Tuesday 17 April 2012

ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI MENJAWABNYA. [Siri 3: Perlukah Mencari Pasangan Hidup Sendiri??]



Bismillahirrahmanirrahim,

                  Salam mahabbah dari penulis buat semua yang  penulis kasihi kerana-Nya… Alhamdulillah bertemu kembali dalam  ruangan blogger ilmu kali ini… hari ini, sudilah penulis ingin menjadi Dr./Prof./ Murabbi  Cinta walaupun tidak diiktiraf dari segi pengalaman yang penulis miliki, namun cukuplah pengalaman insan2  di sekeliling penulis dapat penulis kongsikan bersama dan setidaknya menjadikan diri penulis sedikit matang dalam hal ini…  ^_^

jujurnya, apa yang kita nukilkan melalui penulisan atau apa sahaja, ia sebenarnya menggambarkan apa yang kita fikirkan.. setuju dengan hujah penulis?? Bukan kerana  terlalu memikirkan hal ini tetapi kerana saban hari tatkala penulis membuka laman mukabuku (facebook), pasti dipenuhi  post dengan perkara sebegini yang seperti mengajak penulis untuk turut  serta memikirkannya…  tidak mengapa selagi mana ia tidak mengganggu matlamat asal kita... moga-moga ia bermanfaat buat semua.. ambillah yang mana baik darinya untuk kegunaan diri…

Melihat kepada tajuk ini, pasti semua para hati yang sedang membaca entri kali ini tatkala ini hatinya sedang berbunga  riang bukan??  Sekiranya tatkala ini anda yang sedang membaca entri ini dalam keadaan tersenyum, tahniah penulis ucapkan kerana anda NORMAL tetapi sekiranya anda dalam keadaan masam mencuka atau dalam keadaan “berkerut-kerut” wajah anda tatkala membaca entri ini, cuba check kembali diri anda kerana agak bahaya penulis rasakan…. (^_^)

sejujurnya, cinta merupakan sesuatu yang fitrah disukai oleh setiap insan  bernama makhluk-Nya di bumi ini… jujur penulis katakan, bila mana kita hampir menjangkaui  usia  awal 20-an, ia pasti sesuatu yang menakutkan kerana soal cinta dan pembinaan “masjid” (perkahwinan)  akan mula dipersoalkan walau dimana sahaja kita berada hatta di rumah sekalipun pasti kedua ayah bonda kita mula bercerita si pemuda yang alim anak sahabat karibnya mahupun si gadis manis yang cantik di kampungnya…  benar bukan?? Tepuk dada, tanyalah pengalaman yang pernah anda alami…

jadinya, kita sebagai insan  biasa yang mempunyai fitrah anugerah dari-Nya, perlukah kita mencari insan yang bakal menjadi ibu kepada anak2 kita kelak?? atau mencari insan yang bakal menjadi pelindung buat kita kelak?? Atau perlukah kita hanya terus menunggu dan menunggu ia datang bergolek didepan mata kita??

insyaAllah pada siri “Anda Bertanya, Cerdik Pandai Menjawabnya” kali ini, sudilah penulis berkongsi  ilmu yang penulis dapati dalam majalah ilmiah Anis edisi 128 halaman 62 mengenai soal jawab  “Perlukah Mencari Pasangan Hidup Sendiri??” dalam ruangan soal jawab agama bersama Ustaz Wan Akashah yang merupakan zauj (suami) kepada Ustazah Bahiyah… sama-sama cuba untuk dapatkan majalah ilmiah ini dipasaran kerana terdapat pelbagai mutiara ilmu yang dapat kita perolehi didalamnya buat menyinari kehidupan  kita dengan cahaya Islam kelak insyaAllah..

Soalan: saya ada satu soalan mengenai jodoh. Seperti yang kita tahu bahawa jodoh itu Tuhan yang tentukan, jadi perlukah kita berusaha untuk mencari pasangan hidup kita??

Jawapan : Antara rukun Iman yang ke-6 adalah percaya kepada qada’ dan qadar. Tidak berlaku sesuatu itu melainkan dengan berdasarkan kepada sebab musababnya. Misalnya gagal seseorang itu dalam peperiksaan disebabkan tidak mentelaah atau terlupa ketika menjawab soalan dan sebagainya. Maka dengan sebab inilah Allah SWT menentukan qada’ dan qadarnya, bererti penentuan qada’ dan qadarnya berpunca dari manusia itu sendiri, bukan Allah yang menentukan sewenang-wenangnya.

Dengan ini, samalah halnya dengan masalah ini. Walaupun jodoh itu ditangan Tuhan, yakni sebelum anda berkahwin, Allah SWT telah dahulu mengetahui siapa bakal suami atau isteri anda tetapi kita manusia tidak mengetahui melainkan setelah berlaku.  Anda tidak kenal siapa suami atau isteri anda. Melainkan setelah diijab kabul, tetapi Allah Maha Mengetahui. Dan penentuan jodoh ini (qada’ dan qadar) adalah disebabkan dari pihak anda atau keluarga anda seperti menerima lamarannya, berkenalan melalui sahabat handai dan sebagainya. Maka dari situ, anda diperjodohkan adalah disebabkan dari manusia (anda dan keluarga), dan perkara ini telah pun termaktub di luh mahfuz yang dianggap sebagai qada’ dan qadar Tuhan. Kita sebagai menusia  tetap perlu belajar menerimanya dan mempercayainya kerana ia tergolong dalam rukun Iman. Jadinya, berusahalah mencari disamping berdoa memohon yang terbaik. Moga jawapan ini menjawab persoalan saudara. Wallaua’lam.



Dari penulis, entri kali ini penulis khaskan buat mereka yang telah bersedia untuk membina “masjid” (berkahwin)...  Buat adik2 yang penulis kasihi tatkala ini yang sedang dalam medan menuntut ilmu seperti bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, fokuslah dengan belajar terlebih dahulu… ingat ya bahawa pelajaran itu juga AMANAH dari kedua orang tuamu  untukmu laksanakannya  dengan sebaik mungkin..

1.Buat pasangan yang sedang bercouple, pilihlah jalan terbaik yang Allah redha denganmu. Cubalah berbincang baik-baik hal ini dengan kedua ibubapamu, insyaAllah mereka pasti memahami  dan akan cuba memberikan jalan penyelesaian yang terbaik dalam hal ini buatmu. Apapun, pastikan setiap apa yang dirimu lakukan, diredhai oleh ibu bapamu kerana  redha Allah terletak pada mereka.. mungkin saat ini dirimu diuji dengan ujian cinta sebegini… jadi, jangan cemarinya lagi dengan perkara yang boleh membawa maksiat kepada hati ya.. penulis yakin, anda tahu apa yang terbaik kan…??



2.Buat yang belum mempunyai insan  istimewa dalam hidupnya, usahlah dirimu khuatir.. apa yang penting, teruslah memperbaiki dirimu dan belajarlah mencapai cinta-Nya, cinta kepada agama-Nya dan cinta kepada amalan yang mendekatkan lagi dirimu pada-Nya… tak mengapa, sebenarnya engkau  masih punya insan2  yang menyayangi dirimu seperti keluargamu, sahabatmu dan makhluk ciptaan-Nya yang lain… yakinlah, tidak memiliki bukan bermakna dirimu tidak hebat… biarlah dirimu tidak menjadi bualan mereka didunia, namun  namamu menjadi bualan hangat seisi penduduk langit dengan hebatnya amalanmu disisi-Nya…

3.buat yang telah dimiliki, jagalah dirimu dengan sebaiknya … dekatilah Pencipta dengan lebih dekat agar kelak keredhaan dari-Nya anda perolehi dalam hidup ini… carilah kekuatan diri sebelum dirimu memasuki ke alam yang sesungguhnya  lebih mencabar iman dan sabar dalam diri….
.....................................................................................................................................................................
                sejujurnya, penulis setuju dengan kata-kata  Hilal Asyraf dalam buku karyanya, “Fanzuru”, bahawa untuk membina sebuah Baitul Muslim (keluarga yang mengamalkan cara hidup Islam), kita perlulah memikirkannya sejak dari zaman persekolahan lagi… tapi bukan bermakna beliau tekankan kepada kita saranan untuk mencari pasangan tetapi maksud beliau kita perlulah bermula untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu dengan melazimkan diri kita melakukan  amalan fardhu dan sunat sepanjang masa, memiliki sifat2 mahmudah (sifat baik) dalam diri, dan sebagainya… insyaAllah bila dua insan yang memiliki fardhu muslim (yang memiliki kekuatan dalaman dalam melaksanakan ibadah kepada-nya) yang hebat, pasti  sebuah “masjid” (perkahwinan)  yang dibina akan membentuk  sebuah Baitul Muslim (keluarga) yang kukuh  asas pegangan Islamnya dan mampu melahirkan anak-anak Islam kelak yang bakal menjadi penyambung dalam perjuangan  kita untuk tegakkan agama Islam…



akhir kalam, hormatilah setiap pendirian dan pendapat seseorang itu mengenai isu ini selagi pendapat dan prinsip  yang ia pegang tidak lari dari syariat Islam…yakinlah jodoh itu sebenarnya tidak pernah kita duga kerana tanpa kita sedar kadang-kadang sahabat sepermainan kita sejak kecil itulah yang merupakan jodoh kita atau seseorang yang teramat kita benci suatu ketika dahulu yang rupanya menjadi pasangan hidup kita.. yang pasti, bukan bermakna apabila kita pernah digandingkan dengan seseorang kerana pada pandangan sahabat sahabiah kita mereka  merasakan nampak sepadan, ia adalah jodoh kita kerana bukan bermakna nampak sepadan dimata manusia bererti sepadan dan sesuai pada pandangan-NYA… sesungguhnya pandangan DIA lah yang kita harapkan… berdoalah moga2 insan yang DIA redhai agama dan akhlak yang ada padanya yang akan menjadi pendamping kita kelak…

“ sesungguhnya satu jari kita tudingkan kepada orang lain, pasti empat jari akan kembali kepada kita…”.  setiap kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan..nauzubillah, semoga apabila  penulis diuji dengan ujian sebegini, masih ada peringatan dari-Nya buat penulis kerana ketika dan saat ini penulis ada mengingatkan orang lain...
apapun, kejarlah cinta-NYA terlebih dahulu  wahai diri…

salam mahabbah demi cinta Ilahi, wallahua'lam...-)

3 comments:

Munirah Zulkafli said...

ya sygku i'm agree with you...perasan itu fitrah ianya bergantung pada individu tersebut dalam menangani masalah ini..bukan mereka yg sibuk tidak memikirkanny..tetapi sebaik2ny fikirlah kehadapan dan kesannya..terimalh pndpt2 mereka kerana warna warni pendapat yg pelbagai membuatkn jwpn itu lengkap dan terjawab..I.Allah percaya dgn kententuaaNYA di samping berdoa yg terbaik ^^.

Syahadatulhaq said...

setuju dgnmu shbtku... sejujurnya untuk membina baitul muslim yg diredhai-Nya bukanlah semudah memetik ibu jari kerana ia memerlukan mujahadah yg begitu hebat... andai semua insan punya matlamat ini, insyaAllah akan lahir pewaris Islam yg hebat umpama salehuddin al-Ayubi yg berjaya menawan konstankinopal, Umar al-Khattab yg hebat dlm pertahankan Islam, Sultan al-Fateh dan ramai lagi para mujahid Islam sejati...

hamba-Dia said...

sejuk hati membaca~^^

teruskan usaha ya shbatku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^