Monday 20 August 2012

:: Jalan Hidup Ini...::


Bismillahirrahmanirrahim,

                Salam pertemuan kembali buat semua para hati yang sedang atau tergerak hati menjenguk blog yang tidak seberapa aktif ini. Setelah sekian lama tidak mencoret kata di blog ini, akhirnya tergerak hati juga untuk mencatat sesuatu perkongsian hati buat semua.


Alhamdulillah tatkala sesi perkuliahan di kampus yang lepas, berpeluang juga penulis menjadi seorang pelajar yang “already married” bagi kelas forum subjek “English”. Walaupun tidak pernah atau belum masanya untuk merasainya kerana ada perkara yang lebih diutamakan tatkala ini, terasa bahagia juga dihati tatkala berkongsi dengan sahabat-sahabat semua pengalaman seorang sahabat penulis yang telah pun berkahwin. Malu dihati kerana  umpama kisah penulis sendiri pula tatkala bersemangat  bercerita dengan sahabat-sahabat... Barulah penulis faham kenapa sahabat penulis itu sangat bahagia tatkala ini. Mungkin Allah memberinya rasa bahagia itu melalui jalan ini namun tidak bagi penulis. Semestinya jalan hidup penulis 360 darjah berbeza darinya.


Benarlah, setiap dari kita Allah telah rancangkan jalan hidupnya yang tersendiri. Tatkala ini, penulis bahagia punya keluarga yang penulis rasakan itulah syurga dunia bagi penulis. Percutian di rumah lah adalah destinasi yang terbaik bagi penulis kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama adik-adik tercinta.. bagaimana dengan anda?? Carilah rasa bahagia itu agar kelak akan timbul rasa syukur dihati kita atas nikmat kurniaan-Nya. Jangan pernah kita tangisi hidup kita ini kerana apa yang kita lalui tatkala ini, itulah yang terbaik buat kita. Teringat kata-kata seorang sahabat penulis, “kita memang pakar dalam merancang, namun Allah lah yang merancang terbaik buat kita sejak dahulu lagi..”.



p/s: buat sahabat sahabiah penulis yang merasakan penulis “syok sendiri” ketika menyampaikan pengalaman bagi seorang yang telah berkahwin, penulis memohon ribuan kemaafan. Tidak terlintas dihati ini untuk menjadi fitnah bagi seorang muslimah yang dalam proses menjaga syariat untuk berfikiran seperti itu.
 Mohon maaf juga buat sahabat penulis kerana menjadikan kisah hidupnya sebagai perkongsian buat semua. Sekadar berkongsi dengan semua yang mana matlamat yang ingin penulis sampaikan pada semua bahawa, jodoh dan pertemua semuanya Allah yang rancang. Dan mabruk alaik juga buat sahabat penulis dan zaujnya yang baru dikurniakan seorang putera Islam beberapa hari yang lepas…. :: UMAR RAYYAN::, semoga anak ini menjadi pewaris dalam meneruskan perjuangan Islam kelak.. TAKBIR!!

Wallahua’lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^