Tuesday 1 May 2012

Apabila Keimanan Kita Dipertikaikan...


Bismillahirrahmanirrahim,

              Salam penuh kasih sayang kerana-Nya dari penulis buat semua… moga2 masih subur dalam kalbu kita kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya… pada penulisan kali ini, sudilah penulis berkongsi sesuatu buat semua… agaknya pernah tidak kalian semua diuji atau dalam erti kata lain merasai sebuah kesedihan?? Sama ada mengalami kehilangan barang yang  disayangi atau kegagalan dalam sesuatu perkara atau sebagainya?? Pasti pernah bukan?? Tetapi,  berterima kasihlah kepada-Nya kerana semua pengalaman itu menjadikan kita sekuat dan setabah ini pada hari ini… alhamdulillah..

bila kita merasai rasa itu, bersyukurlah kerana bukan semua makhluk ciptaan-Nya di beri peluang untuk merasainya… agak2, apa ya yang anda lakukan sekiranya anda rasa sedih?? Makan?? Tidur?? Atau apa?? Yang pastinya,penulis percaya  kita semua punya cara tersendiri untuk merawatnya bukan?? Cuma harapan penulis usah pilih jalan mudah dengan menamatkan riwayat hidup anda kerana ia BERDOSA BESAR

kali ini, penulis ingin berkongsi salah satu terapi yang dapat kita gunakan bagi merawat duka dihati.. sedar tidak siapa yang memberi kita rasa sedih itu?? Pasti DIA yang mencipta kita bukan?? Jadinya, penawarnya pasti dari-Nya juga iaitu semestinya Al-Quran





                  penulis ingin mengajak kalian, cubalah dapatkan al-Quran yang mempunyai tafsir… terlalu banyak yang dijual dikedai.. carilah.. dan cuba dapatkan penanda buku lutsinar yang berwarna juga… kenapa?? Ada sebabnya..tatkala anda membaca al-Quran dan membaca tafsirnya, cubalah “highlight” kan makna atau tafsir ayat al-Quran yang amat menyentuh hati atau memberi inspirasi dalam diri kita dengan menggunakan penanda buku itu ya… pasti al-Quran anda akan kelihatan sangat berwarna- warni nanti…menarik bukan..?? ^__^





------------------------------------------------------------------
Dari penulis, bukan tanpa sebab kita menjadikan al-Quran kita kelihatan cantik dengan penanda buku yang berwarna-warni itu…

              Tapiii, bilamana diri kita rasa sedih, sekali-sekala cubalah selak kembali segala tafsir al-Quran  yang kita highlighkan itu atau salah satu daripadanya… pasti kita akan terjumpa “sesuatu”.. kadang kala, apabila kita terbaca salah satu yang kita highlighkan itu, ia seolah-olah jalan penyelasaian bagi ujian yang sedang kita hadapi… ia umpama Allah sedang berkata-kata  dengan kita... subhanallah, hebat bukan?? Percayalah, pasti ketika dan saat itu menitis air mata jernih kita kerana penawarnya telah kita temui…

               Al-Quran  itu sememangnya kalam darinya bukan?? Jadi, gunakanlah ia dengan sebaiknya dan bertadabburlah dengan maknanya… sayu hati kita tatkala menghayati kalam dari-Nya yang umpama kata-kata penuh kasih sayang buat kita yang sedang diuji dengan kesedihan… percayalah…


Tiada terapi ketenangan yang lebih baik melainkan kalam dari-Nya… hidup kita tidaklah  seindah pelangi petang, kadang kala akan datang  jua ribut mahupun  mendung… namun, hadapilah ia dengan penuh ketenangan dan ketabahan… ujian dari-Nya tanda kasih sayang buat kita… rawatlah ia dengan kalam dari-Nya..

                       Akhir kalam, rawatlah hati kita dengan sebaiknya… usah tersalah pilih caranya, kelak akan rosak hati yang satu itu.. buat yang sedang diuji dan merasakan “Allah tidak adil pada diriku!!”, bersabarlah duhai dirimu dan percayalah kita hanya merancang, tetapi perancangan dari-Nya jauh lebih baik buat kita…. Dan bersabarlah.. pasti akan kita temui pelangi dikemudian hari… pandanglah sesuatu perkara yang berlaku kepada  kita dengan positif… perjalanan hidup ini pasti penuh dengan liku-liku dan banyak rintangan yang harus dilepasi. cabaran dan dugaan tidak pernah berakhir, ini hanya kerana Dia tahu kita mampu menempuhinya untuk kekuatan iman. ingatlah selalu kehidupan tidak semuanya untuk difahami tetapi adalah untuk kita diterima...anggaplah semua bebanan masalah itu adalah sebahagian daripada hadiah Tuhan untuk menjadikan kita manusia yang lebih dewasa...

“harapan harus ditumbuhkan ketika seseorang itu berada dalam kekecewaan.. kekecewaan hati harus disemai dengan pengharapan…. Ketika kekecewaan tidak diubati dengan awan harapan, sejarah kelabu menjadi semakin kelabu dan menghitam…”

“senyumlah dikala beroleh kegembiraan tanda kesyukuran menerima nikmat-Nya dan senyumlah dikala beroleh kedukaan tanda keredhaan hati menerima ujian-Nya…”

                   Moga-moga entry kali ini memberi sedikit hembusan inspirasi semangat buat hati-hati yang tatkala ini sedang diuji dengan apa jua ujian… ingatlah jika kita mengaku kita beriman, keimanan kita pasti akan diuji sebagai taruhan sejauh mana cinta kita kepada-Nya… keimanan kita pasti akan dipertikaikan melalui ujian-Nya untuk dilihat sejauh mana persediaan kita dalam mengorbankan diri demi meraih kedudukan disisi-Nya...adakah sekadar keimanan itu hanya terucap di lidah mahupun ianya lahir dari hati yang kudus cinta-Nya semata-mata kepada-Nya... salam kasih sayang kerana-Nya…

Wallahua’lam…;-)



1 comment:

Journey of My Life said...

Alhamdulilah.....,,memang rasa bez n menarik sangat kalau buat macam nie.....kita nak baca Quran pun lagi semangat...,,and then kalau tension2 study...,,,boleh la tgok balik yang kita tanda....,,
Semoga Ai-Quran menjadi teman akrab kita...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^