Wednesday 30 December 2015

Bicara Ini Demi Ilahi, Kita Pembawa Qudwah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Untuk yang kesekian kalinya, diri ini hadir memula bicara walau hadirnya nya ini hanya diberi secebis kekuatan bagi menutur bicara bisu ini.

Buat shbt2 yg dimuliakan, mulianya kita kerana menjadi pilihan Allah..
Mulianya kita dipilih Allah berada dalam bidang ini..
Mulianya kita berbanding insan lain..



BIDANG PENGAJIAN ISLAM...
Bidang yang padanya memberi peluang untuk memahami agama ini..
Tidak kurang juga menjadi pewaris para Nabi..
Kerana melalui pemahaman ini dapat kita memberi dakwah kepada insan-insan..
Bidang yang padanya terlalu banyak hamparan pahala yg ingin diberikan olehNya buat saham akhirat kita kelak..
Namun, disebalik kemulian pasti ada ujiannya..

Dalam kita berdakwah, kita dulu perlu didakwahkan..
Kerana sejarah telah membuktikan,
Qudwah qabla dakwah jauh memberi 1001 kesan dihati insan2 yg dahagakan tarbiah Islam dalam diri..

Namun dimana silap kita..
Bilangan pelajar pengajian Islam semakin ramai dikampus kita,
Namun, kenapa maksiat semakin bermaharajalela,
Kenapa tiada lagi rasa "malu" dalam jiwa insan2 utk berdua-duaan berlainan jantina hari ini..
Kenapa semakin banyak masalah akhlak terjadi..
Walaupun kita pelajar pengajian Islam semakin ramai merangkul dean list,
Semakin ramai cemerlang akademiknya. 
Mengapa dan mengapa..

Mungkin kerana..
Silap kita..
Ya silap saya dan kamu..
Sebagai pelajar pengajian Islam..
Kita yang memulakan tidak menjaga perhubungan, kerana itu semua ini berlaku..
Kita yang tidak menjaga jarak batasan pergaulan lelaki dan perempuan, kerana itu semua ini berlaku..
Kita yang mempelajari agama, namun tak mampu menterjemahkan dari sudut qudwah, kerana itu semua ini terjadi..
Kita yang seolah2 tidak faham hukum bercouple itu sendiri, kerana itu semua ini terjadi..

Ya sememangnya ia bermula dari kita..
Setiap bidang punya amanah dan tanggungjawabnya yang tersendiri..
Makanya kita jua punya amanahnya..
Mereka diluar sana tidak tahu maka tugas kitalah yang harus memberitahu..
Maka sedarilah dan perbaikilah..

Kerana kasihku kepadaNya diriku menutur bicara ini...:-(


Monday 14 December 2015

Sahabat Solehah..



"Sahabat itu seperti angin yang berlalu, tidak selamanya sentiasa di sisi kita, namun saat adanya pastinya mendamaikan jiwa kita..."

Terima kasih sahabat solehah penulis semua.. :-)

Perjalanan yang masih jauh di hadapan...moga beroleh redhaNya dalam setiap langkah perjalanan ini...


Catatan 9.41 am.
14/12/2015.

Wallahua'lam.

Wednesday 9 December 2015

Allah Sebaik-Baik Penjaga..

Titt..titt..titt.. (Satu mesej diterima)

Terganggu fokusnya mengulang kaji bila mana mesej daripada telegram diterimanya berulang kali seolah-olah memanggil-manggil meminta untuk dibuka.

Hmm...Keluhnya kepenatan.

"Ada tak ya sehari ingin sekali aku lari dari dunia yang lalai ini...".Penat menguruskan dunia daripada menguruskan urusan akhirat. Keluh Wafa buat kesekian kalinya.



"Assalamualaikum ukhi, sihat ke ye? Boleh ke saya nak jumpe akak bile akak free? ", Mesej daripada seorang adik yang baru dikenalinya beberapa hari lalu. Namun, mungkin kerana ikatan hati yang ada menjadi sangat selesa bergaul dengannya. 

Owh mesej dari adik Syakina rupenye, Wafa kembali tersenyum..

Wajahnya kembali berkerut.. Masa lapang? Soalan yang pada diri Wafa teramatlah mencabar untuk dijawab sesukar soalan Matematik tambahan yang pernah diambilnya ketika SPM dahulu..

Diambilnya buku catatan peribadi, melihat jadual harian, "8-10 pg kelas, 11-1 tgh hari kelas, 2-4 ptg kelas, 4-6 ptg kelas, 6-7 mlm meeting kelab, 7-9 mlm program surau, 9-11 mlm meeting persatuan, 11-1 pagi bantu sahabat jualannya, 1 pagi siapkan presentation subjek.. hampir begitulah jadual sehariannya..". Wafa memandang kosong jadualnya.

Dik Syakina, apa ya yang dapat akak balas untuk menyejukkan hatimu ini.. akak memang tersangat-sangat sibuk diakhir minggu ke-13 ini... monolong Wafa didalam dirinya..

Terlalu banyak kali terpaksa Wafa menolak permintaan srikandi kecil ini untuk bertemu, bukan kerana masalah kewangan dan jauh sekali masalah peribadi. Namun, sejujurnya beliau tidak pernah menafikan hanya balik ke bilik asrama setiap hari hanya untuk tidur di malam hari. Selebihnya, urusan kelas, persatuan, surau dan banyak lagi menjadi keutamaannya. Terlalu diuji dengan masa, bimbang dihati kecilnya andai insan2 disekelilingnya makan hati seolah-olah menjauh hati. Allahurabbi, sakit perasaan ini.

"Bukan diriku yang memegang hati-hati mereka yang kusayangi, Engkaulah yang sebaik-baik Penjaga...maka jagalah mereka untukku dan percukupkanlah keperluan mereka walau tanpa diriku di sisi mereka..". Itu sahaja yang mampu didoa oleh Wafa saat ini..


-----------------------------------------------------------

Titt..titt..titt.. (Satu mesej diterima)

Tersentak Wafa dari lamunannya. 

Tersenyum wajahnya tatkala tertera di kaca skrin mesej tersebut adalah daripada adik Syakina.

"Mabruk alaik kak, selamat bergraduasi hari ini... ^_^"

Baru sahaja teringat adik ini, terus terima mesej darinya. Kuatnya ikatan hati ini. Mungkin dia tak pernah lupa mendoakan diriku seusai solatnya dan seusai bacaan mathuratnya, terfikir Wafa dihatinya.

Alhamdulillah hari berganti hari, masa berganti masa, rasanya seolah-olah seperti baru semalam peristiwa ini berlaku namun cepat sahaja ia berjalan, rupanya telah 3 tahun diriku dibumi tarbiah ini bermakna 3 tahun peristiwa ini telah berlaku. Alhamdulillah2 baiknya Allah.

Hingga ke saat ini kami masih berbaik seperti seorang adik dan kakak, masih baik seperti dahulu. Benarlah Allah sebaik-baik penjaga, maka mohonlah pada Dia. Dan hingga ke saat ini juga diriku sentiasa terfikir, rupanya diriku telah melalui masa-masa yang dahulunya diriku rasakan ianya sukar dan tak pernah terfikir akanku mampu hadapinya. Tapi hari ini menjadi buktiku berjaya mengharunginya masa-masa sibukku dahulu.

Ucapanku satu sahaja, terima kasih ya Allah. Semuanya kerana Dia yang sudi meminjamkan kekuatan buat diri ini. Tanpa bantuan dariNya, teramatlah mustahil untuk menghadapi ujian-ujian yang ada ini. Terima kasih wahai pemilik hati ini. Alhamdulillah2 sayu dihati ini tatkala mengenang segalanya. Betapa baiknya Allah pada kita.


------------------------------------------------------------------
Akhir kalam, hebat bukan Allah? Alhamduillah.. benar, dalam hidup ini kita dikejutkan dengan berbagai perkara. Sehebat manapun peracangan manusia, perancangan Allah jauh lebih hebat untuk mengubah segalanya walau kadangkala diakal terbatas kita ini mustahil segala itu berlaku tapi di sisi Allah, segalanya tidak mustahil.. alhamdulillah Allah Maha Hebat. Takbir!!

Pengakhiran sebuah pelayaran, husnul khatimah..




Wallahua'lam.



A'la Liqa Tahun 2015...

Bismillahirrahmanirrahim,

Setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya,
Setiap yang manis, pasti akan ada yag pahitnya,
Mana mungkin hidup ini dipenuhi dengan segala keindahan semata-mata,
Tanpa adanya sesuatu yang menggugat iman dijiwa ini..

Alhamdulillah 2015 bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi..
Selamat jalan tahun 2015,
Tahun yang memberi diri ini 1001 pengalaman,
Pengalaman yang ada kalanya hampir jatuh tersungkur,
Pengalaman yang ada kalanya mengajar diri ini erti sebuah kehidupan..
Yang pastinya semunya akan menjadi satu memori kenangan yang akan diingati hingga ke saat diri ini meninggalkan bumi Penyu ini.

Bersama dengan mereka kali ini, 
Ada banyak ragamnya,
Ada banyak ideanya,
Ada banyak semangatnya..
Namun, bersama mereka diri ini belajar mengenal diri..

Buat ahli keluarga Dakwah sem 3, terima kasih memberi peluang bersama kalian, bersama mencipta kenangan, bersama bersusah senang menimba ilmu didada.. hanya berbaki setahun stgh sahaja lagi bersama kalian. Kalian hebat hakikatnya. Moga sinergi bersama mengembalikan semula biah solehah di bumi ini.

Buat saf kepimpinan Dakwah sem 3, terima kasih memberi peluang bersama, bersama kita menjaga kos, menjaga Islam didalam kos kita, moga2 Allah menilai setiap usaha kecil kita ini.





Akhir kalam, sekadar berkongsi kata berkongsi rasa. Lihatlah dunia dengan pandangan akhirat, maka kita akan kembali tersedar bahawa kita semua hanyalah pemusafir di bumi ini sahaja. 

#Langkah ini langkah kita bersama. 

Salam sayang keranaNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^