhammad 36)

Nak jumpa dengan sang pencipta kita juga perlukan persiapan bukan? ^_^..

Jom2 perkemaskan amal fardhi dalam diri kita semoga dengannya, Allah memilih kita daripada sekalian makhlukNya yang lain untuk diberiNya rahmat melihat wajahNya di hari Akhirat kelak.. ameen2..


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^