Tuesday 20 March 2012

Seredup Kasihmu Ayah...


Sedar tidak sedar sudah meningkat dewasa rupanya diri kita.. bermakna, sudah lama kita hidup di bumi ini.. tapi, sedarkah kita siapa insan yang telah berkorban untuk kita selama ini?? Siapakan insan yang tidak pernah lelah mencurahkan keringatnya semata-mata untuk keselesaan kita?? Merekalah kedua ibubapa kita.. sering kita kaitkan pengorbanan menjaga anak dengan ibu tetapi, kita sering terlepas pandang bahawa ayah juga merupakan insan yang besar pengorbanannya buat kita..


      Sejujurnya, penulis amat sensitif bila dikaitkan seorang ayah menjadi punca rosaknya keluarga, hilangnya tarbiah dalam keluarga dan sebagainya… sememangnya ayah adalah individu yang menjadi tonggak kepada sesebuah keluarga… tapi, salahkah bilamana seorang ayah itu diuji dengan kejahilan?? Salahkan dia bila dia jahil tentang agama?? Siapa patut dipersalahkan??

      Sedarlah wahai diri, dia juga insan biasa yang punya khilaf diri.. kadang-kadang ia merupakan ujian buat diri kita apabila mempunyai seorang ayah seperti itu yang kurang didikan agamanya berbanding kita… tapi, ia tidak pernah menjadi penyebab buat kita untuk menyalahkannya bilamana kita jahil tentang agama… anggaplah dia ujian dari-NYA buat diri kita… sebagai anak, sedarlah kita bahawa bila lahirnya kita di dunia ini, pasti kedatangan kita ditunggu-tunggu oleh insan mulia iaitu kedua ibubapa kita… sesungguhnya anak yang baik itu adalah penyejuk hati bagi ayah dan ibu… kitalah yang dididik dengan tarbiah agama bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesilapan ibu bapa kita tapi biarlah dengan cara yang terbaik…bersyukurlah kita walau siapapn ayah kita dan bagaimana sekalipun keadaannya..


        Kembara diri penulis pernah merasai secalit pengalaman yang menjadi ingatan buat diri penulis sehingga ke hari ini.. sejujurnya, bila seorang anak itu meningkat dewasa, dia pasti segan untuk memeluk atau mencium ayahnya… benarkah anda begitu?? Tepuk dada, jawablah dengan hati yang kudus…termasuklah penulis pernah merasai perkara sedemikian.. hinggalah suatu hari penulis ditanya oleh seorang sahabat mengenai perkara tersebut dan dengan bangganya, penulis menjawab yang penulis sudah lama tidak memeluk ayah penulis… dengan jawapan yang ringkas sahabat penulis membalas, “ciumlah ayahmu selagi mana ia masih bernyawa dan jangan sampai dia sudah tidak bernyawa kelak, barulah engkau handak menciumnya…” amat bersahaja jawapannya tetapi kata-kata tersebut umpama pisau yang menikam kalbu penulis dan menyedarkan diri penulis akan khilaf diri ini..                 
                        

                      Abah,
Tatkala ku terpandang wajahmu,
Jelas terpancar redup kasihmu buat diriku,
Tatkala ku manjadi makmummu,
Susah payah ku lihat pergerakanmu dalam menjalankan amanah Ilahi,
Menandakan betapa engkau bekerja keras seharian membanting keringatmu demi mencari sesuap nasi dalam membesarkanku menjadi insan berguna…

Abah,
Besarnya pengorbananmu,
Kadang-kadang aku terleka dalam menghabiskan wang yang telah kau berikan kepadaku,
Kadang-kadang engkau sanggup menjamah hanya sepotong roti mengikat perut utk berjimat demi membiayai pendidikanku tanpa pengetahuanku…

Abah,
Ku sedar kau terlalu menyayangiku,
Engkau sentiasa cuba memberikan yang terbaik buatku…
Apa buktinya??
Kau berikanku sebaik-baik nama tatkala lahirnya diriku ini…
Agar diriku menjadi seperti maksud nama tersebut…
Menandakan betapa besarnya visimu setelah diriku lahir dibumi ini…

Abah,
Menitis air mataku tatkala melihat pengorbananmu yang telah kau berikan,
Besarnya hadiah dari-NYA buatku,
Kerana dikurniakanmu dalam hidupku….
Kaulah cinta hatiku…

.:T.E.R.I.M.A. K.A.S.I.H. A.B.A.H.…:

      Sayangilah kedua ibu bapa kita.. curahkanlah kudrat kita untuk membantu mereka… pesanan penulis buat diri penulis dan semua, “pandanglah wajah mereka selagi ada…berikanlah pandangan mata dengan penuh kasih sayang… sesungguhnya betapa besar hati mereka melihat kita menyayangi mereka dengan sepenuh hati…” sayangilah mereka selagi mereka ada.. usahlah bergelar “si tanggang moden’.. SELAMAT BERFIKIR…wallahua’lam..;-)



                               

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^