Friday 30 March 2012

ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI MENJAWABNYA. [Siri 1: Pentingkah Rasa Malu Dalam Diri??]


Bismillahirahmanirrahim,
                  Assalamualaikum WBT penulis ucapkan buat semua yang dimuliakan dalam dirinya dengan Iman dan Islam… Alhamdulillah, sama-sama kita  ucapkan kalimah mulia ini kerana ketika dan saat ini DIA masih sudi memberi  kita ruang dan peluang untuk bernafas di bumi-NYA ini..(^__^)


Alhamdulillah dengan izin-NYA,  penulis terbuka hati untuk membuka sebuah ruangan perkongsian ilmu “ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI MENJAWABNYA..” kerana penulis tahu dalam diri kita yang bergelar manusia terutamanya REMAJA, pasti banyak persoalan yang bermain-main difikiran kalian tidak kira apa sekalipun hatta perkara yang kecil. Seperti yang kita ketahui, zaman remaja adalah satu zaman yang sangat mencabar. Pembelajaran, persahabatan dan percintaan menghasilkan sebuah dunia yang menarik dan eksklusif. Namun, jika  acuan sahaja yang eksklusif tetapi adunannya tidak menarik dan tidak sesuai dengan cara Islam, natijahnya akan menyebabkan identiti kita tidak seimbang..


Untuk ruangan ini, bukan penulis yang menjawabnya kerana penulis sendiri masih belajar untuk memperbaiki diri.. jadi ruangan ini, penulis kongsikan ilmu yang penulis perolehi hasil pembacaan buku-buku, majalah-majalah dan sumber yang boleh dipercayai dengan tujuan moga kita sama-sama dapat menuntut ilmu dan berkongsi… insyaAllah, penulis akan cuba  sampaikan ilmu dalam bentuk yang mudah dan sesuai dengan semua….


untuk siri kali ini, sudilah penulis kongsikan ilmu yang penulis perolehi dalam sebuah majalah ilmiah keluaran TERBARU iaitu “MUSLIM TEENS” yang merupakan salah sebuah majalah ilmiah yang direka khas pengisiannya  untuk golongan REMAJA seperti kita…bagi penulis, pengisian ilmunya sangat  mudah difahami dan sesuai dengan kehendak kita sebagai remaja Islam… jangan lupa dapatkannya di pasaran untuk membolehkan  anda  melombong mutiara-mutiara ilmu yang ada didalamnya..(^_^)

berapalah sangat nilaian wang yang akan kita
keluarkan jika dibandingkan
dgn nilaian ilmu yang terdapat
 didalamnya... 


Untuk perkongsian ilmu kali ini, ia berkisar tentang pertanyaan seorang remaja perempuan bagi masalahnya iaitu  “MALU DENGAN MEREKA YANG BERGELAR  LELAKI” dalam  ruangan “Bersama Ustaz Cinta” halaman 41..

SOALAN:  “saya merupakan seorang gadis yang sangat pemalu, tetapi mempunyai keinginan untuk bercinta sekaligus mempunyai teman hidup. Tetapi kerana sifat malu dan perasaan rendah diri dalam diri saya mengehadkan saya untuk berhubungan. Tambahan pula, kadang-kala saya terfikir dan takut tersasar jauh dalam landasan cinta sebenar. Harap Ustaz dapat beri pandangan”

JAWAPAN USTAZ: Terima kasih saudari yang sudi bertanya. Apa yang saudari rasakan itu adalah suatu perkara yang normal. Perasaan malu untuk bergaul dengan lelaki yang bukan mahram adalah sesuatu yang wajar. Apatah lagi kerana bimbang hubungan itu tersasar jauh. Ini menunjukkan saudari memiliki kesedaran beragama dan cuba mematuhi syariat Islam. Malah rasa malu itu berputik atas sebab wujudnya iman. Ianya adalah sikap yang patut dipuji.

Allah SWT sengaja membekalkan malu ke dalam jiwa manusia untuk membatasi perilaku seseorang daripada melakukan dosa atau maksiat. Malu akan membataskan bentuk pergaulan seseorang dengan orang tertentu. Maka sudah pasti mempunyai rasa malu itu adalah sangat baik, tidak kira malu itu berada dalam diri lelaki atau perempuan. Dengan adanya rasa malu, maka banyak perkara buruk dapat dicegah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu…” (Hadis Riwayat Baihaqi)


Wanita, apapun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika dia berbuat baik, dikagumi. Jika berbuat jahat, diminati. Apabila dia memakai pakaian menutup aurat, dilihat menawan. Apabila berpakaian tidak menutup aurat dilihat menggoda dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah SWT mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Apatah lagi dalam dunia sekarang, wanita banyak menjadi mangsa keganasan seksual dan mangsa perbuatan jahat. Dengan adanya malu, ia akan melindungi wanita daripada ancaman tersebut.

 Oleh yang demikian, memiliki sifat malu adalah sangat dituntut. Kerana ia tidak akan memberi apa-apa kerugian. Sekiranya ada lelaki soleh yang ingin berkenalan dengan saudari, masih boleh. Dengan syarat mengikut batas-batas syariat. Iaitu tidak perlu terlebih mesra atau terlalu akrab. Jagalah nada suara, jangan terlalu mendayu-dayu. Jagalah pandangan mata, jangan suka memandang bahagian tubuh. Jangan bersentuhan kulit kerana ia adalah haram. Paling utama, jagalah lisan daripada terlalu banyak berbicara perkara yang sia-sia. Kerana ia akan merosakkan  iman, menghilangkan rasa malu dan menjerumuskan ke dalam dosa.

Ustaz mendoakan agar saudari menjadi muslimah solehah, yang menjaga kesucian diri serta  meletakkan perasaan malu sesuai pada tempatnya. InsyaAllah.



Dari penulis : untuk entri kali  ini, bukan penulis ingin menggalakkan anak-anak remaja hari ini bercinta sebaliknya ingin penulis mengajak remaja-remaja semua yang penulis kasihi,  sama-sama kita berusaha perbaiki sifat malu dalam diri kita.. ada sebuah kisah yang ingin penulis kongsikan buat semua pembaca yang penulis kasihi kerana-NYA.. moga ia dapat jadi kayu ukur sejauh mana rasa malu dalam diri kita sebenarnya..


                   Didalam sebuah kampung, terdapat seorang wanita yang sangat cantik, berakhlak mulia, sopan, dan sangat menjaga auratnya… boleh kata wanita ini amat sempurna dimata semua..wanita ini  menjadi kegilaan remaja lelaki dikampungnya…  suatu hari, terlintas niat jahat dihati seorang lelaki yang juga turut mempunyai perasaan padanya.. lelaki tersebut berniat jahat untuk mengambil  gambar wanita itu ketika beliau sedang mandi.. tetapi, sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku. tatkala lelaki tersebut ingin “mengendapnya”, lelaki tersebut amat terkejut kerana walaupun ketika mandi, wanita tersebut tetap memelihara auratnya dengan sebaiknya… lahirlah keinsafan didalam diri lelaki tersebut untuk tinggalkan perkara yang tidak baik dalam dirinya… subhanallah, hebat kan sifat malu yang ada dalam diri wanita tersebut… bagaimana keadaan sifat malu dalam diri kita?? Tepuk dada, tanyalah imanmu wahai diri..

                 akhir kalam, pesanan buat diri penulis dan khas kepada remaja-remaja yang penulis kasihi, usahlah bercinta lagi.. kejarlah ilmu dan baikilah diri..kasihi kedua ibu bapamu.. sibukkan diri dengan perkara berfaedah, insyaAllah  tak akan ada masa untukmu  berfikir tentang perkara yang belum masanya untuk kau fikirkan… "First think first".. penulis sudahi entri kali ini dengan kata-kata mutiara hati buat renungan kita bersama…

           “remaja yang  berakal akan sentiasa memikirkan apa yang Allah inginkan sebelum melakukan sesuatu. Nilaian Allah menjadi kayu ukur dan pemutus. Tiada nilaian yamg lebih penting daripada nilaian-Nya…”

              kata-kata Ibn Qayyim al-Jawziyyah : “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-NYA dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain DIA…”. Dua cinta yang diagungkan tak akan boleh berada  dalam satu hati yang kudus… jagalah cinta kita kepada-Nya sahaja….

Moga-moga ia bermanfaat buat semua.. salam semarakkan amal.. wallahua’lam..;-)


1 comment:

hamba-Dia said...

syukran~

sy malu sbb kurang prasaan malu..

rindunya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^