Tit..tit.. (Message
Received)
“Selamat Hari Raya
Husna ^_^”, mesej ringkas
diterimanya daripada sahabatnya Jamilah.
“Selamat Hari Raya
juga Jamilah ya ^^ “, balas
Husna ringkas..
Hmm, keluhnya...
tatkala Syawal menjelma lagi, umat Islam pasti riang menyambutnya dan tidak terkecuali buat Husna sekeluarga.
Namun, syawal jua lah mengingatkannya kembali akan satu peristiwa yang
tersimpan kemas dalam memorinya hingga ke saat ini walaupun peristiwanya hampir
setahun telah berlaku..
-------------------------------------
Memorinya melayang
kembali..
“Husna, hari raya ke-5
nanti, kawan-kawan ajak buat reunion dekat
Pantai Indah sebabnya dah hampir 3 tahun lebih kita berpisah, bila lagi
kita nak buatnya kan, , jom la Husna ya...”, ajak sahabatnya
Amalina selaku timbalan pengarah bagi program raya sekolah mereka.
“Owh, ada program ya, boleh je insyaallah kalau tak ada apa-apa urusan, Husna join ye”, balas Husna yang meraikan ajakan sahabat-sahabatnya.
Keesokan harinya.
Tit..tit.. (Message
Received)
Dup dap..dup dap
hatinya tatkala membaca mesej yang baru diterimanya…
“Salam Husna,
memandangkan tempatnya jauh dalam dua jam, jadi kita rancang nak naik sekali
dengan budak lelaki, kiranya kita duduk belakang ya..”, mesej dari Amalina kepadanya.
Hatinya seperti
berperang sendiri antara mahu atau sebaliknya..
“Tapi kita
perempuan pun boleh je drive sendiri kan?
Apa salahnya kita
drive dan kawan-kawan lelaki ikut belakang kan?
Kenapa mesti perlu
juga bercampur ya?”
1001 persoalan
bermain-main dalam benak hatinya.. Husna meraikan apa sahaja program yang
berbentuk ukhwah kerana dirasakannya dengan ukhwah yang diredhaiNya, akan
membantu kita masuk ke jannahNya kelak.. namun, biarlah ada batasnya apabila berlainan
jantina..
“Amalina, Husna
minta maaf ya sebab Husna tak akan pergi kalau kena naik dengan lelaki..”, balasnya ringkas. Dia tahu jawapan yang
diberikannya pasti akan mengecewakan sahabat-sahabatnya, namun dia punya alasan
tersendiri. Alasan yang pastinya demi insan yang tersayang.
Selang beberapa jam
selepas jawapan yang diberikan Husna, kecoh sahabat-sahabatnya di group FB
kelas mereka setelah mengetahui tujuan
utama Husna tidak mahu ikut serta. Pastinya ada yang mengkritik tindakannya,
mengecilkan niatnya, dan segalanya…
“Saya ingin berkongsi sesuatu buat anda-anda
semua.. bayangkan Gen Y berkata dia tidak mahu bercampur dengan Gen X langsung
terutama apabila menaiki kenderaan.. jadinya, pada pendapat anda semua, Gen Y
semestinya tidak boleh menaiki kenderaan awam langsung bukan kerana yang
memandunya adalah dalam kalangan Gen
X…Jadinya, selepas ini Gen Y tak boleh la ya naik kenderaan awam lagi..”, post sinis Amri didalam group kelas mereka.
Menitis air mata
jernihnya tatkala itu…hatinya tersangat sakit terutama apabila membaca post
seorang sahabat lelakinya di dalam group yang pastinya ditujukan kepadanya
walaupun ia menggunakan bahasa analogi..
“Salahkan apa yang
Husna buat ini ya Allah..”, rintih hati kecilnya.
“Islam itu datang
dalam keadaan Ghuraba (terasing), dan akan kembali dalam keadaan Ghuraba
(terasing) jua..” Teringat
Husna akan kata-kata ustaz didalam kelasnya suatu ketika dulu.
“Mungkin akulah
Ghuraba saat ini..”, bisik hati kecilnya. Hatinya kembali bersemangat untuk
bertahan dengan prinsip yang dipegangnya selama ini setelah teringat akan
kata-kata ustaznya.
“Terima kasih Amri
atas analogi ini..ana sgt tertarik dengan kata-kata anda, dan ana tahu ia
ditujukan kepada ana.. respon dari ana, ana minta maaf buat sahabat-sahabat
semua atas jawapan ana untuk tidak turut serta.. ana tahu, tidak ada salahnya
pun kita menaiki kereta sekali cumanya ana hanya ingin menjaga nama baik keDUA
ORANG TUA ana sahaja…
Bayangkan, kalau
kita pergi berkelah ini dan naik kereta
sekali, nak ditakdirkan jadinya kemalangan, nauzubillah.. agak2 sahabat-sahabat
rasa, apa yang orang kampong akan kata? Mereka tak akan kata si Aminah
kemalangan tapinya yang akan dikata si Aminah kemalangan naik kereta sekali
dengan lelaki bukan??..kita tak akan mampu nak tutup mulut masyarakat diluar
sana melainkan kita usaha mengelakkan daripada dikata.. dan kita juga lepasan
dari sekolah agama bukan, apa salahnya kita tunjukkan contoh pada yang lain,
walaupun naik kereta berasingan, apa yang dirancang tetap berjalan..”, balas Husna kepada Amri.
Akhirnya kata sepakat
diambil untuk menaiki kenderaan berasingan. Tenang hatinya tatkala itu…
Alhamdulillah setelah
seharian program yang dirancang berjalan, akhirnya sampailah ia ke
penghujungnya.. Semuanya mula menaiki kenderaan untuk meneruskan perjalanan
pulang ke rumah masing-masing, namun siapa sangka siapa duga, panas disangka
hingga ke petang rupanya hadir jua hujan ditengah hari…
“DAMM! DAMM!”
Berlakunya kemalangan
antara kereta Syamira dan Mohd. Syamira tidak sempat membrekkan keretanya
apabila traffic tiba-tiba jam akhirnya
terlanggar belakang kereta Mohd… Syukurlah, tiada apa-apa yang berlaku kecuali
kereta Syamira dan Mohd yang perlukan sedikit rawatan teknikal di bengkel.
Namun, setiap dari
mereka yang mengikuti perkelahan ini memperolehi ‘sesuatu’ pengalaman
daripadanya..Mujurlah, mereka menaiki kereta berasingan, jika tidak...
-----------------------------------
Selang beberapa
minggu..
Satu mesej diterimanya
daripada Amri..
“Terima kasih Husna
ya atas teguran tempoh hari. Benar belaka apa yang dikatakan enti ya..
baru-baru ini, ana dan kawan-kawan satu universiti ada pergi melawat Pak Su
Mid, salah seorang insan yang sangat zuhud.. dan nak dijadikan cerita kami
menaiki kereta sekali lelaki perempuan, sedangkan masa tu, Pak Su Mid tak tahu
langsung tentang ni..
Bila kami jumpanya,
satu soalan yang terus ditanyanya, “kalian naik sekali ka..?”, Terkejut kami
Pak Su Mid tanya begitu dan terus ditegurnya kami katanya, “Kalian bukan
mahram, tetap kena jaga perhubungan, kalau boleh elakkan, elakkan naik
sekali..nasihatnya penuh hikmah..”. Sama dengan apa yang enti pertahankan.
Jakillahu khairan sekali lagi. Ana minta maaf.”
Hati kecinya berbisik,
“Tak mengapa Amri, kerana melalui peristiwa ini juga aku belajar sesuatu yang
sangat berharga.. Benarlah, bilamana sesuatu tindakan yang kita ambil
mendatangkan rasa tenang, teruskanlah lakukannya kerana tenang itu sifatnya
malaikat namun andai sebaliknya, jauhilah daripada melakukannya..Terima kasih
ya Allah..”
----------------------------
“HUSNA!! HUSNA!! Mari
tolong umi siapkan hidangan di dapur nie, tetamu dah datang..”, panggil umi.
“Allahuakhbar!!
Astaghfirullah, Husna, Husna mengelamun lagi kau ya..” Tersentaknya dari
lamunan yang panjang.
Terlihat pakaian raya
yang dipakainya tatkala ini.. ia tersenyum sendiri..
“Alhamdulillah masih
terjaga auratku dengan apa yang sedang aku pakai tatkala ini..ya, Aku Bahagia Menjadi Wanita Yang Memelihara Agamaku...”, Bisik Husna didalam hatinya.
“Baik umi, Husna
datang ni ya..”, Sahutnya sambil tersenyum..
Nukilan Hati,
20 Ogos 2014.
1 comment:
Moga sentiasa diberi kekuatan utk menjaga amanah dariNya,,,
Jazakallah ukhti atas entri ini...
Salam ukhuwahfillah
Post a Comment