Sunday 27 May 2012

Ruang Dapur : Resepi Kentang Lecek (Mashed Potato)


Bismillahirrahmanirrahim,

               Bertemu kembali buat semua yang penulis  kasihi. InsyaAllah pada entri kali ini, ingin sekali penulis berkongsi mengenai masakan pula. Masakan ini hanyalah masakan yang ringkas. 

                Jika ingat lagi untuk entri yang lepas, penulis ada berkongsi tentang cara2 untuk membuat kentang wedges umpama KFC bukan?? ^_^ jadinya, hari ini penulis ingin berkongsi pula cara untuk  membuat kentang putar atau nama lainnya; KENTANG LECEK (MASHED POTATO) ala2 yang dijual di KFC…^_^


Bahan-bahan:
·         4 biji kentang (dibelah 4 bahagian setiap satu)
·         Garam secukup rasa
·         2 sudu besar mentega atau margerin
·         ½ cawan susu penuh krim panas (sama ada jenama fernerleaf, dutch lady, dan sebagainya)
·         Sedikit lada sulah

Cara Membuatnya:

1.masukkan kentang yang sudah dipotong ke dalam bekas besar dan curahkan air separas dengan kentang. Kemudian,masukkan sedikit garam dan biarkan hingga mendidih.

2.perlahankan api, tutup periuk dan biarkan selama 15-20 minit atau sehingga kentang empuk. (untuk tahu sama ada ia telah empuk atau tidak, cucuk dibahagian tengahnya).

3.sementara itu panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih (boleh juga terus gunakan air panas bila ingin membancuh air tersebut). Keluarkan mentega agar lembut dalam suhu bilik atau panaskan sebentar didalam ketuhar. p/s: jangan gunakan susu sejuk atau mentega sejuk.

4.apabila kentang telah empuk, angkat dan curahkan airnya. Tuskan kentang serta merta. Biarkan sehingga kentang benar-benar kering selama 15 minit.

5.Naikkan periuk kembali ke atas dapur dan kacau kentang sehingga airnya kering. Ini untuk mengelakkan agar kentang lecek tak berair. Gunakan api perlahan.

6. bila sudah kering, lecekkan kentang hingga lumat dengan menggunakan sudu atau senduk. Kemudian, naikkan semula periuk ke atas dapur.

7.masukkan mentega suam, susu panas, sedikit garam, dan lada sulah.

8. gaul rata hingga kentang memekat dengan api perlahan.

9. angkat dan masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan. (hidangan untuk 4-5 orang)

p/s:untuk sosnya, InsyaAllah dilain hari penulis berkongsi ya ^^


kentang putar tanpa sosnya

………………………………………..

Buat mereka yang sedang merantau di negara orang, bolehlah mencuba resepi ini kerana sememangnya kita tahu rahsia disebalik kentang itu, ia umpama gantian kepada beras yang merupakan makanan ruji masyarakat negara kita. Kandungannya mempunyai karbohidrat yang tinggi mampu untuk membekalkan tenaga dalam diri kita… masakan ini juga boleh dihidangkan ketika kita minum petang bersama keluarga tersayang. Untuk menyedapkan lagi, anda juga bolehlah menghidangkannya bersama-sama dengan roti.

Nasihat penulis, sekali sekala anda ingin memasak masakan ini tidak mengapa. Jangan selalu ya kerana khuatir kita yang menyebabkan obesiti berlaku dalam ahli keluarga kita dek kerana terdapat pelbagai jenis nutrisi dalam kandungan masakan  kita ini ^_^..
Moga2 bermanfaat buat semua.

Wallahua’lam;-)

Syahadah,
27 Mei 2012
7.10 pm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^