Wednesday 12 April 2017

PUISI : “ KAU PEMBAWA QUDWAH KEJI”



TEMA :  Akhlak Seorang Pendakwah Agama
PERASAAN :  Kecewa
NADA :  Sedih & Sinis
TUJUAN :
     1.Untuk menyedarkan para pendakwah bahawa setiap perbuatan mereka dicontohi oleh masyarakat awam
      2.Untuk menegur para pendakwah yang tidak mengamalkan apa yang disampaikan



Dirimu dikenali,
Dan disanjung tinggi,
Oleh insan-insan hari ini,
Yang dahagakan ilmu Ilahi,
Mereka menyangka kau lah contoh terpuji,
Namun hakikatnya kini,
Kaulah pembawa qudwah keji.

Engkau berbicara demi Ilahi,
Mengajak insan kembali mengenali diri,
Persoalannya  kini,
Mengapa bicaramu melebihi amali?

Engkau memahami,
Bahawa zina itu maksiat hati,
Namun mengapa jadi begini,
Tatkala aku menegur tindakanmu ini,
Engkau hanya memandang sepi,
Malah menjauhi diriku ini,
Seolah-olah akulah pendosa kepada Ilahi.

Tatkala tindakanmu,
Melanggar syariat Ilahi,
Engkau dengan berani,
Membolak-balikkan hukum Ilahi,
Demi menghalalkan perbuatanmu ini,
Supaya tidak dipandang keji,
Adakah engkau ulama su’u di abad ini?

Engkau berkata,
Jauhilah syirik kepada Ilahi,
Namun tatkala melakukan sesuatu,
Pandangan insani yang lebih kau idami,
Qudwahkah  begini?

Kemungkaran hari ini,
Semakin menjadi-jadi,
Wahai pendakwah sejati,
Apa tindakanmu kini?
Adakah hanya berdiam diri?


 Nukilan hasil kelas subjek "Penulisan & Pengucapan Dakwah".



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^