Saturday 22 April 2017

Jodoh, dia disisimu sebenarnya...

 



 

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Kenapa tolak dia Mira?", soal Adah bilamana sahabatnya Mira menolak taqdim daripada seorang pemuda.

"Mira  rase tak layak dengan dia sebab dia berlainan fakulti dan bidang dalam maksud lain kami tak sekufu..", terang Mira dengan sebak.

Beginilah kehidupan dan realiti yang sering berlaku,
Ada keadaan seorang perempuan itu diminati,
Bila dirisik, ia menolak..

Ada keadaan seorang perempuan itu sentiasa menanti,
Dan bersedia menerima siapa sahaja tanpa syarat,
Namun sebaliknya tidak pula kunjung tiba risikannya..

Ada keadaan seorang perempuan itu ditaqdim,
Namun menolak kerana mengharapkan insan lain..

Menarik bukan percaturan hidup ini, kita sering tidak dapat apa yang kita inginkan, dalam erti kata lain, lain yang diminta, lain pula yang Allah bagi bukan? Tapi....

Jangan lupa satu perkara Allah pesan kepada kita dalam kalamnya  Surah al-Baqarah ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Bila bercakap tentang jodoh, ia tidak akan pernah lari dengan kata-kata, "yang terbaik", "tak layak", "tak sesuai" dan sebagainya. Namun benarkah pendirian kita selama ini dengan perkataan itu. Apa yang kita faham melaluinya kata-kata itu sebenarnya?

Buat adik-adik, teman-teman yang penulis kasihi, fahamilah kita hakikatnya semua lahir dalam fitrah sukakan kebaikan, bermakna kita semua adalah baik. Jadi secara tidak langsung, semuanya sesuai untuk kita jadikan pasangan dalam hidup kita bukan? Sebagai contoh dalam kelas, semua rakan-rakan perempuan atau lelaki sesuai kita jadikan pasangan kita sebabnya mereka baik kan, dengan nilai iman yang ada dalam diri..


tapi....

Dalam ramai-ramai itu, siapakah yang paling terbaik? dan apa yang dimaksudkan dengan "yang terbaik" itu?

Mudahnya apa yang penulis fahami, semuanya adalah baik namun dalam ramai-ramai antara mereka, siapa yang paling terbaik untuk melengkapkan kekurangan yang ada dalam diri kita, maka dialah jodoh kita. Yang baik itu ramai, namun yang paling terbaik pastinya hanya satu.. carilah ia, dan perhatikan siapa disekelilingmu, lazimnya jodoh itu disekitar kita sahaja.. ada yang melalui perantara ibu ayah, teman seperjuangan, sahabat baik dan sebagainya..:-)

Ringkasnya, setiap dari kita punya zon masa yang tersendiri yang Allah telah lakarkan yang paling terbaik buat kita. Ada kalanya rezeki bersama keluarga diberiNya lebih, ada yang diberinya rezeki berkhidmat untuk ummah selamanya dan sebagainya. Maka bersabarlah menghadapi segalanya, dalam kata mudah "follow the flow".  Oleh itu, jagalah amal fardhi kita (solat, zikir, mathurat, solat malam, bacaan al-Quran) dan segalanya kerana jodoh itu gambaran bagaimana kita.  Inginkan yang terbaik, kita dulu perlu jadi yang terbaik, dan yang terbaik untuk siapa? Semestinya terbaik untuk DIA pencipta kita..

Salam bahagia,
Daripada penulis yang tiba-tiba terfikir tentang ini (oleh kerana terlalu banyak invitation card yang dapat kebelakangan ini) :-)

 


 



 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^