Wednesday 4 April 2012

ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI MENJAWABNYA. [Siri 2: Kakiku, Adakah Engkau Aurat??]


Bismillahirrahmanirrahim,
                Salam mahabbah buat semua pencinta ilmu yang penulis muliakan… Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam ruangan ilmu “ANDA BERTANYA,CERDIK PANDAI MENJAWABNYA..”. untuk entri kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu dengan semua berkaitan  hukum aurat kaki  seorang wanita yang sering kita sebagai wanita hari ini terlepas pandang….


Sesungguhnya, kaki merupakan anggota yang membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat kita pijak, beralas atau tidak dengan menggunakan kaki.... sedar tidak sedar, kakilah  juga  yang merupakan salah satu anggota badan kita yang akan bersuara mewakili kita kelak tatkala kita disoal di hari pembalasan nanti.. subhanAllah, hebat kan peranan kaki kita?? Jadinya, hargailah ia dengan mengarahkannya pergi ke tempat-tempat yang berfaedah…


Ayuh kita sama-sama ketahui hukum  aurat kaki berdasarkan pembacaan yang penulis perolehi dalam sebuah majalah ilmiah Solusi isu No. 38 ( Syurga Itu Benar) di halaman 63… sama-sama kita berkongsi ilmu…


Berdasarkan pendapat mazhab yang telah kita ketahui, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat. Hanya pendapat mazhab Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki itu bukan aurat.

Ini dan Ini Aurat

Apakah yang dimaksudkan dengan “yang biasa nampak daripadanya??”  Sa’id bin Jubir  meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud ayat tersebut ialah wajah dan kedua-dua tapak tangan (Tafsir al-Quran al-Azim).
Pendapat yang sama turut dikongsi oleh al-Dahhak dan al-Auza’i, namun ada beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud yang berpendapat ia bermaksud pakaian…

CABARAN MENUTUP KAKI DAN PENYELESAIANNYA ^__^



Penulis percaya, ada wanita yang mengalami masyaqqah(kesulitan) menutup kaki sama ada dengan berstoking, memakai kasut bertutup atau dengan melabuhkan pakaian mereka sehingga menutup kaki. Apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang terkenal sebagai negara yang menerima taburan hujan yang lebat, pasti agak menyukarkan.

1. wanita harus faham disini, konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stoking sahaja. Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai wanita Arab mempunyai maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga meleret, namun tidak sampai ke tahap berbangga-bangga dengan pakaian labuh.

2. memakai kasut bertutup pada waktu hujan tanpa perlu memakai stoking juga boleh diterima dari segi praktis, asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai. Oleh itu, tiada istilah stoking basah berkali-kali dalam sehari lagi ya…^_^

3. jika berada di rumah pula terutamanya di kampung, kadangkala susah hendak kita menutup aurat  kaki dengan kehadiran ipar-duai, sepupu dan sebagainya. Dalam situasi seperti ini, mujahadahlah sedikit dengan meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi beberapa kelonggaran jika berada didalam rumah.


             Akhir kalam dari penulis, sama-samalah kita berusaha melaksanakan perintah  Pencipta kita ini… yakinlah wahai wanita sekalian, setiap apa yang Allah perintahkan kepada kita untuk melakukan sesuatu, pasti ia terselit hikmah kebaikan buat diri kita…

           Sesungguhnya Islam itu ajarannya mudah Cuma kita kadangkala memberatkannya… sematkanlah dalam diri kita perkataan “CUBALAH DAHULU” dalam apa sahaja suruhan yang DIA perintahkan kepada kita untuk lakukan…usahlah menolak terus tanpa belajar dahulu mengetahui kebaikan disebaliknya.. tidak mengapa andai ia memerlukan tempoh masa yang lama untuk kita biasakan diri kita memakainya.. lama-kelamaan, insyaAllah pasti akan lahir  satu perasaan andai diri kita istiqamah menjaga batas aurat kita…

               hayatilah firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat…” (Surah al-A’raf 7:26)

               “takwalah yang memotivasikan seseorang wanita itu sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Pencipta kita…”tepuk dada, tanyalah imanmu wahai diri… jika masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal…



              "tatkala langkahmu ingin keluar dari rumah, tanyalah dirimu terlebih dahulu; 'adakah Allah redha dgn apa yang aku pakaikan  tatkala ini dan adakah pakaianku ini mampu meruntuhkan iman para pemuda harapan Islam diluar sana..??.."... 


           ingatlah duhai wanita  “Sesungguhnya menjadi SOLEHAH itu bukanlah satu pencapaian tetapi ia merupakan satu proses yang penuh dengan onak dan duri bagi memperolehinya… mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis…” salam mujahadah diri dari penulis buat semua… wallahua’lam…;-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^