“adah,
cepat la! Nanti akak2 marah pulak kalau lambat”, jerit Izzati kepada sahabatnya
Syahadah.
Setelah 15 minit berlalu latihan bola tampar…
“amboi,
baru mai nah!! Suka hati ja ya nak mai lambat zati dengan adah!! Pi keliling
padang 5 kali!!”, tegas kak Jannah selaku kapten bagi pasukan bola tampar
puteri.
Setelah
selesai denda yang diberikan, kak Jannah terpandang sesuatu yang dirasakannya
agak aneh…
“adah, awat
hang pakai stoking bila mai latihan nie??” semua pakai selipar ja akak tengok.
Nampak hodoh la hang pakai lagu 2”, ngomel kak Jannah kepada anak buahnya Syahadah
yang kelihatan ganjil berbanding yang lain apabila dia mengenakan stoking
coklat bersama selipar. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan warga aspuri hanya
memilih untuk memakai selipar semasa latihan sukan berbanding kasut sukan.
“……………………………..…”,
hanya berdiam diri jawapan yang mampu Syahadah berikan tatkala itu. Hatinya
tertanya-tanya “salahkah apa yang aku buat ni??”
Jiwanya
berbelah bahagi antara yang mana benar dan sebaliknya. Kata-kata kak Nabihah,
selaku ketua asrama yang memberi penerangan awal mengenai peraturan asrama
ketika beliau mula menjejakkan kaki ditempat ini mula menari-nari dibenak fikirannya tatkala
itu.
“buat
adik-adik yang baru masuk, akak harap adik-adik dapat ikut peraturan asrama ini
ya. Pastikan kalian semua tutup aurat sebelum keluar dari asrama. Jangan lupa
pakai stoking bila nak ke kelas prep, ke kantin dan ke sekolah…”
Maksudnya,
kena pakai stoking bila nak pegi kelas prep, ke kantin dan sekolah ja ya??”,
Tanya hatinya tatkala itu….
Akhirnya,
persoalan itu terus menjadi persoalan tanpa ada jawapannya….
Sememangnya
datangnya Syahadah ke sekolah agama ini setelah selesai menduduki peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah atas kehendak kedua ibu bapanya. Enggan
dikatakan anak yang suka melawan kata orang tuanya, akhirnya beliau turuti jua
walaupun pada ketika itu syahadah tahu dia hanyalah seorang yang amat cetek
pengetahuan agama dalam dirinya.
“adah, kenapa awak pakai stoking masa nak pegi
buang sampah kat luar asrama?? Nanti kotor la stoking awak tu…”, Tanya sahabatnya,
Anis kepada adah….
“x ape,
adah masih ada stoking lebih..”, jawabnya acuh tak acuh dek kerana dia tidak
tahu jawapan apa yang harus dia berikan.. sememangnya dia berasa malu untuk
pergi membuang sampah di luar asrama itu kerana dia harus melalui asrama aspura
terlebih dahulu… “aku malu la kalau budak laki nampak kaki aku..”, kata
hatinya…
“tapi kenapa
aku kena pakai stoking ya?? Kata kak bihah sebab kena tutup aurat tapi kenapa
aku lihat akak-akak pakai ikut tempat tertentu ja?? Islam tu ajarannya kena
praktikkan ikut tempat ja ka?? Jadinya, Islam tu tak sesuai untuk semua keadaan
la ya??
Persoalan
itu terus bermain di benak hatinya… enggan bertanya kepada sesiapa kerana
beliau sememangnya seorang yang suka mencari kebenaran melalui penglihatan dan
pengalamannya sendiri berbanding terus bertanya jawapannya…
…………………………………………….
……………………………………………..
……………………………………………..
3 TAHUN
BERLALU…
“TAHNIAH!!
ANDA TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEKOLAH
MENENGAH AGAMA…..”
Alhamdulillah,
berkat rezekinya mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR), akhirnya Syahadah mendapat tawaran untuk menyambung pelajarannya di
sekolah agama yang lain pula…
Tetapi,
hatinya berat untuk meninggalkan sekolah yang pernah menjadi tempatnya merasai
suka dan duka, tawa dan ceria bersama sahabat-sahabat yang teramat
disayanginya…
“cikgu
redha kamu pergi Syahadah. Cikgu yakin kamu akan menjumpai sesuatu yang belum
pernah kamu temui tatkala kamu belajar di sekolah ini. Memang sama sahaja
sekolahnya kerana kedua-duanya sekolah agama, tapi yakinlah Syahadah, sistem
tarbiahnya pasti berbeza…”, ujar cikgu Zaharah, selaku guru mata pelajaran
Matematik yang amat rapat dengan Syahadah.
“mungkin
aku akan temui jawapan bagi persoalan aku yang masih belum terjawab oleh
sesiapa walaupun sudah 3 tahun berlalu..” tekad Syahadah didalam hatinya.
Akhirnya,
berhijrah jua beliau ke tempat yang baru itu.
Hari ini
bermulanya minggu orentasi di sekolah yang baru dijejakinya…
Pelbagai
pengetahuan baru yang dijumpainya tatkala berada disekolah ini… barulah dia
belajar apa itu Islam yang sebenarnya…. Sistem tarbiahnya, penjagaan ikhtilat (perhubungan) antara lelaki dan perempuan, adab2 yang Islam ajar daripada sebesar-besar
perkara hingga ke sekecil-kecil perkara semuanya telah dipelajarinya.
Menjadi kebiasaan setiap malam akan diadakan Tazkirah Maghrib di surau aspuri yang mana akan disampaikan oleh akak-akak yang berpengalaman. Pada malam itu tibalah giliran kak Nurul, seorang akak yang amat dikagumi Syahadah dek kerana hebatnya akhlak yang beliau miliki.
“bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah dengan izin-Nya dapat lagi kita
berhimpun pada hari ini dan tidak lupa
selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. kerana berkat
pengorbanan Baginda dalam mempertahankan Islam, kita masih lagi pada hari ini
merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam… Alhamdulillah.
InsyaAllah
pada hari ini, sudilah akak berkongsi dengan adik2 yang akak sayangi berkenaan
dengan AURAT KAKI… akak yakin, adik2 semua pasti tertanya-tanya kenapa kita
perlu memakai stoking bukan?? Sebenarnya untuk pengetahuan adik2 semua, kajian
sains ada membuktikan bahawa ditelapak kaki kita dan bahagian2 kaki kita sebenarnya
memberi petunjuk atau penanda aras bagaimana keadaan dalaman kita bagi seorang
wanita… malu bukan jika kaum muslimin tahu bagaimana diri kita yang
sebenarnya??
Jadinya adik2, pakailah stoking atau tutuplah aurat kaki kalian
sama ada dengan memakai stoking mahupun memakai kasut bertutup… ingat ya, islam
itu mudah ajarannya dan peganglah selalu prinsip dalam diri; “walau dimana
sekalipun aku berada, ajaran Islam tetap aku kena laksanakan!!”, ucap kak Nurul
mengakhiri ucapan tazkirahnya pada malam itu dengan lantang berkata-kata demi
melihat adik-adiknya terus bersemangat dalam melaksanakan suruhan Agama demi Islam yang
dicintainya.
Ya, inilah
jawapan yang selama 3 tahun ku cari… akhirnya ku temui ia disini… “walau
dimana sekalipun aku berada, ajaran Islam tetap aku kena laksanakan!!” akan
ku semat prinsip ini didalam diriku selalu…
Prinsip kak
Nurul merungkai segala kekusutan persoalan yang dialami oleh Syahadah selama
ini… “terima kasih ya Allah biarkan aku menunggu
selama 3 tahun untuk memperolehi jawapan yang amat aku harapkan ini… barulah
kurasai hebatnya perancangan-Mu itu agar ku menjadi hamba-Mu yang lebih
bersyukur.. Alhamdulillah..”, munajat Syahadah didalam hatinya.
…………………………………………………………
~kita
merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah lah yang jauh lebih
baik buat kita..
~fahamilah
setiap ajaran Islam yang kita laksanakan. Usah menjadi muslim ikutan namun
jadilah muslim yang benar-benar memahami
setiap apa yang kita laksanakan sebagai
tanda cinta kita kepada-Nya.. kelak, dimana sahaja kita berada, kita pasti
mampu melaksanakannya.
~berhijrahlah…
pasti kita akan temui sesuatu yang lebih baik..
~pastikan
redha kedua orang tua kita perolehi dalam setiap apa jua keadaan kerana redha
Allah terletak pada redha mereka.
Wallahua’lam..;-)
Syahadah,
26 Mei
2012
12.45 pm
3 comments:
mohon share.. >_^
silakan ^_^
Post a Comment