Bismillahirrahmanirrahim,
Salam pertemuan
kembali buat semua para hati yang sedang atau tergerak hati menjenguk blog yang
tidak seberapa aktif ini. Setelah sekian lama tidak mencoret kata di blog ini,
akhirnya tergerak hati juga untuk mencatat sesuatu perkongsian hati buat semua.
Alhamdulillah
tatkala sesi perkuliahan di kampus yang lepas, berpeluang juga penulis menjadi seorang
pelajar yang “already married” bagi kelas forum subjek “English”. Walaupun tidak
pernah atau belum masanya untuk merasainya kerana ada perkara yang lebih diutamakan tatkala ini, terasa bahagia juga dihati tatkala
berkongsi dengan sahabat-sahabat semua pengalaman seorang sahabat penulis yang
telah pun berkahwin. Malu dihati kerana umpama kisah penulis sendiri pula tatkala bersemangat
bercerita dengan sahabat-sahabat... Barulah
penulis faham kenapa sahabat penulis itu sangat bahagia tatkala ini. Mungkin Allah
memberinya rasa bahagia itu melalui jalan ini namun tidak bagi penulis. Semestinya
jalan hidup penulis 360 darjah berbeza darinya.
p/s: buat sahabat sahabiah penulis yang merasakan penulis “syok sendiri” ketika menyampaikan pengalaman bagi seorang yang telah berkahwin, penulis memohon ribuan kemaafan. Tidak terlintas dihati ini untuk menjadi fitnah bagi seorang muslimah yang dalam proses menjaga syariat untuk berfikiran seperti itu.
Mohon maaf
juga buat sahabat penulis kerana menjadikan kisah hidupnya sebagai perkongsian
buat semua. Sekadar berkongsi dengan semua yang mana matlamat yang ingin
penulis sampaikan pada semua bahawa, jodoh dan pertemua semuanya Allah yang
rancang. Dan mabruk alaik juga buat sahabat penulis dan zaujnya yang baru dikurniakan
seorang putera Islam beberapa hari yang lepas…. :: UMAR RAYYAN::, semoga anak
ini menjadi pewaris dalam meneruskan perjuangan Islam kelak.. TAKBIR!!
Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment