Thursday 14 April 2016

"Wah dah nak kahwin rupanya ya..", Sakat Mai..





Teringat kepada satu perbualan..

Mai : Mira, hujung minggu ni awak buat ape ye?

Mira : Owh, sy pegi kursus KAHWIN ya sebab tak ambil lagi.

Mai : "Wah dah nak KAHWIN rupanya ya..", Sakat Mai ketawa.

Mira : Eh (Terdiam..)

------------------------------------------

Pernah tak kita terfikir wujudnya perbualan seperti bawah ini..

Mai : Mira, hujung minggu ni awak buat ape ye?

Mira : Owh, sy pegi kursus JENAZAH ya sebab tak ambil lagi.

Mai : "Wah dah nak MATI rupanya ya..", Sakat Mai.

Mira : Eh (Terdiam..)

--------------------------------------------

Agaknya, wujud tak ya perbualan macam atas ni. Semestinya tidak bukan bahkan mustahil sama sekali.. begitulah realiti MENTALITI insan-insan dalam kehidupan hari ini.

Kadangkala tidak semestinya seseorang itu menghadiri kursus kahwin adalah bermaksud dia akan berkahwin kerana boleh jadi telah tercatat dalam Qada dan Qadarnya jodohnya tiada dan tidak semestinya seseorang itu menghadiri ceramah berkenaan kematian bermaksud dia tahu ajalnya bila akan tiba, namun semua itu adalah sebagai bekalan dan persiapan. 

Didalam kehidupan, perlunya kita merancang kehidupan kita dengan sebaik mungkin. Segalanya bermula daripada SEDAR. Namun, kesedaran itu hanya akan lahir bila adanya FAHAM dan semestinya faham akan lahir sekiranya adanya ILMU

Dengan adanya ilmu, maka akan timbulnya kesedaran. Hebatnya penangan sebuah kesedaran.

Melalui kesedaran diri sebagai seorang hambaNYA maka seseorang itu sentiasa bangun malam bermunajat memohon ampun kepadaNya.

Melalui kesedaran diri bahawa dia bakal menjadi seorang Ibu atau Bapa itu menjadikan dia sentiasa menuntut ilmu sebagai persiapan supaya kelak generasinya menjadi generasi yang terbaik untuk agama.

Melalui kesedaran besarnya tanggungjawab seorang pendidik menjadikan seseorang guru itu mendidik anak muridnya sebaik mungkin supaya kelak ia menjadi manusia.

Jadinya, selagi kita diberi kelapangan waktu olehNya tuntutlah apa sahaja
ilmu selagi mana ilmu itu menjadikan kita semakin dekat denganNya.. itulah yang namanya bekalan dan persiapan kan :-)




إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (QS. Muhammad 36)

Nak jumpa dengan sang pencipta kita juga perlukan persiapan bukan? ^_^..

Jom2 perkemaskan amal fardhi dalam diri kita semoga dengannya, Allah memilih kita daripada sekalian makhlukNya yang lain untuk diberiNya rahmat melihat wajahNya di hari Akhirat kelak.. ameen2..


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^