Thursday, 18 October 2012

Maharku, Izinkan Aku Berjuang : Zainab al-Ghazali



Bismillhirrahmanirrahim..

Hebat peribadi insan itu. Mengislahkan seluruh hidupnya demi Islam yang amat dicintainya. Tiada apa yang didambakannya melainkan redha dariNya… wajahnya menggambarkan penatnya keringat beliau dalam  perjuangan untuk agama ini..





Z.A.I.N.A.B  A.L-G.H.A.Z.A.L.I.

Bilamana dijodohkan dengan seorang insan yang bergelar muslim, munajat syukur meniti dibibirnya… namun, bukan bermakna seorang muslim itu memahami semua perkara. Disangka panas hingga ke petang namun hujan disiang hari jua akhirnya..Larangan oleh insan  tercinta untuknya berjuang menegakkan Islam menjadi ujian dalam hidupnya. 

Pertaruhan antara cinta DIA dan suami menjadi pertikaian tatkala itu.
Namun, akhirnya akur hatinya bahawa “aku milik Dia..”

Gelaran JANDA akhirnya beliau perolehi..
Hari berganti hari, masa berganti masa, akhirnya berkunjung jua lamaran oleh seorang pemuda Islam buat dirinya..

Demi cintanya beliau dalam perjuangan Islam, akhirnya sebuah jawapan menjawab  lamaran itu;
“aku terima nikahnya dengan maharnya izinkan aku berjuang..”

Subhanallah, hebat beliau kerana mengislahkan segenap hidupnya untuk membantu agama Allah… kita?? Apakah yang telah kita sumbangkan untuk agama ini?? Bersamalah kita memuhasabah diri…
Akhir kalam, ingin sekali penulis menghadiahkan ayat-ayat cinta ini yang penulis perolehi daripada sebuah blog, ansarullah buat renungan kita semua…

Kehadapan Mujahidah yang kami sanjungi,

Dikaulah Srikandi Islam,

Dikaulah penggerak mata rantai perjuangan ini,

Dikaulah penyeri hiasan duniawi,

Tanpa dirimu wahai mujahidah haraki,

Gerakan ini tidak mampu terbang tinggi,

Tanpa dirimu wahai mujahidah sejati,

Hilanglah sayap kiri perjuangan ini,

Dan tanpa dirimu wahai srikandi,

Tidak akan lengkap gerakan islam yang sedang berdiri.



Wahai srikandi harapan,

Dikau adalah sebutir mutiara yang amat bernilai,

Menerangi kegelapan di kala kami lalai,

Dikaulah sumber kekuatan kami,

Dikaulah pendorong semangat kami,

Dikau adalah sumber inspirasi,

Untuk kami terus maju dalam gerakan ini.



Ingatlah firman Allah swt :

    وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

    
    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah : 71)

Wahai muslimah sejati,

Engkau hadir melengkap fitrah,

Yang telah diatur oleh Allah,

Kami merayu kepadamu wahai mujahidah,

Jangan jadikan kehadiranmu ini sebagai fitnah,

Di dalam perjuangan yang terlalu banyak mehnah,

Kerana kami ini hanya insan yang lemah,

Apabila berhadapan denganmu wahai muslimah.



Rasulullah saw pernah bersabda:

    "Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kami berharap kepadamu wahai mujahidah,

Jadikanlah kehadiranmu sebagai pelengkap fitrah,

Tetapi jangan jadikan ia sebagai pembawa fitnah.



Tanpamu wahai sayap kiri perjuangan,

Bagaimana mungkin kami mampu terbang,

Menaikkan syiar islam di muka bumi yang luas terbentang,

Oleh itu kami mengharapkan kepadamu wahai mujahidah,

Senantiasalah kamu menjadi pelengkap sayap kiri perjuangan,

Penolong kami di dalam pertarungan,

Walaupun dirimu di barisan belakang,

Tetapi auramu dapat dirasai sehingga ke bahagian hadapan.



Wahai banat penyambung perjuangan,

Wajahmu terlalu menarik dalam pandangan kami,

Oleh itu jagalah kecantikkanmu itu supaya ianya tidak menjadi fitnah buat kami,

Dan kelembutanmu itu mampu untuk mencairkan hati-hati kami,

Maka jagalah anugerah yang diberikan kepadamu ini,

Supaya dapat kami menjaga hati-hati kami.



Wahai puteri-puteri pejuang islam,

Kekuatan dirimu tidak dapat dinafikan,

Dirimu bisa memerangkap insan,

Dirimu bisa menjatuhkan semua kekuasaan,

Dirimu bisa mencairkan tingginya keegoan,

Tetapi apa yang kami dambakan,

Cukuplah dirimu sebagai pemangkin semangat buat kami untuk terus berjuang.



Wahai wanita solehah penggerak revolusi islam,

Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu,

Supaya ianya menjadi penguat untuk dirimu,

Menjadi ubat penenang qalbu,

Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.



Wahai srikandi islam,

Jangan kamu terjerat dengan cinta duniawi,

Kerana ianya akan membinasakan diri,

Membuatkan kamu begitu rugi,

Bukan sahaja di bumi ini tetapi juga di akhirat nanti,

Kerana cinta tertinggi hanyalah cinta Illahi,

Dan cinta yang didasari atas dasar iman kepada Illahi,

Jadi marilah wahai srikandi,

Muhasabahlah diri,

Apakah cintamu yang tertinggi?

Adakah cinta insani atau cinta Illahi?

Ingatlah pesanku ini wahai srikandi,

Cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut engkau miliki.



Ingatlah akan firman Allah swt :



    الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

    
    "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur : 26)

Wahai bakal bidadari syurga,

Jagalah dirimu sebaik mungkin,

Kerana dirimu adalah contoh wanita mukmin,

Engkau adalah srikandi harapan,

Untuk menuju syurga di hadapan.



Wahai mujahidah impian,

Kami mengharapkan dirimu sentiasa thabat dalam perjuangan,

Jangan sesekali lari dari medan pertempuran,

Walau ianya banyak mehnah dan cabaran,

Kerana ianya adalah satu ujian,

Untuk menguji tahap keimanan,

Dan juga sebagai satu tapisan,

Daripada Allah di dalam perjuangan.



Akhirul Kalam,

Dimana pun berada, seorang muslimah harus senantiasa menjadi lentera yang menyinari, pelita hidayah, sumber bimbingan, dan menjadi aktivis yang sentiasa membangun, melakukan perbaikan dan penyedaran terhadap semua orang, baik melalui ucapan maupun perbuatan.



Harapan besar telah diamanahkan kepada para muslimah yang mampu mengembang  amanah, yang sentiasa mengukuhkan keperibadiannya sebagai bukti nyata kesedaran, peningkatan dan loyalti diri terhadap Islam serta terhadap peradaban manusia. Dan yang pasti, apa pun yang dilakukan seorang muslimah harus senantiasa dilandasi dengan niat yang satu, niat kerana Allah dan hanya untuk menggapai redha-Nya.



Wahai Srikandi perjuangan islam,

Jadilah dirimu wanita mulia, semulia diri MARYAM..

Wanita faqihah, sebijak minda AISYAH..
Insan tabah, sekukuh hati ASIAH..

Menjadi kebanggaan, sehebat jiwa SUMAYYAH..



    "Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." -(An-Nahl: 97)

 (copyright from blog ansarullah)

Wallahua’lam..

Friday, 24 August 2012

:: Aiskrim Goreng ^_^ ::



Bismillahirrahmanirrahim,

         Salam syawal buat semua. Alhamdulillah dalam menghabiskan sisa-sisa cuti bersama keluarga sebelum berangkat meneruskan perjuangan dalam medan menuntut ilmu, dapat jua syahadah mencuba suatu resepi yang sangat menarik dan digemari oleh kanak-kanak. Resepinya AISKRIM GORENG..^_^ bunyinya pun sedap bukan. Bahannya pun tak susah hanya roti, aiskrim dan minyak untuk menggoreng sahaja. Yuk, kita mencuba ^^


BAHAN-BAHAN

Aiskrim
Roti (dilenyek sampai nipis)
Minyak masak 
CARA BUATNYA
1.ambil beberapa keping roti yang telah dilenyek tadi dengan menggunakan bekas air atau apa sahaja. Ia dilenyek dengan tujuan untuk elakkan daripada menyerap minyak yang terlalu banyak bila kita gorengnya nanti. Dan sebagaimana yg kita tahu penggunaan minyak yang berlebihan akan membahayakan kesihatan kita.

2.letakkan beberapa sudu aiskrim. Jangan terlalu banyak sebab khuatir nanti ia akan terkeluar bila kita nak potongnya.

3.lipatkan ia dan ambil bekas plastik yang berbentuk bulat spt cawan dan sebagainya. Bentukkan ia jadi seperti karipap dan potong.


4.masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Lebih kurang 3 jam untuk bagi ia betul2 dah keras. Nanti akan lebih mudah bila kita menggorengnya.

5.semasa menggoreng, pastikan minyak panas tadi benar2 panas baru kita masukkan. Sebabnya takut aiskrim 2 mencair sebelum sempat masak.

6.selesai dan boleh dihidangkan.. selamat mencuba  ^_^

.....................................................................................

p/s:
~sebaiknya mulakanlah dengan kalam suci, “bismillahirrahmanirrahim” sebelum kita memasak agar beroleh keberkatan disisi-Nya dalam setiap apa sahaja yang kita lakukan insyaAllah.
~syukran jazilan juga ditujukan buat cinta hati syahadah, MUNIRAH NADHIRAH atas perkongsian resepi yang sangat menarik ini ^_^
Wallahua’lam..-)

Wednesday, 22 August 2012

Cerpen: Ia Tak Sama!!


“kami memang tak puas hati betol la dengan kawan kita wafa tu!!,” rungut anuar tatkala bersama teman-temannya. Penggunaan bahasa ‘kami’ mewakili dirinya sudah sebati dek kerana negeri jelapang padi tempat kelahirannya. Mujurlah semua temannya memahami kerana jika tidak pasti akan beranggapan ‘kami’ itu mewakili ramai.

“hang tak puas hati apa kat dia nuar?? Aku tengok dia baik ja tak kacau hidup kita pun..”, balas aiman.

“kami bukan apa, ada ka patut time ramai2 kita berkumpul hari tu, masa dia nak jumpa kami sebab ada urusan kerja, dia bukannya nak panggil nama kami tapi asyik duk sebut muslimin ja.. dia ingat mak ayah  kami tak bagi kami nama ka.. tengok la esok kami buat teguran kat dia punya!! Dah lama pendam kat hati nie..”, balas anuar yang masih tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

………………………………

Keesokan harinya [ketika di dewan kuliah]

“Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah memandangkan lecturer kita tak masuk hari nie, sudilah kami nak bercakap sesuatu pada semua. Untuk kali ini, kami terus terang ja pada semua sebab kita umpama satu keluarga kan”, bermadah anuar tatkala berada dihadapan kelas sebelum memulakan bicara.

“sebenarnya macam kita tahu yang semua mak ayah kita bagi kita nama sedap ja dan baik ja maksudnya. Jadinya, kalau boleh panggil la nama tu bukannya asyik duk sebut nama muslimin atau muslimat, tak best la kami rasa. Minta maaf la ya pada sahabat kita nurul wafa atas teguran nie. Bukan apa, kami kurang selesa ja. Sekian terima kasih”, puas di hati anuar tatkala mengenakan wafa. Rasa lega dihatinya akhirnya berjaya menegur wafa dihadapan semua.



Semua mata tatkala itu memandang ke arah insan bernama nurul wafa itu…. Teringin untuk melihat respon yang akan diberikan oleh insan yang bertudung labuh itu sama ada ingin marah atau sebaliknya.

…………………………..
 hanya membisu jawapan yang terbaik wafa berikan tatkala itu. Tiada jawapan tepat yang harus diberikannya. Tatkala itu, muncul satu persatu memori tatkala beliau berada di sekolah menengahnya yang umpama medan tarbiah baginya untuk merubah mencari identiti diri.

“ajwad, nak jumpe kejap”, panggil wafa dengan selambanya kepada raisnya (ketua kelas) untuk membincangkan berkenaan hal kelas. Itulah diri wafa tatkala pertama kali memasuki sekolah agama. Padanya, memanggil nama sesiapa sahaja adalah lumrah. Manakala sememangnya pula ajwad merupakan  seorang yang dikagumi ramai sejak dari kecil lagi dek kerana hebatnya beliau menjaga akhlaknya dan pergaulannya dengan ajnabi walaupun ketika berurusan.

 [ketika di dalam kelas]

“Bismillhirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana masih memberi kita peluang masa lapang untuk kita menadah ilmu di dada buat panduan diri.” Kata aluan oleh ajwad, selaku pentazkirah kelas sementara menunggu kehadiran guru. Sememangnya “tazkirah kulli min” yang diwajibkan setiap hari di dalam kelas menjadi sebati umpama isi dengan kuku dalam jiwa setiap warga sekolah agama yayasan khairiah ini demi memastikan biah solehah yang dipelihara oleh generasi terdahulu masih terus dikekalkan hingga ke hari ini.

“insyaAllah pada hari ini ana ingin sampaikan berkenaan dengan ilmu. …………………………”, dan akhir kata sedikit teguran yang ingin ana sampaikan mewakili para muslimin semua buat muslimat yang kami hormati, sekiranya kalian ingin memanggil kami atas urusan apa sekalipun, kami berharap, panggillah dengan nama panggilan kami, “muslimin” dan kalau kami dalam kelompok, panggil ja muslimin kemudian pointkan muslimin itu sama ada berpakaian apa, atau berkaca mata atau  apa sahaja yang bawa maksud ditujukan kepada muslimin yang kalian ingin jumpa. Kalian tak perlu panggil nama penuh kami. Bukan apa, sejujurnya ana katakan yang wanita itu fitnah bagi seorang lelaki. Ana sendiri jujurnya takut bila mana kalian panggil nama ana, risau hati ana yang rasa lain walaupun pada kalian ia biasa. Ana dan muslimin yang lain memohon maaf andai muslimat semua terasa hati. Maafkan kami. Kita sama-sama dalam proses tarbiah..wallhua’lam.” kata-kata teguran yang penuh keikhlasan dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

…………………………………………………………

“Macam mana keadaannya sekarang??”, tanda tanya tanpa jawapan dalam diri wafa.
IA TIDAK AKAN SAMA WAFA!! “ya, setiap dari kita tarbiahnya berbeza wafa… terimalah teguran yang diberikan dan bersangka baiklah. Mungkin dia tidak tahu dan ajarilah ia sehingga ia tahu…”, pujuk hati kecilnya.


………………………………………………………………………………………

p/s : ambillah mana yang baik daripada kisah ringkas ini. Sekadar pesanan dari penulis buat para hati yang membaca entry kali ini terutamanya bagi kita yang bergelar ‘wanita’ dan termasuklah diri penulis sendiri . Kadangkala, walaupun kita memakai pakaian yang pada luarannya menjaga syariat, bukan bermakna segalanya kita baik. Namun, jagalah jua hati kita kerana itulah mujahadah paling hebat buat kita. Berusahalah untuk tidak menyebut nama insan yang ajnabi (boleh kita kahwini) bagi kita.  Mungkin ada yang akan kata, “tak apa, tu perkara biasa ja”.. ya, betul tu sahabat2 sekalian tapi yakinlah, bila mana kita sebut nama mereka, pasti akan timbulnya titik hitam dalam hati kita yang sememangnya penuh dengan noda ini. Sebabnya, bila kita sebut nama mereka, pasti akan teringat juga wajahnya. Bahaya bukan?? Agaknya betul tak?? Kalau tak, tak ape, setiap dari kita lain caranya.. ^_^

Namun, bukan bermakna kita tidak boleh langsung sebut nama mereka ya terutamanya bila kita terlibat dalam organisasi yang melibatkan gerak kerja antara lelaki dan perempuan. Boleh tapi dengan caranya mudah sahaja, kita cubalah biasakan dengan menyebut jawatan mereka sahaja bila kita bersembang dengan sahabat-sahabat kita yang lain. 

Contoh mudah, muslimin yang kerja dengan kita dia pegang jawatan sebagai ketua (Yang Di-pertua). Jadinya bila kita bersembang, sebut sahaja; “semalam Ydp bagitahu minta sampaikan pada muslimat yang lain bahawa…..”, mudah bukan?? Disamping hati kita terjaga, hati sahabat-sahabat kita yang lain jua terjaga.

Buat buat semua yang dimuliakan dalam dirinya menjadi seorang wanita, hargailah dirimu dengan sebaiknya. Kita semua sangat istimewa Allah ciptakan atas muka bumi ini. Dengan tangan kitalah, akan lahirnya ummat yang hancur atau  ummat yang terbilang. Fikirkanlah.. 

Dan pada mereka yang bergelar lelaki, hargai jua dirimu menjadi seorang lelaki dan yakinlah kalianlah bakal menjadi imam suatu hari nanti. Sibukkanlah diri kalian dengan memikirkan apa sumbangan yang dapat kalian lakukan untuk Islam. Kudrat kalian amatlah diperlukan tatkala ini. TAKBIR!!

~teguran jua buat diri yang menulis ini yang sememangnya masih banyak lagi kekurangannya..  sama-sama kita baiki diri.. dakwah itu indah..;-)
Wallahua’lam..

Monday, 20 August 2012

:: Jalan Hidup Ini...::


Bismillahirrahmanirrahim,

                Salam pertemuan kembali buat semua para hati yang sedang atau tergerak hati menjenguk blog yang tidak seberapa aktif ini. Setelah sekian lama tidak mencoret kata di blog ini, akhirnya tergerak hati juga untuk mencatat sesuatu perkongsian hati buat semua.


Alhamdulillah tatkala sesi perkuliahan di kampus yang lepas, berpeluang juga penulis menjadi seorang pelajar yang “already married” bagi kelas forum subjek “English”. Walaupun tidak pernah atau belum masanya untuk merasainya kerana ada perkara yang lebih diutamakan tatkala ini, terasa bahagia juga dihati tatkala berkongsi dengan sahabat-sahabat semua pengalaman seorang sahabat penulis yang telah pun berkahwin. Malu dihati kerana  umpama kisah penulis sendiri pula tatkala bersemangat  bercerita dengan sahabat-sahabat... Barulah penulis faham kenapa sahabat penulis itu sangat bahagia tatkala ini. Mungkin Allah memberinya rasa bahagia itu melalui jalan ini namun tidak bagi penulis. Semestinya jalan hidup penulis 360 darjah berbeza darinya.


Benarlah, setiap dari kita Allah telah rancangkan jalan hidupnya yang tersendiri. Tatkala ini, penulis bahagia punya keluarga yang penulis rasakan itulah syurga dunia bagi penulis. Percutian di rumah lah adalah destinasi yang terbaik bagi penulis kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama adik-adik tercinta.. bagaimana dengan anda?? Carilah rasa bahagia itu agar kelak akan timbul rasa syukur dihati kita atas nikmat kurniaan-Nya. Jangan pernah kita tangisi hidup kita ini kerana apa yang kita lalui tatkala ini, itulah yang terbaik buat kita. Teringat kata-kata seorang sahabat penulis, “kita memang pakar dalam merancang, namun Allah lah yang merancang terbaik buat kita sejak dahulu lagi..”.



p/s: buat sahabat sahabiah penulis yang merasakan penulis “syok sendiri” ketika menyampaikan pengalaman bagi seorang yang telah berkahwin, penulis memohon ribuan kemaafan. Tidak terlintas dihati ini untuk menjadi fitnah bagi seorang muslimah yang dalam proses menjaga syariat untuk berfikiran seperti itu.
 Mohon maaf juga buat sahabat penulis kerana menjadikan kisah hidupnya sebagai perkongsian buat semua. Sekadar berkongsi dengan semua yang mana matlamat yang ingin penulis sampaikan pada semua bahawa, jodoh dan pertemua semuanya Allah yang rancang. Dan mabruk alaik juga buat sahabat penulis dan zaujnya yang baru dikurniakan seorang putera Islam beberapa hari yang lepas…. :: UMAR RAYYAN::, semoga anak ini menjadi pewaris dalam meneruskan perjuangan Islam kelak.. TAKBIR!!

Wallahua’lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^