Thursday 14 February 2013

Mutiara Dalam Sebuah Permusafiran Ke Baitullah

Bismillahirrahmanirrahim,

“Sesungguhnya DIA menyeru hambaNya sebanyak tiga kali yakni:
1)      Seruan Azan
2)      Seruan Haji/Umrah
3)      Seruan Maut
Sahutlah seruan pertama dan ketiga itu, manakala seruan kedua sahutlah ia bilamana kita berkemampuan…”

Alhamdulillah, diizinkanNya buat diri ini mengunjungi rumahNya yang menjadi idaman dan impian bagi setiap mereka yang beriktikad dengan iman kepadaNya.. kata bijak pandai, “Orang yang rugi itu bercakap mengenai masalah, orang yang sederhana itu bercakap mengenai peristiwa manakala orang yang bijak itu bercakap mengenai penyelesaian bagi  sesuatu masalah..” (wallahua’lam.. mohon maaf jika ada kesalahan pada apa yang disampaikan ini) namun, hadirnya entri kali ini bukanlah penulis ingin bergelar mereka yang suka bercerita mengenai peristiwa, tetapi anggaplah ia perkongsian hati buat semua agar dapat mengambil sedikit sebanyak mutiara hikmah yang dapat dijadikan pedoman.. kata orang, “ ambillah pengalaman orang lain dan tapislah ia apa yang baik daripadanya dan amalkanlah ia..”.


insyaAllah, pada entri kali ini sudilah penulis berkongsi pengajaran/pengalaman/pedoman yang penulis perolehi tatkala mengunjungi Tanah Haram dan Madinah pada 19-31 Januari baru-baru ini bersama keluarga yang disayangi. Benarlah, jauh perjalanan, luas pemandangan..



Mutiara Hikmah 1 (Carilah Dirimu Wahai Diri)

Kadang kala, kita selalu dengar kata orang,  untuk kita nak kenali diri kita, kita tanya sahabat-sahabat rapat kita bukan?? Namun, pada penulis di kota mekah lah satu-satu nya tempat kita dapat lihat sikap diri kita yang sebenar kerana kemuliaan dan barakah yang ada pada tempat yang mulia ini. Di tempat ini, Allah tunjukkan sebenar-benarnya sikap kita. Jika kita seorang yang tidak sabar, Allah pasti tunjukkan kepada kita betapa kita sebenarnya seorang yang sangat tidak sabar… jika kita seorang yang panas baran, pasti Allah akan serlahkan jua.. takut bukan?? Namun, janganlah risau wahai diri kerana di sinilah kita belajar baiki diri kita bila mana DIA telah tunjukkan kepada kita betapa banyakknya khilaf(kekurangan) dalam diri kita yang perlu kita perbaiki…gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya..allahurabbuna..



Mutiara Hikmah 2 (Tundukkanlah Pandanganmu)

Kata pujangga cinta: “Dari mata turun ke hati, dari hati akan membuahnya rasa ingin mencintai..”.  hebatnya kuasa mata itu bukan?? sejak sekolah, penulis tertanya-tanya juga apa pentingnya kita perlu tundukkan pandangan sebabnya sama sahaja penulis rasakan.. belajarlah dari sekarang untuk tundukkan pandanganmu wahai diri..yakinlah, dari itu kita akan temui nilai kekusyukan dalam diri kita hanya kepadaNya sahaja dan pastinya kita akan rasai ketenangan yang amat sangat. Bila mana kita tidak menjaga mata kita yang sepasang ini, pasti akan dicemari dengan pandangan melihat ajnabi kerana memang fitrah kita begitu. Namun, belajarlah untuk  menundukkan pandangan kita demi menjaga hati kita hanya untukNya sahaja. Berada di tanah haram, pastinya kita tidak terlepas untuk memandang para Jemaah lain yang datang dari segenap pelosok dunia. Nasihat penulis, sepanjang perjalanan untuk ke masjidil haram, belajarlah untuk jaga mata kita dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk lidah kita menyebut namaNya…

“Manusia yang memandang dengan pandangan akhirat akan sentiasa berjaga. Hatta berpakaian dia akan berpakaian dengan cara pakaian yang Allah redha.. apabila berbicara, dia akan berusaha mengungkapkan perkataan yang Allah redha..”

Mutiara Hikmah 3 (Hiduplah Dalam Berjemaah)

Dalam hidup kita, kita tak akan mampu hidup bersendirian dan pastinya kita memerlukan bantuan mereka yang berada disekeliling kita. Tatkala berada di bumi Allah Baitullah, penulis belajar yang kita perlu ingat orang lain. Andaikata kita ingin masuk syurga, pastinya kita tidak mahu masuk seorang diri dan ingin bersama-sama orang yang kita sayangi bukan?? Jadinya, ingatlah bila mana kita ingin melakukan kebaikan sebesar zarah sekalipun, ajaklah bersama mereka-mereka yang berada disamping kita. Tiada yang rugi bilamana sesuatu kebaikan itu disebarkan sebaliknya pasti ganjarannya digandakan. Contohnya bilamana kita ingin pergi masjid awal pagi, belajarlah untuk kejutkan jiran-jiran sebelah kita kerana mungkin tatkala itu mereka masih belum terjaga…

waktu solat di Makkah


Mutiara Hikmah 4 (Tanah Haram Bukanlah Tempat Permulaan Untuk Beramal)

Mutiara kali ini amat penulis hargai.. disana, barulah penulis sedar dan belajar yang sikap malas itu wujud dalam diri kita walau sebaik mana sekalipun tempat yang kita berada tatkala  itu. Kata orang, di Tanah Haram kita belajar buat perkara-perkara baik bukan?? Tetapi tidak bagi penulis, sebaliknya tanah haram itu adalah tempat kita mengaplikasikan amalan yang telah kita lakukan tatkala berada di negara kita. Di sana, dapat penulis melihat muslimin yang hatinya terikat dengan masjid dan sebaliknya.. Andai kata tatkala berada di Malaysia, kita malas untuk datang ke surau/masjid, pastinya di tanah haram juga kita akan merasa berat untuk datang ke masjidil haram. Jadinya, rajin-rajinkan diri kita mulai sekarang ya untuk datang ke rumah Allah sama ada surau mahupun masjid untuk menunaikan solat berjemaah..^_^

Mutiara Hikmah 5 (Letakkan Cinta DIA Yang Tertinggi Dihatimu)

Benar sekali, bila mana cinta Allah yang kita kejar, kita pasti akan diuji dengan cinta manusia… Berusahalah untuk letakkan cinta Allah yang tertinggi dalam hati kita…gunakanlah kesempatan yang ada disana untuk kita rebut peluang  cinta DIA dengan sebaiknya..Untuk menyebut “Aku cintakan Allah”, semua orang boleh, tetapi siapakah yang benar-benar meletakkan Allah di tempat yang tertinggi dalam hatinya??..muhasabah buat diri kita.. allahurabbi.. dan yakinlah bahawa jodoh itu rahsia Allah dan sebaiknya carilah yang sama ‘fikrah’nya dengan kita agar sama-sama dapat meneruskan perjuangan yang sama untuk agama Allah ini.

“Apabila bercinta kerana Allah, Allah akan mempertemukan kita dengan semua cinta yang membahagiakan. Kita akan dicintai dan mencintai orang yang mencintai Allah. Dan pastinya tergerak hati kecil kita untuk melakukan sesuatu amalan yang Allah cintai yang membawa kita kepada cinta-Nya..”

“Orang yang soleh akan mencari cinta hakiki yakni cinta Sang Pencipta kerana apabila mendapat cinta hakiki, akan datangnya cinta sementara. Orang ‘asi sering tersasar daripada cinta hakiki, lalu mengejar cinta nafsu yang sering membawa kepada kepada kesengsaraan. Orang soleh meletakkan sifat benci kepada perkara yang dibenci oleh Allah dan Rasul-nya tetapi orang ‘asi akan membenci sesuatu menurut hati dan perasaannya..” (Ust Muhidin Moktar, Pengarah KUIS)

Jabal Rahmah (Ramai yang salah faham berkenaan dengan tempat ini.. sememangnya ia adalah temapat bagi mereka yang datang untuk memohon jodoh kerana ia tempat pertemuan Adam dan Hawa... namun, tempat ini hanya mustajab tatkala tibanya 9 zulhijjah kata musyrif penulis sebagai keistimewaan kepada mereka yg menunaikan haji.. wallhua'lam)

Mutiara Hikmah 6 (Islam Itu Ajarannya Mudah)

Kadangkala kita tersedar dan terpana tatkala ada dalam kalangan kita yang terlalu memberatkan apa yang Islam datangkan kepada kita.. adakalanya Islam itu tak didekati bukan kerana ia tidak cantik tetapi kerana sikap mereka yang membawa Islam itu yang tak cantik caranya… tatkala berada di sana, DIA tunjukkan satu persatu kepada diri ini bahawa ajaran Islam itu teramatlah mudah untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian; solatlah dimana sahaja asalkan ia bersih (penjaga kedai-kedai tunaikan sahaja solat mereka dihadapan kedai tanpa menghiraukan manusia-manusia yang lalu lalang dihadapannya) dan kebanyakan muslimat yang mengambil wudhuk menggunakan air zamzam di dalam masjid, mereka hanya mengambil satu kali sahaja tanpa perlu menggunakan air yang banyak (melalui itu kita diajar untuk tidak membazir) dan banyak lagi peristiwa…

Mutiara Hikmah 7 (Lembutkanlah Hatimu Dengan KalamNYA)

Hati kita kadang kala amat sukar untuk menangis.. mengapa?? Mungkin kerana hati kita yang satu ini banyak dosanya dan makin gelap warnanya.. astaghfirullah.. tatkala berada di sana, mudah sahaja mata ini mengalirkan air mata tatkala berlakunya apa sahaja.. mungkin kerana tatkala berada di tempat kita, hidup kita seharian terlalu disibukkan dengan urusan dunia tanpa berkesempatan untuk kita menyentuh kalamNya.. namun, tatkala berada di tanah haram, masa kita hanya terisi dengan membaca dan menghayati kalamNya tanpa perlu memikirkan apa-apa urusan dunia.. andai berpeluang, gunakanlah masa dan kesempatan yang ada untuk menyelak helaian-helaian cintaNya buat pedoman dan peringatan kepada hati kita agar kelak hati kita yang satu ini disuburkan dengan kalamNya dan ingatan kepadaNya...

“Membaca al-Quran umpama membaca surat cinta yang tiada noktah asyiknya... Walau belum bersua dengan Pemilik “kata-kata” ini, namun kehadirannya sentiasa dirasai dan dirindui.. subhanAllah..”

Mutiara Hikmah 8 (Jadilah HambaNYA Yang Bersyukur)

Benarlah, ditempat yang barakah ini, mudah sahaja apa yang kita hajati dimakbulkan olehNya.. pernah suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh, penulis terasa amat lapar.. kemudiannya, tanpa diduga, ada seorang wanita arab datang dan memberikan sebiji kurma.. Alhamdulillah.. namun, lumrah kita manusia tidak akan bersyukur dengan yang sedikit.. apa yang diidamkan melebihi apa yang diperolehi ketika itu.. tatkala penulis menoleh ke belakang, DIA izinkan diri ini menyaksikan suatu kejadian buat muhasabah pada diri.. menitis air mata ini tatkala melihat seorang wanita arab menitiskan air matanya sambil menikmati kurma yang diperolehinya.. subhanAllah, hebatnya rasa syukur wanita itu dengan apa yang dimilikinya…

 “Rahsia ketenangan dan kejayaan adalah dengan berpegang kepada prinsip : ‘Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu..”

“Syukur itu letaknya dalam hati..hati tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rasa rela hati. Orang yang tidak bersyukur hakikatnya buta ‘mata hati’.. lihatlah segala nikmat yang ada dihadapan kita dengan pandangan mata hati agar kelak terbitnya rasa syukur kepadaNya..”

Mutiara Hikmah 9 (Bina Kekuatan Dalammu Melalui Solat Berjemaah)

Tatkala berada di sana, suatu kekaguman  lahir dalam hati ini kepada pekerja-pekerja buruh yang bekerja di sana. Mulanya, penulis berasa aneh mengapa sangat pantas gerak kerja pekerja-pekerja buruh ini membina bangunan yang serba canggih dan tinggi melangit ini.. bayangkan, dalam masa 6 bulan sahaja mereka berjaya membina terowong-terowong bawah tanah dan bangunan-bangunan yang sangat banyak.. pelik bukan?? Tetapi tiada yang mustahil bilamana kekuatan dalaman itu DIA yang beri.. terjawablah rahsia ini tatkala mana, kedengaran azan berkumandang di masjidil haram, semua manusia-manusia yang berada di sekitar tanah haram termasuk pekerja-pekerja buruh, wanita-wanita arab, penjaga kedai dan sebagainya meninggalkan segala pekerjaan yang mereka lakukan tatkala itu dan berpusu-pusu umpama mengejar sesuatu yang amat mereka cintai yakni seruanNya dengan menunaikan solat berjemaah.. subhanAllah, hebat bukan rahsia mereka?? Bandingkanlah ia dengan negara kita ini…allahurabbi..

Mutiara Hikmah 10 (Gunakanlah Kepakaranmu Buat Sumbangan Kepada Agama)

Setiap kita dikurniakan kelebihan dan kepakaran masing-masing dan yang lebih bermakna jika kelebihan yang ada digunakan buat sumbangan untuk Islam..Alhamdulillah, hebat penulis rasakan tatkala diberi kesempatan menyaksikan bumbung yang terbuka di Masjid Nabawi tatkala selepas solat zohor.. tidak dilupakan peristiwa indah tatkala menyaksikan juga payung yang berada di luar masjid nabawi yang akan terbuka dan tertutup mengikut masa yang telah ditetapkan.. subhanAllah, hebat mereka-mereka yang menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan ini dengan sebaiknya.. moga Allah permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat…moga-moga penulis juga dapat menjadi seperti mereka suatu saat nanti untuk sumbangkan sesuatu buat agamaNya melalui pengkhususan ilmu yang penulis pelajari tatkala ini insyaAllah..

Masjid Nabawi

Payung Di Hadapan Masjid Nabawi

Suasana Di Madinah Al-Munawwarah


------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, cukuplah sekadar 10 mutiara hikmah yang dapat penulis lakarkan dalam pena penulisan kali ini… banyak lagi mutiaranya namun rasanya sudah memadai setakat ini.. harapan kecil hati ini, setiap dari kita punya impian masing-masing untuk  menjelajahi dunia ini.. namun, pastikan tempat pertama sekali yang bakal kita kunjungi adalah rumahNya, Baitullah dan Madinah al-munawwarah kerana terdapat 1001 kelebihan di tempat ini..  kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.. moga-moga DIA sudi memandang kita kelak dengan pandangan RahmatNya walaupun hanya secebis cuma.. tanpa redhaNya siapalah kita ini… “Ya Allah, izinkan diri ini sentisa berpeluang untuk berada dekat dengan rumahMu hingga ke akhir hayatku ini.. amen”

Nota cinta buat umi dan abah penulis, Siti Hajar Mustafa dan Azuddin@Adzli Hamzah, “ Terima kasih anakmu ucapkan kerana menghabiskan duit kalian membawa anakmu yang banyak khilaf diri ini mengunjungi rumahNya.. terima kasih jua atas hadiah hari lahir anakmu yang ke-20 tahun ini, inilah hadiah yang terbaik pernah anakmu perolehi…moga Allah redha umi dan abah dunia dan akhirat..ameen”

Akhir kalam, ambillah mana yang baik melalui penulisan ini dan tinggallah mana yang sebaliknya.. mulut yang bercakap lebih dekat dengan telinga yang mendengar.. moga-moga penulis melaksanakan apa yang penulis kongsikan dan ingatkanlah penulis jika terlalai kerana penulis jua manusia biasa seperti kalian..ayuh menjadi remaja Islam yang berguna untuk agama!! TAKBIR!!

Wallahua’lam ;-)




Tuesday 12 February 2013

Baitul Muslim = Baitul Dakwah



Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah bersua kembali buat shbt2 seperjuangan dalam dunia alam maya ini.. Alhamdulillah, diizinkanNya lagi untuk jari jemari  ini menaip buat perkongsian sebuah pengalaman.
insyaAllah hari ini, sudilah syahadah berkongsi dengan semua berkenaan hari bahagia seorang akak yang amat syahadah kagumi sejak dahulu lagi dengan keindahan akhlak, ketinggian ilmu dan kemuliaan budi pekerti yang menghiasi mujahidah mukminah ini.

Mabruk alaik syahadah ucapkan buat permata islam kak Basyirah yahaya dan zaujnya yang baru mendirikan masjid pada 10 Februari baru-baru ini. alhamdulillah berjalan lancar walimahnya. Melihat qanaahnya persiapan majlis ini, menjadikan hati ini sangat kagum dengan baitul muslim yang dibina. insyaAllah, yakin di hati syahadah, pastinya keberkatan akan mengiringi bersama buat mereka. Kata seorang sahabat; “alang-alang berjuang, biar sampai ke anak cucu..”

Harapan syahadah, moga-moga terbinanya baitul muslim ini dapat meramaikan lagi umat-umat Nabi Muhammad saw yang kental berjuang untuk agamaNya.. 

Kadangkala, sahabat2 berkongsi kata-kata bahawa “untuk mendapatkan yang terbaik/soleh, kita perlu menjadi solehah dahulu”.. benar ya?? Kiranya, andai kata kita sudah perolehi yang soleh, kita sudah tidak perlu la ya menjadi yang solehah?? Pada syahadah, bukan itu yang kita idamkan kerana anggaplah kita ingin menjadi solehah untuk mendapat redhaNya.. mendirikan masjid bukanlah satu-satunya matlamat kita hidup didunia ini kerana ia hanyalah sebahagian sahaja bagi mendapatkan saham kita buat bekal bertemuNYA kelak; seorang isteri berbuat baik kepada suaminya untuk mendapat redha suami bagi memasuki jannahNya kelak, begitu juga suami menjaga keperluan isteri dan anak-anaknya demi memperolehi keredhaan daripada Allah agar tidak ditanya di hari Akhirat kelak akan amanah yang telah dipertanggungjawabkannya…

Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum....Aamiin ya Rabbal'alamin.

Akhir kalam, tidak dilupakan ucapan tahniah buat sahabat2 syahadah ketika sama-sama menuntut  di KISAS dulu BATCH 55, Aini dan zaujnya serta Sufi dan zaujahnya yang selamat diijabkabulkan pada 2 Februari baru-baru ini.. moga-moga kalian bahagia ke anak cucu... buat ainisyahirah, tahniah ya menjadi muslimat batch kita yg ke-3 mendirikan masjid ^_^.. mohon beribu kemaafan kerana tidak dapat menghadirkan diri.. insyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya di Ipoh kelak ^_^..

      Sejujurnya, segan dihati untuk berbicara mengenai perkara-perkara sebegini tatkala merasakan diri ini sangat-sangat tidak layak untuk memikirkannya lagi...teringat pesanan seorang murabbi syahadah katanya, "perlu ada dalam hati setiap muslimat itu peringatan buat dirinya 'ma fi qalbi ghairul Allah (tiada di hatiku melainkan Allah)'...". terima kasih ustaz atas peringatan yang diberi buat muhasabah kepada diri ini..allahuarabbi..

sufi dan zaujahnya

aini syahirah dan zaujnya

wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^