“Sesungguhnya DIA menyeru hambaNya sebanyak tiga kali yakni:
1)
Seruan Azan
2)
Seruan Haji/Umrah
3)
Seruan Maut
Sahutlah seruan pertama dan ketiga itu, manakala seruan kedua sahutlah
ia bilamana kita berkemampuan…”
Alhamdulillah,
diizinkanNya buat diri ini mengunjungi rumahNya yang menjadi idaman dan impian
bagi setiap mereka yang beriktikad dengan iman kepadaNya.. kata bijak pandai, “Orang
yang rugi itu bercakap mengenai masalah, orang yang sederhana itu bercakap
mengenai peristiwa manakala orang yang bijak itu bercakap mengenai penyelesaian
bagi sesuatu masalah..”
(wallahua’lam.. mohon maaf jika ada kesalahan pada apa yang disampaikan ini)
namun, hadirnya entri kali ini bukanlah penulis ingin bergelar mereka yang suka
bercerita mengenai peristiwa, tetapi anggaplah ia perkongsian hati buat semua
agar dapat mengambil sedikit sebanyak mutiara hikmah yang dapat dijadikan
pedoman.. kata orang, “ ambillah pengalaman orang lain dan tapislah ia apa
yang baik daripadanya dan amalkanlah ia..”.
insyaAllah, pada entri
kali ini sudilah penulis berkongsi pengajaran/pengalaman/pedoman yang penulis
perolehi tatkala mengunjungi Tanah Haram dan Madinah pada 19-31 Januari
baru-baru ini bersama keluarga yang disayangi. Benarlah, jauh perjalanan,
luas pemandangan..
Mutiara Hikmah 1 (Carilah
Dirimu Wahai Diri)
Kadang kala, kita
selalu dengar kata orang, untuk kita nak
kenali diri kita, kita tanya sahabat-sahabat rapat kita bukan?? Namun, pada
penulis di kota mekah lah satu-satu nya tempat kita dapat lihat sikap diri kita
yang sebenar kerana kemuliaan dan barakah yang ada pada tempat yang mulia ini.
Di tempat ini, Allah tunjukkan sebenar-benarnya sikap kita. Jika kita seorang
yang tidak sabar, Allah pasti tunjukkan kepada kita betapa kita sebenarnya
seorang yang sangat tidak sabar… jika kita seorang yang panas baran, pasti
Allah akan serlahkan jua.. takut bukan?? Namun, janganlah risau wahai diri
kerana di sinilah kita belajar baiki diri kita bila mana DIA telah tunjukkan
kepada kita betapa banyakknya khilaf(kekurangan) dalam diri kita yang perlu
kita perbaiki…gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya..allahurabbuna..
Mutiara Hikmah 2 (Tundukkanlah
Pandanganmu)
Kata pujangga cinta: “Dari
mata turun ke hati, dari hati akan membuahnya rasa ingin mencintai..”. hebatnya kuasa mata itu bukan?? sejak
sekolah, penulis tertanya-tanya juga apa pentingnya kita perlu tundukkan
pandangan sebabnya sama sahaja penulis rasakan.. belajarlah dari sekarang untuk
tundukkan pandanganmu wahai diri..yakinlah, dari itu kita akan temui nilai
kekusyukan dalam diri kita hanya kepadaNya sahaja dan pastinya kita akan rasai
ketenangan yang amat sangat. Bila mana kita tidak menjaga mata kita yang
sepasang ini, pasti akan dicemari dengan pandangan melihat ajnabi kerana memang
fitrah kita begitu. Namun, belajarlah untuk
menundukkan pandangan kita demi menjaga hati kita hanya untukNya sahaja.
Berada di tanah haram, pastinya kita tidak terlepas untuk memandang para Jemaah
lain yang datang dari segenap pelosok dunia. Nasihat penulis, sepanjang
perjalanan untuk ke masjidil haram, belajarlah untuk jaga mata kita dan
gunakanlah kesempatan yang ada untuk lidah kita menyebut namaNya…
“Manusia yang memandang dengan pandangan
akhirat akan sentiasa berjaga. Hatta berpakaian dia akan berpakaian dengan cara
pakaian yang Allah redha.. apabila berbicara, dia akan berusaha mengungkapkan
perkataan yang Allah redha..”
Mutiara Hikmah 3 (Hiduplah
Dalam Berjemaah)
Dalam hidup kita, kita
tak akan mampu hidup bersendirian dan pastinya kita memerlukan bantuan mereka
yang berada disekeliling kita. Tatkala berada di bumi Allah Baitullah, penulis
belajar yang kita perlu ingat orang lain. Andaikata kita ingin masuk
syurga, pastinya kita tidak mahu masuk seorang diri dan ingin bersama-sama
orang yang kita sayangi bukan?? Jadinya, ingatlah bila mana kita ingin
melakukan kebaikan sebesar zarah sekalipun, ajaklah bersama mereka-mereka yang
berada disamping kita. Tiada yang rugi bilamana sesuatu kebaikan itu disebarkan
sebaliknya pasti ganjarannya digandakan. Contohnya bilamana kita ingin pergi
masjid awal pagi, belajarlah untuk kejutkan jiran-jiran sebelah kita kerana
mungkin tatkala itu mereka masih belum terjaga…
waktu solat di Makkah |
Mutiara Hikmah 4 (Tanah
Haram Bukanlah Tempat Permulaan Untuk Beramal)
Mutiara kali ini amat
penulis hargai.. disana, barulah penulis sedar dan belajar yang sikap malas itu
wujud dalam diri kita walau sebaik mana sekalipun tempat yang kita berada
tatkala itu. Kata orang, di Tanah Haram
kita belajar buat perkara-perkara baik bukan?? Tetapi tidak bagi penulis,
sebaliknya tanah haram itu adalah tempat kita mengaplikasikan amalan yang telah
kita lakukan tatkala berada di negara kita. Di sana, dapat penulis melihat
muslimin yang hatinya terikat dengan masjid dan sebaliknya.. Andai kata tatkala
berada di Malaysia, kita malas untuk datang ke surau/masjid, pastinya di tanah
haram juga kita akan merasa berat untuk datang ke masjidil haram. Jadinya,
rajin-rajinkan diri kita mulai sekarang ya untuk datang ke rumah Allah sama ada
surau mahupun masjid untuk menunaikan solat berjemaah..^_^
Mutiara Hikmah 5 (Letakkan
Cinta DIA Yang Tertinggi Dihatimu)
Benar sekali, bila
mana cinta Allah yang kita kejar, kita pasti akan diuji dengan cinta manusia…
Berusahalah untuk letakkan cinta Allah yang tertinggi dalam hati
kita…gunakanlah kesempatan yang ada disana untuk kita rebut peluang cinta DIA dengan sebaiknya..Untuk menyebut
“Aku cintakan Allah”, semua orang boleh, tetapi siapakah yang benar-benar
meletakkan Allah di tempat yang tertinggi dalam hatinya??..muhasabah buat diri
kita.. allahurabbi.. dan yakinlah bahawa jodoh itu rahsia Allah dan sebaiknya
carilah yang sama ‘fikrah’nya dengan kita agar sama-sama dapat meneruskan
perjuangan yang sama untuk agama Allah ini.
“Apabila bercinta kerana Allah, Allah akan
mempertemukan kita dengan semua cinta yang membahagiakan. Kita akan dicintai
dan mencintai orang yang mencintai Allah. Dan pastinya tergerak hati kecil kita
untuk melakukan sesuatu amalan yang Allah cintai yang membawa kita kepada
cinta-Nya..”
“Orang yang soleh akan mencari cinta hakiki
yakni cinta Sang Pencipta kerana apabila mendapat cinta hakiki, akan datangnya
cinta sementara. Orang ‘asi sering tersasar daripada cinta hakiki, lalu
mengejar cinta nafsu yang sering membawa kepada kepada kesengsaraan. Orang
soleh meletakkan sifat benci kepada perkara yang dibenci oleh Allah dan
Rasul-nya tetapi orang ‘asi akan membenci sesuatu menurut hati dan
perasaannya..” (Ust Muhidin Moktar, Pengarah KUIS)
Mutiara Hikmah 6
(Islam Itu Ajarannya Mudah)
Kadangkala kita
tersedar dan terpana tatkala ada dalam kalangan kita yang terlalu memberatkan
apa yang Islam datangkan kepada kita.. adakalanya Islam itu tak didekati bukan
kerana ia tidak cantik tetapi kerana sikap mereka yang membawa Islam itu yang
tak cantik caranya… tatkala berada di sana, DIA tunjukkan satu persatu kepada
diri ini bahawa ajaran Islam itu teramatlah mudah untuk kita amalkan dalam
kehidupan seharian; solatlah dimana sahaja asalkan ia bersih (penjaga
kedai-kedai tunaikan sahaja solat mereka dihadapan kedai tanpa menghiraukan
manusia-manusia yang lalu lalang dihadapannya) dan kebanyakan muslimat yang
mengambil wudhuk menggunakan air zamzam di dalam masjid, mereka hanya mengambil
satu kali sahaja tanpa perlu menggunakan air yang banyak (melalui itu kita
diajar untuk tidak membazir) dan banyak lagi peristiwa…
Mutiara Hikmah 7
(Lembutkanlah Hatimu Dengan KalamNYA)
Hati kita kadang kala
amat sukar untuk menangis.. mengapa?? Mungkin kerana hati kita yang satu ini
banyak dosanya dan makin gelap warnanya.. astaghfirullah.. tatkala berada di
sana, mudah sahaja mata ini mengalirkan air mata tatkala berlakunya apa
sahaja.. mungkin kerana tatkala berada di tempat kita, hidup kita seharian
terlalu disibukkan dengan urusan dunia tanpa berkesempatan untuk kita menyentuh
kalamNya.. namun, tatkala berada di tanah haram, masa kita hanya terisi dengan
membaca dan menghayati kalamNya tanpa perlu memikirkan apa-apa urusan dunia..
andai berpeluang, gunakanlah masa dan kesempatan yang ada untuk menyelak
helaian-helaian cintaNya buat pedoman dan peringatan kepada hati kita agar
kelak hati kita yang satu ini disuburkan dengan kalamNya dan ingatan
kepadaNya...
“Membaca al-Quran umpama membaca surat cinta
yang tiada noktah asyiknya... Walau belum bersua dengan Pemilik “kata-kata”
ini, namun kehadirannya sentiasa dirasai dan dirindui.. subhanAllah..”
Mutiara Hikmah 8 (Jadilah
HambaNYA Yang Bersyukur)
Benarlah, ditempat
yang barakah ini, mudah sahaja apa yang kita hajati dimakbulkan olehNya..
pernah suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh, penulis terasa amat
lapar.. kemudiannya, tanpa diduga, ada seorang wanita arab datang dan
memberikan sebiji kurma.. Alhamdulillah.. namun, lumrah kita manusia tidak akan
bersyukur dengan yang sedikit.. apa yang diidamkan melebihi apa yang diperolehi
ketika itu.. tatkala penulis menoleh ke belakang, DIA izinkan diri ini
menyaksikan suatu kejadian buat muhasabah pada diri.. menitis air mata ini
tatkala melihat seorang wanita arab menitiskan air matanya sambil menikmati
kurma yang diperolehinya.. subhanAllah, hebatnya rasa syukur wanita itu dengan
apa yang dimilikinya…
“Rahsia
ketenangan dan kejayaan adalah dengan berpegang kepada prinsip : ‘Hitung
kesyukuranmu, bukan kesukaranmu..”
“Syukur itu letaknya dalam hati..hati tidak
boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rasa rela hati. Orang yang
tidak bersyukur hakikatnya buta ‘mata hati’.. lihatlah segala nikmat yang ada
dihadapan kita dengan pandangan mata hati agar kelak terbitnya rasa syukur
kepadaNya..”
Mutiara Hikmah 9
(Bina Kekuatan Dalammu Melalui Solat Berjemaah)
Tatkala berada di
sana, suatu kekaguman lahir dalam hati
ini kepada pekerja-pekerja buruh yang bekerja di sana. Mulanya, penulis berasa
aneh mengapa sangat pantas gerak kerja pekerja-pekerja buruh ini membina
bangunan yang serba canggih dan tinggi melangit ini.. bayangkan, dalam masa 6
bulan sahaja mereka berjaya membina terowong-terowong bawah tanah dan
bangunan-bangunan yang sangat banyak.. pelik bukan?? Tetapi tiada yang mustahil
bilamana kekuatan dalaman itu DIA yang beri.. terjawablah rahsia ini tatkala
mana, kedengaran azan berkumandang di masjidil haram, semua manusia-manusia
yang berada di sekitar tanah haram termasuk pekerja-pekerja buruh,
wanita-wanita arab, penjaga kedai dan sebagainya meninggalkan segala pekerjaan
yang mereka lakukan tatkala itu dan berpusu-pusu umpama mengejar sesuatu yang
amat mereka cintai yakni seruanNya dengan menunaikan solat berjemaah..
subhanAllah, hebat bukan rahsia mereka?? Bandingkanlah ia dengan negara kita
ini…allahurabbi..
Mutiara Hikmah 10
(Gunakanlah Kepakaranmu Buat Sumbangan Kepada Agama)
Setiap kita
dikurniakan kelebihan dan kepakaran masing-masing dan yang lebih bermakna jika
kelebihan yang ada digunakan buat sumbangan untuk Islam..Alhamdulillah, hebat
penulis rasakan tatkala diberi kesempatan menyaksikan bumbung yang terbuka di
Masjid Nabawi tatkala selepas solat zohor.. tidak dilupakan peristiwa indah
tatkala menyaksikan juga payung yang berada di luar masjid nabawi yang akan
terbuka dan tertutup mengikut masa yang telah ditetapkan.. subhanAllah, hebat
mereka-mereka yang menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan ini dengan
sebaiknya.. moga Allah permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat…moga-moga
penulis juga dapat menjadi seperti mereka suatu saat nanti untuk sumbangkan sesuatu
buat agamaNya melalui pengkhususan ilmu yang penulis pelajari tatkala ini
insyaAllah..
Masjid Nabawi |
Payung Di Hadapan Masjid Nabawi |
Suasana Di Madinah Al-Munawwarah |
------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,
cukuplah sekadar 10 mutiara hikmah yang dapat penulis lakarkan dalam pena
penulisan kali ini… banyak lagi mutiaranya namun rasanya sudah memadai setakat ini..
harapan kecil hati ini, setiap dari kita punya impian masing-masing untuk menjelajahi dunia ini.. namun, pastikan
tempat pertama sekali yang bakal kita kunjungi adalah rumahNya, Baitullah dan Madinah
al-munawwarah kerana terdapat 1001 kelebihan di tempat ini.. kita semua manusia biasa yang tidak lari
daripada melakukan kesilapan.. moga-moga DIA sudi memandang kita kelak dengan
pandangan RahmatNya walaupun hanya secebis cuma.. tanpa redhaNya siapalah kita
ini… “Ya Allah, izinkan diri ini sentisa berpeluang untuk berada dekat dengan
rumahMu hingga ke akhir hayatku ini.. amen”
Nota cinta buat umi
dan abah penulis, Siti Hajar Mustafa dan Azuddin@Adzli Hamzah, “ Terima kasih
anakmu ucapkan kerana menghabiskan duit kalian membawa anakmu yang banyak khilaf
diri ini mengunjungi rumahNya.. terima kasih jua atas hadiah hari lahir anakmu
yang ke-20 tahun ini, inilah hadiah yang terbaik pernah anakmu perolehi…moga
Allah redha umi dan abah dunia dan akhirat..ameen”
Akhir kalam, ambillah
mana yang baik melalui penulisan ini dan tinggallah mana yang sebaliknya..
mulut yang bercakap lebih dekat dengan telinga yang mendengar.. moga-moga
penulis melaksanakan apa yang penulis kongsikan dan ingatkanlah penulis jika
terlalai kerana penulis jua manusia biasa seperti kalian..ayuh menjadi
remaja Islam yang berguna untuk agama!! TAKBIR!!
Wallahua’lam ;-)
2 comments:
assalam,,sye cme nk brtnye,,blog ni pkai muzik ape ea????=)
wassalam, muziknya "kiss the rain"..cuba bukak..
Post a Comment