Tuesday 25 April 2017

Saya berhasrat untuk menjadi seorang yang terbaik untuk anak-anak saya, namun kini tidak lagi..

"Apa matlamat hidup anda kini?", tanya seorang wartawan kepada seorang artis daripada luar negara yang baru selesai majlis perkahwinan mereka.

"Kini matlamat saya berbeza daripada sebelum ini. Dahulu sebelum berkahwin, saya berhasrat untuk menjadi seorang yang terbaik untuk anak-anak saya, namun kini tidak lagi..", Jawabnya  dengan bersemangat.

Terkejut wartawan tersebut  dengan jawapannya, lalu ditanya pula, "Kenapa sampai begitu sekali matlamatnya berubah. Jadinya apa matlamat anda kini?", soal wartawan dengan penuh minat menantikan jawapan daripada artis itu.

"Saya tidak mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak saya kerana saat ini saya ingin jadi yang terbaik kepada isteri saya yang saya miliki sekarang ini, bukan lagi anak-anak saya yang masih belum ada lagi ini di atas muka bumi ini...", jawabnya ringkas.

------------------------------------------------

Temubual ini penulis lihat semasa menonton bersama adik-adik penulis di rumah.  Hikmah itu ada di mana-mana, maka carilah ia.

Begitulah hikmah yang dapat penulis perolehi daripada rancangan tersebut, lesson from this situasion.; "be the best dan jadikan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidupmu sebagai king dan princess saat dia berada disampingmu"...

Begitulah yang Islam ajar kepada kita, hablul mina Allah dan hablul mina annas (jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia). Indahnya yang Islam ajar kepada kita sebagai hambaNya. Setiap insan yang hadir dalam hidup kita, dia punya HAK nya yang perlu kita tunaikan iaitu menghargai kehadiran nya melalui pelbagai cara dan situasi; apabila ibu memasak untuk kita, hargainya dengan memakan masakannya dan memujinya walau tidak sedap sekalipun, apabila adik memberi kita hadiah zahirkan rasa gembira hatta hadiahnya hanyalah kertas yang melukis gambar kita kerana adik kita baru pandai menggunakan pen, apabila guru memberi nota hargainya dengan cara meletakkan ia ditempat yang dihormati, apabila kawan meluahkan masalah hargainya dengan cara memberikan perhatian penuh minat tanda kita prihatin kepadanya dan pelbagai lagi situasi...

Pelbagai cara bukan dapat kita gunakan untuk menghargai insan-insan di sekeliling kita? Maka kreatifkan cara kita. Kata Prof. Muhaya, "Erti hidup adalah memberi".  Jangan pernah mengharapkan penerimaan dan pembalasan, kerana kelak hati kita akan sakit.  Sebaliknya memberi dan terus memberi kerana sesungguhnya yakinlah dalam hati bahawa Allah itu sebaik-baik memberi balasan dan DIA Maha Melihat setiap kebaikan yang kita lakukan..:-).

"Hargailah mereka yang berada disamping kita saat ini sebelum tiba masanya DIA akan mengambil semula mereka daripada kita..kerana penyesalan setelah itu jauh menyakitkan. Percayalah.."

Hidup kita tidak lama, dekat dah kita akan berjumpa dengan sang Pencipta kita, maka buatlah sebanyak mungkin amalan dan kebaikan kerana kita tidak akan pernah tahu dimana letaknya redhaNya dalam setiap kebaikan yang kita lakukan :-)

Salam semarakkan amal dan salam bahagia :-)
Daripada penulis yang masih belajar dan akan terus belajar untuk memberi :-) 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^