Friday 23 March 2012

Bagus Sangat Ke Solat Awal ??



Sesungguhnya setiap kejadian ciptaan-NYA pasti ada hikmah yang terselit disebaliknya… semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang dibukakan pintu hati untuk melihat hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.. untuk entri kali ini, penulis amat tertarik untuk berkongsi  ilmu baru yang penulis dapati hasil pembacaan dalam sebuah majalah iaitu berkenaan dengan “rahsia solat pada awal waktu”. Lazimnya kita sering  terbaca entri berkenaan rahsia pergerakan dalam solat, rahsia ambil wudhuk dan sebagainya dan jarang sekali kita dengar kan rahsia solat diawal waktu?? jadinya, ayuh kita sama2 ketahui apa rahsianya ya Allah galakkan umatnya menunaikan solat di awal waktu…


Sesungguhnya setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Walaupun pelbagai kaedah meditasi dicipta seperti taichi dan qi-gong, tetapi kita perlu bersyukur kerana telah di ‘kurniakan’ syariat solat oleh Allah swt tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga ini… hmmm, apa ya maksud sebenarnya??

  •       WAKTU SUBUH
Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum  warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh. Jadi, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal  waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

  •       WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini  bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohor berulang-ulang kali dalam hidupnya akan mengalami masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

  •       WAKTU ASAR
Kemudian, warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang merangkumi fungsi reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal  Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ini, jasad dan roh seseorang itu dalam keadaan terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat-amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Oleh itu, elakkan ya daripada tidur pada waktu asar kerana ada kata ilmuan ia mewarisi kegilaan. Cuba anda bayangkan peristiwa apabila anda pernah  terjaga daripada tidur pada waktu asar?? Apa terjadi pada anda?? Fikirkan..

  •       WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infrared) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana resonan dengan alam.
Mereka yang  sedang dalam perjalanan seelok-eloknya berhenti dahulu  pada waktu ini untuk mengerjakan solat dahulu kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  •       WAKTU ISYA’
Apabila masuknya waktu isya’, alam berubah ke warna indigo dan memasuki fasa kegelapan.  Waktu isya’ ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan isya’ kerap berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ia bersamaan dengan frekuensi pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Konklusinya, subhanallah hebat kan hikmah kejadian ciptaan-NYA?? Penulis menyeru pada diri penulis dan pembaca semua marilah kita sama-sama berusaha mendirikan solat di awal waktu.. apa salahnya kita berusaha menyahut seruan kecintaan hati kita tatkala ia memanggil.. apa rasanya andai kita memanggil kekasih kita, tetapi sejam kemudian barulah ia menyahut dan datang kepada kita?? Tapuk dada tanyalah iman… penulis sudahi entri kali ini dengan satu pertanyaan, siapa yang patut kita cintai sama ada hadiah yang kita perolehi ataupun tuan empunya hadiah yang memberi kepada kita itu??selamat berfikir.. wallahua’lam..;-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^