Wednesday 14 March 2012

Sentuhlah Hatimu dengan Tarbiah...

.: Alhamdulillah selaut kesyukuran NYA cahaya cinta buat penulis kerana memberi nikmat lapang untuk diri penulis membina sebuah medan perkongsian ilmu buat semua makhluk-NYA... 
" untuk membina perkara yang besar, perlulah bermula dengan perkara yang kecil, untuk hebat perkara yang besar, perlulah hebat perkara yang kecil.." untuk entri pertama ini, sukalah penulis berkongsi ilmu yang paling asas bagi setiap diri kita bergelar insan yang perlu diperbaiki dan persiapkan diri sebelum cahaya ilmu menyinari diri kita agar ilmu tersebut dapatlah kita amalkan dibawah redha-Nya.. tentang apa??

:: H.A.T.I. ::

kadang-kadang bilamana kita belajar, amat sukar bagi kita untuk fahami sesuatu ilmu kan? walaupun kita cuba dan cuba, tapi tetap tak mampu.. kenapa ya?? cuba tanya hati kita, "adakah engkau bersih dari maksiat wahai hati?" sedar tidak sedar, sebenarnya hati kita teramat penting kerana ia lah umpama nakhoda untuk jasad kita.. cuba bayangkan hati kita yang kecil itulah kita bahagikan sebahagiannya kecintaan kita untuk Pencipta kita, untuk nafsu kita, untuk manusia, untuk barangan, dan untuk segala-galanya... hebat kan hati kita?? sebab itu ada pepatah kata "Baik hati, baiklah segalanya.."

pesanan penulis buat diri penulis dan para  hati yang sedang membaca entri ini, "didiklah hatimu dengan cahaya Rabbani dan Nabawi... Didiklah dirimu menjadi hamba Tuhan Yang Maha Latif. coraklah kehidupanmu dengan dengan panduan al-Quran dan Sunnah... coretkanlah kitab amalanmu dengan catatan amal soleh.. semoga dirimu bertemu dengan khusnul khatimah...insya'allah.."
 buat para hati yang sedang membaca entri ini dan merasakan yang "Aku jahat dan tak layak berubah!!".. jangan berkata begitu.. berilah sedikit peluang buat dirimu untuk berubah menjadi baik.. tak mengapa, berubah sedikit pun tak apa asalkan kita cuba sebab Allah itu adil... DIA tahu kita nak berubah, dan DIA pasti akan bantu kita..percayalah... 

akhir kalam, sukalah penulis berkongsi salah satu wasiat dari insan mulia, Hasan al-Banna, katanya:
"Saudaraku, Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.." (dari sebuah buku "Bagaimana Menyentuh Hati karya Abbas as-Sissi)  wallahua'lam..

2 comments:

A m a l said...

Huhu.. mengimbau kembali saat2 diri ini di sapa oleh hidayah ALLAH. Bermujahadah bukan mudah....
Alhamdulillah...

Syahadatulhaq said...

alhamdulillah.. tahniah ya amal berjaya dlm mujahadah ini..,teruskanlah istiqamah menjaga diri kerana syaitan itu licik dan pelbagai jarum yg akan digunakannya utk menyesatkan kita kembali... jadilah srikandi harapan Islam ya.. "terdidik wanita terdidik generasi..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^