Sunday 22 April 2012

Tips Mewangikan Mr.Cupboard anda ^_^


Bismillahirrahmanirrahim,

                 Salam mahabbah buat semua yang penulis kasihi kerana-Nya.. moga-moga tatkala ini masih terpelihara  dalam diri kita semua nikmat  Iman dan Islam yang menjadikan diri kita sangat beruntung berbanding makhluk ciptaan-Nya yang lain..alhamdulillah..

 sememangnya kita sebagai insan  biasa pasti suka berkawan dengan seseorang yang bersih dan sukakan kebersihan… benar bukan?? Bersih bukan sahaja dilihat dari segi penampilan kita dalam seharian tetapi juga termasuklah dengan semua perkara yang berkaitan disekeliling kita sama ada almari, kamar tidur, tandas kita dan sebagainya…

InsyaAllah pada entry kali ini, ingin penulis  kongsikan  beberapa tips yang amat mudah dan boleh dicuba dirumah masing-masing… tipsnya iaitu “CARA MUDAH UNTUK MEWANGIKAN ALMARI ANDA…^_^ ” tips ini bukanlah penulis ingin mengajak pembaca sekelian menghabiskan duit kalian dengan membeli produk wangian almari sama ada febreze, ambi pur dan sebagainya kerana penulis akui terlalu banyak wang yang lebih kita perlukan untuk berbelanja dalam hal lain berbanding menghabiskan duit semata-mata kerana hal yang agak remeh ini…

1.CARA PERTAMA


Bahan-bahannya,
   - Satu bekas sederhana kecil
    -Tisu (sebaiknya tisu yg tidak mudah bercerai spt tisu untuk lapik masakan utk lebih tahan)
    - Pelembut pakaian (seperti downy, soflan dan sebagainya)

Caranya;
1.masukkan cecair pelembut pakaian ke dalam bekas.
2.lipatkan tisu kemudian celupkan ia ke dalam bekas yang mengandungi pelembut pakaian tadi.
3.letakkan dalam almari anda insyaAllah dalam beberapa jam atau dalam sehari almari anda akan berbau segar.
4.tukarnya sekiranya sudah tiada bau.
Mudah kan (^__^)

2. CARA KEDUA



Cara lain yang mudah dan menjimatkan juga  ialah dengan menggunakan kulit limau.
1.letakkan ia didalam uncang yang diperbuat daripada kain nipis atau kain kasa seperti biasa yang kita lihat contohnya seperti cenderahati atau pewangi yang terdapat dalam bentuk uncang  di jual di kedai. 
2.tukarkan jika telah hilang baunya.

3. CARA KETIGA

Petua orang lama katanya, boleh juga letakkan beberapa helai daun pandan ke dalam almari kita. Dan tukarkan andai kata sudah hilang baunya. Cara ini juga katanya mampu untuk menghalau lipas. ^_^

p/s: cara yang kedua dan ketiga penulis perolehi dalam sebuah blog.. sekadar berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama..;-)
-------------------------------------------------------------------------------

Dari penulis, entry kali ini sebenarnya ingin penulis sampaikan bahawa banyak alternatif atau cara yang dapat kita ambil untuk melakukan sesuatu kebaikan dan pada masa yang sama kita masih mampu untuk berjimat dan bersederhana… sebenarnya Allah suka pada hamba-Nya yang bersederhana dalam semua perkara sama ada dalam kita berpakaian, makan, minum, tidur, berbelanja dan sebagainya…

Dan Allah amat sukakan kecantikan kerana bak kata pepatah Arab, “Allah itu cantik dan DIA sukakan kecantikan” … siapa kata kita tidak boleh berhias?? Boleh adik2 dan sahabat2 sekelian cuma bersederhanalah dan tidak berlebihan…

dan sedikit pesanan buat adik2 perempuan yang penulis kasihi, tidak mengapa sekiranya kita ingin memakai minyak wangi ketika ingin keluar rumah kerana jika kita tidak memakainya, siapa lagi yang ingin membeli produk itu yang dijual di pasaran kan?? Cumanya  kalau boleh usah berlebihan sangat bila kita pakainya ya.. bukan apa, takut bila kita melintas disebelah lelaki, mereka akan terbaunya… dan hukumnya kalau lelaki bau minyak wangi yang kita pakai akan membawa dosa ZINA..takut kan?? Andai kata adik2 dan sahabat2 yg penulis kasihi  ada melakukannya secara tidak sengaja atau sebelum ini kalian tidak tahu pun akan dosanya, tidak mengapa… lepas ini cubalah berazam pada diri untuk kurangkan dalam penggunaan ya…

Jadinya,cukuplah  memakainya sekadar untuk hilangkan bau badan atau untuk membolehkan kita rasa selesa apabila berhadapan dengan kawan-kawan perempuan kita.. Nampak kan yang Islam itu ajarannya mudah sangat cuma kita yang kadangkala salah faham dengannya…

Akhir kalam, “sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada Iman”… moga2 entry kali ini bermanfaat buat semua sama ada yang bergelar lelaki mahupun perempuan kerana dalam soal kebersihan, setiap dari kita punya tanggungjawab untuk menjaganya…

“Manusia yang memandang dengan pandanga akhirat akan sentiasa berjaga-jaga dalam setiap yang dilakukannya.. hatta berpakaian dia akan berpakaian dengan cara pakaian yang Allah redha… apabila berbicara, dia akan berusaha mengungkapkan perkataan yang Allah redha dengannya…”

“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat laksana anak-anak akhirat; melihat dunia dari jendela akhirat…”

Salam semarakkan amalan demi meraih cinta-Nya…

Wallahua’lam…;-)

Tuesday 17 April 2012

ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI MENJAWABNYA. [Siri 3: Perlukah Mencari Pasangan Hidup Sendiri??]



Bismillahirrahmanirrahim,

                  Salam mahabbah dari penulis buat semua yang  penulis kasihi kerana-Nya… Alhamdulillah bertemu kembali dalam  ruangan blogger ilmu kali ini… hari ini, sudilah penulis ingin menjadi Dr./Prof./ Murabbi  Cinta walaupun tidak diiktiraf dari segi pengalaman yang penulis miliki, namun cukuplah pengalaman insan2  di sekeliling penulis dapat penulis kongsikan bersama dan setidaknya menjadikan diri penulis sedikit matang dalam hal ini…  ^_^

jujurnya, apa yang kita nukilkan melalui penulisan atau apa sahaja, ia sebenarnya menggambarkan apa yang kita fikirkan.. setuju dengan hujah penulis?? Bukan kerana  terlalu memikirkan hal ini tetapi kerana saban hari tatkala penulis membuka laman mukabuku (facebook), pasti dipenuhi  post dengan perkara sebegini yang seperti mengajak penulis untuk turut  serta memikirkannya…  tidak mengapa selagi mana ia tidak mengganggu matlamat asal kita... moga-moga ia bermanfaat buat semua.. ambillah yang mana baik darinya untuk kegunaan diri…

Melihat kepada tajuk ini, pasti semua para hati yang sedang membaca entri kali ini tatkala ini hatinya sedang berbunga  riang bukan??  Sekiranya tatkala ini anda yang sedang membaca entri ini dalam keadaan tersenyum, tahniah penulis ucapkan kerana anda NORMAL tetapi sekiranya anda dalam keadaan masam mencuka atau dalam keadaan “berkerut-kerut” wajah anda tatkala membaca entri ini, cuba check kembali diri anda kerana agak bahaya penulis rasakan…. (^_^)

sejujurnya, cinta merupakan sesuatu yang fitrah disukai oleh setiap insan  bernama makhluk-Nya di bumi ini… jujur penulis katakan, bila mana kita hampir menjangkaui  usia  awal 20-an, ia pasti sesuatu yang menakutkan kerana soal cinta dan pembinaan “masjid” (perkahwinan)  akan mula dipersoalkan walau dimana sahaja kita berada hatta di rumah sekalipun pasti kedua ayah bonda kita mula bercerita si pemuda yang alim anak sahabat karibnya mahupun si gadis manis yang cantik di kampungnya…  benar bukan?? Tepuk dada, tanyalah pengalaman yang pernah anda alami…

jadinya, kita sebagai insan  biasa yang mempunyai fitrah anugerah dari-Nya, perlukah kita mencari insan yang bakal menjadi ibu kepada anak2 kita kelak?? atau mencari insan yang bakal menjadi pelindung buat kita kelak?? Atau perlukah kita hanya terus menunggu dan menunggu ia datang bergolek didepan mata kita??

insyaAllah pada siri “Anda Bertanya, Cerdik Pandai Menjawabnya” kali ini, sudilah penulis berkongsi  ilmu yang penulis dapati dalam majalah ilmiah Anis edisi 128 halaman 62 mengenai soal jawab  “Perlukah Mencari Pasangan Hidup Sendiri??” dalam ruangan soal jawab agama bersama Ustaz Wan Akashah yang merupakan zauj (suami) kepada Ustazah Bahiyah… sama-sama cuba untuk dapatkan majalah ilmiah ini dipasaran kerana terdapat pelbagai mutiara ilmu yang dapat kita perolehi didalamnya buat menyinari kehidupan  kita dengan cahaya Islam kelak insyaAllah..

Soalan: saya ada satu soalan mengenai jodoh. Seperti yang kita tahu bahawa jodoh itu Tuhan yang tentukan, jadi perlukah kita berusaha untuk mencari pasangan hidup kita??

Jawapan : Antara rukun Iman yang ke-6 adalah percaya kepada qada’ dan qadar. Tidak berlaku sesuatu itu melainkan dengan berdasarkan kepada sebab musababnya. Misalnya gagal seseorang itu dalam peperiksaan disebabkan tidak mentelaah atau terlupa ketika menjawab soalan dan sebagainya. Maka dengan sebab inilah Allah SWT menentukan qada’ dan qadarnya, bererti penentuan qada’ dan qadarnya berpunca dari manusia itu sendiri, bukan Allah yang menentukan sewenang-wenangnya.

Dengan ini, samalah halnya dengan masalah ini. Walaupun jodoh itu ditangan Tuhan, yakni sebelum anda berkahwin, Allah SWT telah dahulu mengetahui siapa bakal suami atau isteri anda tetapi kita manusia tidak mengetahui melainkan setelah berlaku.  Anda tidak kenal siapa suami atau isteri anda. Melainkan setelah diijab kabul, tetapi Allah Maha Mengetahui. Dan penentuan jodoh ini (qada’ dan qadar) adalah disebabkan dari pihak anda atau keluarga anda seperti menerima lamarannya, berkenalan melalui sahabat handai dan sebagainya. Maka dari situ, anda diperjodohkan adalah disebabkan dari manusia (anda dan keluarga), dan perkara ini telah pun termaktub di luh mahfuz yang dianggap sebagai qada’ dan qadar Tuhan. Kita sebagai menusia  tetap perlu belajar menerimanya dan mempercayainya kerana ia tergolong dalam rukun Iman. Jadinya, berusahalah mencari disamping berdoa memohon yang terbaik. Moga jawapan ini menjawab persoalan saudara. Wallaua’lam.



Dari penulis, entri kali ini penulis khaskan buat mereka yang telah bersedia untuk membina “masjid” (berkahwin)...  Buat adik2 yang penulis kasihi tatkala ini yang sedang dalam medan menuntut ilmu seperti bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, fokuslah dengan belajar terlebih dahulu… ingat ya bahawa pelajaran itu juga AMANAH dari kedua orang tuamu  untukmu laksanakannya  dengan sebaik mungkin..

1.Buat pasangan yang sedang bercouple, pilihlah jalan terbaik yang Allah redha denganmu. Cubalah berbincang baik-baik hal ini dengan kedua ibubapamu, insyaAllah mereka pasti memahami  dan akan cuba memberikan jalan penyelesaian yang terbaik dalam hal ini buatmu. Apapun, pastikan setiap apa yang dirimu lakukan, diredhai oleh ibu bapamu kerana  redha Allah terletak pada mereka.. mungkin saat ini dirimu diuji dengan ujian cinta sebegini… jadi, jangan cemarinya lagi dengan perkara yang boleh membawa maksiat kepada hati ya.. penulis yakin, anda tahu apa yang terbaik kan…??



2.Buat yang belum mempunyai insan  istimewa dalam hidupnya, usahlah dirimu khuatir.. apa yang penting, teruslah memperbaiki dirimu dan belajarlah mencapai cinta-Nya, cinta kepada agama-Nya dan cinta kepada amalan yang mendekatkan lagi dirimu pada-Nya… tak mengapa, sebenarnya engkau  masih punya insan2  yang menyayangi dirimu seperti keluargamu, sahabatmu dan makhluk ciptaan-Nya yang lain… yakinlah, tidak memiliki bukan bermakna dirimu tidak hebat… biarlah dirimu tidak menjadi bualan mereka didunia, namun  namamu menjadi bualan hangat seisi penduduk langit dengan hebatnya amalanmu disisi-Nya…

3.buat yang telah dimiliki, jagalah dirimu dengan sebaiknya … dekatilah Pencipta dengan lebih dekat agar kelak keredhaan dari-Nya anda perolehi dalam hidup ini… carilah kekuatan diri sebelum dirimu memasuki ke alam yang sesungguhnya  lebih mencabar iman dan sabar dalam diri….
.....................................................................................................................................................................
                sejujurnya, penulis setuju dengan kata-kata  Hilal Asyraf dalam buku karyanya, “Fanzuru”, bahawa untuk membina sebuah Baitul Muslim (keluarga yang mengamalkan cara hidup Islam), kita perlulah memikirkannya sejak dari zaman persekolahan lagi… tapi bukan bermakna beliau tekankan kepada kita saranan untuk mencari pasangan tetapi maksud beliau kita perlulah bermula untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu dengan melazimkan diri kita melakukan  amalan fardhu dan sunat sepanjang masa, memiliki sifat2 mahmudah (sifat baik) dalam diri, dan sebagainya… insyaAllah bila dua insan yang memiliki fardhu muslim (yang memiliki kekuatan dalaman dalam melaksanakan ibadah kepada-nya) yang hebat, pasti  sebuah “masjid” (perkahwinan)  yang dibina akan membentuk  sebuah Baitul Muslim (keluarga) yang kukuh  asas pegangan Islamnya dan mampu melahirkan anak-anak Islam kelak yang bakal menjadi penyambung dalam perjuangan  kita untuk tegakkan agama Islam…



akhir kalam, hormatilah setiap pendirian dan pendapat seseorang itu mengenai isu ini selagi pendapat dan prinsip  yang ia pegang tidak lari dari syariat Islam…yakinlah jodoh itu sebenarnya tidak pernah kita duga kerana tanpa kita sedar kadang-kadang sahabat sepermainan kita sejak kecil itulah yang merupakan jodoh kita atau seseorang yang teramat kita benci suatu ketika dahulu yang rupanya menjadi pasangan hidup kita.. yang pasti, bukan bermakna apabila kita pernah digandingkan dengan seseorang kerana pada pandangan sahabat sahabiah kita mereka  merasakan nampak sepadan, ia adalah jodoh kita kerana bukan bermakna nampak sepadan dimata manusia bererti sepadan dan sesuai pada pandangan-NYA… sesungguhnya pandangan DIA lah yang kita harapkan… berdoalah moga2 insan yang DIA redhai agama dan akhlak yang ada padanya yang akan menjadi pendamping kita kelak…

“ sesungguhnya satu jari kita tudingkan kepada orang lain, pasti empat jari akan kembali kepada kita…”.  setiap kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan..nauzubillah, semoga apabila  penulis diuji dengan ujian sebegini, masih ada peringatan dari-Nya buat penulis kerana ketika dan saat ini penulis ada mengingatkan orang lain...
apapun, kejarlah cinta-NYA terlebih dahulu  wahai diri…

salam mahabbah demi cinta Ilahi, wallahua'lam...-)

Sunday 15 April 2012

6 Langkah Muhasabah En. Nafsu...


Bismillahirrahmanirrahim,

            Salam mujahadah diri penulis ucapkan buat semua para hati  yang ketika dan saat ini sedang berusaha membaiki hati demi mencapai cinta Ilahi…bila kita bercakap tentang hati, pasti sedikit sebanyak akan dikaitkan dengan N.A.F.S.U… Benar bukan?? sepertimana yang kita sedia maklum, kebanyakan alim ulama dan ahli agama berpendapat, nafsu  adalah batu penghalang bagi memastikan perlakuan hati untuk tidak sampai kepada Allah. Selagi hawa nafsu masih bermaharajalela didalam hati, Allah tidak memasukinya kecuali nafsu itu dimatikan..



              sekiranya kita sedar, dalam kehidupan seharian kita pasti kadang-kadang kita rajin untuk melakukan sesuatu ibadah itu dan kadang-kadang teramat malas sekali… benar bukan?? Sebenarnya, itulah keadaan  nafsu kita yang sedang dikuasai sama ada oleh malaikat atau syaitan…

Pelbagai cara yang dapat kita ambil dalam usaha kita untuk mengawal nafsu kita demi mencapai cinta-NYA… penulis percaya, tatkala ini pasti semua semakin yakin dalam diri mereka bahawa hanya cinta-Nya lah yang amat kita perlukan dalam hidup ini bukan?? Tapi kadangkala kita sering tewas dalam mengawal nafsu kita untuk mengajaknya  melakukan amalan yang dapat mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya.. tidak mengapa, yang penting teruskanlah  mujahadah diri…

sejujurnya, kita tidak mampu mematikan nafsu yang terdapat dalam diri kita kerana nafsu juga ada yang sukakan kebaikan sekiranya kita bijak mengawalnya… jadinya, mari kita sama-sama  berusaha mengawal nafsu dalam diri kita agar sentiasa berada dalam kondisi cinta untuk melakukan kebaikan…

insyaAllah pada entri kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu yang penulis perolehi dalam sebuah buku “Dasyatnya Energi Syukur, Istighfar dan Muhasabah” karya Muhammad Azhar iaitu mengenai

:: ENAM TAHAP MUHASABAH NAFSU ::



.: TAHAP PERTAMA :. Musyarathah (Mengajukan Syarat)

                  Jika kita ingin berubah, cubalah kita bermula setiap pagi… tetapkan matlamat untuk berubah itu bermula dari pagi lagi agar ia dapat dijadikan kayu ukur kita sepanjang hari. Jika seseorang hamba selesai mengerjakan solat subuh, selayaknya dia mengosongkan hatinya untuk mengajukan beberapa syarat. Contohnya, hari ini seseorang itu berazam untuk solat awal dan berjemaah..


Dia katakan kepada jiwanya, “Aku sudah tidak punya masa lagi untuk berubah.. Bermula hari ini aku perlu ubah diriku jadi lebih baik.., “Wahai jiwaku, seriuslah hari ini untuk memenuhi pundi-pundi amalmu dan jangan engkau biarkan ia kosong. Jangan engkau berputus asa, bersantai-santai dan berbuat sesuka hatimu, sehingga engkau kehilangan darjat ‘iliyyin, sementara orang lain mendapatkannya…hari ni kau kena pastikan yang solat fardhu 5 waktu engkau berjaya solat awal      
    dan secara berjemaah…”

.: TAHAP KEDUA :. Muraqabah (Merasa Diri Dipantau Allah)

              Jika seseorang telah mewasiatkan dirinya dan memberikan beberapa syarat, tidak tersisa pada dirinya selain Muraqabah (merasa diawasi) dan merasa dirinya dipantau (Mulahazhah). Tersebut dalam hadith sahih mengenai tafsiran ihsan, ketika Rasulullah SAW  ditanya tentangnya. Baginda menjawab, “Ihsan iaitu engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekalipun engkau tidak melihat-Nya, yakinlah Allah pasti melihatmu..”

Muraqabah seorang hamba ketika menjalankan ketaatan ialah dia melakukannya dengan ikhlas dan muraqabahnya ketika melakukan kemaksiatan adalah dengan bertaubat, istighfar, menyesal dan bertekad meninggalkannya. Muraqabahnya terhadap masalah yang mubah (masalah neutral antara yang dilarang dan yang diperintah) adalah dengan memperhatikan adab dan kesyukuran atas kenikmatan yang dikurniakan … kesemua itu tidak kosong daripada muraqabah.

Jadinya, bila kita nak berubah dan pada masa yang sama syaitan sentiasa cuba mencucuk jarum dalam hati kita untuk kembali mengikut hawa nafsu, kita ingat balik yang Allah lihat apa yang kita sedang lakukan dan Allah dengar segala syarat yang kita telah buat itu… cubalah hadirkan rasa ihsan dalam diri kita ya…

.: TAHAP KETIGA :. Muhasabah (Mengaudit selepas Beramal)

                     Sebagaimana seorang hamba sebaiknya mempunyai waktu pagi untuk mengajukan syarat-syarat terhadap dirinya, selayaknya dia juga mempunyai waktu untuk mengaudit dan menilai dirinya atas semua yang telah dilakukannya, sebagaimana yang dilakukan seorang peniaga di dunia bersama rakan kongsinya di akhir setiap tahun, bulan atau hari…

Sebelum tidur, cuba kita refleksi balik sama ada apa yang kita syaratkan itu sudah berjaya dicapai untuk hari ini atau sebaliknya.. jika tidak, azamkan pada diri untuk kita lakukan yang lebih baik pada keesokan hari agar kita berjaya mengawal nafsu yang ada dalam diri kita ini…



.: TAHAP KEEMPAT :. Mu’aqabah (Menghukum diri sendiri kerana melakukan suatu kesalahan atau berbuat kebaikan yang sedikit)

             Jika kita refleksi diri kita dan mendapati masih sama sahaja keadaan kita tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu dalam diri kita, cubalah kita menghukumnya dengan sesuatu agar sedikit sebanyak dapat memberi  peringatan kepada diri kita untuk tidak melakukannya lagi… contohnya, jika kita berazam untuk solat berjemaah di masjid tetapi oleh kerana kita tidak sempat disebabkan oleh terleka melayari laman mukabuku (facebook), jadi kita hukumnya dengan cara membatalkan terus penggunaan internet di rumah… Nampak mudah tetapi pasti sukar untuk kita laksanakannya kan??

Sebagaimana diriwayatkan daripada Umar al-Khattab, suatu hari dia berangkat ke sebuah kebun dan kemudian dia kembali. Ketika itu orang Islam sedang menunaikan solat Asar. Dia lalu tersedar dan berkata, “Tadi aku berangkat ke kebun, dan ketika pulang ternyata semua orang telahpun solat Asar (beliau terlambat mengerjakannya). Sebagai gantinya, maka kebunku ini aku sedekahkan untuk manfaat orang-orang miskin…”

.: TAHAP KELIMA :. Mujahadah (Memaksimumkan)

                  Jika seseorang telah menilai dirinya sendiri dan masih melakukan kemaksiatan, sebaiknya dia menghukumnya kerana kesilapannya itu. Dan jika dia mendapati dirinya malas melakukan kebaikan atau malas berwirid, hendaklah dia menggantikannya dengan wirid lain. Sebagaimana yang dilakukan Ibnu Umar, jika dia tertinggal solat berjemaah, dia akan menghidupkan keseluruhan malamnya (dengan mengerjakan solat sepanjang malam). Ini sama ertinya dia menggunakan sepenuhnya jiwa dan memaksanya semaksimum mungkin..

Contoh mudah seperti kita berazam untuk sentiasa solat awal… oleh kerana kita selalu terleka kerana menonton televisyen, kita wajibkan diri kita untuk berada di atas sejadah 10 minit sebelum masuknya waktu solat… insyaAllah hasrat kita untuk solat awal pasti tercapai juga setelah mujahadah keempat tadi kita telah membatalkan penggunaan internet...sudah tiada ganngguan lagi dalam nafsu kita untuk melaksanakan apa yang kita azamkan dalam diri itu…



.: TAHAP KEENAM :.Mu’atabah (Mencela dan Mengkritik Jiwa)

                   Kata Anas: Aku pernah mendengar Umar al-Khattab yang ketika itu masuk ke dalam sebuah kebun, aku dan dia dipisahkan oleh tembok. Dia berkata : “Hi, Umar al-Khattab amirul mukminin, wahai Umar, engkau bertakwa kepada Allah atau Allah menyeksamu!”

Contohnya, walaupun kita telah membatalkan penggunaan internet, berada di atas sejadah 10 minit lebih awal, tetapi belum berjaya mengawal nafsu, cubalah kita kritik jiwa kita agar kembali beringat semula apa yang kita inginkan sebenarnya… contohnya, “hi khairi, kata tadi nak berubah jadi lebih baik untuk kawal nafsu kau dengan  solat awal dan berjemaah tapi  nampak macam sama ja kau macam dulu… malu la khairi pada Pencipta kau…!!”



Akhir kalam, semoga kita semua berjaya dalam mujahadah nafsu ini… sama-samalah kita berusaha menjaga hati kita dengan sebaiknya… sebenarnya, percayalah bila kita nak capai cinta Ilahi, mujahadahnya amatlah perit kerana kita pasti tidak akan terlepas dengan ujian darinya-Nya sama ada ujian kesihatan, ujian hati, keluarga atau sebagainya… semua itu adalah kayu ukur sejauh mana sabarnya kita menghadapi ujian dari-Nya demi cinta-Nya yang teramat mulia itu…ingatlah selalu bahawa “mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis… ”

Kata khalifah Umar al-Khattab: “Nilailah dirimu ketika berada dalam kelapangan sebelum kesusahan. Sesungguhnya sesiapa yang menilai dirinya sendiri, ia redha dan senang hati apabila datang kesusahan. Barangsiapa yang selalu lalai didalam hidupnya kerana sibuk dikuasai nafsu, ia menyebabkan penyesalan dan kerugian..”

Sinarilah hatimu dengan cahaya kecintaan kepada-Nya… wallahua’lam..;-)





Tuesday 10 April 2012

TEGURAN BUATMU WAHAI DAIE...


Bismillahirrahmanirrahim,

Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?


Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

dari penulis, kata-kata ini penulis perolehi daripada seorang sahabat... semoga kata-kata ini memberi inspirasi dalam diri kita sebagai insan yang bergelar pembawa agama agar kita sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik... sama-sama kita berusaha menjaga sahabat-sahabat, keluarga, dan insan-insan yang kita sayangi agar tatkala syurga-Nya kita perolehi kelak, biarlah insan-insan ini turut ada bersama kita  didalamnya....yakinlah, kitalah para pemuda dan pemudi harapan agama yang menjadi kudwah hasanah buat mereka di luar sana... 
jika bukan kita, siapa lagi nak bawa Islam??
jika bukan sekarang, bila lagi??
jika bukan disini, di mana lagi??

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya.. andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya... tapi hakikat perjuangan ini bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga... Andai rebah, bangkitlah semula... Andai terluka, ingatlah janji-Nya..."

selamat  berjuang untuk agama-Nya... wallahua'lam...;-)

Monday 9 April 2012

Kreatif Bila Ajak Adik Tunaikan Solat...^_^


Bismillahirrahmanirrahim,

                  Salam kebahagian dari penulis buat semua…alhamdulillah dengan izin-NYA dapat lagi jari jemari ini menari-nari di atas papan kekunci untuk berkongsi sesuatu yang mungkin berharga buat semua yang penulis kasihi… sudah mencuba tips minggu lepas mengenai cara untuk membuat kentang vedges ?  jangan lupa ya mencubanya…


Adakah anda mempunyai adik di rumah yang berusia dalam lingkungan 5-9 tahun?? Sekiranya ada, cuba fikir sejenak, bagaimana rasanya tatkala anda ingin menyuruhnya solat?? Adakah perlu lari berkejaran  umpama di padang trek?? Atau perlu menyediakan sebaldi air supaya dapat membangunkannya untuk tunaikan solat?? Atau perlu menjerit sekuat hati umpama pemenang anugerah vokal terbaik?? 

Hmm (senyum sopan), hebat kan kalian yang bergelar kakak atau abang kerana sangat kreatif dapat melakukan perkara2 sebegitu semata-mata ingin mengajak adik kalian menunaikan solat yang merupakan tiang agama dalam Islam.. apapun, penulis amat berbangga sekiranya mempunyai abang atau kakak seperti kalian…^_^

             insyaAllah pada perkongsian kali ini, sudilah penulis berkongsi satu cara yang kreatif dan agak menarik sebagai alternatif untuk kita membiasakan adik-adik kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam…penulis yakin dan percaya setiap insan yang bergelar abang atau kakak pasti mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya bukan?? Agar apabila mereka besar kelak akan menjadi insan yang berguna… jadinya, perlulah didikan tersebut mengikut acuan Islam  sejak dari kecil lagi kerana pepatah Melayu ada mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya…”.
mungkin pada mereka yang tidak punya adik akan menganggap perkara ini mudah bukan?? Tetapi ia tidak sama sekali kerana untuk mendidik seseorang supaya rajin melakukan sesuatu perkara yang bukan menjadi kebiasaannya, bukanlah sesuatu perkara yang mudah…jadi, sama-sama kita ketahui caranya...

sebenarnya, seperti yang kita sedia fahami, kanak-kanak amat menggemari KESERONOKAN sama ada bermain, mendengar muzik sambil menari, mewarna dan sebagainya… jadinya, cubalah kita memahami keadaan mereka dan pada masa yang sama kita ambil kebaikan disebalik itu… itulah salah satu metodologi dakwah.. tapi bagaimana ya??begini caranya,

BAHAN-BAHAN:
-kertas putih
-pensel warna
-soletip

CARANYA:
1.lukiskan sepohon pokok  yang mempunyai;
-ranting: 7 (mewakili 7 hari dalam seminggu)
-daun : setiap ranting harus mempunyai 5 helai daun (mewakili 5 solat fardu dalam sehari)
-buah: setiap ranting harus mempunyai 1 buah (mewakili bacaan al-Quran/iqra’/muqaddam)



2. kemudian disetiap ranting, letakkan hari dan disetiap helaian daun, letakkan waktu (subuh, zohor, asar, maghrib da isya’) 
cara ke-2


3. letakkan arahan kepada adik2 untuk warnakan;
-daun: (warna hijau sekiranya solat/ warna kuning sekiranya tidak solat)
-buah:( warna merah sekiranya baca al-quran/ warna hitam sekiranya tidak membacanya dalam sehari)

cara ke-3

4.lekatkan gambar tersebut ditempat yang boleh dilihat seperti di bilik tidur/almari/cermin atau tempat2 yang sesuai..
cara ke-4





            Sebaiknya, permainan ini dimainkan oleh mereka yang mempunyai adik-adik yang lebih daripada dua orang agar membolehkan mereka bersaing kerana apabila mereka bersaing, ia akan memberi satu perangsang semangat dalam diri mereka untuk melakukan sesuatu perkara itu… insyaAllah, lama-kelamaan adik-adik kita akan jadi terbiasa untuk tunaikan solat tanpa perlukan pokok ini lagi...
jangan lupa sebagai ganjarannya, hadiahkan kepada adik kita yang menang dalam permainan ini sesuatu yang disukainya sama ada  kerana mereka berjaya untuk tidak meninggalkan solat atau berjaya mengurangkan kadar tinggal solat dalam seminggu berbanding minggu sebelumnya… hal ini demikian kerana kanak-kanak amat menggemari sebuah penghargaan sama ada berbentuk hadiah, pujian dan sebagainya…

                   memang benar kita tidak boleh selalu menjadikan hadiah atau ganjaran sebagai syarat dalam mengajar adik2 kita menunaikan perintah-NYA tetapi percayalah, untuk mendidik keikhlasan dalam diri itu bukan suatu perkara yang mudah terutamanya  bagi seorang kanak2 yang baru meningkat usianya…
penulis terasa amat bahagia tatkala melihat adik2 penulis berkejar-kejar ke almari masing-masing selepas solat semata-mata untuk mewarnakan pokok kepunyaan mereka… percayalah, itulah kegembiraan yang amat bermakna bagi seorang kakak atau abang tatkala melihat insan yang disayanginya  menunaikan perintah-NYA walaupun usia mereka tatkala itu amat mentah…


            dan pesanan penulis buat mereka yang telah dewasa tetapi masih sukar untuk konsisten dalam menunaikan ibadah, cubalah kalian belajar untuk konsisten dalam tunaikan perintah-Nya… apa salahnya, anda  menghadiahkan diri anda sesuatu yang istimewa sekiranya anda berjaya tunaikan solat dalam seminggu tanpa tinggal sama ada memberi ganjaran dengan pergi makan atau membeli belah atau sebagainya… ataupun, cuba lekatkan kata-kata semangat dicermin atau sebagainya sebagai galakan dan peringatan buat diri kalian untuk tidak tinggalkan solat lagi… berdoalah selalu kerana DIA Maha Mendengar suara hati hamba-NYA yang bermunajat kepada-NYA… insyaAllah, Allah pasti bantu kita kalau kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.. yakinlah..

cubalah dan rasailah kegembiraannya..^_^


Akhir kalam, moga perkongsian ilmu kali ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham dalam diri kita dalam usaha menjaga adik-adik kita yang masih kanak-kanak… didiklah adik-adik kita sejak kecil lagi dengan cara hidup Islam…jika bukan kita yang menjaga ahli keluarga kita, siapa lagi yang akan menjaganya?? Tepuk dada tanyalah iman… penulis sudahi dengan kata-kata muhasabah diri;

"Jika dalam diri seseorang tertanam keyakinan bahawa yang mengecewakan tidak selamanya ada atau ia pasti akan berakhir, pasti ia akan menghasilkan tenaga dan mendorong fikiran yang positif… pasti dia akan bersemangat dan terdorong untuk memaafkan masa lalu dan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik bukannya menjadi trauma dengan peristiwa masa lalu yang menyebabkan dia berputus harapan… pastikan DIA itu adalah kita…"

Salam muhasabah diri  kearah kebaikan.. wallahua’lam…


Wednesday 4 April 2012

ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI MENJAWABNYA. [Siri 2: Kakiku, Adakah Engkau Aurat??]


Bismillahirrahmanirrahim,
                Salam mahabbah buat semua pencinta ilmu yang penulis muliakan… Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam ruangan ilmu “ANDA BERTANYA,CERDIK PANDAI MENJAWABNYA..”. untuk entri kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu dengan semua berkaitan  hukum aurat kaki  seorang wanita yang sering kita sebagai wanita hari ini terlepas pandang….


Sesungguhnya, kaki merupakan anggota yang membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat kita pijak, beralas atau tidak dengan menggunakan kaki.... sedar tidak sedar, kakilah  juga  yang merupakan salah satu anggota badan kita yang akan bersuara mewakili kita kelak tatkala kita disoal di hari pembalasan nanti.. subhanAllah, hebat kan peranan kaki kita?? Jadinya, hargailah ia dengan mengarahkannya pergi ke tempat-tempat yang berfaedah…


Ayuh kita sama-sama ketahui hukum  aurat kaki berdasarkan pembacaan yang penulis perolehi dalam sebuah majalah ilmiah Solusi isu No. 38 ( Syurga Itu Benar) di halaman 63… sama-sama kita berkongsi ilmu…


Berdasarkan pendapat mazhab yang telah kita ketahui, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat. Hanya pendapat mazhab Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki itu bukan aurat.

Ini dan Ini Aurat

Apakah yang dimaksudkan dengan “yang biasa nampak daripadanya??”  Sa’id bin Jubir  meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud ayat tersebut ialah wajah dan kedua-dua tapak tangan (Tafsir al-Quran al-Azim).
Pendapat yang sama turut dikongsi oleh al-Dahhak dan al-Auza’i, namun ada beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud yang berpendapat ia bermaksud pakaian…

CABARAN MENUTUP KAKI DAN PENYELESAIANNYA ^__^



Penulis percaya, ada wanita yang mengalami masyaqqah(kesulitan) menutup kaki sama ada dengan berstoking, memakai kasut bertutup atau dengan melabuhkan pakaian mereka sehingga menutup kaki. Apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang terkenal sebagai negara yang menerima taburan hujan yang lebat, pasti agak menyukarkan.

1. wanita harus faham disini, konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stoking sahaja. Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai wanita Arab mempunyai maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga meleret, namun tidak sampai ke tahap berbangga-bangga dengan pakaian labuh.

2. memakai kasut bertutup pada waktu hujan tanpa perlu memakai stoking juga boleh diterima dari segi praktis, asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai. Oleh itu, tiada istilah stoking basah berkali-kali dalam sehari lagi ya…^_^

3. jika berada di rumah pula terutamanya di kampung, kadangkala susah hendak kita menutup aurat  kaki dengan kehadiran ipar-duai, sepupu dan sebagainya. Dalam situasi seperti ini, mujahadahlah sedikit dengan meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi beberapa kelonggaran jika berada didalam rumah.


             Akhir kalam dari penulis, sama-samalah kita berusaha melaksanakan perintah  Pencipta kita ini… yakinlah wahai wanita sekalian, setiap apa yang Allah perintahkan kepada kita untuk melakukan sesuatu, pasti ia terselit hikmah kebaikan buat diri kita…

           Sesungguhnya Islam itu ajarannya mudah Cuma kita kadangkala memberatkannya… sematkanlah dalam diri kita perkataan “CUBALAH DAHULU” dalam apa sahaja suruhan yang DIA perintahkan kepada kita untuk lakukan…usahlah menolak terus tanpa belajar dahulu mengetahui kebaikan disebaliknya.. tidak mengapa andai ia memerlukan tempoh masa yang lama untuk kita biasakan diri kita memakainya.. lama-kelamaan, insyaAllah pasti akan lahir  satu perasaan andai diri kita istiqamah menjaga batas aurat kita…

               hayatilah firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat…” (Surah al-A’raf 7:26)

               “takwalah yang memotivasikan seseorang wanita itu sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Pencipta kita…”tepuk dada, tanyalah imanmu wahai diri… jika masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal…



              "tatkala langkahmu ingin keluar dari rumah, tanyalah dirimu terlebih dahulu; 'adakah Allah redha dgn apa yang aku pakaikan  tatkala ini dan adakah pakaianku ini mampu meruntuhkan iman para pemuda harapan Islam diluar sana..??.."... 


           ingatlah duhai wanita  “Sesungguhnya menjadi SOLEHAH itu bukanlah satu pencapaian tetapi ia merupakan satu proses yang penuh dengan onak dan duri bagi memperolehinya… mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis…” salam mujahadah diri dari penulis buat semua… wallahua’lam…;-)

Tuesday 3 April 2012

Kerana-MU ku Temui Jalan Pulang...


Bismillahirahmanirrahim,

“Bilaku kenang kembali,
Perjalanan hidupku sebagai musafir-NYA,
Dibumi nyata ini,
Ku menangis sendiri…

Dulu ku gembira dengan kejahilan yang ku lakukan,
Kini ku menangis kerana DIA sudi membawaku pulang ke jalan-NYA….
Tidak ku duga jilbab labuh menjadi pilihanku kini….

Tidak pernah ku terfikir di kalbuku,
Tapi DIA telah merancang segalanya buatku,
Subhanallah…perancangan-NYA begitu rapi sekali…
Memberikan  tarbiah agama dalam diriku…
Agar ku mampu mengejar gelaran
“MUSLIMAH MUKMINAH”
Baruku sedar bahawa diriku cukup berharga dalam perjuangan ini…
Akan ku islah diriku buat mu ISLAM,
Akan ku tekad menjadi sayap kiri dalam perjuangan agama-NYA…
Walaupun ku tidak mampu bergelar SRIKANDI UMAR,
Cukuplah gelaran SRIKANDI ABU BAKAR ku kecapi,
Yang pasti ku punya caraku tersendiri dlm perjuangan agama ini…
Satu ucapan yang meniti dibibirku,
TERIMA KASIH buatmu wahai PEMILIK HATIKU…
TERIMA KASIH atas nikmat IMAN dan ISLAM yang telah Engkau anugerahkan buatku…”


Dari Penulis: buat para hati yang yang ingin berubah, berubahlah selagi punya peluang... beriilah dirimu peluang... kasihanilah dirimu yang ingin berubah...
janganlah jadikan kesilapan masa lalu sebagai penghalang untukmu berubah ke arah kebaikan... anggaplah kesilapan lalu sebagai tarbiah peringatan buat-NYA kepadamu... setiap dari kita pernah melakukan kesilapan hatta diri penulis sekalipun... jadii, sematkanlah tekad dalam dirimu... dan buat para hati2 yg sedang membaca entri ini juga, usahlah kita berubah kerana seseorang tapi berubahlah  kerana-NYA sebab berubah kerana sesuatu yang tidak pasti, ia tidak akan berkekalan tetapi andai kita berubah kerana Allah, insyaAllah ketenangan akan kita perolehi kerana DIA lah matlamat hidup kita sebenarnya.... berusahalah ya wahai diri.. salam tarbiah memperbaiki diri... 

"Pandangan hati selalunya lebih tepat berbanding pandangan mata kasar.. mata hati yang dipandu oleh cahaya Ilahi akan menyuluh kehidupan ini..."

wallahua'lam..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^