Sunday 30 December 2012

Mutiara Kata Buat Mereka yang Disayangi..

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah,
Di jalan ini ku temui pelbagai duri,
belum pernah ku temui bunga yang mekar mewangi,
buat penyeri diri ini..
namun, ku berusaha mencari disebalik duri yang berduri,
agar kelak ku mampu jua tersenyum sendiri,
benar, jalan ini tak semudah yang ku ingini,
tetapkanlah aku dijalan ini,
ingin sekali ku sumbangkan sesuatu untuk agama ini,
agar kelak agamamu ini dipandang tinggi...
takbir!! allahurabbi...

Tatkala sahabat2 seusia sibuk dengan dunia remaja yang anggapannya rugi andai disiakan kerana datangnya hanya sekali, namun hati kecil ini semakin menjadi-jadi rasa bersalah yang tidak pernah dipinta untuk melewati hidup ini...

Ya Allah, ingin sekali ku bersama-sama dengan sahabat2 yang disayangi untuk melewati hari-hari dengan gelak tawa agar kelak dapat dijadikan kenangan tatkala melangkahnya kelak kami bergelar graduan nanti. namun, pasti ada sahaja yang menjadi penghalang buat diri untuk bersama-sama turut serta... ya Allah, mungkinkah ada hikmah disebaliknya?? mungkinkah ini caranya Engkau ingin menjagaku tatkala usiaku ini dizaman penuh dugaan dan cabaran ini??

Antara dua; menerima dan merasa tidak mampu melaksanakannya atau menolak dan merasakan tidak redha dengan ketentuanNya.. ya Allah, sekali lagi diuji.. aku sedar akan kekuatan yang ada dalam diri ini; selagi mampu, selagi itu juga ku usahakan untuk menyumbangkan sesuatu buat agamaMu.. namun, keduanya adalah untuk agamaMu dan ku perlu memilih satu daripada dua..

Buat sahabat seperjuangan dibumi Kusza, kalian mutiara hati ini... kalian jantung hati ini,,, diri ini memohon ribuan kemaafan kerana terlalu banyak program yang kita rancang bersama, pasti ada sahaja yang menghalang diri ini untuk pergi... bukan tidak pergi kerana tanpa sebab... namun, semua itu perancanganNya..percayalah, kalian sentiasa dihati ini.. syukran lillah atas ukhwah yang terbina ini..





Buat sahabat seperjuangan dibumi Waqafan, terlalu rasa kerdilnya diri ini berhadapan dengan kalian.. terlalu hebat merasai hebatnya pengorbanan kalian dalam kita menegakkan tarbiah Islam ini... diri ini memohon berjuta kemaafan atas segalanya. jangan khuatir, diri ini akan sentiasa menyokong kalian dari belakang dan akan sentiasa bersama dengan kalian walau susah dan senang.. percayalah, rencana DIA buat kita lebih baik dari segalanya.. Syukran lillah sahabat2 kerana memahami diri ini.. kita berukhwah bukan kerana "5 Unique things in Kisas" tetapi kerana berpaksikan DIA..

Buat sahabat seperjuangan dibumi Maahad, sekali lagi juga diri ini menyusun jari memohon maaf atas apa yang berlaku... setiap apa yang kita rancang, Allah lebih mengetahuinya bukan?? bersabarlah atas segala yang berlaku kepada kita dan yakinlah mungkin ada hikmah disebaliknya.. dan jangan risau, pelbagai cara lagi yang dapat kita lakukan demi menjaga kelangsungan tarbiah dibumi maahad bukan?? sama-sama kita kuatkan semangat ya..

Akhir kalam, syukran lillah atas segalanya.. segala yang dilakarkan hanyalah kata-kata dari hati insan yang serba kekurangan ini...
 "Ya Allah, peganglah hati kami dan thabatkanlah kami dalam perjuangan agamaMu ini.. jadikanlah kami pejuang agamaMu.."

wallhua'lam...

Thursday 1 November 2012

Cerpen: Sesuci Hidayah


Bismillahirrahmanirrahim..

“pak cik, rokok sekotak”, kata azman kepada Pak Ahmad ketika di kedai runcitnya.

“aku x tahu la nak cakap apa dah dengan kau ni man. Kau tu baru 19 tahun, bawah umur lagi. Cubalah jangan merokok sebab kau pun tahu ia membahayakan kesihatan. Pak cik bukan tak nak jual kat kau man tapi melalui inilah satu-satunya rezeki dapat pak cik perolehi untuk bagi anak bini pak cik makan”, bebel Pak Ahmad kepada Azman. Sememangnya satu kampung telah sedia maklum dengan anak muda Azman yang amat dikenali dengan sikap malasnya untuk belajar dan asyik melepak sahaja.

“pak cik nie cakap banyak la, jual je la. Lagipun, saya sakit nanti bukannya mintak pak cik yang bayarkan kos hospital pun”, balas azman yang tidak tahan mendengar bebelan pak Ahmad.

------------------------------------------------------

“Azman,Azman, bila la kau nak datang ke sekolah semula ha?”, soal Norman kepada Azman.

“kau tahu kan STPM dah nak dekat. Cubalah kau fokus sikit. Lagipun, kalau result kau ok dapatlah kau masuk u nanti man”, nasihat rakannya kepada Azman. Benarlah, betapa sahabat itu pencorak siapa kita kelak kerana sahabat itu cermin buat diri kita. Renunglah siapa sahabat kita selama ini, adakah dia membawa kita kembali kepadaNya atau sebaliknya…

“yela,yela nanti aku datang la sekolah”, balas azman.

Tit…tit.. (satu mesej diterima)

“maaf ganggu azman, ni sy Humaira, sahabat awak. Sy cuma nak mintak awak datanglah semula ke sekolah. Apa salahnya awak belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga awak berjaya, mesti semua orang akan berbangga dengan awak azman. Percayalah… wassalam.

“pelik…”

“kenape pulak humaira nie tiba2 ja hantar mesej kat aku? Nasihat pulak tu.. setahu aku la kn, dia nie bukannya suka mesej pn dengan lelaki terutama orang mcm aku nie..”, ngomel azman yg pelik dengan mesej yang baru diterimanya.

Humaira, seorang calon pelajar STPM yg juga turut sekelas dengan Azman. Beliau juga seorang pelajar biasa yang dalam berusaha memperbaiki dirinya. Walaupun dalam jurusan bukan agama, ia tidak mematahkan semangat Humaira untuk mendalami ilmu agama kerana tekadnya dalam hati “Bukan pelajar jurusan agama sahaja layak masuk Syurga..”!!




“eh, kau tahu x semalam humaira mesej aku. Dia bagi kata2 semangat kat aku suruh datang sekolah bro..”, bagitahu azman kepada rakannya semasa rehat di kantin sekolah.

“wah,wah, beruntung kau man. Ntah2 humaira tu jatuh hati dengan kau agaknya man…”, respon hamdan setelah mendengar cerita azman.

Tatkala itu, berbunga hati azman bilamana dia merasakan humaira sudah jatuh hati padanya. Jujurnya, beliau sendiri sebelum ini selalu mendengar cerita mengenai humaira. Walaupun hanya bertudung biasa, tapi dia punya keindahan akhlak  yang baik yang membuatkan ramai orang disekelilingnya menyukai beliau.

“beruntung aku kalau dapat humaira”, monolong azman dalam hatinya. Tekadnya kini, dia akan belajar bersungguh-sungguh seperti yang diinginkan humaira agar kelak dia dapat buktikan kepada humaira yang beliau juga boleh berjaya.

Tit..tit..(satu mesej diterima)

Riang hati azman tatkala itu bilamana humaira yang menghantar mesej tersebut.

“salam azman, ada ceramah agama di surau. Yuk la pegi..”

Bergegas azman menyiapkan dirinya untuk ke Surau Ar-Rahmah yang terletak berhampiran rumahnya. Belum pernah lagi beliau menjejakkan kakinya ke surau itu sebelum ini. Namun, hanya kerana ajakan dari humaira, mudah sahaja kakinya melangkah pergi ke surau  tersebut…

----------------------------------

Setelah 5 bulan berlalu..

“man, aku tegok kau nie dah lain la sejak beberapa bulan nie kau berkawan dengan humaira. Aku tengok kau ni dah jadi ahli masjid nampaknya dan dah tak melepak lagi dengan kiteorang..”, tegur hamdan, teman rapat azman. Beliau dan rakan-rakannya yang lain merasai perubahan besar yang berlaku dalam diri azman.

“apa yang berubahnya hamdan?? Aku biasa je macam azman yang dulu cuma sekarang nie sejak aku berkawan dengan humaira, dia banyak ajar aku untuk kembali kepada apa yang sepatutnya aku ingin capai dalam hidup nie. Jujurnya, aku rasa tenang bila pegi masjid dan tak lagi dengan cara aku merokok. Lagipun, humaira ada bagitahu aku yg merokok tu tak baik untuk kesihatan dan dia pun tak suka orang yang merokok…”, balas azman bersahaja.

“nampaknya kau nie memang dah betul2 macam kena bomoh dengan cinta humaira nampaknya ya man. Hati-hati man takut2 suatu hari nanti humaira tinggalkan kau. Aku bukan apa, aku cuma takut kau berubah hanya sebab humaira ja man..”, nasihat norman pula kepada sahabatnya.


“insyaAllah jangan risau la, agaknya mungkin humaira yang akan sedih kalau aku tinggalkannya kelak”, balas azman yang tidak mengerti apa yang dia cuba untuk sampaikan.

Benarlah kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan.. berhati-hatilah dalam berkata sesuatu kerana lidah itu sememangnya lebih tajam daripada mata pedang.

-----------------------------------

Setelah keputusan STPM  diumumkan…

Tit..tit..(satu mesej diterima)

“salam azman, tahniah ya dapat 4.00 flat. Sy bangga dengan awak”. Gembira azman atas ucapan yg diberikan oleh humaira kepadanya..

“awak nak sambung ke mana selepas ini humaira?? Yuk kita belajar di u yang sama nak??”, balas azman.

“maaf azman, sy dah x belajar lagi selepas ini di Malaysia. Alhamdulillah jodoh sy dah sampai. Sy akan berkahwin bulan depan dengan pilihan umi sy dan setelah itu sy akan ikut suami sy belajar di Yaman. Jemput lah datang nanti ya kenduri sy..^_^”,

Terduduk azman tatkala membaca mesej yang dihantar humaira. “jadinya, selama ini dia tak pernah langsung la ya sukakan aku??” “kenapa dia baik sangat pada aku sebelum ini??”, pelbagai persoalan yang menari-nari di benaknya tatkala itu. Hilang seluruh semangat dalam hidupnya setelah mengetahui berita mengenai perkahwinan humaira itu.


“azman, tempoh hari masa kenduri walimah humaira, dia ada mintak aku bagi surat ini kepada kau. Kau bacalah ya..”, pinta hamdan kepada azman. Sayu hatinya melihat kesedihan yg dialami oleh sahabatnya itu.

Assalamualaikum,
Buat  sahabatku Azman. Ketika dan saat ini, mungkin sy sudah pun selamat berlepas ke bumi Yaman. Sy yakin dan percaya, pastinya awak tertanya-tanya kenapa sy berbuat baik pada awak selama ini bukan?? Mesti awak beranggapan sy sukakan awak?? Benar bukan?? Sebenarnya azman, jujur sy katakan yg sy sygkan awak sebagai saudara semuslim. Sy pernah mendengar ceramah daripada seorang ustaz bahawa katanya “Hidayah itu milik Allah. Dan ia datang dalam bentuk apa sekalipun tanpa kita duga.. dan beruntunglah seseorang itu yang berjaya menarik saudaranya kembali kepangkuan  syariat yang Islam ajar…” salahkah sy ingin mengajak awak kembali kepada ajaran Islam?? Tatlala melihat awak, sy yakin dalam diri sy yg awak boleh berubah menjadi seseorang yg lebih baik.. Sy sedar sy juga masih belajar dan sy cuma ingin awak berubah dan merasai bagaimana indahnya hidayah kurniaanNya itu buat kita.. berubahlah azman dan ajaklah sahabat2 awak untuk turut sama berubah. Sy tahu awak ada keistimewaan dalam diri.. sy mohon maaf atas segalanya.. wassalam..-)



“Dan aku beroleh hidayahNya  melaluimu sebagai wasilahnya humaira….”, menitis air mata azman ketika itu. Barulah beliau sedar akan silapnya beliau dalam menilai keikhlasan humaira untuk membimbingnya ke arah kebaikan. Beliau merasakan humaira menyukainya namun sebaliknya humaira benar-benar ikhlas membantunya untuk berubah..terima kasih ya Allah hadirkan beliau dalam hidupku walaupun hanya seketika cuma..”,munajat azman didalam hatinya.

TAMAT..

-----------------------------------------

Dari penulis, cerita ini hanyalah sebuah cerita yg mungkin kadangkala ia sedikit sebanyak ada juga berlaku dalam hidup kita. Penulis mohon beribu kemaafan buat semua pembaca yang penulis kasihi kerana bahasa2 yang digunakan dalam penulisan kali ini agak kasar mengikut keadaan semasa demi menyedapkan sebuah jalan cerita. Janganlah diamalkannya dalam kehidupan seharian kalian ya ^_^.

Buat para hati yang sedang membaca entri kali ini, bersyukurlah dengan hidayah yg telah Allah kurniakan dalam diri kita dan ahli keluarga kita. Kita bukan sesiapa tapi kita mulia kerana Islam yg ada dalam diri kita. Jadilah kita islam yang bukan diwarisi namun benar2 difahami akan maksud Islam itu sendiri iaitu salamat dan sejahtera.

Buat mereka yg ingin berubah dan masih mencari-cari cahaya itu, carilah selagi mampu. Indah  bilamana kita letakkan Allah dalam hati kita. Ingatlah, bilamana kita berubah kerana seseorang, perubahan itu tidak akan kekal panjang namun bilamana kita berubah keranaNya, insyaAllah kita akan istiqamah walau besar sekalipun ujian yang mendatang kerana ujian2 tersebut hanyalah sebuah ujian yg didatangkan olehNya untuk meningkatkan lagi tahap iman kita kepadaNya.. baik bukan Allah kepada kita ^^??  Kita tak perlukan lagi cinta manusia dan kita tak akan lagi kecewa bilamana dikecewakan dengan cinta manusia. Ingatlah, surah ar-ra’du ayat 28 mafhumnya “ hanya dengan mengingati Allah, jiwa kita akan tenang…” 




Akhir kalam, marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar memberi taufiq dalam amalan kita serta menganugerahkan keikhlasan dalam mengerjakannya. Di samping itu kita sentiasa beramal dan istiqamah dalam  hidup...

“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah Subhanahu
Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian
akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala
menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)

“Paksalah diri melakukan sesuatu kebaikan itu.. insyaAllah keikhlasan itu akan datang sedikit demi sedikit tanpa kita sedari hingga satu saat kita akan merasakan setiap apa yang kita lakukan itu, hanyalah semata-mata untuk mendapatkan redhaNya sahaja tanpa balasan apa-apa…tatkala itulah kemanisan iman dapat kita rasai…”
Wallahua’lam…;-)




Tuesday 30 October 2012

Wanita Dalam Perubahan Menuju Masyarakat Islam

Bismillahirrahmanirrahim..


Mukadimah


                 Allah Subhanahu wa Taala telah menciptakan dunia dan seluruh isinya untuk manusia. Kemudian Dia menciptakan manusia dalam dua jenis [QS an Nisaa:1] iaitu lelaki dan wanita yang ditakdirkan untuk saling bekerjasama dalam membina hidup di dunia untuk mencapai keredhaanNya. Syariat serta berbagai perintah dan larangan telah ditetapkan bagi lelaki dan wanita tanpa membezakan status keduanya sebagai hamba di sisi Allah Subhanahu wa Taala. Mereka akan dibangkitkan semula kelak dan segala amalan akan dihitung lalu kesudahannya adalah syurga mahu pun neraka yang telah dicipta khusus untuk manusia. Oleh yang demikian, berbagai pembebanan(taklif) hukum tidak terbeban pada bahu lelaki mahupun wanita sahaja tetapi terbeban pada bahu keduanya. Islam memandang setiap permasalahan sebagai permasalahan manusia bukan permasalahan lelaki atau wanita secara individu.
  
  “Dan peliharalah daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang zalim sahaja diantara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaannya ”. [TMQ Al Anfal:25]

             Ternyata permasalahan wanita tidak hanya memudaratkan wanita bahkan juga mengancam seluruh manusia, dunia dan akhirat. Jadi jelaslah bahawa tiada pengecualian baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya bertanggungjawab atas keselamatan masyarakat dari azab Allah Subhanahu wa Taala. Orang-orang zalim tidak hanya lelaki malah ada juga wanita. Seorang wanita yang tidak menutup auratnya, tidak menjaga kehormatannya, tidak patuh kepada suaminya dalam hal yang di perintahkan Allah dan Rasulnya dan tidak beramal maaruf nahi mungkar, maka dia telah melakukan kezaliman dan kezaliman itu apabila tidak segera diperbaiki akan menghancurkan masyarakat. Begitu juga halnya jika seorang lelaki melakukan penyelewengan, membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat, mengamalkan riba dan tidak menunaikan hak-hak keluarganya maka dia adalah seorang yang zalim dan kezalimannya pun akan menghancurkan masyarakat secara keseluruhan.

   “Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan berkah kepada mereka dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya ” [TMQ Al A’raaf:96]



             Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa selamat dan hancurnya sebuah masyarakat menjadi tanggungjawab lelaki dan wanita tanpa ada pengecualian sedikitpun. Pandangan yang membezakan kedudukan lelaki dan wanita adalah merupakan pandangan yang sempit dan berbahaya kerana ia sangat bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Pandangan ini tidak berasal dari Islam dan sama sekali tidak ada hubungannya dengan ajaran Islam yang benar. Islam adalah agama yang sempurna dan kesempurnaanya sebagai sebuah sistem hidup dan sistem hukum meliputi semua perkara yang dihadapi oleh umat manusia. Firman Allah Subhanahu wa Taala :

    “Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu.” [TMQ
An Nahl:89]

            Ini menjelaskan bahawa, setiap perkara mempunyai hukum yang telah ditetapkan, setiap permasalahan atau apa sahaja kesulitan yang dihadapi oleh kaum Muslimin akan dapat dipecahkan dan diselesaikan oleh Deen Islam termasuk permasalahan wanita. Ini kerana, Islam diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala untuk sekalian manusia baik lelaki mahupun wanita. Namun begitu,Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan manusia hanya akan dapat dilihat jika Islam diterapkan secara kaffah dalam setiap aspek kehidupan manusia baik dalam kehidupan individu, kelompok mahupun masyarakat. Selagi Islam masih belum diterapkan secara menyeluruh dalam semua sistem kehidupan, maka kemuliaan Islam sebagai penyelesaian bagi segala masalah kehidupan tidak akan nampak jelas sebagaimana yang
terjadi pada hari ini. Realitinya, 1.4 bilion umat Islam di dunia dan sekitar 200 juta orang di Indonesia yang mengaku beragama Islam tetapi Islam itu hanya diterapkan dalam kehidupan individu, sebaliknya dalam konteks masyarakat, ajaran Islam masih terlalu jauh dari kehidupan.Sebagai seorang yang menyakini kebenaran Islam, sudah semestinya kita berkewajipan untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan. Caranya adalah dengan mencontohi jejak langkah yang telah dilalui oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang telah terbukti berjaya membawa Islam ke seluruh alam serta menerapkannya di tengah-tengah kehidupan. Hanya jalan inilah yang wajib dicontohi seperti firman AllahSubhanahu wa Taala:

     “Katakanlah, inilah jalan (dakwah)-ku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kalian kepada (agama) Allah dengan hujjah (bukti) yang nyata ”. [TMQ Yusuf:108]

Juga firmanNya :

     “Apa yang diperintahkan Rasul kepada kamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah ”. [TMQ Al Hasyr:7]


Sudah jelas bahawa kewajipan Muslimah bukanlah hanya sebagai ibu (ummun) dan pengatur rumah tangga ( rabbatul bait). Namun Muslimah juga memiliki tanggungjawab lain yang hukumnya juga adalah wajib iaitu turut aktif melakukan dakwah baik secara peribadi mahupun bergerak dalam jemaah. Dengan kata lain,

PERANAN UTAMA

       Wanita muslimah adalah mengurus dan mendidik anak-anak. Dia mampu menjadi sumber yang menghasilkan cendekiawan dan mujahid pembela Islam. Wanita yang berusaha mempersiapkan anaknya menjadi pejuang Islam merupakan penyumbang besar dalam proses perubahan masyarakat.

PERANAN KEDUA

     Membimbing sesama wanita. Walaupun wanita memikul tanggungjawab yang besar dalam keluarga, namun beliau juga pasti mampu untuk memikul tugas dakwahnya kerana Allah Yang Maha Mengetahui tidak akan membebani hambaNya diluar kemampuan mereka. Perkara penting yang harus difahami seorang muslimah ialah bagaimana caranya untuk memadukan seluruh kewajipannya agar dapat dilaksanakan dengan sempurna. Seorang muslimah itu mesti memiliki pemahaman yang jernih mengenai Islam. Dia wajib meyakini bahawa Islam adalah rahmatan lil ’alamin dengan tertegaknya seluruh hukum Islam dan tidak boleh meragui bahawa Islam wajib ditegakkan dalam kehidupan sebagai satu-satunya penyelesaian. Muslimah perlu menyedari bahawa tertegaknya Islam bergantung kepada perjuangan pemeluknya termasuklah kaum wanita yang jumlahnya separuh dari penduduk manusia. Seorang Muslimah perlu memahami bahawa beliau merupakan asas kepada tiang negara dan sebahagian dari ahli masyarakat. 


            Masyarakat Islam tidak mungkin akan terbina dan Daulah Islam tidak akan tertegak jika wanitanya tidak memahami Islam, tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan, tidak berdakwah ke jalan Islam, tidak melahirkan generasi pejuang Islam dan tidak menyokong suaminya yang berjuang menerapkan Islam. Pemahaman tadi perlu digabungkan dengan gambaran yang jelas tentang apa yang mesti dilakukan supaya pemahaman itu tidak terhenti hanya sebagai satu pengetahuan tetapi ianya dipraktikkan dalam kehidupan. Seandainya perkara ini tidak diwujudkan, adalah tidak mustahil jika terdapat segolongan Muslimah yang merasa tertekan dengan beban dakwah yang dipikulnya, justeru menghadkan kewajipannya terhadap rumahtangga sahaja. Memang benar, tanggungjawab dakwah itu berat. Namun, alangkah beratnya siksaan di akhirat bagi mereka yang meninggalkan dakwah dan betapa besar malapetaka yang akan menimpa manusia seandainya kaum hawa sebagai ibu yang mendidik umat manusia, mengabaikan dakwah. Muslimah yang memahami kewajipannya, akan saling bekerjasama dengan suami tercinta untuk bersungguh-sungguh mendidik anak-anak dan keluarganya dengan ajaran Islam yang sebenar sehingga melahirkan para pendukung perjuangan Islam. Mereka(wanita) juga akan turut berjuang bersama-sama Muslimah lainnya untuk membentuk para pendukung dakwah Islam dan seterusnya mewujudkan satu pandangan umum bahawasanya Daulah Islam wajib ditegakkan.

                 Dalam kesibukan aktiviti sehariannya sebagai pengatur rumah tangga, seorang muslimah itu masih mampu untuk mengubah pemahaman umat sekalipun sewaktu membeli-belah di pasar, menghantar anak ke sekolah ataupun sewaktu berbual-bual dengan jiran tetangga. Semua itu dilakukan dengan tujuan yang jelas, iaitu bagi membentuk pandangan umum tentang kewajipan menerapkan Syariat Islam di dalam kehidupan. Sekiranya tedapat peluang, samada secara tidak sengaja, ataupun sememangnya di rancang, seorang muslimah akan mengadakan program-program pembinaan pemikiran Islam di sekitar kawasan kediamannya. Beliau juga berperanan mengajak rakan-rakan Muslimah yang lain untuk menyertai program-program yang diadakan..

PERANAN KETIGA 

      Wanita adalah sebagai sayap kiri masyarakat dalam mewujudkan masyarakat Islam bersama-sama golongan lelaki. Wanita mempunyai peranan yang sama dengan lelaki dalam usaha menegakkan Islam. Wanita adalah saudara lelaki. Begitulah ungkapan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam tentang wanita seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari. Pernyataan seperti ini banyak ditemui dalam sirah dakwah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam. Kaum muslimin tidak akan lupa bahawa orang yang pertama mengimani Muhammad ibnuAbdullah sebagai Nabi dan Rasul adalah seorang wanita yang dijadikan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagai isterinya, Saidatina Khadijah. Beliaulah yang membantu Rasullullah berdakwah, membelanya, mengeluarkan harta bendanya bagi dakwah dan sangat mencintai suaminya di
saat ramai orang memperlekehkan dan membencinya. Beliaulah yang berada di sisi Rasullullah dan menyokong dakwah Nabi dengan setia tanpa henti sehingga akhir hayatnya tiga tahun sebelum hijrah. Suatu ketika Nabi mengenang wanita yang sangat dicintainya : 

      "Demi Allah, tiada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman ketika semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua pihak mendustakan, yang mengorbankan hartanya ketika semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapat keturunan

Inilah srikandi muslimah pertama. Di Mekah dan Madinah bukan hanya kaum lelaki yang berdakwah tetapi juga wanita.

PERANAN KEEMPAT

        Berkecimpung dalam politik. Terdapat banyak contoh peranan wanita muslimah ketika zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dalam bidang yang berisiko tinggi. Asma binti Abu Bakar bertugas menghantar makanan untuk ayahnya (Abu Bakar) dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang sedang bersembunyi di Gua Tsur dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Tugas ini sangat berbahaya, kerana apabila orang Quraisy mengetahui tindakannya, bukan hanya dia yang akan mendapat kesusahan tetapi nyawa ayahnya dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam akan terancam. Asma’ merupakan seorang yang cerdik, dia berjalan menuju ke bukit itu sambil mengembala kambing. Beliau berjalan di depan dan kambing-kambingnya berjalan di belakang. Akhirnya, Rasullullah dan Abu Bakar berjaya memboloskan diri menuju ke Madinah untuk terus menegakkan Islam oleh negara di Madinah.

           Peranan politik lain bagi wanita adalah memuhasabah(menasihati) penguasa. Tidak hanya
bagi lelaki, wanita juga diperintahkan untuk menasihati pemimpin. Rasulullah bersabda, "Agama itu nasihat”. Ditanyakan "Kepada siapa ya Rasulullah?" Beliau menjawab : "Kepada Allah, Rasulnya, para pemimpin kaum Muslim dan rakyat mereka”. [HR Bukhari]. Diriwayatkan semasa pemerintahan Khalifah Umar, seorang wanita memuhasabah dasarnya (polisinya) iaitu melarang wanita meminta
mahar (mas kahwin) yang tinggi dan bagi yang telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Hujah wanita itu, dasar tersebut bertentangan dengan firman Allah
Subhanahu wa Taala:

       "Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedangkan kamu telah
memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu
mengambil kembali daripadanya barang sedikitpun ” [TMQ An Nisa:20]

Khalifah Umar pun terus menukar arahannya dengan mengatakan : "Benar, perkataaan
wanita itu !” Selain dari itu, aktiviti politik wanita juga adalah melibatkan diri dalam parti politik sebagaima
na yang telah disebut dalam Al Quran, Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan lelaki dan wanita untuk melibatkan diri dalam parti politik. Firman-Nya :

            "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Islam, mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung” [TMQ Ali Imran:104]

         Wanita dalam parti politik boleh sahaja menasihati pemimpin namun aktivitinya yang lebih utama adalah membina kesedaran politik kaum wanita. Wanita merupakan tiang negara, jika wanita tiada kesedaran dan pemikiran politik maka negara akan lemah. Sebaliknya jika wanita memiliki kesedaran politik yang tinggi maka negara pasti akan berdiri teguh. Jelas sekali, betapa kaum wanita sepatutnya menjadi srikandi muslimah seperti para Sahabiyah. Sudah tiba masanya wanita menolak kaum hawa direndahkan atau merendahkan diri sebagai pemuas nafsu, penghibur dengan lenggok yang mengghairahkan, mengeksploitasi kecantikannya dan mengabaikan kehidupan masyarakat yang ahli-ahlinya telah wanita lahirkan dengan penuh kepayahan dan kesakitan. 

            Wanita sepatutnya menyedari waktu yang dimilikinya hanya dua puluh empat jam sehari sedangkan kewajipan yang mesti ditunaikan semakin menggunung. Oleh kerana itu, mereka amat menghargai waktu. Tidak mungkin baginya untuk melakukan aktiviti yang mubah (harus)
apatah lagi aktiviti yang sia-sia seperti menonton drama, telenovela, berbual kosong dan sebagainya. Mereka sentiasa terikat dengan hukum syara’ baik dalam perbuatan mahupunperkataan. Halal dan haram menjadi panduan dan mengutamakan kewajipan. Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah yang memuji Allah Subhanahu wa Taala. Sejadah sentiasa terhampar untuk bersujud dan rumahnya selalu dipenuhi dengan bacaan Al-Quran beserta kajian isinya. Dia tidak takut dengan celaan dan ancaman sesiapapun yang membenci Islam kerana janji Allah Subhanahu wa Taala sentiasa tersemat di hati dan menjadi pendorong kepadanya. "Dia yang Maha Perkasa akan menolong mereka yang menolong agamanya” [TMQ Muhammad:7]. Tegaknya Islam di muka bumi ini menjadi cita-citanya dan redha Allah merupakan harapannya. Ringkasnya, wanita Islam merupakan wanita yang melakukan ttugas dan tanggungjawab berkaitan hal-hal ibadah, urusan keluarga, sosial, ekonomi dan politik.

Khatimah

       Wanita berperanan besar dalam mengubah masyarakat menuju kepada sebuah masyarakatIslam. Namun begitu, dua hal penting yang perlu diingat adalah, pertama, tugas utama wanita adalah sebagai ibu dan pengatur rumah tangga (ummun wa rabbatul bait). Ertinya, peranan utama ini tidak boleh sama sekali diabaikan ataupun mengutamakan tugas lainnya. Itulahpembentukan sosial yang diberikan Allah Subhanahu wa Taala dalam banyak hadis.

         Kedua, keupayaan merubah masyarakat bukanlah untuk menonjolkan diri atau berharap
menjadi pemimpin tetapi menunaikan kewajipan dari Allah pencipta manusia semata-mata. Wanita tidak boleh menjadi pemimpin kerana Rasulullah melarangnya "Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan kekuasaannya kepada wanita” [HR Bukhari].

        Percayalah, kaum lelaki muslim yang secara jujur menegakkan Islam akan menebarkan kebaikan bukan hanya bagi manusia lelaki dan wanita melainkan bagi seluruh alam kerana Islam itu adalah Rahmatan lil ’alamin (pembawa rahmat ke seluruh alam). Dalam pandangan Islam, siapa yang menjadi pemimpin untuk menguruskan umat tidak penting, yang penting adalah sumber hukum yang digunakan dalam menjalankan kepimpinan iaitu samada sentiasa berlandaskan Syariat Allah Subhanahu wa Taala atau
tidak, benar atau salah. Apabila landasan yang digunakan mematuhi sepenuhnya kehendak syariat Islam, ia pastinya dapat memberi jaminan keadilan bagi semua manusia. Seorang pemimpin yang mengambil sumber hukum yang sahih(Al Quran dan As Sunnah), pasti akan dapat memberikan keadilan. Sekalipun wanita yang berkuasa namun apabila sumber hukumnya keliru nescaya akan mendatangkan kezaliman termasuk bagi wanita itu sendiri. Oleh yang demikian, asasnya terletak pada hukum dan landasan yang digunakan, samada syariat Islam yang mendatangkan kemaslahatan (manfaat) atau sistem lain yang
membawa kesengsaraan (kemudaratan).

wallahua'lam.

(copy daripada risalah seorang sahabat)

Thursday 18 October 2012

Maharku, Izinkan Aku Berjuang : Zainab al-Ghazali



Bismillhirrahmanirrahim..

Hebat peribadi insan itu. Mengislahkan seluruh hidupnya demi Islam yang amat dicintainya. Tiada apa yang didambakannya melainkan redha dariNya… wajahnya menggambarkan penatnya keringat beliau dalam  perjuangan untuk agama ini..





Z.A.I.N.A.B  A.L-G.H.A.Z.A.L.I.

Bilamana dijodohkan dengan seorang insan yang bergelar muslim, munajat syukur meniti dibibirnya… namun, bukan bermakna seorang muslim itu memahami semua perkara. Disangka panas hingga ke petang namun hujan disiang hari jua akhirnya..Larangan oleh insan  tercinta untuknya berjuang menegakkan Islam menjadi ujian dalam hidupnya. 

Pertaruhan antara cinta DIA dan suami menjadi pertikaian tatkala itu.
Namun, akhirnya akur hatinya bahawa “aku milik Dia..”

Gelaran JANDA akhirnya beliau perolehi..
Hari berganti hari, masa berganti masa, akhirnya berkunjung jua lamaran oleh seorang pemuda Islam buat dirinya..

Demi cintanya beliau dalam perjuangan Islam, akhirnya sebuah jawapan menjawab  lamaran itu;
“aku terima nikahnya dengan maharnya izinkan aku berjuang..”

Subhanallah, hebat beliau kerana mengislahkan segenap hidupnya untuk membantu agama Allah… kita?? Apakah yang telah kita sumbangkan untuk agama ini?? Bersamalah kita memuhasabah diri…
Akhir kalam, ingin sekali penulis menghadiahkan ayat-ayat cinta ini yang penulis perolehi daripada sebuah blog, ansarullah buat renungan kita semua…

Kehadapan Mujahidah yang kami sanjungi,

Dikaulah Srikandi Islam,

Dikaulah penggerak mata rantai perjuangan ini,

Dikaulah penyeri hiasan duniawi,

Tanpa dirimu wahai mujahidah haraki,

Gerakan ini tidak mampu terbang tinggi,

Tanpa dirimu wahai mujahidah sejati,

Hilanglah sayap kiri perjuangan ini,

Dan tanpa dirimu wahai srikandi,

Tidak akan lengkap gerakan islam yang sedang berdiri.



Wahai srikandi harapan,

Dikau adalah sebutir mutiara yang amat bernilai,

Menerangi kegelapan di kala kami lalai,

Dikaulah sumber kekuatan kami,

Dikaulah pendorong semangat kami,

Dikau adalah sumber inspirasi,

Untuk kami terus maju dalam gerakan ini.



Ingatlah firman Allah swt :

    وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

    
    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah : 71)

Wahai muslimah sejati,

Engkau hadir melengkap fitrah,

Yang telah diatur oleh Allah,

Kami merayu kepadamu wahai mujahidah,

Jangan jadikan kehadiranmu ini sebagai fitnah,

Di dalam perjuangan yang terlalu banyak mehnah,

Kerana kami ini hanya insan yang lemah,

Apabila berhadapan denganmu wahai muslimah.



Rasulullah saw pernah bersabda:

    "Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kami berharap kepadamu wahai mujahidah,

Jadikanlah kehadiranmu sebagai pelengkap fitrah,

Tetapi jangan jadikan ia sebagai pembawa fitnah.



Tanpamu wahai sayap kiri perjuangan,

Bagaimana mungkin kami mampu terbang,

Menaikkan syiar islam di muka bumi yang luas terbentang,

Oleh itu kami mengharapkan kepadamu wahai mujahidah,

Senantiasalah kamu menjadi pelengkap sayap kiri perjuangan,

Penolong kami di dalam pertarungan,

Walaupun dirimu di barisan belakang,

Tetapi auramu dapat dirasai sehingga ke bahagian hadapan.



Wahai banat penyambung perjuangan,

Wajahmu terlalu menarik dalam pandangan kami,

Oleh itu jagalah kecantikkanmu itu supaya ianya tidak menjadi fitnah buat kami,

Dan kelembutanmu itu mampu untuk mencairkan hati-hati kami,

Maka jagalah anugerah yang diberikan kepadamu ini,

Supaya dapat kami menjaga hati-hati kami.



Wahai puteri-puteri pejuang islam,

Kekuatan dirimu tidak dapat dinafikan,

Dirimu bisa memerangkap insan,

Dirimu bisa menjatuhkan semua kekuasaan,

Dirimu bisa mencairkan tingginya keegoan,

Tetapi apa yang kami dambakan,

Cukuplah dirimu sebagai pemangkin semangat buat kami untuk terus berjuang.



Wahai wanita solehah penggerak revolusi islam,

Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu,

Supaya ianya menjadi penguat untuk dirimu,

Menjadi ubat penenang qalbu,

Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.



Wahai srikandi islam,

Jangan kamu terjerat dengan cinta duniawi,

Kerana ianya akan membinasakan diri,

Membuatkan kamu begitu rugi,

Bukan sahaja di bumi ini tetapi juga di akhirat nanti,

Kerana cinta tertinggi hanyalah cinta Illahi,

Dan cinta yang didasari atas dasar iman kepada Illahi,

Jadi marilah wahai srikandi,

Muhasabahlah diri,

Apakah cintamu yang tertinggi?

Adakah cinta insani atau cinta Illahi?

Ingatlah pesanku ini wahai srikandi,

Cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut engkau miliki.



Ingatlah akan firman Allah swt :



    الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

    
    "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur : 26)

Wahai bakal bidadari syurga,

Jagalah dirimu sebaik mungkin,

Kerana dirimu adalah contoh wanita mukmin,

Engkau adalah srikandi harapan,

Untuk menuju syurga di hadapan.



Wahai mujahidah impian,

Kami mengharapkan dirimu sentiasa thabat dalam perjuangan,

Jangan sesekali lari dari medan pertempuran,

Walau ianya banyak mehnah dan cabaran,

Kerana ianya adalah satu ujian,

Untuk menguji tahap keimanan,

Dan juga sebagai satu tapisan,

Daripada Allah di dalam perjuangan.



Akhirul Kalam,

Dimana pun berada, seorang muslimah harus senantiasa menjadi lentera yang menyinari, pelita hidayah, sumber bimbingan, dan menjadi aktivis yang sentiasa membangun, melakukan perbaikan dan penyedaran terhadap semua orang, baik melalui ucapan maupun perbuatan.



Harapan besar telah diamanahkan kepada para muslimah yang mampu mengembang  amanah, yang sentiasa mengukuhkan keperibadiannya sebagai bukti nyata kesedaran, peningkatan dan loyalti diri terhadap Islam serta terhadap peradaban manusia. Dan yang pasti, apa pun yang dilakukan seorang muslimah harus senantiasa dilandasi dengan niat yang satu, niat kerana Allah dan hanya untuk menggapai redha-Nya.



Wahai Srikandi perjuangan islam,

Jadilah dirimu wanita mulia, semulia diri MARYAM..

Wanita faqihah, sebijak minda AISYAH..
Insan tabah, sekukuh hati ASIAH..

Menjadi kebanggaan, sehebat jiwa SUMAYYAH..



    "Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." -(An-Nahl: 97)

 (copyright from blog ansarullah)

Wallahua’lam..

Friday 24 August 2012

:: Aiskrim Goreng ^_^ ::



Bismillahirrahmanirrahim,

         Salam syawal buat semua. Alhamdulillah dalam menghabiskan sisa-sisa cuti bersama keluarga sebelum berangkat meneruskan perjuangan dalam medan menuntut ilmu, dapat jua syahadah mencuba suatu resepi yang sangat menarik dan digemari oleh kanak-kanak. Resepinya AISKRIM GORENG..^_^ bunyinya pun sedap bukan. Bahannya pun tak susah hanya roti, aiskrim dan minyak untuk menggoreng sahaja. Yuk, kita mencuba ^^


BAHAN-BAHAN

Aiskrim
Roti (dilenyek sampai nipis)
Minyak masak 
CARA BUATNYA
1.ambil beberapa keping roti yang telah dilenyek tadi dengan menggunakan bekas air atau apa sahaja. Ia dilenyek dengan tujuan untuk elakkan daripada menyerap minyak yang terlalu banyak bila kita gorengnya nanti. Dan sebagaimana yg kita tahu penggunaan minyak yang berlebihan akan membahayakan kesihatan kita.

2.letakkan beberapa sudu aiskrim. Jangan terlalu banyak sebab khuatir nanti ia akan terkeluar bila kita nak potongnya.

3.lipatkan ia dan ambil bekas plastik yang berbentuk bulat spt cawan dan sebagainya. Bentukkan ia jadi seperti karipap dan potong.


4.masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Lebih kurang 3 jam untuk bagi ia betul2 dah keras. Nanti akan lebih mudah bila kita menggorengnya.

5.semasa menggoreng, pastikan minyak panas tadi benar2 panas baru kita masukkan. Sebabnya takut aiskrim 2 mencair sebelum sempat masak.

6.selesai dan boleh dihidangkan.. selamat mencuba  ^_^

.....................................................................................

p/s:
~sebaiknya mulakanlah dengan kalam suci, “bismillahirrahmanirrahim” sebelum kita memasak agar beroleh keberkatan disisi-Nya dalam setiap apa sahaja yang kita lakukan insyaAllah.
~syukran jazilan juga ditujukan buat cinta hati syahadah, MUNIRAH NADHIRAH atas perkongsian resepi yang sangat menarik ini ^_^
Wallahua’lam..-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^