Tuesday, 10 April 2012

TEGURAN BUATMU WAHAI DAIE...


Bismillahirrahmanirrahim,

Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?


Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

dari penulis, kata-kata ini penulis perolehi daripada seorang sahabat... semoga kata-kata ini memberi inspirasi dalam diri kita sebagai insan yang bergelar pembawa agama agar kita sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik... sama-sama kita berusaha menjaga sahabat-sahabat, keluarga, dan insan-insan yang kita sayangi agar tatkala syurga-Nya kita perolehi kelak, biarlah insan-insan ini turut ada bersama kita  didalamnya....yakinlah, kitalah para pemuda dan pemudi harapan agama yang menjadi kudwah hasanah buat mereka di luar sana... 
jika bukan kita, siapa lagi nak bawa Islam??
jika bukan sekarang, bila lagi??
jika bukan disini, di mana lagi??

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya.. andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya... tapi hakikat perjuangan ini bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga... Andai rebah, bangkitlah semula... Andai terluka, ingatlah janji-Nya..."

selamat  berjuang untuk agama-Nya... wallahua'lam...;-)

Monday, 9 April 2012

Kreatif Bila Ajak Adik Tunaikan Solat...^_^


Bismillahirrahmanirrahim,

                  Salam kebahagian dari penulis buat semua…alhamdulillah dengan izin-NYA dapat lagi jari jemari ini menari-nari di atas papan kekunci untuk berkongsi sesuatu yang mungkin berharga buat semua yang penulis kasihi… sudah mencuba tips minggu lepas mengenai cara untuk membuat kentang vedges ?  jangan lupa ya mencubanya…


Adakah anda mempunyai adik di rumah yang berusia dalam lingkungan 5-9 tahun?? Sekiranya ada, cuba fikir sejenak, bagaimana rasanya tatkala anda ingin menyuruhnya solat?? Adakah perlu lari berkejaran  umpama di padang trek?? Atau perlu menyediakan sebaldi air supaya dapat membangunkannya untuk tunaikan solat?? Atau perlu menjerit sekuat hati umpama pemenang anugerah vokal terbaik?? 

Hmm (senyum sopan), hebat kan kalian yang bergelar kakak atau abang kerana sangat kreatif dapat melakukan perkara2 sebegitu semata-mata ingin mengajak adik kalian menunaikan solat yang merupakan tiang agama dalam Islam.. apapun, penulis amat berbangga sekiranya mempunyai abang atau kakak seperti kalian…^_^

             insyaAllah pada perkongsian kali ini, sudilah penulis berkongsi satu cara yang kreatif dan agak menarik sebagai alternatif untuk kita membiasakan adik-adik kita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam…penulis yakin dan percaya setiap insan yang bergelar abang atau kakak pasti mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya bukan?? Agar apabila mereka besar kelak akan menjadi insan yang berguna… jadinya, perlulah didikan tersebut mengikut acuan Islam  sejak dari kecil lagi kerana pepatah Melayu ada mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya…”.
mungkin pada mereka yang tidak punya adik akan menganggap perkara ini mudah bukan?? Tetapi ia tidak sama sekali kerana untuk mendidik seseorang supaya rajin melakukan sesuatu perkara yang bukan menjadi kebiasaannya, bukanlah sesuatu perkara yang mudah…jadi, sama-sama kita ketahui caranya...

sebenarnya, seperti yang kita sedia fahami, kanak-kanak amat menggemari KESERONOKAN sama ada bermain, mendengar muzik sambil menari, mewarna dan sebagainya… jadinya, cubalah kita memahami keadaan mereka dan pada masa yang sama kita ambil kebaikan disebalik itu… itulah salah satu metodologi dakwah.. tapi bagaimana ya??begini caranya,

BAHAN-BAHAN:
-kertas putih
-pensel warna
-soletip

CARANYA:
1.lukiskan sepohon pokok  yang mempunyai;
-ranting: 7 (mewakili 7 hari dalam seminggu)
-daun : setiap ranting harus mempunyai 5 helai daun (mewakili 5 solat fardu dalam sehari)
-buah: setiap ranting harus mempunyai 1 buah (mewakili bacaan al-Quran/iqra’/muqaddam)



2. kemudian disetiap ranting, letakkan hari dan disetiap helaian daun, letakkan waktu (subuh, zohor, asar, maghrib da isya’) 
cara ke-2


3. letakkan arahan kepada adik2 untuk warnakan;
-daun: (warna hijau sekiranya solat/ warna kuning sekiranya tidak solat)
-buah:( warna merah sekiranya baca al-quran/ warna hitam sekiranya tidak membacanya dalam sehari)

cara ke-3

4.lekatkan gambar tersebut ditempat yang boleh dilihat seperti di bilik tidur/almari/cermin atau tempat2 yang sesuai..
cara ke-4





            Sebaiknya, permainan ini dimainkan oleh mereka yang mempunyai adik-adik yang lebih daripada dua orang agar membolehkan mereka bersaing kerana apabila mereka bersaing, ia akan memberi satu perangsang semangat dalam diri mereka untuk melakukan sesuatu perkara itu… insyaAllah, lama-kelamaan adik-adik kita akan jadi terbiasa untuk tunaikan solat tanpa perlukan pokok ini lagi...
jangan lupa sebagai ganjarannya, hadiahkan kepada adik kita yang menang dalam permainan ini sesuatu yang disukainya sama ada  kerana mereka berjaya untuk tidak meninggalkan solat atau berjaya mengurangkan kadar tinggal solat dalam seminggu berbanding minggu sebelumnya… hal ini demikian kerana kanak-kanak amat menggemari sebuah penghargaan sama ada berbentuk hadiah, pujian dan sebagainya…

                   memang benar kita tidak boleh selalu menjadikan hadiah atau ganjaran sebagai syarat dalam mengajar adik2 kita menunaikan perintah-NYA tetapi percayalah, untuk mendidik keikhlasan dalam diri itu bukan suatu perkara yang mudah terutamanya  bagi seorang kanak2 yang baru meningkat usianya…
penulis terasa amat bahagia tatkala melihat adik2 penulis berkejar-kejar ke almari masing-masing selepas solat semata-mata untuk mewarnakan pokok kepunyaan mereka… percayalah, itulah kegembiraan yang amat bermakna bagi seorang kakak atau abang tatkala melihat insan yang disayanginya  menunaikan perintah-NYA walaupun usia mereka tatkala itu amat mentah…


            dan pesanan penulis buat mereka yang telah dewasa tetapi masih sukar untuk konsisten dalam menunaikan ibadah, cubalah kalian belajar untuk konsisten dalam tunaikan perintah-Nya… apa salahnya, anda  menghadiahkan diri anda sesuatu yang istimewa sekiranya anda berjaya tunaikan solat dalam seminggu tanpa tinggal sama ada memberi ganjaran dengan pergi makan atau membeli belah atau sebagainya… ataupun, cuba lekatkan kata-kata semangat dicermin atau sebagainya sebagai galakan dan peringatan buat diri kalian untuk tidak tinggalkan solat lagi… berdoalah selalu kerana DIA Maha Mendengar suara hati hamba-NYA yang bermunajat kepada-NYA… insyaAllah, Allah pasti bantu kita kalau kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.. yakinlah..

cubalah dan rasailah kegembiraannya..^_^


Akhir kalam, moga perkongsian ilmu kali ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham dalam diri kita dalam usaha menjaga adik-adik kita yang masih kanak-kanak… didiklah adik-adik kita sejak kecil lagi dengan cara hidup Islam…jika bukan kita yang menjaga ahli keluarga kita, siapa lagi yang akan menjaganya?? Tepuk dada tanyalah iman… penulis sudahi dengan kata-kata muhasabah diri;

"Jika dalam diri seseorang tertanam keyakinan bahawa yang mengecewakan tidak selamanya ada atau ia pasti akan berakhir, pasti ia akan menghasilkan tenaga dan mendorong fikiran yang positif… pasti dia akan bersemangat dan terdorong untuk memaafkan masa lalu dan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik bukannya menjadi trauma dengan peristiwa masa lalu yang menyebabkan dia berputus harapan… pastikan DIA itu adalah kita…"

Salam muhasabah diri  kearah kebaikan.. wallahua’lam…


Wednesday, 4 April 2012

ANDA BERTANYA, CERDIK PANDAI MENJAWABNYA. [Siri 2: Kakiku, Adakah Engkau Aurat??]


Bismillahirrahmanirrahim,
                Salam mahabbah buat semua pencinta ilmu yang penulis muliakan… Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam ruangan ilmu “ANDA BERTANYA,CERDIK PANDAI MENJAWABNYA..”. untuk entri kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu dengan semua berkaitan  hukum aurat kaki  seorang wanita yang sering kita sebagai wanita hari ini terlepas pandang….


Sesungguhnya, kaki merupakan anggota yang membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat kita pijak, beralas atau tidak dengan menggunakan kaki.... sedar tidak sedar, kakilah  juga  yang merupakan salah satu anggota badan kita yang akan bersuara mewakili kita kelak tatkala kita disoal di hari pembalasan nanti.. subhanAllah, hebat kan peranan kaki kita?? Jadinya, hargailah ia dengan mengarahkannya pergi ke tempat-tempat yang berfaedah…


Ayuh kita sama-sama ketahui hukum  aurat kaki berdasarkan pembacaan yang penulis perolehi dalam sebuah majalah ilmiah Solusi isu No. 38 ( Syurga Itu Benar) di halaman 63… sama-sama kita berkongsi ilmu…


Berdasarkan pendapat mazhab yang telah kita ketahui, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat. Hanya pendapat mazhab Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki itu bukan aurat.

Ini dan Ini Aurat

Apakah yang dimaksudkan dengan “yang biasa nampak daripadanya??”  Sa’id bin Jubir  meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud ayat tersebut ialah wajah dan kedua-dua tapak tangan (Tafsir al-Quran al-Azim).
Pendapat yang sama turut dikongsi oleh al-Dahhak dan al-Auza’i, namun ada beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud yang berpendapat ia bermaksud pakaian…

CABARAN MENUTUP KAKI DAN PENYELESAIANNYA ^__^



Penulis percaya, ada wanita yang mengalami masyaqqah(kesulitan) menutup kaki sama ada dengan berstoking, memakai kasut bertutup atau dengan melabuhkan pakaian mereka sehingga menutup kaki. Apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang terkenal sebagai negara yang menerima taburan hujan yang lebat, pasti agak menyukarkan.

1. wanita harus faham disini, konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stoking sahaja. Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai wanita Arab mempunyai maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga meleret, namun tidak sampai ke tahap berbangga-bangga dengan pakaian labuh.

2. memakai kasut bertutup pada waktu hujan tanpa perlu memakai stoking juga boleh diterima dari segi praktis, asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai. Oleh itu, tiada istilah stoking basah berkali-kali dalam sehari lagi ya…^_^

3. jika berada di rumah pula terutamanya di kampung, kadangkala susah hendak kita menutup aurat  kaki dengan kehadiran ipar-duai, sepupu dan sebagainya. Dalam situasi seperti ini, mujahadahlah sedikit dengan meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi beberapa kelonggaran jika berada didalam rumah.


             Akhir kalam dari penulis, sama-samalah kita berusaha melaksanakan perintah  Pencipta kita ini… yakinlah wahai wanita sekalian, setiap apa yang Allah perintahkan kepada kita untuk melakukan sesuatu, pasti ia terselit hikmah kebaikan buat diri kita…

           Sesungguhnya Islam itu ajarannya mudah Cuma kita kadangkala memberatkannya… sematkanlah dalam diri kita perkataan “CUBALAH DAHULU” dalam apa sahaja suruhan yang DIA perintahkan kepada kita untuk lakukan…usahlah menolak terus tanpa belajar dahulu mengetahui kebaikan disebaliknya.. tidak mengapa andai ia memerlukan tempoh masa yang lama untuk kita biasakan diri kita memakainya.. lama-kelamaan, insyaAllah pasti akan lahir  satu perasaan andai diri kita istiqamah menjaga batas aurat kita…

               hayatilah firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat…” (Surah al-A’raf 7:26)

               “takwalah yang memotivasikan seseorang wanita itu sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Pencipta kita…”tepuk dada, tanyalah imanmu wahai diri… jika masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal…



              "tatkala langkahmu ingin keluar dari rumah, tanyalah dirimu terlebih dahulu; 'adakah Allah redha dgn apa yang aku pakaikan  tatkala ini dan adakah pakaianku ini mampu meruntuhkan iman para pemuda harapan Islam diluar sana..??.."... 


           ingatlah duhai wanita  “Sesungguhnya menjadi SOLEHAH itu bukanlah satu pencapaian tetapi ia merupakan satu proses yang penuh dengan onak dan duri bagi memperolehinya… mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis…” salam mujahadah diri dari penulis buat semua… wallahua’lam…;-)

Tuesday, 3 April 2012

Kerana-MU ku Temui Jalan Pulang...


Bismillahirahmanirrahim,

“Bilaku kenang kembali,
Perjalanan hidupku sebagai musafir-NYA,
Dibumi nyata ini,
Ku menangis sendiri…

Dulu ku gembira dengan kejahilan yang ku lakukan,
Kini ku menangis kerana DIA sudi membawaku pulang ke jalan-NYA….
Tidak ku duga jilbab labuh menjadi pilihanku kini….

Tidak pernah ku terfikir di kalbuku,
Tapi DIA telah merancang segalanya buatku,
Subhanallah…perancangan-NYA begitu rapi sekali…
Memberikan  tarbiah agama dalam diriku…
Agar ku mampu mengejar gelaran
“MUSLIMAH MUKMINAH”
Baruku sedar bahawa diriku cukup berharga dalam perjuangan ini…
Akan ku islah diriku buat mu ISLAM,
Akan ku tekad menjadi sayap kiri dalam perjuangan agama-NYA…
Walaupun ku tidak mampu bergelar SRIKANDI UMAR,
Cukuplah gelaran SRIKANDI ABU BAKAR ku kecapi,
Yang pasti ku punya caraku tersendiri dlm perjuangan agama ini…
Satu ucapan yang meniti dibibirku,
TERIMA KASIH buatmu wahai PEMILIK HATIKU…
TERIMA KASIH atas nikmat IMAN dan ISLAM yang telah Engkau anugerahkan buatku…”


Dari Penulis: buat para hati yang yang ingin berubah, berubahlah selagi punya peluang... beriilah dirimu peluang... kasihanilah dirimu yang ingin berubah...
janganlah jadikan kesilapan masa lalu sebagai penghalang untukmu berubah ke arah kebaikan... anggaplah kesilapan lalu sebagai tarbiah peringatan buat-NYA kepadamu... setiap dari kita pernah melakukan kesilapan hatta diri penulis sekalipun... jadii, sematkanlah tekad dalam dirimu... dan buat para hati2 yg sedang membaca entri ini juga, usahlah kita berubah kerana seseorang tapi berubahlah  kerana-NYA sebab berubah kerana sesuatu yang tidak pasti, ia tidak akan berkekalan tetapi andai kita berubah kerana Allah, insyaAllah ketenangan akan kita perolehi kerana DIA lah matlamat hidup kita sebenarnya.... berusahalah ya wahai diri.. salam tarbiah memperbaiki diri... 

"Pandangan hati selalunya lebih tepat berbanding pandangan mata kasar.. mata hati yang dipandu oleh cahaya Ilahi akan menyuluh kehidupan ini..."

wallahua'lam..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^