Bismillahirrahmanirrahim,
Salam
syawal buat semua. Alhamdulillah dalam menghabiskan sisa-sisa cuti bersama
keluarga sebelum berangkat meneruskan perjuangan dalam medan menuntut ilmu,
dapat jua syahadah mencuba suatu resepi yang sangat menarik dan digemari oleh
kanak-kanak. Resepinya AISKRIM GORENG..^_^ bunyinya pun sedap bukan. Bahannya
pun tak susah hanya roti, aiskrim dan minyak untuk menggoreng sahaja. Yuk, kita
mencuba ^^
BAHAN-BAHAN
Aiskrim
Roti
(dilenyek sampai nipis)
Minyak
masak
CARA
BUATNYA
1.ambil
beberapa keping roti yang telah dilenyek tadi dengan menggunakan bekas air atau
apa sahaja. Ia dilenyek dengan tujuan untuk elakkan daripada menyerap minyak
yang terlalu banyak bila kita gorengnya nanti. Dan sebagaimana yg kita tahu penggunaan minyak yang berlebihan akan membahayakan kesihatan kita.
2.letakkan
beberapa sudu aiskrim. Jangan terlalu banyak sebab khuatir nanti ia akan
terkeluar bila kita nak potongnya.
3.lipatkan
ia dan ambil bekas plastik yang berbentuk bulat spt cawan dan sebagainya.
Bentukkan ia jadi seperti karipap dan potong.
4.masukkan
dalam peti sejuk selama beberapa jam. Lebih kurang 3 jam untuk bagi ia betul2
dah keras. Nanti akan lebih mudah bila kita menggorengnya.
5.semasa
menggoreng, pastikan minyak panas tadi benar2 panas baru kita masukkan.
Sebabnya takut aiskrim 2 mencair sebelum sempat masak.
6.selesai
dan boleh dihidangkan.. selamat mencuba
^_^
.....................................................................................
.....................................................................................
p/s:
~sebaiknya
mulakanlah dengan kalam suci, “bismillahirrahmanirrahim” sebelum kita memasak
agar beroleh keberkatan disisi-Nya dalam setiap apa sahaja yang kita lakukan insyaAllah.
~syukran
jazilan juga ditujukan buat cinta hati syahadah, MUNIRAH NADHIRAH atas
perkongsian resepi yang sangat menarik ini ^_^
Wallahua’lam..-)
No comments:
Post a Comment