Wednesday 20 August 2014

Cerpen : Aku Bahagia Menjadi Wanita Yang Memelihara Agamaku..


Tit..tit.. (Message Received)

“Selamat Hari Raya Husna ^_^”, mesej ringkas diterimanya daripada sahabatnya Jamilah.

“Selamat Hari Raya juga Jamilah ya ^^ “, balas Husna ringkas..

Hmm, keluhnya... tatkala Syawal menjelma lagi, umat Islam pasti riang menyambutnya  dan tidak terkecuali buat Husna sekeluarga. Namun, syawal jua lah mengingatkannya kembali akan satu peristiwa yang tersimpan kemas dalam memorinya hingga ke saat ini walaupun peristiwanya hampir setahun telah berlaku..

-------------------------------------

Memorinya melayang kembali..

“Husna, hari raya ke-5 nanti, kawan-kawan ajak buat reunion dekat  Pantai Indah sebabnya dah hampir 3 tahun lebih kita berpisah, bila lagi kita nak buatnya kan, , jom la Husna ya...”, ajak  sahabatnya  Amalina selaku timbalan pengarah bagi program raya sekolah mereka.

“Owh, ada program ya, boleh je insyaallah kalau tak ada apa-apa urusan, Husna join ye”, balas Husna yang meraikan ajakan sahabat-sahabatnya.

Keesokan harinya.

Tit..tit.. (Message Received)

Dup dap..dup dap hatinya tatkala membaca mesej yang baru diterimanya…

“Salam Husna, memandangkan tempatnya jauh dalam dua jam, jadi kita rancang nak naik sekali dengan budak lelaki, kiranya kita duduk belakang ya..”, mesej dari Amalina kepadanya.
Hatinya seperti berperang sendiri antara mahu atau sebaliknya..

“Tapi kita perempuan pun boleh je drive sendiri kan?

Apa salahnya kita drive dan kawan-kawan lelaki ikut belakang kan?

Kenapa mesti perlu juga bercampur ya?”

1001 persoalan bermain-main dalam benak hatinya.. Husna meraikan apa sahaja program yang berbentuk ukhwah kerana dirasakannya dengan ukhwah yang diredhaiNya, akan membantu kita masuk ke jannahNya kelak.. namun, biarlah ada batasnya apabila berlainan jantina..

“Amalina, Husna minta maaf ya sebab Husna tak akan pergi kalau kena naik dengan lelaki..”, balasnya ringkas. Dia tahu jawapan yang diberikannya pasti akan mengecewakan sahabat-sahabatnya, namun dia punya alasan tersendiri. Alasan yang pastinya demi insan yang tersayang.

Selang beberapa jam selepas jawapan yang diberikan Husna, kecoh sahabat-sahabatnya di group FB kelas mereka setelah mengetahui  tujuan utama Husna tidak mahu ikut serta. Pastinya ada yang mengkritik tindakannya, mengecilkan niatnya, dan segalanya…

“Saya ingin berkongsi sesuatu buat anda-anda semua.. bayangkan Gen Y berkata dia tidak mahu bercampur dengan Gen X langsung terutama apabila menaiki kenderaan.. jadinya, pada pendapat anda semua, Gen Y semestinya tidak boleh menaiki kenderaan awam langsung bukan kerana yang memandunya  adalah dalam kalangan Gen X…Jadinya, selepas ini Gen Y tak boleh la ya naik kenderaan awam lagi..”, post sinis Amri didalam group kelas mereka.

Menitis air mata jernihnya tatkala itu…hatinya tersangat sakit terutama apabila membaca post seorang sahabat lelakinya di dalam group yang pastinya ditujukan kepadanya walaupun ia menggunakan bahasa analogi..

“Salahkan apa yang Husna buat ini ya Allah..”, rintih hati kecilnya.

“Islam itu datang dalam keadaan Ghuraba (terasing), dan akan kembali dalam keadaan Ghuraba (terasing) jua..” Teringat Husna akan kata-kata ustaz didalam kelasnya suatu ketika dulu.

“Mungkin akulah Ghuraba saat ini..”, bisik hati kecilnya. Hatinya kembali bersemangat untuk bertahan dengan prinsip yang dipegangnya selama ini setelah teringat akan kata-kata ustaznya.


“Terima kasih Amri atas analogi ini..ana sgt tertarik dengan kata-kata anda, dan ana tahu ia ditujukan kepada ana.. respon dari ana, ana minta maaf buat sahabat-sahabat semua atas jawapan ana untuk tidak turut serta.. ana tahu, tidak ada salahnya pun kita menaiki kereta sekali cumanya ana hanya ingin menjaga nama baik keDUA ORANG TUA ana sahaja…

Bayangkan, kalau kita pergi  berkelah ini dan naik kereta sekali, nak ditakdirkan jadinya kemalangan, nauzubillah.. agak2 sahabat-sahabat rasa, apa yang orang kampong akan kata? Mereka tak akan kata si Aminah kemalangan tapinya yang akan dikata si Aminah kemalangan naik kereta sekali dengan lelaki bukan??..kita tak akan mampu nak tutup mulut masyarakat diluar sana melainkan kita usaha mengelakkan daripada dikata.. dan kita juga lepasan dari sekolah agama bukan, apa salahnya kita tunjukkan contoh pada yang lain, walaupun naik kereta berasingan, apa yang dirancang tetap berjalan..”, balas Husna kepada Amri.

Akhirnya kata sepakat diambil untuk menaiki kenderaan berasingan. Tenang hatinya tatkala itu…
Alhamdulillah setelah seharian program yang dirancang berjalan, akhirnya sampailah ia ke penghujungnya.. Semuanya mula menaiki kenderaan untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing, namun siapa sangka siapa duga, panas disangka hingga ke petang rupanya hadir jua hujan ditengah hari…

“DAMM! DAMM!”

Berlakunya kemalangan antara kereta Syamira dan Mohd. Syamira tidak sempat membrekkan keretanya apabila traffic  tiba-tiba jam akhirnya terlanggar belakang kereta Mohd… Syukurlah, tiada apa-apa yang berlaku kecuali kereta Syamira dan Mohd yang perlukan sedikit rawatan teknikal di bengkel.

Namun, setiap dari mereka yang mengikuti perkelahan ini memperolehi ‘sesuatu’ pengalaman daripadanya..Mujurlah, mereka menaiki kereta berasingan, jika tidak...

-----------------------------------

Selang beberapa minggu..

Satu mesej diterimanya daripada Amri..

“Terima kasih Husna ya atas teguran tempoh hari. Benar belaka apa yang dikatakan enti ya.. baru-baru ini, ana dan kawan-kawan satu universiti ada pergi melawat Pak Su Mid, salah seorang insan yang sangat zuhud.. dan nak dijadikan cerita kami menaiki kereta sekali lelaki perempuan, sedangkan masa tu, Pak Su Mid tak tahu langsung tentang ni..

Bila kami jumpanya, satu soalan yang terus ditanyanya, “kalian naik sekali ka..?”, Terkejut kami Pak Su Mid tanya begitu dan terus ditegurnya kami katanya, “Kalian bukan mahram, tetap kena jaga perhubungan, kalau boleh elakkan, elakkan naik sekali..nasihatnya penuh hikmah..”. Sama dengan apa yang enti pertahankan. Jakillahu khairan sekali lagi. Ana minta maaf.”

Hati kecinya berbisik, “Tak mengapa Amri, kerana melalui peristiwa ini juga aku belajar sesuatu yang sangat berharga.. Benarlah, bilamana sesuatu tindakan yang kita ambil mendatangkan rasa tenang, teruskanlah lakukannya kerana tenang itu sifatnya malaikat namun andai sebaliknya, jauhilah daripada melakukannya..Terima kasih ya Allah..”

----------------------------

“HUSNA!! HUSNA!! Mari tolong umi siapkan hidangan di dapur nie, tetamu dah datang..”, panggil umi.

“Allahuakhbar!! Astaghfirullah, Husna, Husna mengelamun lagi kau ya..” Tersentaknya dari lamunan yang panjang.

Terlihat pakaian raya yang dipakainya tatkala ini.. ia tersenyum sendiri..

“Alhamdulillah masih terjaga auratku dengan apa yang sedang aku pakai tatkala ini..ya, Aku Bahagia Menjadi Wanita Yang Memelihara Agamaku...”, Bisik Husna didalam hatinya.

“Baik umi, Husna datang ni ya..”, Sahutnya sambil tersenyum..


Nukilan Hati,
20 Ogos 2014.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^