Monday 9 April 2012

Kreatif Bila Ajak Adik Tunaikan Solat...^_^


Bismillahirrahmanirrahim,

                  Salam kebahagian dari penulis buat semua…alhamdulillah dengan izin-NYA dapat lagi jari jemari ini menari-nari di atas papan kekunci untuk berkongsi sesuatu yang mungkin berharga buat semua yang penulis kasihi… sudah mencuba tips minggu lepas mengenai cara untuk membuat kentang vedges ?  jangan lupa ya mencubanya…


Adakah anda mempunyai adik di rumah yang berusia dalam lingkungan 5-9 tahun?? Sekiranya ada, cuba fikir sejenak, bagaimana rasanya tatkala anda ingin menyuruhnya solat?? Adakah perlu lari berkejaran  umpama di padang trek?? Atau perlu menyediakan sebaldi air supaya dapat membangunkannya untuk tunaikan solat?? Atau perlu menjerit sekuat hati umpama pemenang anugerah vokal terbaik?? 

Hmm (senyum sopan), hebat kan kalian yang bergelar kakak atau abang kerana sangat kreatif dapat melakukan perkara2 sebegitu semata-mata ingin mengajak adik kalian menunaikan solat yang merupakan tiang agama dalam Islam.. apapun, penulis amat berbangga sekiranya mempunyai abang atau kakak seperti kalian…^_^

             insyaAllah pada perkongsian kali ini, sudilah penulis berkongsi satu cara yang kreatif dan agak menarik sebagai alternatif untuk kita membiasakan adik-adik kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam…penulis yakin dan percaya setiap insan yang bergelar abang atau kakak pasti mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya bukan?? Agar apabila mereka besar kelak akan menjadi insan yang berguna… jadinya, perlulah didikan tersebut mengikut acuan Islam  sejak dari kecil lagi kerana pepatah Melayu ada mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya…”.
mungkin pada mereka yang tidak punya adik akan menganggap perkara ini mudah bukan?? Tetapi ia tidak sama sekali kerana untuk mendidik seseorang supaya rajin melakukan sesuatu perkara yang bukan menjadi kebiasaannya, bukanlah sesuatu perkara yang mudah…jadi, sama-sama kita ketahui caranya...

sebenarnya, seperti yang kita sedia fahami, kanak-kanak amat menggemari KESERONOKAN sama ada bermain, mendengar muzik sambil menari, mewarna dan sebagainya… jadinya, cubalah kita memahami keadaan mereka dan pada masa yang sama kita ambil kebaikan disebalik itu… itulah salah satu metodologi dakwah.. tapi bagaimana ya??begini caranya,

BAHAN-BAHAN:
-kertas putih
-pensel warna
-soletip

CARANYA:
1.lukiskan sepohon pokok  yang mempunyai;
-ranting: 7 (mewakili 7 hari dalam seminggu)
-daun : setiap ranting harus mempunyai 5 helai daun (mewakili 5 solat fardu dalam sehari)
-buah: setiap ranting harus mempunyai 1 buah (mewakili bacaan al-Quran/iqra’/muqaddam)



2. kemudian disetiap ranting, letakkan hari dan disetiap helaian daun, letakkan waktu (subuh, zohor, asar, maghrib da isya’) 
cara ke-2


3. letakkan arahan kepada adik2 untuk warnakan;
-daun: (warna hijau sekiranya solat/ warna kuning sekiranya tidak solat)
-buah:( warna merah sekiranya baca al-quran/ warna hitam sekiranya tidak membacanya dalam sehari)

cara ke-3

4.lekatkan gambar tersebut ditempat yang boleh dilihat seperti di bilik tidur/almari/cermin atau tempat2 yang sesuai..
cara ke-4





            Sebaiknya, permainan ini dimainkan oleh mereka yang mempunyai adik-adik yang lebih daripada dua orang agar membolehkan mereka bersaing kerana apabila mereka bersaing, ia akan memberi satu perangsang semangat dalam diri mereka untuk melakukan sesuatu perkara itu… insyaAllah, lama-kelamaan adik-adik kita akan jadi terbiasa untuk tunaikan solat tanpa perlukan pokok ini lagi...
jangan lupa sebagai ganjarannya, hadiahkan kepada adik kita yang menang dalam permainan ini sesuatu yang disukainya sama ada  kerana mereka berjaya untuk tidak meninggalkan solat atau berjaya mengurangkan kadar tinggal solat dalam seminggu berbanding minggu sebelumnya… hal ini demikian kerana kanak-kanak amat menggemari sebuah penghargaan sama ada berbentuk hadiah, pujian dan sebagainya…

                   memang benar kita tidak boleh selalu menjadikan hadiah atau ganjaran sebagai syarat dalam mengajar adik2 kita menunaikan perintah-NYA tetapi percayalah, untuk mendidik keikhlasan dalam diri itu bukan suatu perkara yang mudah terutamanya  bagi seorang kanak2 yang baru meningkat usianya…
penulis terasa amat bahagia tatkala melihat adik2 penulis berkejar-kejar ke almari masing-masing selepas solat semata-mata untuk mewarnakan pokok kepunyaan mereka… percayalah, itulah kegembiraan yang amat bermakna bagi seorang kakak atau abang tatkala melihat insan yang disayanginya  menunaikan perintah-NYA walaupun usia mereka tatkala itu amat mentah…


            dan pesanan penulis buat mereka yang telah dewasa tetapi masih sukar untuk konsisten dalam menunaikan ibadah, cubalah kalian belajar untuk konsisten dalam tunaikan perintah-Nya… apa salahnya, anda  menghadiahkan diri anda sesuatu yang istimewa sekiranya anda berjaya tunaikan solat dalam seminggu tanpa tinggal sama ada memberi ganjaran dengan pergi makan atau membeli belah atau sebagainya… ataupun, cuba lekatkan kata-kata semangat dicermin atau sebagainya sebagai galakan dan peringatan buat diri kalian untuk tidak tinggalkan solat lagi… berdoalah selalu kerana DIA Maha Mendengar suara hati hamba-NYA yang bermunajat kepada-NYA… insyaAllah, Allah pasti bantu kita kalau kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.. yakinlah..

cubalah dan rasailah kegembiraannya..^_^


Akhir kalam, moga perkongsian ilmu kali ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham dalam diri kita dalam usaha menjaga adik-adik kita yang masih kanak-kanak… didiklah adik-adik kita sejak kecil lagi dengan cara hidup Islam…jika bukan kita yang menjaga ahli keluarga kita, siapa lagi yang akan menjaganya?? Tepuk dada tanyalah iman… penulis sudahi dengan kata-kata muhasabah diri;

"Jika dalam diri seseorang tertanam keyakinan bahawa yang mengecewakan tidak selamanya ada atau ia pasti akan berakhir, pasti ia akan menghasilkan tenaga dan mendorong fikiran yang positif… pasti dia akan bersemangat dan terdorong untuk memaafkan masa lalu dan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik bukannya menjadi trauma dengan peristiwa masa lalu yang menyebabkan dia berputus harapan… pastikan DIA itu adalah kita…"

Salam muhasabah diri  kearah kebaikan.. wallahua’lam…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^