Bismillhirrahmanirrahim..
Hebat peribadi insan itu. Mengislahkan seluruh
hidupnya demi Islam yang amat dicintainya. Tiada apa yang didambakannya
melainkan redha dariNya… wajahnya menggambarkan penatnya keringat beliau dalam perjuangan untuk agama ini..
Z.A.I.N.A.B
A.L-G.H.A.Z.A.L.I.
Bilamana dijodohkan dengan seorang insan yang
bergelar muslim, munajat syukur meniti dibibirnya… namun, bukan bermakna
seorang muslim itu memahami semua perkara. Disangka panas hingga ke petang
namun hujan disiang hari jua akhirnya..Larangan oleh insan tercinta untuknya berjuang menegakkan Islam
menjadi ujian dalam hidupnya.
Pertaruhan antara cinta DIA dan suami menjadi pertikaian tatkala itu.
Pertaruhan antara cinta DIA dan suami menjadi pertikaian tatkala itu.
Namun, akhirnya akur hatinya bahawa “aku
milik Dia..”
Gelaran JANDA akhirnya beliau perolehi..
Hari berganti hari, masa berganti masa,
akhirnya berkunjung jua lamaran oleh seorang pemuda Islam buat dirinya..
Demi cintanya beliau dalam perjuangan Islam,
akhirnya sebuah jawapan menjawab lamaran
itu;
“aku terima nikahnya dengan maharnya izinkan
aku berjuang..”
Subhanallah, hebat beliau kerana mengislahkan
segenap hidupnya untuk membantu agama Allah… kita?? Apakah yang telah kita
sumbangkan untuk agama ini?? Bersamalah kita memuhasabah diri…
Akhir kalam, ingin sekali penulis menghadiahkan
ayat-ayat cinta ini yang penulis perolehi daripada sebuah blog, ansarullah buat
renungan kita semua…
Kehadapan Mujahidah yang kami
sanjungi,
Dikaulah Srikandi Islam,
Dikaulah penggerak mata rantai perjuangan
ini,
Dikaulah penyeri hiasan duniawi,
Tanpa dirimu wahai mujahidah haraki,
Gerakan ini tidak mampu terbang
tinggi,
Tanpa dirimu wahai mujahidah sejati,
Hilanglah sayap kiri perjuangan ini,
Dan tanpa dirimu wahai srikandi,
Tidak akan lengkap gerakan islam yang
sedang berdiri.
Wahai srikandi harapan,
Dikau adalah sebutir mutiara yang amat
bernilai,
Menerangi kegelapan di kala kami
lalai,
Dikaulah sumber kekuatan kami,
Dikaulah pendorong semangat kami,
Dikau adalah sumber inspirasi,
Untuk kami terus maju dalam gerakan
ini.
Ingatlah firman Allah swt :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian
mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat,
menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan
diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana." (At-Taubah : 71)
Wahai muslimah sejati,
Engkau hadir melengkap fitrah,
Yang telah diatur oleh Allah,
Kami merayu kepadamu wahai mujahidah,
Jangan jadikan kehadiranmu ini sebagai fitnah,
Di dalam perjuangan yang terlalu banyak mehnah,
Kerana kami ini hanya insan yang lemah,
Apabila berhadapan denganmu wahai muslimah.
Rasulullah saw pernah bersabda:
"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang
lelaki daripada (fitnah) wanita." (Hadis Riwayat Bukhari)
Kami berharap kepadamu wahai mujahidah,
Jadikanlah kehadiranmu sebagai pelengkap fitrah,
Tetapi jangan jadikan ia sebagai pembawa fitnah.
Tanpamu wahai sayap kiri perjuangan,
Bagaimana mungkin kami mampu terbang,
Menaikkan syiar islam di muka bumi yang luas
terbentang,
Oleh itu kami mengharapkan kepadamu wahai
mujahidah,
Senantiasalah kamu menjadi pelengkap sayap kiri
perjuangan,
Penolong kami di dalam pertarungan,
Walaupun dirimu di barisan belakang,
Tetapi auramu dapat dirasai sehingga ke bahagian
hadapan.
Wahai banat penyambung perjuangan,
Wajahmu terlalu menarik dalam pandangan kami,
Oleh itu jagalah kecantikkanmu itu supaya ianya
tidak menjadi fitnah buat kami,
Dan kelembutanmu itu mampu untuk mencairkan
hati-hati kami,
Maka jagalah anugerah yang diberikan kepadamu
ini,
Supaya dapat kami menjaga hati-hati kami.
Wahai puteri-puteri pejuang islam,
Kekuatan dirimu tidak dapat dinafikan,
Dirimu bisa memerangkap insan,
Dirimu bisa menjatuhkan semua kekuasaan,
Dirimu bisa mencairkan tingginya keegoan,
Tetapi apa yang kami dambakan,
Cukuplah dirimu sebagai pemangkin semangat buat
kami untuk terus berjuang.
Wahai wanita solehah penggerak revolusi islam,
Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu,
Supaya ianya menjadi penguat untuk dirimu,
Menjadi ubat penenang qalbu,
Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.
Wahai srikandi islam,
Jangan kamu terjerat dengan cinta duniawi,
Kerana ianya akan membinasakan diri,
Membuatkan kamu begitu rugi,
Bukan sahaja di bumi ini tetapi juga di akhirat
nanti,
Kerana cinta tertinggi hanyalah cinta Illahi,
Dan cinta yang didasari atas dasar iman kepada
Illahi,
Jadi marilah wahai srikandi,
Muhasabahlah diri,
Apakah cintamu yang tertinggi?
Adakah cinta insani atau cinta Illahi?
Ingatlah pesanku ini wahai srikandi,
Cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh
turut engkau miliki.
Ingatlah akan firman Allah swt :
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan
laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur : 26)
Wahai bakal bidadari syurga,
Jagalah dirimu sebaik mungkin,
Kerana dirimu adalah contoh wanita mukmin,
Engkau adalah srikandi harapan,
Untuk menuju syurga di hadapan.
Wahai mujahidah impian,
Kami mengharapkan dirimu sentiasa thabat dalam perjuangan,
Jangan sesekali lari dari medan pertempuran,
Walau ianya banyak mehnah dan cabaran,
Kerana ianya adalah satu ujian,
Untuk menguji tahap keimanan,
Dan juga sebagai satu tapisan,
Daripada Allah di dalam perjuangan.
Akhirul Kalam,
Dimana pun berada, seorang muslimah harus
senantiasa menjadi lentera yang menyinari, pelita hidayah, sumber bimbingan,
dan menjadi aktivis yang sentiasa membangun, melakukan perbaikan dan penyedaran
terhadap semua orang, baik melalui ucapan maupun perbuatan.
Harapan besar telah diamanahkan kepada para
muslimah yang mampu mengembang amanah,
yang sentiasa mengukuhkan keperibadiannya sebagai bukti nyata kesedaran,
peningkatan dan loyalti diri terhadap Islam serta terhadap peradaban manusia.
Dan yang pasti, apa pun yang dilakukan seorang muslimah harus senantiasa
dilandasi dengan niat yang satu, niat kerana Allah dan hanya untuk menggapai
redha-Nya.
Wahai Srikandi perjuangan islam,
Jadilah dirimu wanita mulia, semulia diri
MARYAM..
Wanita faqihah, sebijak minda AISYAH..
Insan tabah, sekukuh hati ASIAH..
Menjadi kebanggaan, sehebat jiwa SUMAYYAH..
"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun
wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan
pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."
-(An-Nahl: 97)
(copyright from blog ansarullah)
Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment